Assalamualaikum...
Bila bulan puasa je mesti terfikir juadah berbuka kan? Tipu kalau tak fikir.. Oleh sebab aku dah siapkan jadual sebulan menu berbuka puasa. Maka, amatlah mudah aku nak prepare bahan mentah. Semuanya aku dah siapkan. Benda ni aku dah buat bermula tahun lepas. Memang sangat organize. Dengan perbelanjaan pun sangat teratur. Beli bahan mentah ikut yang dalam menu. Paling utama, kita boleh manage time. Bagi yang tinggal di Klang Valley nih, sedia maklum kalau bulan puasa, jem nye memang tahap menyumpah yang boleh kering pahala kan. Aku yang bekerja jauh ni untuk tiba ke rumah memang ambil masa lebih dari 1 jam biasanya. Jadi hanya ada kira-kira less than 1 hour utuk prepare makanan sebelum berbuka. Kalau dulu zaman kami hidup berdua or anak masih kecil memang takde masalah sangat. Beli pun ok. But bila anak dah mula berpuasa adalah sangat tak seronok bila tak memasak. Walau pun kadang menu tu biasa, but bila home cook anak-anak jadi suka. Paling utama anak akan impress sebab usaha kita yang memasak kan.
Ok, mari aku kongsikan beberapa tip yang aku rasa perlu untuk ibu bekerjaya ni buat bila bulan puasa nih.
1. Sediakan menu sebulan. Tak perlu menu yang bombastic sangat sebab nanti kita yang tak daya nak fulfill. Menu tu bila dah buat tampal je kat peti sejuk. Senang nak tengok hari-harikan. Yang nak tengok menu yang aku buat boleh view SINI.
2. Sediakan bahan menumis seperti cili or bawang yang telah di kisar. Ataupun bawang yang telah siap di kupas.
3. Sediakan bahan mentah selama seminggu. Bahan mentah beli mengikut menu yang telah dibuat. Bahan mentah tersebut letak siap dicuci dan dipotong. Simpan didalam bekas kedap.
4. Sediakan bahan sampingan seperti pes masakan. Ini sangat membantu kerana ada sesetengah menu yang agak renyah untuk disediakan bahan. Maka lebih baik menggunakan pes masakan sahaja. Pes masakan ni boleh dapatkan di KUDOS FOOD STATION.
5. Boleh buat kuih frozen yang mudah seperti karipap ataupun beli sahaja kuih frozen yang banyak di pasaran.
Insyallah, bila ikut step ini you will enjoy the moment Ramadhan tu..Hidup teratur, maka boleh ibadah dengan tenang... Tak perlu tiap hari nak masak apa yek? Paling utama rasa upset bila makanan yang dibeli rosak. Marah-marah, merungut boleh kering pahala puasa kan :p
Pssttt.. Hari ini sudah 28 Syaaban. Maka ada beberapa hari je lagi Ramadhan akan menjengah. Tak Sabar. Itu yang boleh aku katakan bila setiap kali bulan yang penuh keberkatan ini tiba.
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)