Seperti tahun lepas, tahun ini saka rajin muncul jugak.. Maka siaplah menu sebulan puasa. Ahakss...Kalau tahun lepas hanya percubaan. Tapi misi sangat berjaya, maka tahun ini haruslah buat lagi kan menu sebulan..
Tiada menu yang sangat boombastik kerana nanti tak mampu nak fullfill |
Oleh sebab tahun ini kami suami isteri dah ade "new baby" iaitu Kudos Food Station, maka haruslah segala menu related dengan para vendor Kudos Food Station. Masak itu kadang mudah, tapi penyediaan tu agak renyah. Maka kalau dah ade segala mak nenek jenis pes, rempah memang kerja memasak jadi cepat untuk ibu bekerja macam aku yang hanya ada masa lebih kurang 1 jam untuk masak.
Moga aku menjadi ibu bekerjaya yang cemerlang untuk suami dan anak-anak. Menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk mereka. Dengan cara ini juga pengurusan kewangan juga teratur sebab dah tau nak masak apa, maka beli jelah keperluan barangan basah mengikut menu yang telah sedia ada.
Memasak itu juga sebagai ibadah kerana setiap pengorbanan gerak geri yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas mendapat habuan dari Allah..Insyallah...
oklertu .. sayapun der menu tapi tak ikut haa... haa.... penatjer berfikir2....
ReplyDelete