Iklaneka

Monday, April 2, 2012

Bezakan antara keperluan dan keinginan

Salam semua...

Bulan April sudah...3 bulan sudah berlalu dalam tahun 2012...Pantas..sangat pantas...Perkongsian ilmiah yang ingin dikongsi bersama hari ini..Artikel di ambil dari Harian Metro.



MEMBELI rumah untuk didiami ada kalanya menjadi perkara yang memeningkan bagi sesetengah individu sama ada memenuhi keperluan atau keinginan. Memiliki rumah adalah keperluan namun, memiliki rumah yang besar dan selesa adalah keinginan.
Malah, memiliki rumah yang besar boleh menjadi satu bebanan terutama kepada individu yang mempunyai kekangan kewangan. 
Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Mahdzir Md Isa (gambar), mengenai panduan membeli rumah bagi mereka yang pertama kali bercadang memiliki kediaman sendiri.

APAKAH perkara paling penting yang mesti difikirkan sebelum membuat keputusan memiliki kediaman khususnya bagi mereka yang pertama kali bercadang berbuat demikian?
Perkara utama yang perlu difikirkan adalah melihat kemampuan kewangan sendiri. Ini kerana tidak semua individu bekerja dan mempunyai pendapatan tetap mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman mahal atau mewah malah, ada juga yang tidak mampu membeli kediaman kos rendah sekalipun.

Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat pengiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Perkara ini penting kerana ia menentukan hala tuju kewangan kita berikutan ia menjadikan pemilik rumah dapat mengawal dan merancang perbelanjaan lebih bijak. 

Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sekitar RM500 sebulan, adakah dia perlu membeli kediaman yang memerlukannya membayar jumlah sama kepada bank? Untuk membeli rumah, perkara pokok yang perlu diambil kira adalah lokasi kerana lokasi yang baik, pembelian itu boleh dianggap sebagai pelaburan menguntungkan. 

Sekiranya jumlah lebihan seseorang individu setiap bulan sekitar RM500, ia mungkin cukup sekiranya rumah itu berada pada lokasi setara. 

Ada lokasi perumahan yang menyediakan kediaman jenis semi-D pada harga kurang RM250,000 dan ada juga lokasi yang menetapkan harga sehingga RM700,000 untuk rumah jenis sama. Perbezaan ini disebabkan lokasi kerana bagi kawasan belum matang, harga rumah ditawarkan masih murah, namun berbeza untuk lokasi pusat bandar kerana harganya mungkin mencecah tiga kali ganda. 

Maka, kita perlu memilih lokasi bertepatan dengan kemampuan kewangan dan sekiranya bayaran bulanan RM500 itu hanya sesuai untuk kediaman jenis apartmen atau flat, maka ia pemilihan tepat. 


Ada individu berpendapat lebih baik membayar ansuran bulanan tinggi kerana akhirnya rumah itu menjadi milik sendiri berbanding menyewa bertahun-tahun kerana yang pasti rumah itu milik orang lain. Ada juga berpendapat lebih baik membeli rumah diidamkan iaitu jenis semi-D berbanding apartmen. 
Saya akui timbul pendapat lebih baik membeli rumah diidamkan walaupun setiap bulan sedikit sakit membayar ansuran berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun. 

Pembeli harus memikirkan juga mengenai simpanan kecemasan, insurans, pendidikan anak atau perbelanjaan bulanan dan tidak seharusnya membelanjakan gaji yang ada hanya untuk membuat pembayaran ansuran rumah saja. 

Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah? 
Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan pada kemudian hari. 

Selain itu, antara tip yang boleh digunakan adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat boleh antara 15 hingga 20 tahun. 

Walaupun ada bank menawarkan pinjaman sehingga dua generasi, saya berpendapat ia bukan langkah bijak kerana kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak. 


Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membeli rumah? 
Apa yang penting, kita perlu bezakan antara keperluan dan keinginan. Apa yang diperlukan adalah rumah untuk dijadikan tempat tinggal sekeluarga. Apa yang diidamkan adalah rumah mewah dua tingkat lot tepi. 

Namun, sebagai permulaan, sekiranya keadaan kewangan belum mengizinkan kita memiliki rumah mewah dua tingkat lot tepi, langkah terbaik mendapatkan kediaman selesa mengikut kemampuan. 

Tidak salah bermula dengan kediaman lebih kecil sesuai keadaan kewangan kerana itu lebih baik berbanding terpaksa mengikat perut semata-mata kerana ansuran bulanan yang tinggi. 

Setiap individu yang bekerja pasti menerima kenaikan gaji atau pangkat dan jika tiba masanya, rumah pertama yang kecil itu boleh dijual dan keuntungannya boleh dijadikan pendahuluan rumah diidamkan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Sebagai panduan diluar sana yang masih mencari dan berkira-kira untuk membeli rumah..Tidak dinafikan harga rumah sekarang semakin mahal..Naik dan terus naik...Yang penting beli rumah mengikut keperluan dan kemampuan..Kalau ikutkn keinginan siapa yang tak nak kan..Semua pn nk rumah yang hebat..yg besar..yg cantik..Tapi mampukah kita? Konsep aku senang..biar ada dari langsung tak ade..Sbb jangan ade sifat "bior papa asal bergaya tuh" never..never and never sama sekali!!!!

Sekian....


4 comments:

  1. aku beli rumah yg boleh mampu byr tiap2 bulan jer .. seadanya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pn sma le derr..umh sekenhen lg..hehhehe

      Delete
  2. x dapat bayangkan rega rumah 10 taun akan datang..melambung2 =(

    ReplyDelete
  3. aritu ade kuar paper...pd thn 2020 hrga rumah meningkat berganda2 smapi tahap isi pndptan ruamh 12k sbln baru mmpu beli rumah..huhuhu

    ReplyDelete

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...