Iklaneka

Tuesday, July 2, 2013

Sujud syukur pada-MU atas segalanya

Salam semua...

Permulaan yang amat menggembirakan untuk di bulan Julai, 2013...

Ucapan syukur, Alhamdulillah tak henti di bibir ini apabila terpandang skrin ini



Tak tergambar perasaan ini..TAPI pengajaran yang aku perolehi hari ini ialah satu perasaan yang aku dapat rasa seperti mana yang pernah emak & abah ku rasa dulu iaitu tatkala keputusan SPM 97 di perolehi yang melayakkan aku memasuki UTM...

Jadi hari ini aku dapat rasakan naluri ini...Walau pun hanyalah satu keputusan memasuki ke sekolah tapi betapa gembiranya diri ini tak tau nak ckp..Sebab betapa penat jerihnya Nabihah menghadapi ujian kelayakkan..Ujian yang mengkehendaki dia perlu menjawap segala jenis bentuk subjek & soalan dalam tempoh 2 jam...Pehhh....Tatkala dia memerah otak menjawap ujian, aku hanya bertawakal pada Allah..yang mampu doa serta solat sunat di surau yang ada di sekolah...Itu sahaja yang mampu ku lakukan...


Ini hanya titik permulaan..Masih terlalu panjangggggggggg perjalalanan hidup..Yang pasti terpikul satu tanggung jawap & amanah di bahu kami berdua suami isteri, demi menjadikan seorang insan yang bertaqwa di muka bumi Allah ini...

1 comment:

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...