Iklaneka

Thursday, January 30, 2014

Bento of the day : # 2 & #3


Salam semua...

Ini adalah bekal untuk hari Selasa & Rabu..Hari ini boleh terlupa le pulekkk snap gambar..Kelam kabut sangat u oll mak nih kalu pepagi...Tapi supermak ttp supermak..huhuhuh

Bento #2 ~ boleh plak tertukar..Ciken fingger yang banyak tu untuk Nabihah yek..Pak kahar punya yg roti tuh....Wafiq cam biasa..itu je lah menu nye...

Bento #3 ~ Ada buah strawbery untuk nabihah..Suka lah dia..senyum je...


Wednesday, January 29, 2014

Wordless Wednesday ~ Addicted

Salam semua...

Are you addicted to your smartphone??



psttt...mesti ramai sekarang yang menjadi fenomena seperti gambar di bawah nih..





Tuesday, January 28, 2014

POS Malaysia guna beca ker angkut Parcel dari Shah Alam ke JB???

Salam semua....


Hari ini hari yang sangat emosional hokeh!!! Maka posting pun agak ter emo yek...Dah le sampai office pagi ni di kejutkan dengan arahan add hoc untuk beri training pada doctor..Ok..fine..Mak tak kisah sebab dah biasa..Biasa la sangatttttttt...Sekali masuk je bilik training, bukan doctor biasa..TAPI Specialist hokeh!! Sudah..mak nervers..(pssstt..biasa nye specialist ni kadang banyak cengkadak sebab maby hidup mereka yang sangat teliti..)..


Bila duduk je..check handphone..Tu dia..beratus wasap..berderet miss call..uwauwuaua...Dari Kak Andak nun dr JB...Ni yang mak nak meroyan kn nih...Shipment yang dihantar pd 18/1 di Pusat Mel Shah Alam baru tiba di JB pada hari ini!!! Subhanallh..Mengucap panjang ok....

Bukannya kami biarkan je parcel tuh..Memang hari-hari check di web..Tapi hanya update pada 20/1 masih di Shah Alam juga..Ok fine..dah kata 5 hari bekerja..Kami sabar..TAPI sehinggalah semalam..Parcel masih berstatus di Shah ALam..Tak boleh jadi..Call Hotline Pos (ni memang bikin hot..sebab payah gila nak mendapat)..Sabar punya sabar dapat lah juga cakap dengan customer servise nya..Minah tu cakap parcel sudah berada di JB...OK lega...



TAPI pagi ni abg ipar pegi le cek di POS Larkin (pusat mel)..Orang pos tu boleh cakap MASIH ADE DI SHAH ALAM!!! Korang tak pengsan ke dengar..ade 8 kotak semuanya..bang oiii..Banyak nih..Bukan tumpang free..BAYAR!!!! Beratus bayar nihhh...

Apa lagi..mak mula kalut..dah call Pak Kahar nak suh dia gi je dah pusat mel shah alam tu kot deme peram or buang ke parcel mak tuh..Tapi tangan tu sambil tu key in gak kat web pos..TUP tup tengok dah update, baru tiba di JB jam 7.02pagi tadi...huhuhu..Syukurrr...

Tak tau nak marah ke tak tapi yang pasti dlm wassap kami adik beradik memang berbakul memaki...Sebab alasan pos tu yang sangat tak munasabah " Shipment overload kak"..Asik-asik itu je yang deme cakap..Ate kalau dah tau overload tak reti-reti nk solve that problem..Kalau rasa tak mampu ko buat gini aje..customer datang nak pos barang kome cakap aje kami tak leh terima dah sila ke courier lain..kan senang gitu!!!

Errr..nak meroyan lebih membambu POS Malaysia tak boleh sangat lah sebab adik aku pun keje ngn POS..muahahhaha...



Monday, January 27, 2014

Bento of the day : #1


Salam semua...

Hari Isnin kembali...No more monday blues..Hidup mesti positif..positif.... :)
Apa yang di kita harungi redah kan saja...Selagi masih bernafas di muka bumi Allah ini....

Ok..nak cerita hari ini, mak dah mula ber"bento" kan si Nabihah,Wafiq & Pak Kahar...kalau ikutkan dari dulu pun dah prepare bekal hari-hari untuk Nabihah dari start dia bersekolah tadika masa 4y..Tapi itu lebih pada bekal "old fashion" maaa....

Tapi hari ini, azam baru nak tukar dari old fashion tu ke new look!!..Ahakssss... Tapi sebenarnya berpunca dari Nabihah lah..Last week dia sangat down..Muram pergi ke sekolah..mungkin perjuangan sudah bermula..Aktiviti harian makin padat..Bermula 5.45am bangun, 6.2am gerak keluar rumah dan akan tiba di rumah lebih kurang jam 6.30 gak tau...So dia mula menangis, kata tak happy di sekolah baru..Tu belum lagi ade classmate dia budak lelaki yang mula membuat nakal...Jadi dia sangat demotivated...

Sebagai mak, memang nak yang terbaik untuk anak..Perlu sentiasa memberi semangat..Jadi, maby dengan cara ini akan memberi dia semangat..Maka semalam gigih la pergi ke Daiso di Curve semata-mata mencari bekas makanan orang jepun ni kan..ehehhe...

Siap surf lagi cara menyediakan BENTO yang sangat creative cam orang jepun tuh..Tapi harini hanya mampu setakat ini..Maby kurang persediaan dan bahan..Tapi tak per..akan diteruskan...Yang pasti setiap bento mesti lengkap dengan nutrisi karbohidrat,protein dan vege serta buah...Errr..tapi sayur anak aku tak makan le pulekkk...huhuhuuh


Yg bento hijau untuk wafiq..Ntah makan ke idak tuh...Sebab jenis yang sangat kurang makan.
Ade sayur tu of coz la untuk tuan besar Pak Kahar...ekeke..dia pun terpaksa ber"bento" arini..jimat maaa
Paling kanan si debab mama, Nabihah lah..Sayur tak letak sebab memang tak makan..So, letak buah epal sudeyy..

Ini beg utk bento..Sapa lagi kalau bukan Nabihah punya kan..


Sekian bento untuk hari ini...Esok pikir menu lain pulak..Harap cukup masa dan cekap buat kerja...ehehhe

Saturday, January 18, 2014

Projek Iqra' ~ Pemberian Percuma Roti Cinta

Salam semua...


Posting ini sepatutnya di buat pada hari yang sangat bermakna untuk umat Islam iatu hari kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal = 14 Januari yang lepas..Tapi biasalah tak kan berkesempatan punya unutk update uptime..So delay..maka hari ini yang mampu untuk di update..

Untuk pengetahuan semua, pada hari tersebut Pak Kahar juga menyertai Projek Iqra' ini dalam projek mereka iaitu memberi Roti Cinta kepada yang menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Putrajaya...

Sebelum subuh Pak Kahar dah menuju ke Putrajaya..Sepatutnya aku je menyertai tapi membatalkan niat memandangkan anak di rumah tiada yang teman, maka Pak Kahar lah yang meneruskan niat suci ini..

Walaupun dia sampai agak lewat kerana selesai solat subuh di Masjid Besi, operasi mengagihkan Roti Cinta telah bermula tapi peluang berkenalan bersama ahli Projek Iqra'.

Berikut adalah gambar di hari tersebut..Credit tu FB Projek Iqra'








Monday, January 13, 2014

Projek Iqra' ~ Hidup Untuk Memberi

Salam semua...

Entry ini sepatutnya aku buat selepas nye program blogrrr pada bulan lepas. Tapi memandangkan posting keghairahan kami menghadapi anak memasuki tahun satu..maka posting mengenai PROJEK IQRA' ni terbantut sudahhhh...

Semasa berlangsung nye progran blogrrr tersebut, aku berkesempatan men 'join' kan diri dalam Projek Iqra' ini yang mana sebelum ni aku memang LANGSUNG tak tau apakah Projek Iqra' ini..Sehinggalah pada hari tersebut ada salah seorang ahli di dalam Projek Iqra' ni membuat perkongsian..



Ok..mari kite kenal APAKAH PROJEK IQRA' ini???

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.

Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.
Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 

Ok..ini serba sedikit info yang aku ambil dari web rasmi Projek Iqra' http://www.projekiqra.com. Kepada sesiapa yang rasa ingin menganggotai Projek Iqra' ini boleh la ke maklumat yang di beri di bawah :

Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia 
(Projek Iqra' Charity Association Of Malaysia)
Registration No: PPM-006-14-25012013




Hidup ini memang untuk memberi..Kadang-kadang kita tak sedar, sumbangan kita walaupun sedikit memberi impak pada sekeliling. Sumbangan itu bukan bermakna wang ringgit mahu pun harta benda semata-mata tetapi mengajak dan berpesan-pesan kepada kebaikan itu juga merupakan sumbangan kita dalam membentuk pembangunan ummah Islam..


Friday, January 10, 2014

Nyerongin...nyerongin juger..keroje jangan luper..


Salam Jumaat...

Penghulu segala hari....Hari terakhir bekerja di minggu ke-2 bulan Januari untuk tahun 2014. bermakna Jumaat ke-2 juga untuk tahun ini...Alhamdulilah..syukur..masih bernafas lagi...

Mesti korang layan gak Pencetus Ummah malam tadi kan??? Buat pertama kali nye berkesempatan tengok LIVE..kalau sebelum ni hanya mampu tengok yang backdated je lah sebab memang tak berkesempatan nek menonton tv semenjak beranak kecil ni..Alhamdulilh, malam tadi Allah bagi ruang untuk menyaksikan bersama Pak Kahar dan Wafiq...Si Nabihah dan Fattha sudah lama di buai mimpi....





Semua pun best, tapi paling best mesti le PU feveret mak iaitu PU Yeop..Tak juara tapi yeop tetap best..Lepeh nie yeop glemer ler..ramei le yang nak yeop jadi tok kadi...

Ini antara rancangan Astro yang berjaya dan memberi kesan yang mendalam dalam pembangunan ummah..Harap akan ada musim ke-2 nanti :)



Wednesday, January 8, 2014

Monday, January 6, 2014

Wafiq ~ 1st day school 2014 @Tadika Delima Ilmu, Seksyen U5 Shah Alam

Salam semua...


Hampir terlupa membuat posting hari pertama Wafiq di tadika untuk 5y..Semua gara-gara kakak mu...ehehhe...Semua pun Nabihah kan..keh keh...Tetiba rasa sebak, sebab hari ini hari pertama dia bersekolah 5y tetapi mama tak dapat menghantar dia kerana tugasan mama sangat penuh, Maka, wafiq perlu di 'pass' ke abah..

Terasa sangat hiba di kala ini tiada memori untuk dia di hari pertama dia bertadika 5tahun...Walaupun dia sudah super senior di tempat itu..TAPI setiap tahun bertukar kan..Harus ada catatan juga..

Gigih la mama meminta pertolongan cikgu Nurul gambar...Alhmdulilh..jadi lah..ini yang ada buat kenangan hari esok wahai anak... Esok lusa bila kamu sudah tau membaca, kamu akan sedar bahawa kasih sayang mama semuanya sama....



Tahun ini merupakan tahun ke 2 kamu ber tadika wahai abang..Moga belajar lah bersungguh. Mama kena cergas untuk kamu pada tahun ini memandangkan masa kamu bermain sudah berlalu (memang dia banyak main hokeh!!!). Akan mama usahakan seperti mana usaha untuk kakak mu...Insyallah..mama akan pasang target, penghujung tahun kamu sudah boleh membaca....



Mereka ini sebaya :)

Salam semua....

Semalam genap Abdul Fattah 4 bulan sudahhh...Cepat nye kan..Rasa baru je lagi banak..ekekek...Semua pun cepat sekarang nih..Dunia hampir penghujung....huhuhu

Kurang cerita Fattah...Maklumlah, lebih kan cerita Kakak aje kn..Excited sangat abah n mama kamu ni nak bila kakak kamu  masuk darjah 1...ehehhe...

Ini gambar Fattah bersama sepupunya, si Alif..Mereka hanya berbeza umur 2 minggu...Fattah lahir 5/9/2013 manakala si Alif lahir 18/9/2013..






Sunday, January 5, 2014

Hari pertama persekolahan di tahun 2014

Salam semua...


2/1/2014 ~ hari yang memberi makna buat kami berdua suami isteri..Lagi bermakna untuk Nabihah merupakan hari pertama dia melangkah ke alam baru iaitu DARJAH 1 :)


On the way pergi

Penuh parent bersidai di balkoni melihat anak masing-masing


As usual, kakak memang akan duduk di barisan belakang :)



Bermula lah fasa baru dalam kehidupan kami...How time flies too fast (sob sob..mak sedih ni nakkk)... Terasa masih baru melahirkan kamu..kini kamu sudah darjah satu....

Besar amanah yang perlu kami, suami isteri pikul ini..Insyallah...kami akan berusaha segala daya memikul amanah dan tanggungjawab itu....

Oleh sebab Nabihah sudah 3 tahun bertadika dan ber taska. so dia biasa je lah...Tidak terlalu excited atau pun tak suka perubahan ini..Cuma yang dia tau dia dapat kelengkapan semua baru dan kawan baru...Tiada lagi bff Hannah dan juga Sarah kerana masing-masing bersekolah mengikut pilihan parent masing-masing...

Seharian suntuk juga kami menghabiskan masa di sekitar Shah Alam pada hari tersebut...Oleh sebab pihak sekolah tidak membenarkan ibu bapa "bersidai" di koridor melihat anak (tapi memang elok pun sgt tak bagus ok, lepaskan lah anak tu...tau le cikgu nak buat apa kn)...Maka kami keluar berjalan-jalan sekitar Shah Alam..Oleh sebab Nabihah bersekolah integrasi, maka makan tengah hari di sediakan. Maka pulang lah kami ke sekolah tersebut untuk melihat proses nya..Kami hanya lihat dari jauh..Tapi agak melemaskan ade parent yang mcm menyibuk sesgt..Sampai tahap pihak sekolah perlu membuat announcement supaya ibu bapa beredar..Ya Allah...let them go lah...Biar mereka berdikari...Ini tahap nak basuhkan tangan anak, angkat tray makan anak..Sok lusa kena biarkan jugakkan...Menyebabkan mcm keadaan jadi tak terkawal dah aku rasa..CIkgu nk bagi arahan pun cam segan-segan...

Selepasa habis sessi makan, kakak perlu naik ke kelas semula untuk menukar kasut dan memakai selipar kerana perlu ke surau untuk solat ber jemaah pula kemudian sessi kelas petang pun bermula sehinggalah jam 3.30pm.. Kami datang semula ke sekolah jam 3.30pm untuk mengenalkan kakak pada driver van yang akan membawa dia pulang. Kami menggunakan khidmat Pak Abu..Syukurlah masih ade seorang lagi pelajar di SRAI yang menggunakan khidmat Pak Abu untuk pulang ek Bukit Jelutong. Bersyukur di permudahkan urusan kerana walaupun jauh masih ade perkhidmatan van kerana SRAI, seksyen 19 berdekatan dengan IISA dan ade pelajar di IISA yang juga naik van maka boleh lah sekali harung bwk. Cuma kebanyakkan mereka akan stop di Bukit Jelutong cuma Nabihah yang perlu stop di Bukit SUbang. Maka kakak perlu transit di Bukit SUbang sekejap sementara tunggu mama pulang dari kerja pickup dia...ehehe..Memang agak macam renyah..Tapi itulah reality nye....Kami tabahkan juga demi masa depan nya..Kami memilih untuk memasuki sekolah tersebut...

Hari Ke- 2, kami masih bercuti dan masih menghantar kakak..Oleh sebab hari jumaat habis sessi persekolahan adalah jam 12.00 maka perlu lah kami ajar lagi kakak proses menaiki van memandangkan pada hari jumaat, isteri Pak Abu yang perlu pick up..Settle semua urusan....Moga dipermudahkan...





Sekian untuk posting kali ini..Salam

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Salam Tahun Baru, 2014 semua..

Moga tahun 2014 lebih baik dari tahun 2013 :)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...