Iklaneka

Thursday, December 12, 2013

Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia Blogrrr: Blogger Most Wanted-14 Disember 2013, MIECC, Mines





Jemputan ke Blogrrr: Blogger Most Wanted


Kepada Pelanggan yang dihargai,

Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia
Blogrrr: Blogger Most Wanted
14 Disember 2013, MIECC, Mines

Acara Istimewa untuk Penulis Blog & Pengunjung
 
Anugerah blogrrr 2013
Untuk julung kalinya, Anugerah blogrrr 2013 akan disampaikan kepada penulis-penulis blog terbaik di Malaysia. Terdapat 10 kategori anugerah dipertandingkan iaitu Best Blogshop, Best IT & Gadget Blog, Best Art & Photography Blog, Best Entertainment Blog, Best Food & Travel Blog, Best Sports Blog, Best Fashion & Beauty Blog, Best Family & Health Blog, Best Automotive Blog  dan Best Personal Blog. Anugerah ini kini menanti pencalonan daripada semua pembaca. Sila kemukakan pencalonan blog kegemaran anda di http://www.blogrrr.my/nomination.html.
 
Jualan Blogshop blogrrr 2013Anda berniaga secara online? Menjual barangan melalui blog, instagram atau facebook? Inilah masanya untuk memperkenalkan jenama perniagaan anda kepada hampir 10,000 pengunjung dan bertemu peminat-peminat yang mengikuti perkembangan anda selama ini. Terdapat lebih 100 tapak jualan blogshop untuk ditempah dengan bayaran serendah RM50.00 sahaja. Untuk pendaftaran, sila ke http://www.blogrrr.my/registration_booth.html. Rebut hadiah wang tunai sehingga RM500 untuk blogshop paling kreatif & menarik.
 
Seminar Mini blogrrr 2013
Bercita-cita ingin menjadi penulis blog? Atau ingin menjadi penulis blog yang lebih hebat? Dapatkan 'tips & tricks' daripada otai blog seperti Ikhwan (amanz.my), Nisa Kay (nisakay.com), Obefiend (Blogserius.my), Sean Razak (blogr.my) dan Selina Wing (selinawing.com). Kenali mereka secara dekat dan berkongsi pengalaman bersama penulis blog berpengalaman ini. Anda juga boleh menghadiri 12 seminar mini secara percuma sepanjang acara berlangsung. Ketahui cara memajukan blog dan perniagaan anda daripada syarikat-syarikat ternama seperti Google, Shopify, MYNIC, Exabytes, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
 
RM10,000 menerusi ichoose.my
Tawaran hebat untuk blog yang ingin menggunakan .my sebagai nama domain. Daftar melalui www.ichoose.my dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000. Dengan harga domain 'melampau' serendah RM30 untuk setahun dan RM50 untuk dua tahun, tawaran ini memang sukar dilepaskan.
 
Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia
Sertai penulis blog seluruh tanahair dalam cubaan mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia. Anda akan mendapat T-shirt edisi terhad untuk 2,000 blogger terawal yang menyertai. Untuk pra-pendaftaran sila ke http://www.blogrrr.my/registration_blogger.html
 
dan banyak lagi!
Temui artis-artis popular dalam sesi santai bersama Marsha Milan Londoh, Sharifah Sakinah, Iqram Dinzly, dan Ally Iskandar. Juga kenali secara 'in-person' penulis blog yang HOT di pasaran seperti Abang Nara (Beautifulnara.com), Aman (Amanz.my) dan ramai lagi. Anda juga berpeluang memenangi lebih daripada 250 hadiah rebutan yang pasti membuat anda tersenyum.
 
Untuk informasi terkini, sila 'like' page blogrrr di https://www.facebook.com/blogrrr atau layari www.blogrrr.my.
 
Thank you.


Yours sincerely,

MYNIC Berhad

MYNIC Berhad (735031-H)             | Tel          : +603-8991 7272
Level 3, Block C                                | Fax          : +603-8991 7277
Mines Waterfront Business Park    | E-mail     : domreg@mynic.my (Registration)
No. 3, Jalan Tasik                             |                   billing@mynic.my (Billing)
The Mines Resort City                      | URL        : http://www.mynic.my
43300 Seri Kembangan                   | Work. Hr : 0830-1730MYT(Mon - Fri)
Selangor Darul Ehsan                     |
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-


Psttt....teman pun ade nnti kt sana..ade sesapa nak jumpa?? Jom ke booth No.123..Ahaksss...ko ingat ko sapa bedah!!! retis kah?ade follower bagai-bagai...ekekkek

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...