Tiba-tiba je rasa teringin sangat nak makan aiskrim di Mekah nih..Tak tau mana yang special, tapi memang di rindui...
Makanan yang WAJIB rasanya setiap jemaah cuba tak kira peringkat umur. Masa ibunda ku pergi menunaikan haji tahun 2012 tu pun dia cerita, hampir setiap hari makan aiskrim. Ajaibnya memang tak jemu. Padahal ketika ditanahair rata-rata mengatakan memang tak makan langsung aiskrim.
Sama juga seperti aku dan Pak Kahar, kami boleh dikatakan setiap hari makan aiskrim. Tapi paling nikmat ketika selesai sahaja menunaikan Umrah wajib yang pertama sebaik saja jejak di Bumi Makkah, benda pertama yang kami cari memang aiskrim!!!! Di tambah pulak gerai aiskrim memang betul-betul di hotel kami..Subhanallah, tiada satu pun yang tak indah di Tanah Haram ini..Semuanya indah belaka..Allahuakbar..
Kedai aiskrim sebelah kedai gunting rambut. Memang ngam lah. Pak Kahar masuk kedai gunting rambut kemudian makan aiskrim..hihiih |
Makcik ku yang tak sedar di candid gambar nyer.. |
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)