Ok..straight to the point, Wafiq jatuh kepala tobek!!! Tu dia...Nak dijadikan cerita, hari Ahad yang lepas berkunjung ke Hospital Selayang melawat sepupu yang sakit. Oleh sebab budak-budak tak boleh naik ke ward, maka mereka di tinggalkan lah bermain di padang berhampiran..Di situ juga adalah sepupu-sepapat yang lain serta makcik-pakcik.. Sudah takdir dari Allah, reramai budak-budak yang main, anak-anak sepupu semua tu..Wafiq yang kena, kebetulan dia jatuh..Tapi katanya dia berguling-guling..Maka sedap berguling entah macam mana maby dalam tanah tu ada besi or benda tajam yang lain maka, benda itu sudah "makan" itu kepala nye..Memang masuk Emergency lah.. Tapi oleh sebab padang tu pun dekat ngan ED hospital selayang, maka sangat mudahlah kan..
Masa kejadian aku takde pun..Ada kat wardlah..Tapi masa sepupu call tu dah nak turunlah..Dari gaya dia cakap tu memang buat rasa macam nak gugur jantung..TAPI!!! masih boleh berfikir dengan normal, ingat kata Prof Muhaya, kalau teringat or risaukan anak baca surah Al-Fatihah, bila tiba ayat
baca dengan agak menekan sedikit, maka sebutkan nama anak kita didalam hati..Alhamdulilah..Memang lega. Memang masa lihat depan 2 bijik mata ni memang boleh cool lah..Takde nak meroyan ke apa..Nak marah Pak Kahar pun jauh sekalilah kan..Maka both of us hanya senyum jelah tengok "sibibu" mama yang super lasak nih kan..Dia awal-awal tu jelah nangis kata abahnya, by the time aku tiba kat soft injury section tu dia mcm dah biasa je pon..
Banyak juga prosedur kena lalui memandangkan dia budakkan. Takut ade trauma dalaman..Kena jugaklah x-ray, jumpa pakar hidung memandangkan doc nampak ada nose bleeding. Mula nak stay dulu kat observation sebab doc nak monitor risau kot ada muntah pening. Maklumlah what do you expect budak 6y bercakapkan..Bila dia tanya kejap pening kejap idak kan. But when doc go thru the x-ray result everything ok, maka boleh la keluar..
Haih..itulah ceritanya..Dari nak melihat sepupuku yang sakit agak serius dari hospital Teluk Intan bawa ke Selayang, kesudahnya anak aku mencari sakit.. Allahuakbar...Maha Suci Allah...Terima dengan hati terbuka..
Apa-apa pun aku agak lega sepupu juga telah hampir pulih..Dah discas pun dari Selayang...Alhamdulilah..
Sepatutnya entry dibuat pada hari Isnin, tapi memandangkan Isnin terpaksa EL, masuk je office bermula hari Selasa sehingga ke separuh hari Khamis ni di Training Room, maka memang tak kesempaianlah nak update blog yang macam dah nyawa-nyawa ikan..muahha
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)