Iklaneka

Wednesday, May 6, 2015

Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35, 6 Mei 2015


Assalamualaikum...

Daulat Tuanku..

Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk rakyat Negeri Perak khususnya kerana merupakan hari pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak - 35, iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


Ok...pada yang nak tau, serba sedikit info pasal pertabalan ini, boleh baca nih... Sumber diri wikipedia.

Pertabalan Sultan Perak 2015 atau Pertabalan Sultan Perak ke-35 akan berlangsung pada 3 Mei hingga 17 Mei 2015 selama 15 hari. Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 diadakan di beberapa tempat sekitar Sungai Perak yang bermula di Bandar Diraja Kuala Kangsar hingga keBeting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan.
Berikutan Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan ke-35, Kerajaan Negeri mengumumkan Mei 2015 sebagai cuti umum bagi negeri dan jajahan segala takluk Perak Darul Ridzuan.

Era Sultan Ke-34
Pertabalan pernah diadakan 30 tahun lalu iaitu ketika pertabalan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 4 Disember 1985.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 Mei 2014 dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Aturcara
Berikut merupakan aturcara sepanjang Istiada Pertabalan Paduka Seri Sultan, antaranya;
  • 3 Mei - Istiadat Meletak Kerja.
  • 6 Mei - Istiadat Tabal Adat; Kawalan Kehormat; dan Istiadat Pertabalan (yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah dan disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das oleh ATM).
  • 7 Mei - Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal (di Tujuh Kuala Sungai Perak yang bermula di Bandar Diraja Kuala Kangsar); Istiadat Tabal Pusaka (akan dijalankan sebelah malam di Balairong Seri Istana Iskandariah); dan Istiadat Bersiram Tabal (akan dilakukan di Panca Persada).
  • 8 Mei - Melawat Makam Tok Temong (di Pekan Kati, Kuala Kangsar); dan Makam Raja Bendahara Alang Iskandar (atau lebih dikenali sebagai Marhum Teja di Kota Baharu, Gopeng).
  • 10 Mei - Menziarahi Makam-makam Sultan Perak Terdahulu (I); (di sekitar Bandar Diraja Kuala Kangsar, Pekan Manong, Belanja, ParitPekan BotaLambor Kanan, Pulau Tiga dan Kampung Gajah dengan mengunakan jalan darat/jalan raya). Sultan Perak mula menggunakan jalan air dengan menaiki bot khas yang dinamakan Balai Gambang dari Jeti Pasir Salak pada 13 Mei.
  • 13 Mei - Menziarah Makam-makam Sultan Perak Terdahulu (II) dengan menggunakan jalan air dan menaiki bot khas yang bernama Balai Gambang di Pasir Salak; (bermula dari Kampung Pasir Pulai, Kampung Bandar Baru, Kampung Teluk Memali, Tanjung Penangguh, Pasir Panjang Ulu dan Kampung Durian Sebatang.
  • 14 Mei - Istiadat Meletakkan Kaki di Beting Beras Basah.
  • 17 Mei - Istiadat Menutup Kerja.


Pra-Pertabalan
Taklimat disampaikan oleh Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Anuar Zaini dan Pengarah Penerangan negeri, Muhamad Aszahari Abdul Rahman serta wakilPolis Diraja Malaysia (PDRM). Mohd Anuar adalah Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Penerbitan, Cenderamata, Belia dan Pelajar .

Titah Diraja
Istiadat Pertabalan bukan untuk berpesta, bersuka ria atau bermegah-megah dan mewah sebaliknya mahu meneruskan kesinambungan adat dan budaya. Sultan mahu mendekati rakyat termasuk golongan muda menerusi program seperti pertandingan esei, pidato serta larian sempena pertabalan. Seramai 471 pengamal media dari 45 agensi telah membuat permohonan bagi membuat liputan istiadat pertabalan. 

Menarik perhatian media

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi memaklumkan bahawa National Geographic Channels akan dokumentarikan detik bersejarah itu.


No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...