Iklaneka

Tuesday, June 23, 2015

Entry Persediaan Memasak Menu Ramadhan Sahaja :)

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Hari ini dah 6 Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu kan. Ok, bila bulan puasa memang mostly blogger-blogger ni update pasal menu masakan je le kan. Kang dan nak dekat raya biskut raya le pulak.. Lepas raya rumah terbuka pulak..Hahhaha

Ok, ini hanyalah posting persediaan menu berbuka puasa yang aku buat. Tiada menu hidangan langsung sebab memang tak sempat sehh nak snap gambar tapi yang lebih utama malas :p

Oleh sebab menu harian aku semua orang pun dah tau, ini adalah menu persediaan berbuka puasa yang sangat pantas.

Persedian membuat rendang untuk sahur pertama puasa




Sebelum ni memang takde nye lah nak masak nasi beriani bagai-bagaikan..Tapi dengan wujudnye pes ni gigih mencuba..ahakss..Mudah dan cepat pulak tuh.

Monday, June 15, 2015

Tip Ibu Bekerjaya Untuk Mudah Menyediakan Menu Berbuka Puasa

Assalamualaikum...

Bila bulan puasa je mesti terfikir juadah berbuka kan? Tipu kalau tak fikir.. Oleh sebab aku dah siapkan jadual sebulan menu berbuka puasa. Maka, amatlah mudah aku nak prepare bahan mentah. Semuanya aku dah siapkan. Benda ni aku dah buat bermula tahun lepas. Memang sangat organize. Dengan perbelanjaan pun sangat teratur. Beli bahan mentah ikut yang dalam menu. Paling utama, kita boleh manage time. Bagi yang tinggal di Klang Valley nih, sedia maklum kalau bulan puasa, jem nye memang tahap menyumpah yang boleh kering pahala kan. Aku yang bekerja jauh ni untuk tiba ke rumah memang ambil masa lebih dari 1 jam biasanya. Jadi hanya ada kira-kira less than 1 hour utuk prepare makanan sebelum berbuka. Kalau dulu zaman kami hidup berdua or anak masih kecil memang takde masalah sangat. Beli pun ok. But bila anak dah mula berpuasa adalah sangat tak seronok bila tak memasak. Walau pun kadang menu tu biasa, but bila home cook anak-anak jadi suka. Paling utama anak akan impress sebab usaha kita yang memasak kan.

Ok, mari aku kongsikan beberapa tip yang aku rasa perlu untuk ibu bekerjaya ni buat bila bulan puasa nih.

1. Sediakan menu sebulan. Tak perlu menu yang bombastic sangat sebab nanti kita yang tak daya nak fulfill. Menu tu bila dah buat tampal je kat peti sejuk. Senang nak tengok hari-harikan. Yang nak tengok menu yang aku buat boleh view SINI.

2. Sediakan bahan menumis seperti cili or bawang yang telah di kisar. Ataupun bawang yang telah siap di kupas.

3. Sediakan bahan mentah selama seminggu. Bahan mentah beli mengikut menu yang telah dibuat. Bahan mentah tersebut letak siap dicuci dan dipotong. Simpan didalam bekas kedap.


4. Sediakan bahan sampingan seperti pes masakan. Ini sangat membantu kerana ada sesetengah menu yang agak renyah untuk disediakan bahan. Maka lebih baik menggunakan pes masakan sahaja. Pes masakan ni boleh dapatkan di KUDOS FOOD STATION.



5. Boleh buat kuih frozen yang mudah seperti karipap ataupun beli sahaja kuih frozen yang banyak di pasaran.

Insyallah, bila ikut step ini you will enjoy the moment Ramadhan tu..Hidup teratur, maka boleh ibadah dengan tenang... Tak perlu tiap hari nak masak apa yek? Paling utama rasa upset bila makanan yang dibeli rosak. Marah-marah, merungut boleh kering pahala puasa kan :p


Pssttt.. Hari ini sudah 28 Syaaban. Maka ada beberapa hari je lagi Ramadhan akan menjengah. Tak Sabar. Itu yang boleh aku katakan bila setiap kali bulan yang penuh keberkatan ini tiba.

Thursday, June 11, 2015

Jadual Menu Sebulan Ramadhan 2015

Assalamualaikum...

Seperti tahun lepas, tahun ini saka rajin muncul jugak.. Maka siaplah menu sebulan puasa. Ahakss...Kalau tahun lepas hanya percubaan. Tapi misi sangat berjaya, maka tahun ini haruslah buat lagi kan menu sebulan..

Tiada menu yang sangat boombastik kerana nanti tak mampu nak fullfill


Oleh sebab tahun ini kami suami isteri dah ade "new baby" iaitu Kudos Food Station, maka haruslah segala menu related dengan para vendor Kudos Food Station. Masak itu kadang mudah, tapi penyediaan tu agak renyah. Maka kalau dah ade segala mak nenek jenis pes, rempah memang kerja memasak jadi cepat untuk ibu bekerja macam aku yang hanya ada masa lebih kurang 1 jam untuk masak.

Moga aku menjadi ibu bekerjaya yang cemerlang untuk suami dan anak-anak. Menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk mereka. Dengan cara ini juga pengurusan kewangan juga teratur sebab dah tau nak masak apa, maka beli jelah keperluan barangan basah mengikut menu yang telah sedia ada.

Memasak itu juga sebagai ibadah kerana setiap pengorbanan gerak geri yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas mendapat habuan dari Allah..Insyallah...

Tuesday, June 9, 2015

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 16 Jun





KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagimenentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tempat melihat anak bulan pada malam hari tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian, Besut (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan).
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan); Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Menurut kenyataan itu Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu. – BERNAMA


Wednesday, June 3, 2015

Wanita yang Jelita & Lelaki yang Tampan, Terima Kasih Ucapan Hari Lahir dari Kalian

Assalamualaikum...

Semalam genap umur 35 tahun. Alhamdulillah..Tak tau nak cakap apa lagi. Syukur kepada Allah..Itu jer nak cakap. Yang pasti, andai aku mengikut jejak Kekasih Allah yang wafat ketika berumur 63tahun, maka aku hanya ada kira-kira 28 tahun lagi untuk hidup. Allahuakbar...Moga hidup ini lebih bermakna, sentiasa mencintai Kekasih Mu Ya Allah, sentiasa mendamba Rahmat Mu Ya Allah. lagi bermakna tarikh lahir pada tahun ini bersamaan dengan 15 Syaaban..



Pada semua rakan-rakan di FB juga terima kasih..Tak mampu nak reply satu-satu yek.. Semalam banyak pulak isu di hospital nih...Hari ini mampu ucap terima kasih tru blog ja yaa...

Tuesday, June 2, 2015

Program Cuti Sekolah ~ Bengkel Asas Memanah


Assalamualaikum...

Awal June, semestinya cuti sekolah sudah bermula..Kalau tahun lepas kami bercuti ke Kuching, Sarawak namun tahun ni tiada rasanya nak kemana pun..

Sabtu (30-5-2015) saja daftar Wafiq untuk attend Bengkel Asas Memanah. Oleh sebab Sabtu memang Nabihah perlu attend kelas tambahan di SRAI, maka kami lajak kan diri terus ke Sekyen 27 untuk Wafiq. Maka hari Sabtu yang lepas memang separuh hari kami di luar je lah. Fattah pun terpaksa layan je lah..Duduk le kami di bawah pokok menunggu si Wafiq..Layannnn kan aje ye dakkk...

The real instruktor yang botak tuh. Memang bekas ahli panah negara. Tapi nama lupa sudeyy...


Ini pembantu jurulatih. Baik sangat. Dari Wafiq macam tak confident terus bersemangat..Tak takut..





Kesimpulannya memang nampak Wafiq happy lah..Kami masih mencari kelas memanah yang berhampitan rumah. Insyallah.. Let them enjoy the moment related with Sunnah kan ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...