Tak tau mana datang nye saka rajin hari ini..Ade masa le pulak membuat jadual menu untuk sebulan berpuasa yang akan tiba tak lama lagi ni kan...Ahahaha..
Jangan ada pulak yang cakap, puasa pun belum makan yang di ingat..Memang pun kan...kalau dah berpuasa mesti ada time berbuka puasa..ate tak yah makan ker???
Agak payah le jugak benornya mencari menu..Tak mau lah buat menu yang boombastik..kang tak sempat nak masak...huhuuhh |
Buat ni bukan lah apa..ke arah menjadi mak bekerja yang cemerlang..Walau pun setiap tahun makin cemerlang kerana 99% menu berbuka setiap hari adalah buatan sendiri, tiada dari pasar ramadhan..Tapi bila di hujung puasa ketandusan idea. Bukan sahaja ketandusan idea, malah dari segi pengurusan membeli barang mentah pun jadi tak terurus. Sebabnya oleh sebab tak tau nak masak apa, maka barang mentah yang di beli pun entah apa-apakan..
Maka, dengan adanya jadual ini..harap dapatlah kiranya kami mengurus kewangan dengan lebih teratur.. Beli sekadar keperluan untuk menu yang akan di masak...Mak tak rasalah jadual ni akan di fulfill sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya menjadi guidance untuk diri.
Yang paling utama adalah menunjukkan semangat pada Nabihah bahawa walau pun mama bekerja makan gaji tidak bermakna kamu harus makan makanan air tangan orang lain wahai anak...Mama akan cuba jadi mama bekerja yang terbaik buat kamu dan adik-adik..Mama sentiasa niatkan kerja itu ibadah..Setiap langkah yang mama lalui menuju ke tempat kerja mama niatkan ibadah, jihad kepada Allah..Mungkin mama belum menjadi insan yang terpilih untuk menjadi surirumah tangga sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya mama berpeluang menjadi mama yang hebat mampu memikul tugas kerja juga amanah memelihara kalian..
Semoga Allah permudahkan urusan...Moga sihat tubuh badan mampu menguruskan rumah tangga dan beribadat sebanyak-banyaknya...aminnnn
Wow..rajinnyer...huhu
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...semoga Allah menerima ibadah kita...aamiin
ReplyDelete