6:00am : Kampung Kunci Air 12
Hari ini merupakan hari yang ditunggu telah tiba. Berdebar. Sebak. Perasaan itu bercampur baur. Itu yang boleh ku katakan. Azan subuh berkumandang. Takungan air mata mula tumpah. Tidak dibendung lagi perasaan ini. Selesai solat subuh berjemaah bersama Pak Kahar, kami meneruskan solat sunat musaffir. Air mata sudah seperti hujan membasahi bumi. Lebat. Kami bergilir mencium Fattah yang sudah aku letakkan di dalam buaian, Wafiq yang masih lena tidur di dalam bilik. Hanya Nabihah yang sudah terjaga dari lena. Dia dah mula menangis. Apabila kami mendakapnya, dia dah mula meraung.. OHH!!!! hati ini bagaikan mahu pecah. Bersalaman dengan mak, abah, faizal dan amy aku sudah teresak-esak. Mak beri kekuatan. Ini kembara suci demi Ya Rahman, Ya Rahim. Ku tak menoleh lagi ke belakang terus masuk ke kereta. Pak Kahar meluncur laju...
10:00am : Departure Hall, KLIA
Semua jemaah umrah dari Raudhah Travel berkumpul di Level 5 di hadapan kaunter G.Ada sedikit taklimat di berikan oleh pihak Raudhah. Alhamdulilah semua nya berjalan lancar. Oleh kerana boarding time pukul 1:00pm maka kami bersolat jamak & qasar di gate C1 sahaja. Pesawat berlepas mengikut waktu iaitu 2.10pm.
7.50pm : Prince Mohammad Bin Abdulaziz Airport, Medina
Selamat tiba di airport Madinah setelah transit kira-kira sejam di Riyard untuk menurunkan penumpang dan pertukaran Flight Attendance untuk memasuki Tanah Haram Madinah. Suasana agak terkawal dan berjalan lancar. Alhamdulilah di permudahkan urusan. Cuma agak terkejut sebaik lepas sahaja dari check point scan beng oleh pihak kastam, ada golongan muda yang secara tiba-tiba mengambil paspot kami. Ohh...rupanya itu adalah team muassasah. Ustaz Mansor yang merupakan wakit pihak Raudhah telah siap sedia menunggu kami. Bas untuk jemaah Raudhah telah siap sedia menunggu.Begitu rupanya sistem mereka mengenal jemaah berdasarkan paspot kerana di belakang paspot tersebut telah ditampal ID travel agent masing-masing. Semua urusan beg tidak perlu diambil tahu kerana semuanya telah di uruskan oleh pihak agent. Bawak badan aje naik ke bas :)
Didalam bas menuju ke hotel dari airport |
9:00pm : Madinah Al Munawwarah
Bas meluncur laju menuju ke Hotel. Pandangan luar yang gelap membuatkan kami tidaklah dapat menikmati permandangan sekitar Kota Madinah dari airport menuju ke hotel. Masing-masing melayan perasaan. Yang pasti air mata ku masih lagi mencurah. Bermula dari dalam perut kapal terbang sehinggalah Madinah manik jernih sentiasa jatuh di pipi..
Hotel penginapan kami ketika di Madinah |
Ya Allah..sesungguhnya jihad perasaan itu sangat berat bagi hamba Mu ini demi meneguk kasih mu Ya Rahman..Ya Rahim...Ku dambakan kekuatan perasaan ini Ya Allah kerana yang didunia ini semuanya pinjaman dari Mu..Kami sayang dan kasihkan anak-anak kerana Allah Taala...
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)