Iklaneka

Tuesday, January 13, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Menjejak Langkah Kekasih-Mu, Ya Rasulullah

Salam semua..

Hari ke-3 kami di bumi Madinah, pihak Raudhah Travel telah mengaturkan aturcara ziarah luar Kota Madinah. Teruja rasanya memandangkan pada hari tiba di kota suci Madinah aku tidak berpeluang memandang persekitaran. Maklum lah hari dah gelapkan, dengan 8-9 jam perjalanan memang agak memenatkan. Syukur naik penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah dengan pesawat Saudi Arabian Airlines.

Masjid Quba
Masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpg sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Alhamdulillah, berkesempatan solat sunat di Masjid Quba ini..Cuaca sungguh damai..Dingin..Sejuk..
Jemaah Raudhah bergambar di Masjid Quba




Jabal Uhud
Bukit yang menyaksikan limpahan darah para syuhada yang berjuang demi mempertahankan agama kita yang tercinta ini.Bila sebut Jabal Uhud, sudah tentu kita tidak akan lupa satu peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud . Perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk, perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim
Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud

” Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kami pun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga. “

Di kawasan berpagar sekitar sini adalalah kawasan Makam Syuhada. Tanpa disedari air mata mengalir. Betapa rasa syahdunya..Begitu besar pengorbanan para syuhada ini.





 Ladang Kurma
Oleh sebab kurma berbuah setahun je sekali, maka hanya mampu melihat pokok kurma je lah..Buah di pokok nye tak hade. Tapi kami lebih membeli belah di kedai yang berada di ladang kurma tersebut. Bermacam jenis kurma ada. Oleh sebab aku dah beli kurma Ajwaa (kurma Nabi) dengan mutawif yang merupakan pelajar Universiti Madinah maka di kedai tersebut kami hanya membeli sedikit kurma dan kismis sebagai tambahan.

Tempat-tempat lain yang kami pergi ialah :-

- Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat.
- Masjid Jum’ah, masjid pertama yg melakukan Solat Jumaat.

 Oleh sebab kesuntukan masa memandangkan hari ziarah luar Madinah ini pada hari Jumaat, maka kami perlu balik segera memandangkan solat jumaat pada hari itu. Maka 2 masjid di atas hanya drive by sahaja. Nak ambil gambar tak berkesempatan.

Pengalaman pertama dalam hidup bersolat Jumaat di Masjid Nabawi..Subhanallah..Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu..

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...