Iklaneka

Thursday, January 22, 2015

Kembara #Umrah2014~Terimalah kami sebagai tetamu-MU yang PALING ISTIMEWA

Salam semua..

Perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira 6 jam menaiki bas. Bas bergerak sahaja dari hotel di Madinah, aku menelefon mak di kampung memohon ampun dan maaf serta bertanyakan perkhabaran anak-anak. Doa dari mak mengiringi kami suami isteri menjalani ibadah umrah ini. Permulaan perjalanan mutawif memberi sedikit taklimat. Kemudian di susuli dengan ustaz Yusuf yang mengiringi jemaah Raudhah Travel bermula dari Malaysia. Habis sahaja taklimat kami semua terus bertalbiyah. Permulaan dengan suara yang penuh semangat tapi lama-kelamaan menjadi sepi. Termasuk diri ku yang terus terlena..hihihi...

Aku hanya tersedar bila tiba di Masjid Bir Ali..Perjalanan agak lancar, maka kami tiba tepat pada waktunya maka bersolat lah kami jamak qasar untuk solat Maghrib & Asar. Suasana di Bir Ali sangat sesak. Padat dengan jemaah yang akan menuju ke Makkah. Suasana sejuk. Kami berniat umrah di situ.

Tidak lama kemudian kami tiba di bumi Makkah.

Doa Memasuki Kota Makkah
Ya Allah! Sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya, semuanya kepunyaanMu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Dikau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam syurgaMu, Jannatun Naim,
Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka .
Ya Allah! Selamatkanlah daku dari azab Dikau di hari Dikau membangkitkan hamba-hambaMu. Daku memohon denganMu kerana Dikaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Dikau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Dikau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.

Oleh sebab hari sudah gelap, maka aku tidak dapat melihat dengan jelas keadaan sekeliling. Perasaan ketika itu sangatlah berdebar. Tidak lama kemudian, kami tiba di hotel penginapan. Ada sedikit taklimat dari pihak Raudhah. Kami tidak membuang masa, terus melakukan umrah pertama iaitu Umrah Wajib. Ada mutawif yang akan mengetuai rombongan. Rombongan di pecahkan kepada beberapa kumpulan yang kecil untuk memudahkan pergerakkan umrah memandangkan suasanan di Masjidil-Haram ketika itu terlalu sesak dan ramai. Untuk kali pertama menjejak ke Mekah, dikhuatiri akan kehilangan atau terlepas dari kumpulan.

Kami bergerak dari hotel menuju ke Masjidil Haram. Disitu terletaknya Baitullah. Hatiku berdebar. Pertama kali melihat Kaabah aku terkesima. Air mata tidak mampu kutahan lagi. Doa terus ku baca melihat kaabah kali pertama. Dalam sedu sedan aku membacanya..Maka teruslah kami melakukan ibadah umrah bermula dari tawaf, sai sehinggalah tahalul.






Maka selesai sudah umrah wajib ku yang pertama. Subhanallah..Alhamdulillah..Suatu perasaan yang begitu indah. Walaupun aktiviti begitu padat. Kami selesai umrah kira-kira jam 2.30am. Tapi tidak terasa keletihan. Hanya perasaan kepuasan yang begitu indah sahaja di dalam hati. Pulang ke hotel dengan perasaan yang begitu berbunga-bunga di dalam hati. Inilah yang dikatakan nikmat dunia andai semuanya kerana fisabilillah...

No comments:

Post a Comment

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...