Salam semua..
Pada hari ke-4 iaitu hari Sabtu kami dijadualkan
untuk meninggalkan Madinah dan bergerak ke Makkah untuk buat umrah.
Mutawif berpesan agar kami mengambil peluang melawat Raudhah sekali lagi
dan selepas itu terus buat Ziarah Wida'. Selepas itu balik ke hotel dan
bersedia untuk bertolak ke Makkah.
Ziarah Wida' ialah ziarah perpisahan, atau ziarah
selamat tinggal, iaitu menziarahi maqam Rasulullah s'a.w sebelum
meninggalkan Madinah.
Maka selepas solat subuh, Aku dan Makcik terus menunggu waktu untuk Raudhah di buka untuk melawat Makam Rasulullah. Walau pun untuk jemaah muslimah agak terhad masa dan ruang, tapi itu sudah mencukupi bagi ku.. Melihat kubah hijau sahaja sudah membuat jiwa ini menjadi harum...
Keadaan agak bersesak-sesak..Tapi alhamdulillah semua pun dapat hampir dengan Kekasih Allah.Aku sempat bersolat sunat beberapa rakaat di Raudhah, yang paling hampir dengan makam Rasullulah. Yang pasti air mata tidak mampu dibendung lagi..
"Ya Allah, janganlah
Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir.
Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam
kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu,
Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu
syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari
itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad
itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada
apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul)
dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."
Ketika membaca doa ini sebelum memusingkan badan, air mata laju tidak dibendung lagi.. Dan ketika posting ini dibuat juga aku masih menitiskan air mata. Oh..sesunggunya berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kembali ke hotel. Kami ambil peluang sekali lagi berpusing-pusing di sekitar kawasan masjid. Menyedut udara segar waktu pagi di Madinah yang sangat harum bagi ku..
Kami berkesempatan lagi bersolat jamak Zohor-Asar di Masjid Nabawi. Ohh..sedih, ini hari terakhir bersolat jemaah di masjid Nabi. Kejadian indah yang aku nikmati di hari terakhir bila mana kubah masjid terbuka betul-betul di atas kepala ku..Ya Allah..Buat aku lagi rasa sebak nak meninggalkan Madinah..
Kembali ke hotel untuk makan tengahari, kemudian berkumpul di lobi dan bersedia dengan pakai ihram. Sebelum keluar ke Masjid Nabawi lagi kami telah bersiap mandi sunat ihram. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan perjalanan kami bertolak meninggalkan hotel dari kota Madinah untuk menuju ke Mekah. Kami akan berhenti di Bir Ali untuk ber miqat. Hati merasa sayu, Semua menyepi melayan perasaan dan juga terselit perasaan berdebar untuk sampai ke Tanah Haram Mekah. Hari kemuncak bagi kami semua yang pertama kali menunaikan ibadah umrah.
Selamat tinggal Rasullullah SAW,Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, dan keluarga Rasulullah SAW. Selamat tinggal kota Madinah Al Munawwarah. Insyaallah..Aku akan datang lagi.
Perasaan ku bercampur-campur. Sedih meninggalkan Kekasih Allah, tapi agak gembira dan berdebar kerana akan menatap Baitullah.
No comments:
Post a Comment
Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)