Iklaneka

Monday, March 31, 2014

Program Perkhemahan & Kerohanian @Tadika Delima Ilmu

Salam semua...


22 & 23/3/2014

Program in diadakan pada permulaan cuti sekolah. Hari yang sama aku mengikuti kelas menjahit. Memang agak sibuk pada hari sabtu 22hb tuh..Dengan kelas swimming tetap diteruskan, aku perlu ke Kolej Komunit Shah Alam. Fattah terpaksa di letakkan sementara di rumah kak uda..

Aku langsung tidak berkesempatan melihat perjalanan perkhemahan ini walaupun hanya di lakukan di kawasan tadika. Hanya datang pada waktu petang untuk meninjau sebentar. Nabihah sangat happy kerana mini reunion di sekolah lama nya. Dapatlah berjumpa dengan bff Hannah & Sarah.

Terima kasih pada para cikgu di Tadika Delima Ilmu. Ade program jemput lah lagi :)




Hanya berkesempatan meninjau pada waktu petang. Pada awal pagi esoknya kami menjemput nabihah memandangkan perlu rushing ke Ipoh pula. Walaupun Nabihah agak kecewa memandangkan tidak dapat mengikuti program sepenunya tapi sekurang-kurangnya dia happy sebab dapat bermalam di dalam khemah :)

Kursus Jahitan Telekung @Kolej Komuniti Shah Alam

Salam semua...


22/3/2014


Pada tarikh ini aku dan kak lang telah mengikuti kelas menjahit telekung di Kolej Komuniti Shah Alam.. Seperti sedia maklum, kolej komuniti memang ade menganjurkan kursus pendek di setiap kolej komuniti di seluruh Malaysia. Jadi pada yang berminat boleh layari >> DI SINI 

Sangat bermanfaat buat kita. Yuran yang dikenakan sangat berpatutan. Untuk kursus jahitan telekung ni fee yang dikenakan hanya RM45. Dah la dapat ilmu menjahit, telekung pun dapat bawak balik tau..


Aku bukan nak menjadi tukang jahit pada orang keliling, tapi cukup lah sekadar menjadi tailor pada suami dan anak-anak. At least mahu menjadi mama yang di banggakan oleh anak-anak,  bukan sekadar hanya ade segulung ijazah, bekerjaya tetap mendapat gaji bulanan tetapi juga menjadi seorang mama yang serba boleh. Bukan setakat tahu memasak tapi tahu juga menjahit..ahakssss

Sesiapa boleh sertai. tak kira anda bekerjaya hebat atau suri rumah.
Seronok dapat ramai kenalan. Tukang jahit pun ade tau
Sijil penyertaan.
Kak lang masih tekun menjahit. Membuat kekemasan

Taraaa... inilah hasilnya.. Telekung lycra. nampak jauh cantik..
Bila dekat serabuttt.. Yang tengah tu lah cikgu nya...
Masih bekerja tetap tapi masih mampu mengajar menjahit dan berbisnes jahita. Hebatkan

Hello Word!!! ~ Ahmad Akid

Salam Semua...


March 2014 hampir ke penghujung..Cerita di bulan 3 ini banyah le sangat tertangguh. Ok takpe mak cuba untuk update jugak tahap mana yang mampu sebab peristiwa yang berlaku tiada ulangan lagi..


11/3/2014

Pada tarikh ini lahir seorang lagi khalifah dibumi Allah ini. Seorang cucu lelaki dari keturunan Wak Rin...ahakss...TAHNIAH buat adikku Uji & suami Kifli. Kelahiran cahaya mata lelaki. Di lahirkan Hospital Umra. Nama di beri Ahmad Akid. Akid merupakan cucu ke 24 untuk mak dan abah..Meriahhh u olll...Raya tahun ni sure riuh rendah sebab mak dan abah sudah ade 14 cucu lelaki!!!! ahahha...memang ramai hero...

Apa pun mak anjang doakan Akid membesar menjadi anak yang soleh penyejuk mata pendamai hati untuk umi & ayah. :)


Tuesday, March 18, 2014

KWSP Umum Senarai Dana Unit Amanah 2014/2015. Sila Semak!!!

Salam semua...


Mak percaya pasti ramai di luar sana mengambil inisiatif mem"beranak"kan lagi simpanan Akaun 1 EPF dengan memsuki pelaburan di dana amanah atau pun bahasa omputih nyer Unit Trust.

Tapi baru-baru ini KWSP telah menapis beberapa dana amanah yang tidak valid lagi untuk 2014/2015. Mungkin untuk mengelakkan kerugian pada para pelabur maka mengeluarkan dana-dana yang tak berapa perform kan.. Jadi pada yang melabur, sila semak DI SINI. Mungkin dana yang ada pilih akan di lenyapkan pada 1 April 2014. Maka sila ketemu agen memasing yek..



Psstt..Mak punye dana menten hado..Anda bagaimana????



Perkongsian Sihat ~ Saya ambil set penyusuan shaklee. Anda bagaimana???


Salam semua...


Terlintas hari ini ingin berkongsi hal ehwal penyusuan susu ibu. Memang sedia maklum, aku menyusukan anak secara exclusive selama 6bulan iaitu dari Nabihah, Wafiq sehinggalah ke Fattah. Kalau dulu Nabihah & Wafiq tetap berjaya iaitu hampir 99% EBM sepenuhnya tapi masih was-was takut kekurangan susu bekalan di rumah pengasuh maka aku bekalkan juga susu formula. TAPI Fattah ini sangat berjaya kerana LANGSUNG tiada susu formula di dalam rumah sehingga tahap 6 bulan (errr..tapi sekarang dah ada sebab dapat sample free dr KJMC).

Kalau dulu susu tetap maintain ada tapi tidak semeriah kali ini..Mungkin aku jenis yang bersusu kot..ahaks..Tapi untuk ank nombor 3 ni try makan ESP + alfafa dari shaklee. Niat di hati sebab nak mencuba sahaja memandangkan produk  ni hot umpama sudah menjadi viral di wall FB. Feedback positif yang aku dapat. Alhmadulilah susu memang lagi melimpah ruah..

Mungkin shaklee ni hanya penyebab dan pembantu aje..TAPi selebihnya diri kita yang berjiwa kental dan tegar untuk menyusu anak secara exclusive. Tapi tak salah kan kalau kita nak berusaha. Bukan susah pun hanya invest nilai yang kecil tapi hasilnya sangat bernilai kerana susu ibu adalah susu terbaik!!!!

Pada ibu beranak kecik di luar sana, mari cuba set penyusuan shaklee.. Jangan cepat mengalah!!! teruskan usaha anda menyusukan anda..

Lihat lah gambar di atas, suami ku Pak Kahar sedang buat inventory kekdahnya..
ehehehhe.. Ni baru setakat makan ESP + alfafa je tau...

Psstt...kali ni tiap kali pergi cucuk Fattah memang sgt happy sebab dpt sebukit pujian dari pakar paed KJMC Dr Syed kerana berjaya!!!! Doc pesan pada Pak Kahar suh beri reward. Sebab tiap bln dh jimat estimate dlm RM500 kn utk kos susu..So dlm tempoh 6bln ni dah jimat dlm RM3K..so bleh dapat OH MY GUCCI !!!!!.muahhahaha


PROMOSI MARCH 2014
Beli 6 Percuma 1 untuk ESP
Nak 1 canister sahaja pun boleh..Harga tetap murah
Hubungi saya hokeh!!! 


Friday, March 14, 2014

KI2B1M - Komuniti Ibu Berdikari & Berusaha 1 Malaysia

Salam semua...

Aku dan kak uda telah menghadiri KI2B1M ni pada minggu lepas iatu 8/3/2014 bertempat di HQ Mualamalat. Seminar yang berlangsung seharian bermula kira-kira jam 8.30am sehingga jam 6.30pm. Bayaran di kena hanya RM50 including meal.

Alhamdulilah, banyak ilmu yang kami perolehi...Insyallah akan memulakan langkah seterusnya..Moga niat ini diberkati kerana Allah juga yang lebih mengetahui...




Sempat ber'selfie' dengan Dato' Noriah Kasnon


Sessi pemberian sijil

Wednesday, March 12, 2014

Pray for 9M-MRO: MH370 (KUL - PEK, 12:41am, 8/3/2014)



8/3/2014 pasti menjadi sejarah di dalam negara Malaysia tercinta. Hilang nye sebuah pesawat MAS yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ketika blog ini di uplod, masih lagi tiada khabar berita..Hanya mampu berdoa moga berkesudahan yang baik...aminnnn

Bento of the day : # 8 & # 9

Salam semua...


Syukur..masih ada kudrat membuat 'bento' (bekal) untuk anak-anak. Walaupun kadang sangat down memikirkan ketandusan idea dan kekuatan fizikal dan emosi bla bla bla...TAPI buang semua aura negatif itu...Positif..positif.....

Percubaan pertama membuat sushi / kimbab..Ahaksss..nak tergelak pun ada tapi belasah sudeyyy..Nabihah layan...Pak kahar ngan wafiq palang...kehkehekeh




Psttt..mesti u oll boringkan...menu selalu berkicap!!! Nasi goreng kicap, mee goreng berkicap..Ahaksss..dah itu yang ank-anak mak sukerrr....Apo nak di katoooo


Wednesday, March 5, 2014

Bekalan air kami sudah kena CATU, Anda pula bagaimana???

Salam semua...


Sudah memasuki bulan ke 3 di tahun 2014 :) ..Syukur....Tapi permulaan bulan ke 3 di tahun 2014 ni di "sambut" dengan bekalan air yang kena catu di sesetengah kawasan di sekitar Lembah Klang...

Memang 2,3 minggu yang lepas cuaca panas,kering menyebabkan empangan sungai menyusut..Bagi aku ini satu langkah kerajaan Selangor untuk memastikan semua menikmati air sekurang-kurangnya..Kalau di sedut habis, kering kontang langsung smua pun tak ada airkan..Berlapang dada..positif...Ade hikmah disebaliknya yang berlaku...

Walau bagaimana pun hujan sudah mula membasahi bumi Lembah Klang ini.. Alhamdulillah..Syukur..Harapnya kadar air di empangan semakin meningkat...Dengan ini krisis catuan air akan cepat berakhir...

Rumah ku masih ada air, kerana penggunaan air masih kecil. Masih ade tangki yang mampu menampung bilangan ahli yang kecil..TAPI apa-apa pun masih tetap kena berjimat cermat..Cuma agak kesian untuk pihak Taska/Tadika...

Maka, para ibu bapa perlu lah ambil inisiatif kan..Takkan nak biarkan pihak taska sampai tutup premis. Yang kesudahnya ibu bapa perlu ambil cuti..Lagi pun catuan air berjadual..Maka dah boleh bersiap sediakan..JADI, ambillah inisiatif dengan membekalkan air kepada pihak taska untuk kesenangan anak kita...
Kan mudah gitu...ahakssss..Yang penting cukup untuk bersuci..Mandi tu takpe lah yek Wafiq, abang mandi kt rumah je nanti...ehehheheh

Bekalan 10liter airbasuhan untuk Wafiq + Fattah.
Harap cukup lah untuk basuh kencing berak...Huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...