Iklaneka

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

Berjalan Raya Sehingga ke Ban Pecah, Tanjung Piandang

Assalamualaikum...

Hari ini sudah 7 syawal. Sekejap je kan.. dah seminggu kita menyambut hari raya.. Seperti biasa agenda berjalan raya kami memang akan masuk ke kawasan sebelah utara perak iaitu Tanjung Piandang yang merupakan kampung asal mak & abah mentua ku. Tapi biasanya bila balik kampung tu setakat pergi rumah adik beradik abah mak je lah. Itu pun tak cukup masa. Pergi awal pagi dari Pantai Remis tapi pulang ke rumah tetap malam juga. 

Ntah macam mana tahun ni kami sempat pulak meronda area Ban Pecah. Sekadar view dari dalam kereta je lah. Masa dalam kereta tulah pak mentua cerita disebalik kejadian Ban Pecah tu. Abah cakap memang orang kata mitos tapi masa tu umur abah dalam lingkuan 12tahun, memang abah nampk depan mata nye kejadian sawah bendang tu yang ditelan laut. Ombak mengganas yang menghakiskan semua daratan yang luas. Memang ade kisah disebalik kejadian tu iaitu kisah anak yatim yang didera oleh pak sedara nya tu kan. Abah cakap seelok habis je tanah sawah kepunyaan arwah anak yatim tu tenggelam dek laut, maka ombak yang mengganas tu pun berhenti. Tapi masa tu abah cakap memang beratus ekar tanah abis dah ler. Orang kampung punye pun ada yang habis.  

Cuma pengajaran yang diambil disini, harta anak yatim jagalah betul-betul. Yang memikul tanggungjawap menjaga anak yatim tu tolonglah amanah. Sesunggunya seksa sangat berat sapa yang menyalahguna harta anak yatim nih. 

Ok, ini je view yang dapat di ambil dari dalam kereta. Jalan agak sempit. Ditambah lagi pulak orang ramai disepanjang Pantai Ban Pecah tuh. Apa pun nak bitau Amazing Perak!!! Sebelah kanan sawah, sebelah kiri lautan. Hanya "ban" yang memisahkan untuk air tidak bercampur. Kuasa Allah.. Itulah Tanjung Piandang, tanah tumpah abah mentua ku :)

Sebelah kiri kami, adalah sawah padi terbentang luas


Sebelah kanan kami laut yang tiada penghujung nya..

Bot-bot nelayan.

Para kaki pancing
Kami menyelusuri diatas ban yang memisahkan sawah & lautan

Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri 1437


Assalamualaikum..


Hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan 1437. Allahuakbar.. Syahdu nyer.. Terasa baru sangat kehadiran bulan yang mulia ini.. hari ini dia sudah hampir meninggalkan kita. Apa yang aku mohon agar dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan ini lagi... Terasa masih belum cukup mengaut segala keberkatan yang ada dibulan ini..


Esok bulan Syawal muncul menggantikan Ramadhan.. Salam Aidilfitri untuk semua...


Gambar Raya Tahun 2015 :)




Monday, August 17, 2015

Syawal sudah berlalu

Assalamualaikum...

Tamat sudah bulan Syawal.. Sangat tak berkesempatan nak update aktiviti kami di bulan Syawal nih. Tak banyak pun sangat dapat memenuhi undangan rumah terbuka memandangkan kengkangan waktu.

Yang menariknya tahun ini dapat undangan rumah terbuka dari pihak AZMY. Teruja la jugak sebab dapat undangan dari pihak supplier. Ni lah orang kata bila mula berniaga ni kita lagi ramai kawankan...




Sekian untuk cerita raya tahun ini. Will be move another story pulak kan for next entry..



Tuesday, August 11, 2015

Sambutan Aidilfitri @Taska/Tadika Delima Ilmu

Assalamualaikum...

Sambutan hari raya unutk sekolah Wafiq & Fattah telah diadakan pada 7/8/2015. Seperti biasa, aku memang tak dapat menyiapkan diorang. Abahnya aje yang handle. Apa nak buat, tugas aku handle Nabihah, Pak Kahar handle 2 Abduls. Kadang rasa rindu jugak moment nak siap kan both Abduls ni ke sekolah. Tapi apa kan daya...huhuhu. Hanya gambar sahaja yang ku terima dari Pak Kahar setelah mereka siap bergaya :)


Ni gambar ihsan dari cikgu-cikgu. TQ sangat.. Terharu.. How times fly, my 2 Abduls dah besar..Tahun depan Wafiq kena pisah dengan Fattah dah.. Tapi paling ai sedih Wafiq ni tak dapat pulak sekolah sama kakak nye..adoiii.. Tapi kita redha je, sebab semua ini ketentuan Allah kn...




Gambar ihsan Pak Kahar.. Sendu sangat..haih... Apa-pun ai happy :)

Friday, July 31, 2015

Sambutan Aidilfitri 2015 @SRAI, Seksyen 19 Shah Alam

Salam Aidilfitri..

Hari ini ada sambutan Aidilfitri disekolah Nabihah. Seperti tahun lepas, bebudak datang sekolah berbaju raya. Kalau tahun lepas untuk murid Tahun 1 kena bawa sebotol air mineral 1 liter, tahun ini Nabihah perlu bawa 2 liter air oren. Wahhh.. bagus jugak idea sekolah nih. Dah ada list siap-siap. Maka memudahkan cikgu. Makan ramai-ramai. Meriahkan..



Tahun ni Nabihah kurang excited berbanding tahun lepaskan..Maby dah tau macam mana rupa majlis sambutan hari raya itu.. Tak sempat nak snap gambar dengan kawan-kawan nya tadi.. Ini je yang sempat dengan kakak senior.

Wednesday, July 29, 2015

Sambutan Aidilfitri 2015 @HospitalSerdang

Assalamualaikum..

Masih di bulan Syawal. Sambutan aidilfitri disana sini. Biasalah, orang Malaysia raya kan sebulan!!!
27/7/2015 (Isnin) ada sambutan majlis Aidilfitri di tempat aku bekerja, Hospital Serdang. Walaupun kami ni vendor jer, tapi kena involve jugak sebab dah stay on site kan. Layan kan jo lah. Company sponsor satay lagi. Dah 2 tahun berturut satay lagi kan.. Tahun lepas Satay Baung, tahun ni satay Kajang le pulek...







Ni je gambo yang ada.. Gambar menjaga gerai satay tak hado.. Ahakss.. Insyalllah, panjang umur jumpa lagi tahun depan jamuan raya spital nih. hihihihi

Monday, July 20, 2015

4 Syawal, Saya Sudah Bekerja!!!

Salam Aidilfitri semua...

Hari ini ai dh masuk keje u olls.. Hari ke 4 raya tuh!!! Pehh.. 1st time dalam hidup keje seawal ini. Tapi apa nak buat, oleh sebab ini di arahkan untuk bercuti 3 hari awal sebelum raya, maka kena la masuk awal bekerja. Layan kan saja.. Oleh sebab tahun ni pak Kahar dah fulltime di #kudosfoodstation maka takde lah sangat kelam kabut. Maka ai gi kerja tadi uruskan diri je lah. Anak-anak biarlah apak yang settle. Ahaks..

Tak banyak bergambar raya tahun ini. Ada la sedikit buat kenangan kan..

Meriah sangat keluarga besar Anak Cucu Wak Rin





Di kampung Bumi Hijau, Pantai Remis



Tuesday, August 26, 2014

Sambutan AIditfitri 2014 @Tadika/Taska Delima Ilmu


Salam semua


Hari ini dalah hari terakhir di bulan Syawal..Mungkin masih ada yang membuat majlis makan-makan..Biasalah..orang Malaysia raya kan sebulann...Ade yang kadang terlajak syawal pun ade ken...hihihi

Ok..minggu lepas, Jumaat (22/8/2014) berlangsung sambutan aidilfitri di Tadika/Taska Delima Ilmu..Oleh sebab mak tak sihat jumaat lepas, so dapat la snap gambar nih masa hantar 2 Abduls ke taska kemudian mak pergi klinik..Cute sangat semua budak-budak nih bila berbaju kurung & berbaju melayu..ehehhe











Thursday, August 21, 2014

Sambutan Aidilfitri 2014 @Hospital Serdang


Salam semua...

Semalam berlangsung majlis sambutan aidilfitri 2014 di Hospital Serdang.. Sambutan yang agak sederhana tetapi meriah.. Tahun ini majikan aku di arahkan untuk menyediakan satay..Maka ber"sate" le kami hari tuh...
Yang pasti kamu semua melaram baju kain cotton sulam warna mencongkamm..... So sapa yang tak beli ngan mak dulu memang menyesal..sebab memang serius mencongkammmm lawo...ahahhaha

Cantikkn baju we oll..Kain cotton sulam warna mencongkammmmm

Ini ade lah jelitawan-jelitawan eHIS application di hospital serdang..Sedia berkhidmat untuk negara...ekekkeke

Gerai satay baung
Dekorasi gerai satay





Friday, August 8, 2014

Sambutan Aidilfitri 2014 @SRAI, Seksyen 19 Shah Alam

Salam Aidilfitri...

Masih di bulan Syawal kan..Hari ini Nabihah bangun pagi dengan penuh kegembiraan dan keterujaan kerana sekolah nye mengadakan jamuan hari raya...

Wah..mau tak happy..Pakai baju raya tu u oll..Melaram kan...ehehhehe...Sampai sarapan pagi pun tak lalu nak telan dah...

Instant shawl mama nye pun dia taram..ahaksss...

Rasanya dia sorang je bawak handbeg..Isi sapu tangan..ehehhe

Cute and comey semua nya kawan-kawan dia pada hari ini...



Thursday, August 7, 2014

Aidilfitri 2014 @Kunci Air 12,Labu Kubong

Salam Aidilfitri..

Masih lagi di bulan Syawal...Ku cuba juga update kisah raya kami 2014...Raya berlima kan...Syukurrr...Tahun pertama raya untuk si fattah...

Raya ke-2 malam kami selamat tiba di kampung aku pulak..Meneruskan cuti raya di kampung kunci air 12..Jumaat dah balik Subang..Memang sengaja ambil 2 hari off di rumah sendiri memandangkan laundry job memang la banyakkkk

Ini saja gambar yang ada..Memandangkan abg-abg ku telah pulang ke rumah mentua mereka lebih awal..Maka tiada gambar yang di rakam bersama mereka...hihihih

Baju raya ke-3..
Tahun ni aku ngn nabihah 3 pasang baju kurung raya u oll..hihihi



Tahun ni musim raya bertembung musim buah..Memang meriah la makan buahan tempatan


6 orang perempuan anak Wak rin :)






Ni jelah gambar yang hado...kenangan raya 2014..Dengan Pak Kahar nan hadoo...ahhaha...sangat tak berkesempatan nak amik gambo bersama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...