Iklaneka

Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

Berjalan Raya Sehingga ke Ban Pecah, Tanjung Piandang

Assalamualaikum...

Hari ini sudah 7 syawal. Sekejap je kan.. dah seminggu kita menyambut hari raya.. Seperti biasa agenda berjalan raya kami memang akan masuk ke kawasan sebelah utara perak iaitu Tanjung Piandang yang merupakan kampung asal mak & abah mentua ku. Tapi biasanya bila balik kampung tu setakat pergi rumah adik beradik abah mak je lah. Itu pun tak cukup masa. Pergi awal pagi dari Pantai Remis tapi pulang ke rumah tetap malam juga. 

Ntah macam mana tahun ni kami sempat pulak meronda area Ban Pecah. Sekadar view dari dalam kereta je lah. Masa dalam kereta tulah pak mentua cerita disebalik kejadian Ban Pecah tu. Abah cakap memang orang kata mitos tapi masa tu umur abah dalam lingkuan 12tahun, memang abah nampk depan mata nye kejadian sawah bendang tu yang ditelan laut. Ombak mengganas yang menghakiskan semua daratan yang luas. Memang ade kisah disebalik kejadian tu iaitu kisah anak yatim yang didera oleh pak sedara nya tu kan. Abah cakap seelok habis je tanah sawah kepunyaan arwah anak yatim tu tenggelam dek laut, maka ombak yang mengganas tu pun berhenti. Tapi masa tu abah cakap memang beratus ekar tanah abis dah ler. Orang kampung punye pun ada yang habis.  

Cuma pengajaran yang diambil disini, harta anak yatim jagalah betul-betul. Yang memikul tanggungjawap menjaga anak yatim tu tolonglah amanah. Sesunggunya seksa sangat berat sapa yang menyalahguna harta anak yatim nih. 

Ok, ini je view yang dapat di ambil dari dalam kereta. Jalan agak sempit. Ditambah lagi pulak orang ramai disepanjang Pantai Ban Pecah tuh. Apa pun nak bitau Amazing Perak!!! Sebelah kanan sawah, sebelah kiri lautan. Hanya "ban" yang memisahkan untuk air tidak bercampur. Kuasa Allah.. Itulah Tanjung Piandang, tanah tumpah abah mentua ku :)

Sebelah kiri kami, adalah sawah padi terbentang luas


Sebelah kanan kami laut yang tiada penghujung nya..

Bot-bot nelayan.

Para kaki pancing
Kami menyelusuri diatas ban yang memisahkan sawah & lautan

Wednesday, February 10, 2016

Kami ber "sushi" sempena cuti CNY 2016

Assalamualaikum...

Dah jarang sangat update pasal aktiviti keluarga besar kami di kedua belah pihak. Sempena cuti CNY 2016 yang agak panjang tahun ni kami seperti biasa ambil kesempatan balik kampung. Tapi ni nak update pasal aktiviti disebelah keluarga aku je.

Kami buat aktiviti makan-makan. Oleh sebab ramai yang balik kan. Tapi kali ni menu lain la sikit. Kalau biasa buat bakar-bakar, tapi kali ni selain aktivit membakar kami buat aktivit men"sushi" gitu. Seronok jugak. Ketua chef of coz la anak buah aku yang sulong yang sedia maklum kerja di restoren jepun tuh kan..

Ok le jugak, Pak Kahar dari tak boleh telan sushi dah boleh telan. Bukan sesuatu yang memualkan dah kan sushi tu. hikhik hik...







So far semua sushi memang abis dimakan, yang terbuang hanya sup soba.. Aku pun tak reti nak sebut. Mungkin masih belum diterima tekak orang kampung kuncayor nih.. Kihkih..

Monday, July 13, 2015

Checklist / Senarai Barang Untuk Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari ini dah 26 Ramadhan.. Cepat nya Ramadhan sudah nak pergi meninggalkan kita :( . Moga bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan..

Ok, nak bitau yang kami akan pulang ke kampung berhari raya. Best nye bila balik kampung nih, Tak kira la tahap muntah jem ker, panas hangat pengat ker tapi seronok tetap seronok.. Layann... Biasala bila kuar dari kota ni memang syok kan... Memang style aku kalau nak kemana je memang siap ade checklist termasuklah balik kampung terutama hari raya memandangkan cuti raya memang panjangkan..

Ini senarai aku secara ringkas, takde lah detail sangat. Just ambil point penting aje..

1. Pakaian raya (baju, tudung, samping, songkok)
2. Baju harian
3. Pakaian dalaman
4. Duit Raya
5. Telekung raya (ni mak mmg over hokeh!!! telekung raya memang tiap tahun baru)
6. Kasut raya + kasut harian
7. Toiletries
8. Ubat-ubatan (ni penting.. Musim raya kadang anak tetiba tak sihat)
9. Susu anak (termasuklah botol, berus..bla bla bla)
10. Selimut + Bantal (saja je nak menyesak dalam kereta pada hal cukup aje kat kampung tuh)
11. Tuala mandi
12. Charger hp
13. Gift untuk parent (kuih raya, present.. bla bla)
13. MISC (alat make up--er make up sangat ker pon, pin tudung, butang baju melayu, skaf kepala)


Rasanya setakat ini je le kot.. Tapi kadang bila tengah ngemas macam lagi banyak barang terfikir nak bawak balik..hihii

My 2 abduls

Selamat balik kampung semua..

Sunday, December 14, 2014

Majlis Perkahwinan Faizal & Amy ~ 7/12/2014

Salam semua...

Jika minggu lepas..waktu ini sesungguhnya di rumah kedua orang tua ku di kampung pastinya sibuk..kecoh..meriah kerana hari itu merupakan hari yang bersejarah buat adik ku yang merupakan anak ke-9 dalam adik-beradik melangsungkan perkahwinan.

Tiada apa yang dapat digambarkan selain syukur pada Ilahi..majlis berjalan dengan lancar serta meriah. Moga kebahagiaan milik kamu berdua wahai adikku.







Oleh sebab kenduri ini di uruskan oleh kami adik-beradik secara kerjasama, maka di hari majlis kenduri di rumah kami tidak banyak gambar yang dapat kami potretkan kerana masing-masing terlalu sibuk.

Apa-apa pun majlis ini merupakan memori indah kami adik-beradik seramai 10 orang. Doa dan harapan moga kedua ibu bapa ku dipanjangkan usia dan sihat.

Psstt.sori..gambar penganti tiada dlm koleksi..uwawawa..tak dan nak snap..kuikui




Monday, August 4, 2014

Aidilfitri 2014 @Bumi Hijau, Pantai Remis

Salam Aidilfitri...

Sudah 8 Syawal hari ini..Baru berkesempatan update blog..Cuti raya, blog pun bercutilah..Walaupun sabtu ahad dah ade di Subang tapi idak le berkesempatan nak update kan...

Tahun ni beraya di kampung Pak Kahar dulu..Hanya mampu menguplod gambar memandangkan kisah dah seminggu..idea pun dah tarak..ekekkeke


Bersama mak mentua..Abah dah pecut ke surau...ekekkek

Ni je gambar yang terbaik dengan ank-anak..Bergambar berlima memang nan hado...






Monday, July 14, 2014

Project Mini Pretzels

Salam 16 Ramadhan...


Dah separuh Ramadhan kita harungi..huk..huk..cepatnya masa berlalu...Berapa banyakkah amalan yang kita raih dibulan mulia ini???

Ok..nak di jadikan cerita, last weekend kami balik kampung..Cadangnya nak balik minggu ni..Tapi last minit Pak Kahar tukar pulak...Layan kan je lah..Lagi pun hari ni Nabihah bercuti..Kira sekolah dia ada cuti tambahan hari Nuzul Quran pada hari esok..Maka malam tadi boleh la balik lepas berbuka...
Ini lah rupa mini pretzels nya..Boleh di dapati di kedai bakery..

Nak di jadikan cerita, project adik beradik ku balik kampung aritu ialah "Mini Pretzels"...Alaaaa...kuih raya popular unutk tahun 2014 ni kan...As usual la kan..tiap tahun memang ada lah fenomena kuih raya popular ni bermula dari zaman biskut almond london sampai skang tahap almond london dah hampir jadi biskut klasik gitu..ahaksss...Aku dulu mula terpikir gak..camner le nak membuat pretzels ni..susah nye nk putar pusing nih.. Sekali akak aku bitau...rupanya pretzels tu ready made aje!!!! So yang membuatkan dia hot tu hanya topping nye aje lah..Nak celop dark coklat, white choklat...Stoberi..dan macam-macam lagi lah..Tu belum lagi cam tabur badam ke..bla bla bla...
Ni lah hasilnya bila dah di celop coklat dan di taburi badam...

Memang mudahkan biskut raya zaman sekarang..Semua pun instant...Yang penting presentation cantik menawan..Ade plak badam dan coklat..Memang mencongkam..Sangat berbeza dengan kuih klasik zaman dahulu..Nak buat punyalah payah..Renyah..Silap buat memang tak menjadi..Tapi kalau yang pro membuat memang boleh teringat-ingat lah..ehehhee



Wednesday, January 8, 2014

Saturday, August 24, 2013

Ber " Paintball" di hari raya


Salam semua...


Pada hari raya pertama, selain mentedarah makanan raya, berjalan mengunjungi saudara mara, pada tahun ini ada satu lagi aktiviti wujud di dalam ahli keluarga Wak Rin iaitu bermain paintball!!!

Kelas kooo....korang hado??? Ahhaha..ini le kelebihahan rumah kampung yang luas di tambah bilangan anak menantu, cucu lelaki yang ramai..So pada petang 1 syawal mula la aktiviti menembak mereka di tepi rumah....

Seumpamanya ada di Kampung Kunci Air 12..So pada sesapa yang berminat boleh menghubungi adik lelaki ku, Faizal di talian 013-5340721 or abg ipar ku, Zain 012-2618636. Pakej menarik tersedia untuk anda...

Mari layan gambar...










Tu yang seronok raya nih..Bukan sahaja sambutan raya itu sendiri tapi ikatan ukhwah yang terjalin kami adik beradik, sepupu sepapat semua....Oleh sebab abah ade, 4 ank lelaki, 6 menantu lelaki di tambah kan lagi dengan cucu lelaki yang memang sudah remaja, sepupu lelaki lagi...So,,memang meriah...Inilah kegembiraan mak & abah di kampung apabila hari raya :)

Tuesday, August 20, 2013

Kisah Syawal 2013

Salam semua...


Posting yang agak ketinggalan, memandangkan sudah 13 Syawal pada hari ini..Tapi gagah kan juga lah meng "update" demi memory akan datang...

Pulang ke kampung pada hari selasa malam iaitu 6/8..Maka sempatlah bersahur dan berbuka bersama emak di kampung..Tahun ni beraya di kampung ku dahulu...

Tidak banyak koleksi gambar yang di ambil memandangkan keadaan yang sangat lah "malas" nk snap gambar itu ini..DI tambah kan lagi si wafiq yang pantang tengok mama nya pegang camera dia pun menyibuk nak..SO kesudahnya camera byk tersimpan di dalam handbag sajok...Layan je lah gambar yang tak seberapa ini...Credit juga pada Kak ipar ku, Kak Long yang byk menyumbangkan gambar...

Bersiap sedia untuk pulang ke kampung...

Sarapan pagi di pagi raya pertama..

Sessi bermaafan..

Inilah seluruh keluarga Wak Rin..

Ni je gambar raya kami ber-4..Sangat susah nak bergambar dengan wafiq ni lah..


Hari raya ke-2 masih di Kampung Kunci Air 12, tapi kami tak kemana pun berjalan raya..Raya ke -3 menuju pulang ke kampung Pak Kahar...DI mulakan ke bahagian utara perak iaitu menuju ke Tanjung Piandang seterusnya ke Parit Buntar kemudian baru lah pulang ke Pantai Remis...

Raya ke -6, pulang ke Mutiara Subang memandangkan hari Rabu aku sudah mula bekerja...
Sekian cerita hari raya 2013 :)

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday ~ Air Kelapa Lemon Laici


Hidup lebih segar dengan..

AIR KELAPA LEMON LAICI

Terbaik hanya dari Kampung Kunci Air 12..ehehhe







Bila balik kampung..air ini yang kami cari :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...