Iklaneka

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, June 2, 2016

FPP - Full Paying Patient @Hospital Serdang

Assalamualaikum...


Semalam bersamaan 01/06/2016 maka telah dengan secara rasminya skim pesakit bayar penuh telah dilaksanakan di Hospital Serdang. Rasanya dah faham kan apa makna Pesakit Bayar Penuh tuh. Pesakit bersetuju membayar penuh segala perkhidmatan di hospital kerajaan dengan kata lain no subsidi lorrr.. TAPI walau bayar penuh mestilah ada kelebihan nya kan. Boleh pilih consultant pilihan, slot masa berjumpa doktor yang cepat & ada khas waktu. Sekiranya warded stay di ward kelas satu..dan banyak lagi lah. Sama macam private lah juga but the price lower than private yang kalau cas berdentum mahal kan.. Apa pun pilihan ditangan sendiri untuk yang terbaik untuk diri.

Cuma nak bitau FPP di hospital Serdang setakat ini hanya untuk pesakit CARDIO sahaja. Insyallah untuk specialty lain sikit masa lagi... Fuhhh..bagi kami hilang pening dulu naaa...



Pada yang berminat better direct call Hospital Serdang untuk maklumat lanjut yek. I'm not the best person yang describe. This is just for my memory masa hadapan bahawa i'm yhe person yang bersama memikul tanggungjawab memikul amanah ini demi kesenanangan bersama.. Cewahhhh

Wednesday, July 29, 2015

Sambutan Aidilfitri 2015 @HospitalSerdang

Assalamualaikum..

Masih di bulan Syawal. Sambutan aidilfitri disana sini. Biasalah, orang Malaysia raya kan sebulan!!!
27/7/2015 (Isnin) ada sambutan majlis Aidilfitri di tempat aku bekerja, Hospital Serdang. Walaupun kami ni vendor jer, tapi kena involve jugak sebab dah stay on site kan. Layan kan jo lah. Company sponsor satay lagi. Dah 2 tahun berturut satay lagi kan.. Tahun lepas Satay Baung, tahun ni satay Kajang le pulek...







Ni je gambo yang ada.. Gambar menjaga gerai satay tak hado.. Ahakss.. Insyalllah, panjang umur jumpa lagi tahun depan jamuan raya spital nih. hihihihi

Tuesday, December 9, 2014

Untuk kali ke-2

Salam semua....

Untuk kali ke-2 aku diberi peluang untuk rehat selama sebulan..Yang istimewanya ia dibulan Disember..

Jika dahulu tahun 2012, aku mengambil keputusan nekad berhenti kerja tanpa ada kerja yang menunggu di hadapan..Tetapi kuasa Allah itu maha besar..beri peluang aku rehat sebulan di rumah, bulan januari 2013 aku sudah berjodoh dengan kerja baru :)

Untuk 2014, aku masih diberi peluang untuk cuti tanpa gaji sebulan semuanya kerana si Abdul Fattah..Ya..kerana fattah aku nekad membuat keputusan ini. Syukur..pihak majikan sangat memahami situasi aku ketika ini..

Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat..Dalam setiap sujud ku mengharapkan di permudahkan segala urusan..Nahh..ini yang terbaik Allah beri pada ku..Benar kata orang menjadi surirumah itu yang terbaik tapi buat diri ku masih belum lagi. Mungkin Allah masih mahu aku berkhidmat pada yang memerlukan terutama para doctor dan jururawat..Kerja itu bukan kah juga ibadah..Maka Allah mahu aku lebih lagi ibadah dan habblumminannas..iaitu menjaga hubungan sesama insan kan..

Pasti ku gunakan peluang ini menikmati sepenuh hari bersama anak-anak..Alhamdulillah.





Tuesday, June 3, 2014

Saya sudah kembali...

Salam semua...


Yuhuuu... i'm back u olll... Dah masuk bulan 6..Bulan kelahiran ai ni tau...Pada yang wish birthday tu terima kasih di ucapkan..Maaf tiada entry khas untuk tarikh kelahiran yang ke 34 tahun ini memandangkan mak bercuti di Kuching...Hari kepulangn ke KL masa tuh..


Apa pun sangat bersyukur apa yang ada pada ketika ini..Moga di kurniakan kesihatan yang baik..Panjang umur dapat beribadah banyak-banyak umpama akan mati pada hari esok..huhuuhh..

Pada yang tunggu entry getaway Kuching bebila mak update..Err..ade ke yang baca? Tak kisah le u oll tak baca tapi mak nak posting gak sebagai kenangan untuk mak ngan Pak Kahar..Our sweet memory traveling with our kids..Memang renyah..letih..penat tapi itulah yang kami akan kenang nanti :)


Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday ~ Pertukaran Majikan

Salam semua..

Doa yang baik-baik saja..Kerja ini ibadah..rezeki itu habuannya..Mungkin tidak mendapat reward yang di minta tapi memperolehi rezeki kesihatan dan keluarga yang bahagia :)

Detik-detik menyerahan "surat nikah" ke majikan baru..hukhuk

Moment terindah..menghadiri perbincangan dengan HOD, Jabatan Anesthetic.
Pakar bedah semua tu u oll...Nerversss... 

Thursday, June 6, 2013

Makanan PERCUMA!!!!

Salam semua...


Keberkatan hari Khamis sempena Israk & Mikraj, murah rezeki hari ini...Ada makan percuma di sediakan oleh staff sempena pembukaan Cafe ENZO di Hospital Serdang...


Acctually cafe ni memang sebelum ni dah ade di hospital ni, cuma berpindah lokasi ke ruang yang lebih besar...Maka tokei bermurah hati bagi makanan FREE sebelum grand opening....Syukurrrr...Alhamdulilah...
Moga murah la rezeki tuan punya cafe...






Menu nasi beriani ayam, ade kambing panggang...Tapi aku tak amik pun kambing sebab beratur yang amat panjang..letih...Sudah kelaparan sangat, maka makan nasi sudah..TAPI oleh sebab terawal ambil nasi maka aku repeat 2x..hahahhaha






Monday, June 3, 2013

Monday Blues No More ~ Birthday Wishes from HR

Salam semua....

Kalau di ikutkan hati ini, memang monday blues!!!!!!!! mana ke tak nyer..Dah le weekend balik kampung, sampai rumah dah dekat 10pm..Dengan kain baju, bertimbun tak berlipatnya..yang baju busuk dari kampung lagi..DAN di tambahkan lagi lesen memandu mak expired semalam hokeh!!! Ye ler...tarikh expired lesen sekarang sama dengan tarikh lahir kn..huhuh....

So pagi tadi gagahkan juga la renew using myEG aje memandangkan pejabat pos pun bukak dalam 8.30am mana kang pukul berapa plak nk sampai office..Actually bos ok je lah cuma yang tak okey adalah PARKING!!! yerrr..parking di hospital ni sangat seksa bila hari isnin sebab banyak klinik pakar yang bukak..Kalau selasa tu cam ok sikit..Jadi gagah kan juga la dalam 7.30am keluar rumah..Oleh sebab cuti sekolah (heaven je memandu bila cuti sekolah) jalan pn smooth sampai dalm 8.30am..Parking memang dah banyak penuh tapi masih dapat lagi..Bergegas punch card...Of coz la MERAH kn...ade haku kesah...

Tapi bila bukak je pc, bukak email..terpacul email ini...Taraaa..... Terus senyum lebar...
MONDAY BLUES NO MORE :)




1st time dapat wishes gini dari company...Sangat formal company aku yang skang nih...ahakssss...


Note: Apa-apa pun tarikh hari ini mengingatkan kesah tahun lepas...sedang syok-syok bercuti KRABI.
i miss krabi..moment together with pak kahar and our kids :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...