Iklaneka

Showing posts with label Wafiq. Show all posts
Showing posts with label Wafiq. Show all posts

Sunday, December 17, 2017

Abdul Wafiq sudah 8 tahun...

Salam semua...

Hari ini bertarikh 17/12/2017 maka genaplah anak nombor 2 iaitu Abdul Wafiq 8  tahun...
Tiada apa yang mampu diperkatakan selain syukur pada Ilahi atas kurniaan ini. Diberi peluang  memikul amanah menjadi orang tua kepada si anak..

Setiap detik dan ketika tiada hentinya berdoa agar anak ini menjadi sebaik-baik umat junjungan besar Kekasih Allah juga menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam redhaanNYa...

Abah, Mama, Kakak, Adik sayang Abang..


Sekian untuk kali ini... Wasalam..

Monday, November 20, 2017

Hari Kecemerlangan & Kesenian 2017 Tadika Taska Delima Ilmu



Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Walau tidak sekerap dulu insyallah update juga untuk moment penting.

Pejam celik dah nak habis sessi persekolah 2017. Semalam berlangsung event tadika taska si Abdul Fattah. Oleh sebab bertembung dengan hari sukan sekolah Nabihah maka kakak tak dapatlah tengok adiknya perform. Memang semalam jadi supermama lah kesana kesini. Apa pun kesian kt kakak sebab takde sapa teman dia bersukan. Jadi tiada gambar sukan kakak..

Hantar kakak dulu ke Stadium Panasonic











Sekian untuk update kali ini. Jom kerja kuat utk cari duit yuran tahun depan. Yak yak yeiiii

Monday, May 22, 2017

Program Perkhemahan 2017

Assalamualaikum...

Nabihah & Wafiq join program perkhemahan anjuran bekas sekolah tadika diorang dulu. Ohh my, pengetua ni memang super duper baik. Budak-budak ni dah habis lama meninggalkan dunia tadika but she still invite them. Terharu sangat. Anak-anak of coz suka sangat. Paling best sebab boleh ajak sekali cousin diorang yang tak bersekolah disitu. Mau tak happy. Berkhemah dengan sedara mara je deme. 

Apa pun perkongsian sangat bagus. Insyallah, ada rezeki next year join lagi.
























Terima kasih pada semua guru-guru di Tadika / Taska Delima Ilmu. Memang tak jemu-jemu layan anak-anak ini. Moga beroleh kesenangan didunia & akhirat buat kalian semua.

Tuesday, May 2, 2017

Hari Gembira Abdul Wafiq :)

Assalamualaikum...

Makin kurang sangat post kt blog ni. Apa pun tetap meneruskan update walaupun tak lah sekerap dulu. Posting yang agak lambat, sepatutnya pada bulan 4, dah masuk bulan 5 baru update.

27/04/2017 hari gembira Abdul Wafiq di alam persekolahan kerana ada program rombongan sekolah. Itu jelah nak update pon.. Memang hari yang dia sangat tunggu. Oleh kerana jadual tahunan pihak sekolah memang dah bagi masa awal tahun jadi dah tau lah date sekian akan ada lawatan kan. Makanya masuk je bulan 4 dia memang menghitung hari.

Lawatan tak jauh mana pun, ke Muzium Telekon dengan Muzium Coklat jer. Tapi kalau dah budak apa aktiviti pihak sekolah buat dengan kawan-kawan tetap suka jugakkan.

Semoga aktivi begini akan menarik minat anak untuk ke sekolah selain dari tanggungjawap hakiki iaitu belajar!












Sekian untuk kali ini. Moga bertemu lagi. Bye

Saturday, December 17, 2016

Abdul Wafiq sudah 7 tahun...



Assalamualaikum...


Hari ini 17/12/2016 maka genaplah si Abdul Wafiq berumur 7 tahun. Alhamdulilah.. Bersunat pun sudah. Maka hajat dia untuk tahun hadapan 2017 solat di saf hadapan tertunailah sudah... Mama & Abah sentias mendoakan yang terbaik untuk abang, bulan time birthday je tau. Setiap masa, ketika setiap nafas tanpa henti.. Beberapa hari lagi masuk darjah 2 pulak.. 

Mama, Abah, Kakak, Adik sayang Abang kerana Allah Taala..



Saturday, November 26, 2016

Abdul Wafiq Sudah Bersunat


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Selesai sudah urusan berkhatan si Abdul Wafiq. Kami join majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid TTDI Jaya. Bayar RM150 sahaja. Permulaan yang agak mendebarkan.. tapi alhamdulilah dah selesai.. LEGA!!!

Ini memori indah buat aku dan kahar dalam membesarkan anak yang diamanah kan Allah buat kami..









Walaupun ada macam drama kan. Meraung berbagai dalam bilik doctor tu.. Tapi alhamdulillah settle la jugak.. hihi.. Anak oh anak!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...