Iklaneka

Showing posts with label Borak Kosong. Show all posts
Showing posts with label Borak Kosong. Show all posts

Monday, September 18, 2017

My Post Go To Viral

Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog kan? Kalau update pun semata sebab tarikh-tarikh penting sahaja. Dah kenapalah bila zaman FB ni kurang sangat memblog. Apa pun today nak update sebab mungkin sebagai sejarah diri.

My post go to viral! Sangat tak sangka, posting yang dibuat di FB mendapat sharing yang banyak di FB menyebabkan telah diambil oleh web online yang lain. Sebenarnya tak kisah sebab niat post aritu bukan nak viral. Sekadar berkongsi cerita dan pengajaran pada semua. Sendiri tulis, sendiri jugak insaf. Apa pun seronok jugaklah hasil kita dihargai. Terima kasih semua..

Posting asal. 5.7K shares. Tak sangka jugak lah..

My Media Hub yang mula ambil. Diorang bagus. Mintak kebenaran dulu

Karangkraft. Mingguan Wanita version online. Up dulu baru msg. Ok lah. Saya izin dan halalkan. Idea juga datang dari Allah

Sinar Harian pulak. Version online.

Apa pun ini sekadar kebetulan saja. Tak sengaja. Memang tiada niat nak viral. Saya pun tak tau mana datang idea ini untuk menulis setahap ini. Ini semua dari Allah. Tak pasti akan ada lagi ke tak story begini. Kalau Allah bagi idea lagi insyallah ada lah.

Sekian untuk hari ini...

Tuesday, March 1, 2016

Istimewa 29 Februari.. Munculnya 4 Tahun Sekali

Assalamualaikum....

Sepatutnya posting ini dibuat semalam, tapi apa kan daya tak mampu lagi dah rasanya nk live update...huhuhu...

Tahun ini tahun lompat kan, maka tahun ini bukan lah 365 hari tapi menjadikan 366 hari...ngeeekkk...
Tapi paling istimewa 29 Februari tahun ini kerana peristiwa ini
v
v
v
v
v
v



Atas sebab Kudos Food Station, 29 Februari tahun ini di isi dengan pengalaman ini...

Friday, February 12, 2016

Fabulous Friday ~ Ninjavan

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua....

Ok, seperti sedia maklum aku ni memang le pembeli tegar di Lazada. So far so good. Tiada kejadian buruk berurusan dengan lazada. Cuma hari ni nak update pasal courier yang digunakan oleh pihak lazada. Oleh kerana lazada ni ada banyak seller, so ikut seller dia lah nak guna courier mana kan? Tapi yang best dan unik untuk pembelian kali ni pihak seller nye guna Ninjavan. As usual, proses update sms tu memang adalah..tapi yang lebih menarik, update dari email ni 



Nak tergelak sebab ada tandatangan si penerima tuh. Kalau courier yang sebelum-sebelum nih, sekadar proof delivery, detail penerima gitu je lah.. takde le kot sampai sign ko tu pun ade...hak hak...

Apa pun good job lah!!!

Friday, September 18, 2015

My Daily Project

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ni aku sudah ade Green Project. Kali ni tambah lagi misi iaitu Daily Project.

Tabungan kali ini mengikut tarikh. Misi ini baru bermula bulan September. 1hb bermakna simpan RM1, 2hb simpan RM2 dan sehinggalah hari ini aku perlu simpan RM18 iaitu 18hb. Permulaan yang agak santai tapi bila dah melepasi 15hb memang agak perit. Maklumlah gaji semakin kurang tapi tabungan perlu bertambah.

Aku tak pasti tahap mana aku mampu tapi tetap terus mencuba sehabis baik..oh yeahhh 💪💪💪.

Jom menabung 👍👍👍👍

Thursday, July 23, 2015

Malaysia Long Weekends In 2016 ~ Jom kita jalan anak-anak :p

Assalamualaikum...

Masih mood raya ke u olls?? Harus la kan.. Melayu kalau raya tak sebulan tak sah kan? Ahaksss..
Ok, teruskan raya.. Layan...

TQ, pada Holiday Tour untuk gambar nih yek.. Sebab memudahkan orang ramai untuk plan cuti next year loorrr.. Oloh, tahun 2015 pun belum abis udah nak plan 2016? Elooo.. idop mesti penuh plan kan? Terutama ai yang suka "berjalan" nih. Banyak benor planning nye. Tapi paling utama DUIT lah kan.. Dah kata nak bercuti, duit mesti ada.. Bercuti panjang balik kampung pun kena duit  jugak kan?

So, pada kawan-kawan yang dah plan tahun depan nak kemana kita? Boleh la amik date di bawah nih..Memang jimat cuti tahunan u olls :p




Psttt... tiket tahun depan dah ada, tapi takde plak dalam senarai cuti panjang nih.. Layann kan aje, Harap Allah restu..ada rezeki pergi le jugak kan.

Friday, May 8, 2015

Bunga-bunga di halaman rumah :)

Assalamualaikum...

Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam


Mak ade hobi baru skang ni u ollsss...Bercucuk tanam..ahakssss...Macam tak caya plak skang ni bercucuk tanam bunga-bungaan di laman rumah.. Dulu masa ada tanah saka bercucuk tanam belum mari lagi..Jadi apak runsing tengok laman macam hutan..Di simen nye semua..NOW!!! saka sudah mari..udah mencari pasu sana sini le pulak...Hahaha..lantakkk..






Ok..percubaan tanam bunga nampak berjaya..Now step 2, tanam sayur-sayuran pulak nye...ahaksss..


Tuesday, April 28, 2015

Selangor Chocolate & Candy Festival 2015

Assalamualaikum...

Ok, terjebak pergi festival ni memandangkan Pak Kahar perlu untuk jumpa salah seorang supplier di sini. Kalau tak, memang tak de lah pergi sebab kami bukan jenis rajinnnnnn sangat pergi mana-mana festival kat Malaysia ni kan..Festival ni untuk Selangor jer..Tapi boleh plak ada dari Pulau Pinang as jemputan..OOOOoo...negeri sesama pembangkang kan..kui kui






Thursday, April 23, 2015

Cerita pasal EPF ni sengaja buat rakyat lupa pasal GST kah???

Assalamualaikum...

Ok..straight to the point...Dapat email tweeter pasal nih..
Maka yang selama arini cerita hot top tahap petala 8 pasal kwsp akan abis la kan sebab come back to normal. Tapi apa motif create that isu nak bagi rakyat meroyan??
Haaa...ni  mesti nak bagi rakyat switch topik pasal GST lah tu sepaya pak amad melan bleh rehat mengeluarkan stetment tahap pointer 3.85 dia tu kan..

Ok..mak tak kisah..mak layan je semua nih..
Mak doa je kat Allah moga Allah ampun kan sesapa yang aniaya mak dan rakyat Malaysia..
kalau tak akhirat nanti merangkaklah mencari mak.
kbai..


#benciGST

Tuesday, March 31, 2015

Berdebar rasanya hati tunggu 1 April 2015 :p

Assalamualaikum...

Hari terakhir di bulan 3 untuk tahun 2015. Korang rasa berdebar tak? Berdebar le sangat ye dakk..
Esok 1 April 2015 bermula lah GST di laksanakan secara rasmi di dalam negara nih.. Tak bape faham sangat tapi buat faham sudeyy.. Layan kan je lah apa yang pihak atasan ni buat. Rakyat marhaien macam kita ni apa nak di kata kan lagi ye dak..Suka ke tak suka mampu ke nak buat apa??




Monday, February 2, 2015

Walau Tiada Astro, Hidup Masih Normal

Assalamualaikum...

Ok..nak cerita, kami dah pun terminate astro. Sebenarnya masa January aritu dah tamat tempoh sebab sebelum ke Mekah kami dah settle kan urusan mana yang nak di terminate. Maka ambil masa sebulan nak terminate kan..Bulan 1 dah takde astro.. Kami langgan unifi je skang nih so senang all ini. Channel memang yang basic je pun ada cuma add untuk satu channel cartoon Nick Jr. So far ok aje, tiada astro masih boleh hidup normal. Oleh sebab pak Kahar sekarang sangat busy maka dia pun tiada masa nak layan bola kan. Balik umah tido terus. Tapi kalu internet dah lajukan, kalu nak tengok bola streaming je le ye dak..hihih

Maka, kami dah potong astro, anda bila lagi? Errr..ini bukan menghasut yek..bagi kami yang sangat kurang tengok tv bagi aku satu pembaziran lah ade astro tapi bagi yang suka tengok tv, kot nak bagi bibik layan sinentron di persilakan ada astro...hihihi



Wednesday, September 24, 2014

Pernah cuba resepi dari FB?

Salam semua....

Kawan-kawan pernah cuba resepi dari FB? Entah dari mana datangnya saka rajin mak ni kan..boleh pulak terbuat menu mengikut resepi dari FB..Ini gara-gara ramai sangat yang syer kan..Ate asik nampak je dekat wall..mak pun cubalah..Tapi yang sebenarnya mudah nak buat dan bahan pun ada..So..layannnnn





Ahakss..menu cucur kentang je pon...Tapi mak ubah suai ikut citer rasa mak lah. Kalau dalam resepi tu takde pun letak carrot ngan ikan bilis..Tapi mak letak memandangkan benda ada..Ikan bilis memang banyak sesangat dirumah..

Memang ada banyak version cucur ni tapi yang membuatkan hati meronta nak try sebab selain guna tepung gandum ada juga tepung jagung..Ok..now ai know macammana nak hasilkan cucur yang sedap..rangup walaupun setelah sejuk..hihii..Tq pada pemberi resepi moga pahala anda berpanjangan..

So,bukan semua pun buruk media sosial nih..Ade kebaikannya yang peting dimana kita letakkan diri sebagai penggunakan..



Friday, July 25, 2014

Ada yang dah balik kampung ker???

Salam semua..

You oll dah balik kampung ke belum? Semasa mak update blog ni mak ade kat office lagi..Huhuhu...
Sabar menanti detik untuk pulang...tik tok tik tok...




Ingat u oll semua..Jangan jadi macam gambar di atas tau..Jalan raya bukan litar lumba...Berhati-hati ok..

Wednesday, July 2, 2014

Nostalgia Ramadhan : Cerita "Rumah Kedai"

Salam Ramadhan semua...

Sudah memasuki 4 Ramadhan hari ni, dan hari ke-2 di bulan Julai..Dahh abis setengah tahun ni tahun 2014 kan...How time flies..

Korang ada tak cerita di tv yang sangat nostalgia pada u oll bila tiba nye time posa nih.. Mak ade u oll..Cerita RUMAH KEDAI!!!.. Memang cerita ni sangat sinonim ngan kami yang membesar dizaman 90an sebab cerita ni di tayangkan di TV3 mulai jam 5.30-6pm bermula tahun 1988..Pehhh..masa tu ai baru 8 tahun..hikhik..



Cerita ni lah yang kami hadapkan sementara menunggu bulan berbuka..Biasanya waktu macam nih mak memang sibuk di dapur..So untuk elak puasa "terbatal" maka caranya layan tv je lah..Nak main penatttt....
Bila habis je cerita nih, mula lah tugas kami adik beradik menghantar juadah ke rumah jiran-jiran..Mula lah berebut memilih rumah pilihan (errr..nak anta pada rumah yang dapat balasan jek)..Ahaksss..Memang best lah puasa zaman dulu terutama di kampung..

Al-Fatihah pada para pelakon Rumah Kedai yang telah kembali ke rahmatullah..Cerita ini memang banyak nilai positifnya..Setiap lapisan umur boleh menonton..Kalaulah ada cerita begini i will no regret to watch it with Nabihah & Wafiq..Lately nih too much drama yang memang tak sesuai di tonton bersama anak-anak terutama yang di adaptasi dari novel tu..SERIUS!!! Maby others parent ok but not me..My kids too early nak tau pasal kawen tangkap basah, rogol, anak luar nikah and so on...

Err..melalut sudey...Apa-apa pun bila tiba Ramadhan memang hati ini sayu..Tak tau berapa banyak Ramadhan yang kita dapat ketemu..huhuhu..Dan berapa banyakkah amalan yang kita dapat kaut dibulan keberkatan ini? Ya Allah..sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar aku dapat bertemu banyak kali Ramadhan agar aku dapat mengaut segala keberkatan yang Kau limpahkan di bulan mulia ini...aminnn



Tuesday, June 3, 2014

Saya sudah kembali...

Salam semua...


Yuhuuu... i'm back u olll... Dah masuk bulan 6..Bulan kelahiran ai ni tau...Pada yang wish birthday tu terima kasih di ucapkan..Maaf tiada entry khas untuk tarikh kelahiran yang ke 34 tahun ini memandangkan mak bercuti di Kuching...Hari kepulangn ke KL masa tuh..


Apa pun sangat bersyukur apa yang ada pada ketika ini..Moga di kurniakan kesihatan yang baik..Panjang umur dapat beribadah banyak-banyak umpama akan mati pada hari esok..huhuuhh..

Pada yang tunggu entry getaway Kuching bebila mak update..Err..ade ke yang baca? Tak kisah le u oll tak baca tapi mak nak posting gak sebagai kenangan untuk mak ngan Pak Kahar..Our sweet memory traveling with our kids..Memang renyah..letih..penat tapi itulah yang kami akan kenang nanti :)


Friday, February 28, 2014

Kempen Jom Ganyang Aedes : Kami ber "khemah" dalam rumah. Anda bagaimana???

Salam semua...

Hari terakhir di bulan Februari 2014 iaitu 28hb. Yang pasti hari bertarikh hari ini kita jumpa sekali je kan dalam hidup....

Ok..2 3 hari lepas ada kempen JOM GANYANG AEDES di ruang legar hospital nih. Tapi kalau ikutkan kempem perangin aedes ni memang tiap masa je ada di hospital nih, cuma sekarang kena cergas lagi memandangkan cuaca Malaysia ni sekarang lain macam, maka kes denggi meningkat dengan mendadak. Sana sini hospital penuh dengan kes demam denggi nih.

Memang terasa banyak sangat nyamuk lately nih..Sudah lebih 5 tahun tinggal di rumah Mutiara Subang nih, ini lah pertama kali aku melihat nyamuk sebanyak ini. Terbang merata-rata. Macam dah imun dengan penyembur racun mahupun ubat nyamuk. Ada suatu hari tu bersembang dengan jiran, dia pun merungut benda yang sama.. Ini tidak boleh jadi!!!

Maka, kami suami isteri ambil inisiatif belilah kelambu..Ahaks..Ada macam peghak plak anak-anak sebab tidur berkelambu. Kalau balik kampung biasa berkelambu sebab nyamuk kampungkan..Tapi di rumah subang ni langsung tak pernah berkelambu. Wafiq tak panggil kelambu, dia panggil KHEMAH!!!!.So, sekarang ni bila malam je, tanya bila nak pasang khemah mama..ehehehe

Ni "khemah" untuk Nabihah


Memang panas!!! Tapi apa susah..bawak aje table fan tu masuk dalam kelambu kan..ahahah..Musim panas gini aircond pun cam jadi sendu....Tambah lagi berkelambu...

Apa-apa pun sempena hari Jumaat yang mulia ini..Jom kita doa banyak-banyak agar diturunkan hujan rahmat dari Allah...Aminnnn


Wednesday, February 5, 2014

Sessi persekolahan 2014: Sebulan sudah berlalu...

Salam semua...


Bulan Februari bermakna sebulan sudah sessi persekolahan berlalu..Maka sudah sebulan lah Nabihah berdarjah satu....walalalerrr...

Ahaks..mak excited lebeyyy...Bulan ini juga bermulalah sessi persekolahan Nabihah bermula dari 7.30am sehingga 5.00pm untuk hari Isnin, Selasa & Khamis..Hari Rabu balik macam biasa 3.30pm & Jumaat 12.00pm.. Untuk 3 hari tersebut dia perlu mengikuti kelas Iqra', Hafazan dan Fardhu Ain...Lega rasanya sebab tak perlu pikir untuk dia kelas mengaji itu ini..Sampai rumah boleh rehat dan buat homework sahaja jika ada...Cuma Wafiq sorang je perlu di hantar mengaji..Bukan tak boleh mengaji dirumah tapi perlu guru untuk mendidik anak..Sultan Murad yang bijak bistari tu pun mencari tok guru untuk mendidik Sultan Muhammad Fateh kan..Ini kan pula kita yang hati tidak cukup kental...

Dengan ini setiap hari Isnin,Selasa & Khamis maka bergegas lah mak dari Hospital Serdang menuju ke Seksyen 19, Shah Alam menjemput Nabihah kemudian ke Mutiara Subang, Seksyen U5. Stop dahulu di Tadika Delima Ilmu mengambil wafiq & Fattah. Alahmdulillah..Allah itu Maha pengatur & Maha bijaksana..Segala rutin harian memang sudah disusun oleh Nya dengan teratur sekali..Masih mampu tiba dirumah lebih kurang jam 6.30pm dan menikmati makan malam bersama & berjemaah solat Maghrib..Syukur..syukur...

Gambar ini di ambil pada hari Isnin (3/2/2014) jam 6.58am..Waktu biasa kami tiba ke sekolah..Gelap lagi masa nih....Tapi kakak tetap ceria..Dia dah boleh terima..inilah rutin harian kehidupan nya...


Memang dulu rasa agak risau dengan kedatangan tahun 2014 ini tapi bila kita berserah segalanya pada Allah..memang ada jalan..Jadi memang tepatlah pilihan kami menyekolahkan Nabihah di SRAI itu...Setiap hari mak bermohon dan bermunajat pada Allah diberi kekuatan,kesihatan & ketabahan memikul tanggungjawap ini..Mak niatkan semua ini kerana Allah dan ibadah kepada Allah...

Sekian...


Friday, January 10, 2014

Nyerongin...nyerongin juger..keroje jangan luper..


Salam Jumaat...

Penghulu segala hari....Hari terakhir bekerja di minggu ke-2 bulan Januari untuk tahun 2014. bermakna Jumaat ke-2 juga untuk tahun ini...Alhamdulilah..syukur..masih bernafas lagi...

Mesti korang layan gak Pencetus Ummah malam tadi kan??? Buat pertama kali nye berkesempatan tengok LIVE..kalau sebelum ni hanya mampu tengok yang backdated je lah sebab memang tak berkesempatan nek menonton tv semenjak beranak kecil ni..Alhamdulilh, malam tadi Allah bagi ruang untuk menyaksikan bersama Pak Kahar dan Wafiq...Si Nabihah dan Fattha sudah lama di buai mimpi....





Semua pun best, tapi paling best mesti le PU feveret mak iaitu PU Yeop..Tak juara tapi yeop tetap best..Lepeh nie yeop glemer ler..ramei le yang nak yeop jadi tok kadi...

Ini antara rancangan Astro yang berjaya dan memberi kesan yang mendalam dalam pembangunan ummah..Harap akan ada musim ke-2 nanti :)



Monday, December 16, 2013

Just Say lah!!!

Salam semua...

Lihat gambar ni apa yang korang nak kata? Cakap!! cakap!!



Tapi yang pasti tak terkata apa kan??? Nak kata apa lagi? kalau berkata lebih orang marah..Sila keluar dari Malaysia kalau tak suka.. Kalau protes nanti  dikata rakyat yang suka membangkang aje..So apa nak di kata? Diam kan saja dan berkata di dalam hati saje...huhuhuhu


Ya Allah...jadikan lah aku, hamba yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Mu, Dan lindungilah bangsa dan tanah air ku dari golongan hamba Mu yang suka menindas rakyat..Aminn...

Wednesday, August 21, 2013

Nora Danish & Adi Putra di Surabaya????


Salam semua....

Hari ni bukak FB terperasaan bila ada salah sorang friend list yang share gambar Nora Danish di Surabaya. Kalau tak silap untuk pengambaran cerita Suami Aku Ustaz bersama actor Adi Putra.




Bila tengok gambar tu terkenang ai, sewaktu bercuti ke SURABAYA bulan 5 aritu...hik hik hik...The place yang orang Malaysia kurang nak pergi..Orang Malaysia suka ke Bandung aje..Bila ckp mau bercuti ke Surabaya mula la kuar soklan musykil..Surabaya? Apa yang ade? Best ke? SYok ker? Berbaloi ker?

Hahaha..msa tu mak tak tau nak jawap apa..Mak cakap, ENTAH!!! Tak pernah pergi le kena pergi..Dah pergi baru le boleh cerita kan?Ehhehehe...

Tapi dah pergi baru rasa...Menarik le jugak..Berbaloi la pergi dengan percutian bajet kami :)



Thursday, July 25, 2013

Royal baby lahir ~ Radley London pun buat sales!!!

Salam semua...


Dapat email ni semalam



Satu dunia kecoh pasal kelahiran royal baby kepada pasangan diraja Britain iaitu William & Kate..
Cuma yang aku rasa kagum tahap ke obsessi nya rakyat di sana kepada golongan di raja mereka walaupun mencapai negara maju...

Psttt..Malaysia ramai sangat raja kn so, memasing negeri lah layan raja memasing...ehehhehe..
Tapi yang pasti kalau ade anak raja yang lahir kat Malaysia ni..tiada jualan murah yek..muahhaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...