Iklaneka

Showing posts with label SRAI. Show all posts
Showing posts with label SRAI. Show all posts

Monday, November 20, 2017

Hari Kecemerlangan & Kesenian 2017 Tadika Taska Delima Ilmu



Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Walau tidak sekerap dulu insyallah update juga untuk moment penting.

Pejam celik dah nak habis sessi persekolah 2017. Semalam berlangsung event tadika taska si Abdul Fattah. Oleh sebab bertembung dengan hari sukan sekolah Nabihah maka kakak tak dapatlah tengok adiknya perform. Memang semalam jadi supermama lah kesana kesini. Apa pun kesian kt kakak sebab takde sapa teman dia bersukan. Jadi tiada gambar sukan kakak..

Hantar kakak dulu ke Stadium Panasonic











Sekian untuk update kali ini. Jom kerja kuat utk cari duit yuran tahun depan. Yak yak yeiiii

Thursday, November 24, 2016

Hari Terakhir Persekolahan 2016


Assalamualaikum..


Hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah di tahun 2016. Pantas sangat berlalu.. Rasa baru je berlelah-lelah di awal tahun. Kini sudah tiba penghujung.. Rehat sebulan, bagi persediaan untuk tahun hadapan..

Sedikit gambar kiriman guru kelas Wafiq sebagai ingatan sessi persekolahan 2016.





Gambar yang sempat di ambil sebelum ke sekolah di hari terakhir persekolahan...

Sampai jumpa lagi.....

Monday, October 24, 2016

Bermulalah Peperiksaan Akhir Tahun 2016


Assalamualaikum...

Rasanya masih baru je lagi daftar anak masuk sekolah masa awal tahun. Hari ini dah bermula episod exam akhir tahun untuk sessi persekolahan 2016.

Bila dikenangkan balik, haishh.. Macam manalah si abdul wafiq tu jawap exam yek. TQ pada cikgu atiqah yang mengirim kan gambar.

Mama doakan untuk kedua anak mama buat yang terbaik. Dapat no 1 or tak mama tak kisah. Sebab mama dulu pun tak pernah dapat no 1. Ahaksss





Salam sayang untuk anak-anak mama...

Friday, March 11, 2016

Hari Sukan SRAI, Seksyen 19 Shah Alam @Komplek Sukan Panasonic Shah Alam

Assalamualaikum....

Syukur, masih berkesempatan update blog ni untuk hari sukan sekolah kakak yang dibuat pada 6/3/2016. Masih ditempat tahun lepas iaitu di stadium. Oleh sebab tahun ni Abahnya berkesempatan nak datang, maka boleh le bawak 2 abduls tu kan..

Hari memang sesangat lah panas terik. Pukul 8 lagu dan menyengat. Alhamdulilah anak-anak ok dan sihat.. Kakak masuk 1 acara je tahun nih, tapi sian sebab tak menang. Takpe lah kakak kan.. Janji sukan...








Nanti update sukan sekolah wafiq pulak :)

Saturday, January 9, 2016

Seminggu Sudah Berlalu di Tahun 2016

Assalamualaikum..

Hari ke 9 di tahun 2016 bermakna seminggu sudah berlalu sessi persekolah 2016. Alhamdulilah, Abdul Wafiq sudah boleh menyesuaikan dengan kehidupan DUNIA BARU nya itu iaitu dari alam tadika ke alam persekolahan sebenar...

Kami masih lagi dalam proses menyesuaikan jadual baru kami untuk tahun 2016 ini memandangkan kedua-dua anak sekolah berlainan. Maka adjusment kerap kali kami buat untuk susun atur jadual nih. Tapi syukur, pak Kahar kini sudah pun berniaga sepenuh masa maka agak mudah lah sikit. Alhamdulilah, Allah susun atur hidup kami dengan sempurna demi niat kami untuk anak-anak yang bersekolah di aliran agama...

Dengan ini runtin jam 4.30am diriku juga bermula untuk menyiapkan "bento" anak-anak. Apa pun anak-anak gembira melalui perjalanan seharian menuntut ilmu. Alhamdulilah..

Wednesday, January 6, 2016

Hari pertama persekolahan di tahun 2016

Assalamualaikum...

Posting pertama di tahun 2016. Setelah bercuti 2 hari di awal tahun baru menguruskan hal perihal Wafiq yang memasuki tahun 1, hari ini masuk office baru berkesempatan update blog sebagai memori indah dalam hidup.

4/1/2016 boleh dikira hari bersejarah sekali lahi buat kami suami isteri kerana merupakan hari pertama anak ke-2 kami iaitu Abdul Wafiq melangkah ke DARJAH 1. Dunia baru bagi dirinya. Moga dia menjadi seorang yang independent sama seperti kakaknya dahulu. Bersekolah di Sekolah Intergerasi Masjid Darul Ehsan merupakan sebuah sekolah integrasi yang merangkumi 2 silibus iatitu KSSR dan JAIS. Tempoh pembelajaran bermula jam 8am sehingga 4pm. Bersekolah jenis integrasi ini memerlukan kekuatan mental & fizikal di pihak parent mahu pun anak itu. Anak perlu berdikari menguruskan hal ehwal diri sendiri kerana semuanya sudah diaturkan dan dijadualkan. Cabarannya apabila lunch time tuh. Memang anak perlu beratur untuk mengambil makanan.. Kemudian meletakkan pinggan di tempatnya kemudian solat berjemaah. Hidup perlu pantas dan cekap kerana semuanya sudah diberi masa!!! Cabaran untuk ibu bapa itu perlu berlapang dada. YAKIN!!! bahawa anak itu baik-baik saja dan boleh menguruskan diri. YAKIN bahawa Allah sentiasa ada menjaga anak itu apabila dia keluar mencari ilmu...




Pemberi tenaga buat dirinya... Layankan saje...

Hari pertama kakak di tahun 2016. Sudah darjah 3
Untuk hari pertama, aku agak rasa mahu menitis air mata betapa wafiq yang kecil itu perlu gagahkan diri membawa pinggan nasi ditangan kanan, cawan pula di sebelah kiri. Makanan perlu habis dalam waktu yang ditetapkan.. Ku lihat dia hanya menjamah nasi, tak mampu mencubit ayam memandangkan ayam masih panas lagi. Allahuakbar.. Gugur air mata ini!!! Serius.. Tapi ku cekalkan hati bila Pak Kahar mengatakan biarkan, ini yang terbaik bagi dirinya dalam usaha menjadi khalifah dibumi Allah perlukan kekuatan dan ketidak bergantungan pada seseorang. Ku tabah kan hati.

Pada hari ke-2, kami tidak pun melawat beliau disekolah, tetapi kami ada disekitar Shah Alam  sahaja. Walaubagaimanapun hati ini memang rasa sangat berdebar. Alhamdulilah, semasa pulang Wafiq teruja mengatakan dia sudah ada kawan baru dan habis makan nasi. Allahuakbar.. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar, mendengar doa hambanya yang memohon agar anak itu gembira dan baik-baik sahaja ketika disekolah...


Hari ke-2. mood swing sebab tak pakai baju sukan..huuhuhu



Hari ini hari ke-3, ada sedikit drama tadi abah nye update. Apa pun still manage.. Dah jumpa kawan, ok lah tuh...

Bermulalah rutin harian yang padat buat kami suami isteri.. Layannnnnnn

Thursday, November 19, 2015

Hari Terakhir untuk Sessi Persekolahan 2015

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan di tahun 2015 untuk Nabihah. hari esok dia akan mula bercuti. Untuk sesiapa yang terlibat dengan hari anugerah sahaja perlu datang sekolah. How time flies. Sebak pulak rasa, terasa baru sahaja membuat posting untuk nya di awal tahun persekolahan. Hari ini sudah buat post terakhir untuk sessi persekolah.

Tahun hadapan bermula pula episod baru iaitu sessi persekolahan untuk Nabihah dan juga Wafiq. Cabaran buat kami berdua suami isteri memandangkan mereka bersekolah berasingan dan juga berlainan arah. Kami yakin Allah akan aturkan segalanya. Allah akan gerakkan hati dan fikiran kami untuk berfikir dalam mengatur urusan anak-anak. Maka dengan ini secara rasmi mama bercuti sebulan menghantar kakak ke sekolah.



Berusaha dengan gigih lagi buat kakak. Jangan lelah menuntut ilmu kerana yakin lah bahawa dunia memang tempat berpenat lelah kerana nanti diakhirat kita berehat...


Friday, July 31, 2015

Pencarian Belum Berakhir... Sekolah Integrasi


Salam semua..

Aku sekarang ni kadang-kadang terasa macam sakit dada memikirkan Wafiq nih. Ahakss.. Macam lah besor sangat dugaan kan??? Benornya mikirkan dia ni nak bersekolah dimana le nanti..Kihkihkih.. Oleh sebab dia ni tak berjaya masuk ke SRAI, Seksyen 19 sekolah sama kakaknya.. Maka kenalah kami fikir plan B kan. Kami terima je dengan hati terbuka. Usaha jugak hari tu, polish dia moga lulus exam but dah gagal. Buat juga rayuan, tapi fail jugak maka memang Allah aturkan bukan disitu la kan. Sebab kami pegang satu je, Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi beri apa yang kita perlu & mampu. TITIK.


Masa hari ujian SRAI. Puasa masa nih. Dia steady je. Bila ditanya abang jawab je semua..hihihi

Maka, kami proceed je le plan B. Maka abahnya mulakan lah misi plan B kami tuh. OK, kami pergilah ke ISSA (Integrated Islamic School Shah Alam) tapi boleh plak by the day pak Kahar pegi tu registration closed derr.. Ni memang silap kami sebab boleh plak lupa surf web nye. OK, fine.. next school, pergi ke Sekolah Integrasi As-Syakirin, Seksyen 13  pulak. Oh..masih banyak lagi kosong. Kelas semua ada 3 untuk tahun 1, 2016. Buat masa ni hanya satu kelas je yang penuh. 2 kelas lagi masih available. Pak Kahar ambil lah detail, structure fee semua kan. Lepas tu ke Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya. Pendaftaran masih dibuka. Ambil form, detail semua. Tanya itu ini sikit kan. Untuk masuk ke SIMDE ni kena attend exam jugak sama macam nak masuk SRAI. Parent pun kena interview. Allahuakbar, bukan mudah untuk melahirkan daie' sebenarnya.. uhuk..uhuk.. Takpe, mak layannn kan aje.. Maka semalam submitlah segala benda yang SIMDE tu nak. Just tunggu je panggilan untuk exam on 12/9/2015.

Sebelum tu memang dah ada fill up form online Sekolah Safinatun Najah Seksyen 7. Tapi bila fikirkan balik macam jauh dari Seksyen 19 tuh dengan lokasi kami rumah kami di Seksyen U5. Maka option yang ada memang As-Syakirin ataupun SIMDE saja. Fee memang berbeza yek kawan-kawan. Silibus mostly sama lah untuk kurikulum iaitu pendidikan Islam bersepadu. Yang membezakannya mungkin Ko-kurikulum tu lah dan facility sekolah.
Fee unutk sekolah Integrasi As-Syakirin


Fee sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

Ok, nanti update lagi pasal wafiq nih.. Ahaks.. Anak lelaki ai ni memang special sangat. Memang suka mama & abah nye fikir lebihkan..  Tapi kami ok aje, setiap anak bukan nye sama kan..

Wafiq kami tetap daftarkan disekolah Kebangsaan jugak. Dia dapat di Sek Keb Subang Bestari 2. Backup plan kan.. huhuhu


Sambutan Aidilfitri 2015 @SRAI, Seksyen 19 Shah Alam

Salam Aidilfitri..

Hari ini ada sambutan Aidilfitri disekolah Nabihah. Seperti tahun lepas, bebudak datang sekolah berbaju raya. Kalau tahun lepas untuk murid Tahun 1 kena bawa sebotol air mineral 1 liter, tahun ini Nabihah perlu bawa 2 liter air oren. Wahhh.. bagus jugak idea sekolah nih. Dah ada list siap-siap. Maka memudahkan cikgu. Makan ramai-ramai. Meriahkan..



Tahun ni Nabihah kurang excited berbanding tahun lepaskan..Maby dah tau macam mana rupa majlis sambutan hari raya itu.. Tak sempat nak snap gambar dengan kawan-kawan nya tadi.. Ini je yang sempat dengan kakak senior.

Tuesday, May 19, 2015

Terima Kasih Ku Pada Mu Cikgu

Assalamualaikum..

Masih belum terlewat nak ucapkan SELAMAT HARI GURU pada seluruh pendidik di negara ini terutama yang pernah mengajar ku secara formal mahu pun tak formal. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Moga syurgalah tempat kalian diatas jasa baik yang telah kalian salurkan..

Gift untuk cikgu yang mengajar Nabihah


Gift adalah dari Coklat KittyKat by Hafiz Choc Factory. Produk muslim keluaran bumiputera yang semestinya HALAL. Sekiranya masih tercari coklat untuk diberi kepada guru, boleh dapatkan KittyKat di Kudos Food Station.


Tuesday, March 10, 2015

Hari Sukan SRAI, Seksyen 19 Shah Alam @Komplek Sukan Panasonic Shah Alam

Assalamualaikum...

Sukan SRAI, Seksyen 19 iaitu sekolah Nabihah pada 1/3/2015 yang lepas. Kali ni ok sikit sebab buat di stadium. Maka selesa lah dari segi paking, tempat duduk, toilet semua kan. Kalau tahan lepas buat di sekolah macam padat sangat.

Oleh sebab sukan berlangsung pada hari Ahad, maka tak dapat lah Pak Kahar tengok sukan anak pompuan sorang dia ni kan..AHaksss.. Meniaga pasar tani kan. Maka mak je lah bawak Nabihah dengan Wafiq. Fattah tumpang rumah cikgu mira...









Awal sukan sekolah Nabihah tahun nih. Kalau tahun lepas dah abis UPSR baru buat. Kali ni awal tahun dah settle. Macam-macam plan sekolah kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...