Iklaneka

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, April 14, 2019

Afiah Nabihah Sudah 12 tahun...

Assalamualaikum semua..

14/4/2019 maka genaplah anak sulung ku Afiah Nabihah genap 12 tahun. Pantas masa berlalu. Masih terasa baru melahirkan beliau kini sudah dipenghujung sekolah rendah.

Tiada apa yang mampu ku ucapkan selain rasa tunduk dan syukur atas nikmat pinjaman yang Maha Esa berikan ini. Tiap detik dan nafas tiada henti mendoakan kesejahteraan buatnya

Selamat Hari Lahir yang ke 12 tahun Kakak!


Salam Sayang,
Abah, Mama, Abg Ngah & Adik Fattah


Monday, October 1, 2018

Selamat menduduki UPKK 2018 wahai anakku Afiah Nabihah

Assalamualaikum...


Hari ini, 1/10/2018 Afiah Nabihah akan menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa. Pantas masa berlalu. Terasa baru sahaja menghantar beliau ke tahun 1. Hari ini sudah darjah 5 dan perlu menduduki UPKK. Tiada apa yang mampu dikirimkan untuknya selain doa agar dipermudahkan urusan dan menduduki peperiksaan. Dilancarkan segala urusan ketika menjawab soalan dan menjawab dengan tenang dan tepat.

Semoga yang terbaik untuk kakak, Afiah Nabihah




Wednesday, September 5, 2018

Abdul Fattah sudah 5 tahun...

Assalamualaikum...


5/9/2018 genap Abdul Fattah berumur 5 tahun.. Alhamdulillah, syukur atas pinjaman dari Ilahi. Moga Allah jadikan anak ini anak yang soleh penyejuk dimata penawar di hati..

Happy birthday sayangku Fattah,

Love,
Abah,Mama,Kakak,Abang


Monday, March 26, 2018

Cuti Sekolah Bulan 3 @Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Salam semua..

Terajin pulak nak update pasal cuti sekolah bulan 3 ni. Aktiviti bajet. Mur..mur aja kekdahnya memandangkan memang dah macam tak mampu nak mengepak sekarang ni bila barisan dah panjang. Makanya cuti je le apa yg hado..

Ni pun  tak sengaja. Hari khamis terfikir, jumaat tu terus angkat beg bawak anak-anak. Dah kebetulan masa tu surf agoda, sesaja letak bagan lalang. Tup! terpapar pulak hotel seri malaysia with reasonable price.  Book saje lah..

Jadilah, anak-anak puas mandi kolam lepas tu main  pasir pantai lepas tu mandi laut sikit-sikit. Ini je lah aktiviti cuti sekolah bulan 3 nih.. 

So far puas hati lah jugak dengan Seri Malaysia  nih. Dapat superior twin room with breakfast dlm RM130 lebih kurang gitu. Walau hotel ni tak lah mengadap laut tapi ade pintu belakang yang boleh jalan kaki je ke pantai. So ok lah kn. Sampai je, check in pukul 3 tu terus budak-budak ni mandi kolam. Stop solat asar. Agak hari macam dah redup tu kami jalan kaki ke pantai. Sebab bila matahari makin nk tenggelam masa tulah air slowly naik kan... So bila dah nak magrib pulanglah ke hotel..

Esok pagi lepas breakfast jln  kaki ke pantai. Masa ni cuaca masih belum panas. Jadi oklah untuk main2 laut semua..Bila dah dekat pukul 10 gerak balik ke hotel sambung pulak di pool. Main le dalam sejam gitu lepas tu balik ke bilik kemas-kemas untuk check out. So, simple je iternary kami. Yang penting anak-anak enjoy!













Sekian untuk kali ini.. Wassalam..

Sunday, December 17, 2017

Abdul Wafiq sudah 8 tahun...

Salam semua...

Hari ini bertarikh 17/12/2017 maka genaplah anak nombor 2 iaitu Abdul Wafiq 8  tahun...
Tiada apa yang mampu diperkatakan selain syukur pada Ilahi atas kurniaan ini. Diberi peluang  memikul amanah menjadi orang tua kepada si anak..

Setiap detik dan ketika tiada hentinya berdoa agar anak ini menjadi sebaik-baik umat junjungan besar Kekasih Allah juga menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam redhaanNYa...

Abah, Mama, Kakak, Adik sayang Abang..


Sekian untuk kali ini... Wasalam..

Monday, November 20, 2017

Hari Kecemerlangan & Kesenian 2017 Tadika Taska Delima Ilmu



Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Walau tidak sekerap dulu insyallah update juga untuk moment penting.

Pejam celik dah nak habis sessi persekolah 2017. Semalam berlangsung event tadika taska si Abdul Fattah. Oleh sebab bertembung dengan hari sukan sekolah Nabihah maka kakak tak dapatlah tengok adiknya perform. Memang semalam jadi supermama lah kesana kesini. Apa pun kesian kt kakak sebab takde sapa teman dia bersukan. Jadi tiada gambar sukan kakak..

Hantar kakak dulu ke Stadium Panasonic











Sekian untuk update kali ini. Jom kerja kuat utk cari duit yuran tahun depan. Yak yak yeiiii

Tuesday, September 5, 2017

Abdul Fattah sudah 4 tahun...

Assalamualaikum...


Hari ini bertarikh 5/9/2017 maka genaplah si bongsu Abdul Fattah berumur 4 tahun. Terasa sebak pulak. Sebak atas kesyukuran yang Allah limpahkan atas kurniaanNya memberi kami pinjaman unutk memikul amanah. Apa pun setiap nafas tiada henti mendoakan untuk wahai anak.

Abah, Mama, Kakak & Abang sayang fattah kerana Allah Taala...








Friday, April 14, 2017

Afiah Nabihah sudah 10 tahun...



Assalamualaikum...

Hari ini genap sudah usia kamu wahai anakku Afiah Nabihah. Tiada apa yang dapat digambarkan dengan kata-kata selain hanya rasa syukur memiliki mu wahai kakak. Doa untukmu semestinya tidak pernak putus..


Abah, Mama, Wafiq & Fattah SAYANG kakak :)

Selamat Hari Lahir yang ke 10 AFIAH NABIHAH

Friday, January 6, 2017

Bermulanya Sessi Persekolahan 2017

Assalamualaikum..


Selamat Tahun Baru 2017 semua...

Lamabt sangat wish dan agak slow update di blog sekarang ni kan. Insyallah, masih update cuma agak lompong-lompong lah kan..

Sessi persekolahan 2017 sudah pun bermula hari selasa, 3/1/2017 aritu.. Maka bertambah lah usia anak di sekolah. Nabihah dah darjah 4, manakala wafiq darjah 2. Fattah as usual masih di Taska/Tadika Delima Ilmu. Cuma tahun ini dah kena masuk kelas 4 tahun lorrr..

So far so good for this year. Tak kelam kabut sangat terutama wafiq. Dia dah darjah 2 kan. Maka bukan dunia baru lagi dah bagi dia mcm tahun lepas..

Tiada gambar dihari pertama sekolah memandangkan semua anak ke sekolah dihantar oleh Pak Kahar maka memang tah hadooo lah gambo kn. Hari ini baru sempat nak snap itu pn di rumah :)

Menu sarapan pagi as usual, maintain tiap pagi ada. Cuma bento-bento dah takde sebab Nabihah dah besar, dia pun dah tak nak. Wafiq pulak sekolah bagi makan 2x. Cuma ada jugak bawak bekal sekadar lapik perut sebelum rehat pagi. Tak sempat sarapan dirumah. Keluar pun 6.30am kan.




Sekian untuk update kali ini. Baiiii

Saturday, December 17, 2016

Abdul Wafiq sudah 7 tahun...



Assalamualaikum...


Hari ini 17/12/2016 maka genaplah si Abdul Wafiq berumur 7 tahun. Alhamdulilah.. Bersunat pun sudah. Maka hajat dia untuk tahun hadapan 2017 solat di saf hadapan tertunailah sudah... Mama & Abah sentias mendoakan yang terbaik untuk abang, bulan time birthday je tau. Setiap masa, ketika setiap nafas tanpa henti.. Beberapa hari lagi masuk darjah 2 pulak.. 

Mama, Abah, Kakak, Adik sayang Abang kerana Allah Taala..



Saturday, November 26, 2016

Abdul Wafiq Sudah Bersunat


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Selesai sudah urusan berkhatan si Abdul Wafiq. Kami join majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid TTDI Jaya. Bayar RM150 sahaja. Permulaan yang agak mendebarkan.. tapi alhamdulilah dah selesai.. LEGA!!!

Ini memori indah buat aku dan kahar dalam membesarkan anak yang diamanah kan Allah buat kami..









Walaupun ada macam drama kan. Meraung berbagai dalam bilik doctor tu.. Tapi alhamdulillah settle la jugak.. hihi.. Anak oh anak!!!

Sunday, November 6, 2016

Itu ini begitu begini, 11 tahun di alam perkahwinan..



Assalamualaikum..

Bila tiba 6 November bermakna genaplah usia perkahwinan aku dan Pak Kahar 11 tahun... Pantas masa berlalu.. Usia kami pun makin meningkat selari dengan tempoh perkahwinan itu..

Alhamdulilah syukur pada Allah yang mampu ku ucapkan segala pinjaman yang diberi di dunia ini..

Sesungguhnya, diri ini sayang segala yang diperolehi kerana Allah Taala...

Gambar ihsan dari +cstproduction . Terima kasih atas segala perkhidmatan yang diberi walaupun telah berusia 11 tahun tapi tetap mantap.

Salam jumpa lagi...

Monday, September 5, 2016

Abdul Fattah sudah 3 tahun...

Assalamualaikum....


Tanggal 5 September 2016 maka genaplah si Abdul Fattah berumur 3 tahun...  Pantas sangat masa berlalu...
Semestinya mama & abah doa yang terbaik untuk adik... Tiada sambutan hari lahir untuk adik, tetapi itu tak bermakna mama & abah tak sayang kamu wahai anak..

Gambar yang diambil pada tarikh 5/9/2016. Wajah genap 3 tahun :)




Sunday, September 4, 2016

Getaway 2016 ~ Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum...


Baru berkesempatan nak update short trip getaway kami untuk tahun ini ke Kota Bharu Kelantan sahaja. Mengambil kesempatan cuti untuk anak-anak yang tak ambil UPSR.

Kami pergi naik Firefly. Booking dari bulan 2. Alhamdulilah.Reasonable price. Just pay around RM300++ untuk 5 orang. Ok lah. Pergi pun kejap maka kurang penat kan.Anak memang nak naik aeroplane pon. Maka local sahaja yang mampu untuk tahun ini.

Stay di De'Viana Hotel & Apartment area Wakaf Che Yeh. maka walking distance sahaja kami ke wakaf che yeh tu malam-malam. Sewa kereta Myvi sahaja. So kami enjoy the free & easy trip. paling enjoy sebab makannnn...hihihi.. So layan gambar je lah kan..

Subang Airport

Dah sampai Kota Bharu

This is KOta 


Di wakaf Che Yeh


Muzium Negeri



Teh Tarik Madu 


Pantai Sabak

Nasi Ulam Cikgu

Bye Kota Bharu, Insyallah Nanti dtg lagi



Ada lagi beberapa tempat yang kami pergi iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Pasar Siti Khatijah. Tapi lupa ambil gambar.

Sekian untuk trip tahun ini bagi anak-anak.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...