Iklaneka

Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Getaway 2014~Kuching,Sarawak Part 3 : Sarawak River Cruise



Salam semua..

Ok..last posting pasal bercuti ke Sarawak ni seblum habis bulan June nih..Dah masuk bulan puasa pun kan..
Hari ke 3 iaitu sehari sebelum kami balik sempat lah naik cruise mengelilingi sungai Sarawak nih...Oleh sebab segala jenis muzium yang ade di Sarawak ni tutup sempena Hari Gawai, maka aktiviti sebelah pagi kami tak kemana.. Tengah hari hujan..Mujur lah petang ok, maka memang ada rezekilah nak naik cruise ni kan kerana pelayaran bermula 5.30pm...Memang untuk tengok sunset..

Fee RM60 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak..Maka total kami bayar RM150 memandangkan wafiq n fattah masih free. Aktiviti yang menyeronokkan pada anak-anak..Memang akan depa kenanglah..Sweet memory fo us..









Kalau dah berjalan dengan anak-anak nih belum tentu benda yg kita plan akan di fulfill sepenuhnya..Tapi yang penting mereka happy..Nabihah paling terkesan kerana dia paling ingat. Sebelum nih pernah naik ferry dari Brunei menuju Labuan..Masa tu Wafiq still baby lagih, 6bulan..Kali ni wafiq dah besar, Fattah pula naik cruise walaupun sungai je lah..ehhehe


Menaiki sampan menuju keseberang untuk membeli kek lapis sarawak, Dayang Salhah

Sempat ke rumah kenalan lama di Kg Haji Baki sebelum menuju ke airport

Sekian sudah percutian 4 hari 3 malam kami ke Kuching.. Insyallah ada rezeki datang lagi..Tapi bila senarai dalam list destinasi dah abis lah..ehhehehe

Tuesday, June 24, 2014

Getaway 2014~Kuching,Sarawak Part 2 : Sarawak Culture Village - Grand Margherita Hotel - Medan Niaga Satok

Salam semua..

Baru nak sambung balik cerita pasal ke Kuching nih..Walaupun macam ada rasa malas tapi mak cuba jugak u oll..Demi memori akan datang..huhuuhh

Hari ke-2, selepas check out dari Damai Beach Resort kami pergi ke Sarawak Culture Village..Memang plan ke situ untuk melihat show..Sebab agak mahal jugak lah fee nak masuk kampung budaya nih..Dewasa RM60, kanak-kanak RM30..So, total RM150 lah kami..Wafiq and Fattah free lagi..

Sampai pun ngam-ngam show nak bermula..Duduk paling depan sekali..Pengalaman yang menarik untuk anak-anak sebab tak pernah dibawa melihat persembahan sebegini..Habis je show, melawatlah kami ke setiap jenis rumah etnik yang ade di Sarawak nih..










Habis je melawat sekitar SCV nih kami menuju ke bandar Kuching..Check-in di Grand Margherita Hotel. Hotel yang betul-betul di tengah bandar Kuching..Walking distance je kalau nak ke waterfront or nak naik sampan ke seberang..

Se elok je sampai hotel hari pun hujan..Maka kami tiadalah apa aktiviti..Lagi pun masa tu anak-anak kepenatan..Lebih kurang pukul 3 lebih hujan berhenti baru lah berjalan ke Medan Niaga Satok..






Ini jelah aktiviti kami pada hari ke-2 di sini..Memang sangat free & easy..Lebih pada nak berehat..Kalau ikutkan banyak tempat boleh explore tapi memikirkan cuaca pun agak tak menentu..Bawak pulak baby kan so agak terbatas..Yang penting anak-anak happy..

Sunday, June 8, 2014

Getaway 2014~Kuching,Sarawak Part 1 : KLIA2 - Damai Beach Resort,Santubong

Salam semua...

Gigih membuat posting ini sebagai ingatan pada masa hadapan...Walaupun agak sangat lah malas nak mem'blog" skang nih...Tapi ku gagahkan jugak...

Kami 5 beranak bercuti ke Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam bermula pada 30/5 - 2/6..Pertama kali menjejak bumi Kenyalang...Menaiki pesawat, of coz lah kepak Pak Tony kan..Booking pun tahun lepas derr..Fattah pun tak wujud lagi..So sebelum nak fly just add on meal, luggage dan Fattah sahaja..Infant kan harga tiket nya sudah fix..RM100 return..

Agak mencabar jugaklah trip kali nih..Fattah ok saja..Wafiq tu agak merisaukan..1st time kan travel with 2 kids + 1 infant..Tapi apa-apa pun Pak Kahar menten..Dia sangat cool and cekap dalam handle semua nih..
Nak berjalan punya pasal kan..Memang renyah and letih tapi layannn kan aje.. Kami tiba dia KLIA2 awal..Biar menunggu kerana kepak pak tony tidak menunggukan..


Makan di Kopi O' Conner

Tiba di Kuching Airport, kereta sewa yang di tempah telah sedia menunggu..Sewa Proton Saga BLM auto, RM330 untuk 3 hari...Itulah kenderaan yang kami guna sepanjang berada di sana..Dari airport kami menuju ke bandar Kuching dahulu..pusing-pusing, kemudian ke Kopi O'Conner mengisi perut kerana mahu terus menuju ke Santubong

Damai Beach Resort, Santubong
Standard Double Balcony = RM246 booking thru Hotelopia







Berjalan di tepian pantai..Hari masih awal tapi panas nye sangatttt

 Secara keseluruhan berpuas hati dengan resort nih...Cuma kalau bajet lebih maby bleh ambil chalet yg lebih hampir dengan pool & laut..Ni amik murah kan..stay le jauh sikit...Agak letih gak la turun naik tangga memanjat..ahakss..Tapi bilik memang selesa sebab besar sangat...Usai proses check -out kami menuju ke Kampung Budaya Sarawak pula....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...