Iklaneka

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, April 28, 2019

Hari Sukan Tadika Taska Delima Ilmu

Salam semua..

Terasa pantas rasanya masa pergi meninggalkan diri ini insan yang lemah. Sejak berumur 3 bulan Fattah ditempatkan di TTDI, dan hari ini merupakan sukan terakhir dia di situ kerana tahun ini dia sudah memasuki 6 tahun. Allahuakbar, mama cry dik.. Mama sebak sebab my kintang kintung dah besar...huhuh

Ku abadikan sedikit memori buat kemudian hari untuk beliau di Hari Sukan 2019












Semoga Fattah sentiasa gembira dan menikmati hari-hari yang indah ketika berada di tadika kerana tahun ini adalah tahun terakhir buat dirinya. Terima kasih tidak terhingga buat semua warga TTDI Seksyen U5. Anda semua hebat!

Monday, November 20, 2017

Hari Kecemerlangan & Kesenian 2017 Tadika Taska Delima Ilmu



Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Walau tidak sekerap dulu insyallah update juga untuk moment penting.

Pejam celik dah nak habis sessi persekolah 2017. Semalam berlangsung event tadika taska si Abdul Fattah. Oleh sebab bertembung dengan hari sukan sekolah Nabihah maka kakak tak dapatlah tengok adiknya perform. Memang semalam jadi supermama lah kesana kesini. Apa pun kesian kt kakak sebab takde sapa teman dia bersukan. Jadi tiada gambar sukan kakak..

Hantar kakak dulu ke Stadium Panasonic











Sekian untuk update kali ini. Jom kerja kuat utk cari duit yuran tahun depan. Yak yak yeiiii

Tuesday, May 3, 2016

Hari Sukan Tadika/Taska Delima Ilmu 2016

Assalamualaikum...


Hari sukan berlangsung pada 30/4/2016.. tapi as usual lah kalau hari cuti memang tak kan nyer sempat nak ber update blog. Maka tunggu hari kerja jugak lah kan..

Tahun ni hanya tinggal seorang anak sahaja di TTDI, si kintang kintung Abdul Fattah.. Kelas 3tahun kan.. Tahun ni buat perangai pulak dia. Mood tak berapa nak good, maka acara sukan tak main pon.. Eeeee... sabar je lah kan.. Ada lah sedikit je gambar nyer..

Tak pe lah dik, tahun depan join lagi kan.. Insyallah...








Ini sahaja gambar yang ada, gamba masuk acara tak ada.. Sebab sessi pujuk memujuk je yang ade :p

Friday, March 11, 2016

Hari Sukan SRAI, Seksyen 19 Shah Alam @Komplek Sukan Panasonic Shah Alam

Assalamualaikum....

Syukur, masih berkesempatan update blog ni untuk hari sukan sekolah kakak yang dibuat pada 6/3/2016. Masih ditempat tahun lepas iaitu di stadium. Oleh sebab tahun ni Abahnya berkesempatan nak datang, maka boleh le bawak 2 abduls tu kan..

Hari memang sesangat lah panas terik. Pukul 8 lagu dan menyengat. Alhamdulilah anak-anak ok dan sihat.. Kakak masuk 1 acara je tahun nih, tapi sian sebab tak menang. Takpe lah kakak kan.. Janji sukan...








Nanti update sukan sekolah wafiq pulak :)

Tuesday, May 12, 2015

Hari Sukan Tadika/Taska Delima Ilmu 2015

Assalamualaikum...

Hari Sukan Tadika/Taska Delima Ilmu diadakan pada 9/5/2015 bersamaan dengan hari Sabtu. Alhamdulilah, cuaca baik..Anak-anak pun sihat walafiat maka dapat mengikuti sukan dengan jayanya.. Hoyeh!!!

Tahun yang menarik sukan kali ini memandangkan ada acara untuk umur 2y yang semestinya ada lah si kintang kintung mama wahai si Abdul Fattah mengambil bahagian..Cute sangat ko dik..terkedek-kedek berlari...kih kih...Tahun terakhir Wafiq bersukan tadika memandangkan dia sudah ber umur 6y..Uhukss..sebak sangat mak dengan ko nakkk..Tahun depan dah nak masuk darjah 1...huuhuhu..


















Tuesday, March 10, 2015

Hari Sukan SRAI, Seksyen 19 Shah Alam @Komplek Sukan Panasonic Shah Alam

Assalamualaikum...

Sukan SRAI, Seksyen 19 iaitu sekolah Nabihah pada 1/3/2015 yang lepas. Kali ni ok sikit sebab buat di stadium. Maka selesa lah dari segi paking, tempat duduk, toilet semua kan. Kalau tahan lepas buat di sekolah macam padat sangat.

Oleh sebab sukan berlangsung pada hari Ahad, maka tak dapat lah Pak Kahar tengok sukan anak pompuan sorang dia ni kan..AHaksss.. Meniaga pasar tani kan. Maka mak je lah bawak Nabihah dengan Wafiq. Fattah tumpang rumah cikgu mira...









Awal sukan sekolah Nabihah tahun nih. Kalau tahun lepas dah abis UPSR baru buat. Kali ni awal tahun dah settle. Macam-macam plan sekolah kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...