Iklaneka

Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Dengan 7x Umrah Percuma Bersama Raudhah Travel

Salam semua...

Posting terakhir aku untuk Kembara #Umrah2014 ini. Moga akan ade kembara umrah untuk tahun yang lain. Sesungguhnya aku merayu setiap hari agar di pilih menjadi tetamu-Nya lagi.

Seperti sedia maklum, pihak Raudhah Travel telah merialisasikan impian kami suami isteri menjadi pilihan tetamu Allah. Alhamdulilah. Segala urusan berjalan lancar. Kami membuat keputusan untuk menunaikan umrah ini dengan keputusan yang agak ad-hock. Ini lah yang dikatakan andai nama sudah diseru menjadi tetamu segala keajaiban berlaku.

Semuanya indah belaka bagi diriku. Mungkin apabila niat hati sebulatnya untuk Allah maka aku tidak terlalu memikirkan sangat pasal urusan yang lain. Tapi itulah andai semuanya adalah kerana Allah, automatik kita akan dapat yang indah Allah beri. Perjalanan yang smooth bermula dari KLIA sehingga ke airport Madinah. Keselesaan di dalam flight, begitu juga kemudahan segala urusan apabila tiba di airport sehinggalah ke hotel. Semuanya bagi ku indah. Raudhah Travel hanyalah wakil tetapi segala urusan mereka digerakkan oleh Allah. Allah yang mengatur urusan mereka, menggerakkan hati-hati petugas Raudhah Travel memikul amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawap. Syukur...

Ada banyak sebab kami memilih pihak Raudhah. Antaranya ialah:-

*  Penerbangan terus menaiki Saudi Airline ke Madinah. Ini penting nya kawan-kawan. Perjalanan dari KUL-MED mengambil masa kira-kira 8-9 jam termasuk 1 jam transit di Riyadh. Transit kejap je pun sekadar menurunkan penumpang dan pertukaran flight attandance. Memandangkan flight memasuki tanah haram maka mesti semua beragama Islam lah yek. Ini sesuai untuk yang ziarah dulu baru umrah lah. Kalau umrah dulu better turun di Jeddah sebab dari Jeddah ke Mekah estimate dalam 2 jam. Tapi andai ziarah dulu kalau turun di Jeddah, kemudian ke Madinah itu dah ambil masa naik bas dalam 6 jam. Kemudian dari Madinah ke Mekah untuk umrah ambil masa 6jam. Memang agak penat lah dalam perjalanan. Jadi kami syukur kerana turun di Madinah sebab itinerary kami perlu ziarah dulu baru umrah.


Kenangan bersama jemaah Raudhah ketika di aiport Jeddah. Siap sedia untuk pulang ke KUL



* Ada ustaz pengiring bermula dari KLIA sehinggalah tiba semula ke KLIA. Ni penting kawan-kawan. Untuk jemaah yang pertama kali, kemudian ada di kalangan kumpulan jemaah tu golongan umur yang berbeza-beza. Ada yang kuat, ada yang uzur jadi kalau tiada ustaz pengiring mungkin perjalanan umrah itu agak ada gangguan. Tapi kami di Raudhah Travel , alhamdulilah. Memang ustaz yang menyertai itu jaga kami dengan sebaiknya. Segala persoalan, kemusykilan, permasalahan itu ada jawapan nye.

* Lokasi hotel di Madinah & Mekah juga memuaskan hati. Tidak terlalu jauh dari Masjid. Kalau di Madinah biasanya hotel memang berdekatan je dengan Masjid Nabawi, yang menjadi cabaran apabila tiba di Makkah memandangkan sekarang pembinaan sekitar Masjidil Haram begitu pesat maka banyak hotel yang berhampiran telah diruntuhkan. Yang ada pun tinggal hotel mewah je. Tapi , syukurlah alhamdulilah kami dapat hotel kira-kira 250m dari Masjidil Haram ketika di Makkah.
Ustaz Yusuf (beg hijau pegang henfon) dari pihak Raudhah yang mengiringi kami bermula dari KLIA sehingga tiba kembali ke KLIA.


* Part paling best yang aku rasa takde or maby ada tapi kami yang tak tau, ialah pakej Raudhah ini menawarkan 7x umrah percuma. 7x umrah percuma ini bermaksud pihak agent menyediakan transport untuk membawa jemaah bermiqat di Tanaim setiap hari. Jadi, jemaah pihak Raudhah tak perlu susah payah menahan van / kereta sapu yang banyak bersidai tepi jalan depan-depan hotel tu. Naik je bas yang disediakan. Bagi aku tawaran ini sangat ok terutama bagi jemaah yang tak berapa nak larat. Sebab bukan senang jugak nak menahan van / kereta sapu nih. Faham-faham lah Pak Arab ni bukan semua hati mulia ye dak. Kena pergi beramai-ramai berkumpulan plak tuh. Kalau sendiri bahaya pulak.
Menunggu bas untuk ber miqat umrah hari ke-6

Selesai umrah hari ke-6. 


Setakat ini catatan kembara umrah ku yang best. Hampir sebulan berlalu perasaan rindu itu tetap sama seperti sehari selepas kami meninggalkan tanah haram. Sesunguhnya setiap hari aku berdoa agar di pilih menjadi tetamu Nya lagi. Tak kira sebagai tetamu umrah lagi atau sebagai tetamu haji yang pasti kami mahu menjadi tetamu Nya lagi..lagi dan lagi..huhuuhh



Permandangan sekitar hotel kediaman kami
Pada yang memcari agency umrah feel free to contact:-

Raudhah Umrah & Haji Services Sdn Bhd
"Ingat Umrah Ingat Raudhah"

Alamat:
No 20, 2nd Floor,Batu 10,
Federal Highway, Sungai Way
47300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78739686 / Faks: 03-78739684

Informasi Berkaitan Umrah hubungi :
019-3831046( Hjh Anis ) , 019-6011046( Hjh Anis )

Monday, January 26, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Menyulusuri Sirah Para Anbiya

Salam Semua...

Hari Ke-3 & ke -5 di Bumi Mekah, pihak Raudhah Travel membawa para jemaah ziarah luar Tanah Haram. Kami menyulusuri kawasan kisah para Anbiya. Sesunggunya bumi suci ini adalah bumi para nabi-nabi Allah. Kalau sebelum ini aku dan Pak Kahar hanya membaca buku unutk mengetahui kisah para Nabi, bila menunaikan umrah ini baru terasa segala yang dibaca itu terbenam dalam hati. Subhanallah..Terasa dekat dihati kisah para nabi Allah itu..

Lawatan Hari Ke - 5 
Kami melawat Hudaibiyah seterusnya bermiqat di situ untuk menunaikan umrah yg ke -5. Kemudian pergi ke Muzium dan Pasar Ka' Kiyah (pasar buah).

Para jemaah Raudhah Travel siap sedia menunggu bas.


Mesin tenun jahit kelambu Kaabah

Pintu Kaabah

Future Makkah. Insyallah 2020 Makkah berwajah baru

Telaga Zam-zam yang asal

Pasar Ka'Kiyah




Lawatan Hari ke -3
Kami ke Padang Arafah, maka melawat lah ke Jabal Rahmah tempat di mana pertemuan Nabi Adam A.S serta Hawa. Kemudian menyulusuri Mudzalifah, Mina dan kawasan melontar jamrah. Untuk Hari ke-3 bermiqat di Jaaranah untuk yang menunaikan umrah ke-3. Inilah kelebihah bersama Raudhah Travel yek..Hari-hari ada umrah. Semuanya pun free sebab dah all in dalam pakej :)

Jabal Rahmah. Gigih mak mendaki u olls..demi nak berdoa untuk kawan-kawan..hihihi

Kebetulan tarikh 29/12 adalah tarikh lahir Pak Kahar. Best betul dia hari kelahiran ada kt Mekah.
Memang aku amik kesempatan berdoa moga di panjang kan usia perkahwinan











Kami menyulusuri perjalanan haji. Ya Allah..Air mata tak henti mengalir. Betapa cabaran mengharungi ibadah haji itu sangat berat. Tapi syurga itu balasannya. Terbayangkan mak yang menunaikan haji pada 2012 terasa betapa kuatanya mak. Di kala ini memang hati ini terlalu kuat mengingati emak dikampung betapa besar pengorbanan emak apatah lagi berkorban menjaga anak-anak kami ketika kami menunaikan umrah.

Thursday, January 22, 2015

Kembara #Umrah2014~Terimalah kami sebagai tetamu-MU yang PALING ISTIMEWA

Salam semua..

Perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira 6 jam menaiki bas. Bas bergerak sahaja dari hotel di Madinah, aku menelefon mak di kampung memohon ampun dan maaf serta bertanyakan perkhabaran anak-anak. Doa dari mak mengiringi kami suami isteri menjalani ibadah umrah ini. Permulaan perjalanan mutawif memberi sedikit taklimat. Kemudian di susuli dengan ustaz Yusuf yang mengiringi jemaah Raudhah Travel bermula dari Malaysia. Habis sahaja taklimat kami semua terus bertalbiyah. Permulaan dengan suara yang penuh semangat tapi lama-kelamaan menjadi sepi. Termasuk diri ku yang terus terlena..hihihi...

Aku hanya tersedar bila tiba di Masjid Bir Ali..Perjalanan agak lancar, maka kami tiba tepat pada waktunya maka bersolat lah kami jamak qasar untuk solat Maghrib & Asar. Suasana di Bir Ali sangat sesak. Padat dengan jemaah yang akan menuju ke Makkah. Suasana sejuk. Kami berniat umrah di situ.

Tidak lama kemudian kami tiba di bumi Makkah.

Doa Memasuki Kota Makkah
Ya Allah! Sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya, semuanya kepunyaanMu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Dikau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam syurgaMu, Jannatun Naim,
Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka .
Ya Allah! Selamatkanlah daku dari azab Dikau di hari Dikau membangkitkan hamba-hambaMu. Daku memohon denganMu kerana Dikaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Dikau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani! Dikau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.

Oleh sebab hari sudah gelap, maka aku tidak dapat melihat dengan jelas keadaan sekeliling. Perasaan ketika itu sangatlah berdebar. Tidak lama kemudian, kami tiba di hotel penginapan. Ada sedikit taklimat dari pihak Raudhah. Kami tidak membuang masa, terus melakukan umrah pertama iaitu Umrah Wajib. Ada mutawif yang akan mengetuai rombongan. Rombongan di pecahkan kepada beberapa kumpulan yang kecil untuk memudahkan pergerakkan umrah memandangkan suasanan di Masjidil-Haram ketika itu terlalu sesak dan ramai. Untuk kali pertama menjejak ke Mekah, dikhuatiri akan kehilangan atau terlepas dari kumpulan.

Kami bergerak dari hotel menuju ke Masjidil Haram. Disitu terletaknya Baitullah. Hatiku berdebar. Pertama kali melihat Kaabah aku terkesima. Air mata tidak mampu kutahan lagi. Doa terus ku baca melihat kaabah kali pertama. Dalam sedu sedan aku membacanya..Maka teruslah kami melakukan ibadah umrah bermula dari tawaf, sai sehinggalah tahalul.






Maka selesai sudah umrah wajib ku yang pertama. Subhanallah..Alhamdulillah..Suatu perasaan yang begitu indah. Walaupun aktiviti begitu padat. Kami selesai umrah kira-kira jam 2.30am. Tapi tidak terasa keletihan. Hanya perasaan kepuasan yang begitu indah sahaja di dalam hati. Pulang ke hotel dengan perasaan yang begitu berbunga-bunga di dalam hati. Inilah yang dikatakan nikmat dunia andai semuanya kerana fisabilillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...