Iklaneka

Showing posts with label kursus pendek. Show all posts
Showing posts with label kursus pendek. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Kursus Jahitan Telekung @Kolej Komuniti Shah Alam

Salam semua...


22/3/2014


Pada tarikh ini aku dan kak lang telah mengikuti kelas menjahit telekung di Kolej Komuniti Shah Alam.. Seperti sedia maklum, kolej komuniti memang ade menganjurkan kursus pendek di setiap kolej komuniti di seluruh Malaysia. Jadi pada yang berminat boleh layari >> DI SINI 

Sangat bermanfaat buat kita. Yuran yang dikenakan sangat berpatutan. Untuk kursus jahitan telekung ni fee yang dikenakan hanya RM45. Dah la dapat ilmu menjahit, telekung pun dapat bawak balik tau..


Aku bukan nak menjadi tukang jahit pada orang keliling, tapi cukup lah sekadar menjadi tailor pada suami dan anak-anak. At least mahu menjadi mama yang di banggakan oleh anak-anak,  bukan sekadar hanya ade segulung ijazah, bekerjaya tetap mendapat gaji bulanan tetapi juga menjadi seorang mama yang serba boleh. Bukan setakat tahu memasak tapi tahu juga menjahit..ahakssss

Sesiapa boleh sertai. tak kira anda bekerjaya hebat atau suri rumah.
Seronok dapat ramai kenalan. Tukang jahit pun ade tau
Sijil penyertaan.
Kak lang masih tekun menjahit. Membuat kekemasan

Taraaa... inilah hasilnya.. Telekung lycra. nampak jauh cantik..
Bila dekat serabuttt.. Yang tengah tu lah cikgu nya...
Masih bekerja tetap tapi masih mampu mengajar menjahit dan berbisnes jahita. Hebatkan

Friday, May 31, 2013

Mak sangat impress!!!! Bila apak boleh menjahit BEG...

Salam semua...


Patutnya posting ini di buat pada hari Rabu kerana masih ade keterujaan..Tapi apo kan daya..mak sangat tak berdaya...eheheh


Baca tajuk pun sahih korang dah boleh agak kan? Ahaakk..sapa ke lagi...kisah Pak Kahar lah...Seriusly Pak Kahar attend course menjahit beg dan kusyen di Kursus Pendek anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat..

Jangan gelak..jangan gelak..Mula mak pun rasa nak tergelak bila dia cakap mau pergi..Layan kan je lah..Tapi bila tengok hasil buatanan tangan yang dia buat mak terkedu terkesima seperti di hempap batu lesung!!!

But this is not the 1st time lah dia buat kejutan melampau..sebab dulu dia pernah je jahit baju kurung Nabihah...ehehe....TAPI oleh sebab mesin jahit tak hader kat rumah ni..skill terbantut lah kn...

SO, oleh sebab Pak Kahar macam ada skill kebabomm..menjahit ni kan..TErpaksalah nanti ai hadiah kan mesih jahit untuk dia..Untung-untung boleh wat mcm-mcm jenis beg, kusyen..nanti ai yang untung sebab ai tau menjual ajoooooooooo....






Kelas you oll...hasil beg Pak Kahar ai nih...muahaha...
Kepada sesapa yang nk belajar macam-macam lah lagi untuk Kursus Pendek dengan bayaran sangat lah murah serendah RM10, sila lah ke web http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/program-ditawarkan/kursus-jangka-pendek.html

Jahit baju kurung ada...langsir, memasak..dengan kata lain macam-macam ada...Nak dengan tak nak aje..Kerajaan dah buat macam-macam tapi rakyat je tak nak menggunakan peluang yang ada..Lebih suka makan subsidi dari berusaha :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...