Iklaneka

Tuesday, July 12, 2016

Berjalan Raya Sehingga ke Ban Pecah, Tanjung Piandang

Assalamualaikum...

Hari ini sudah 7 syawal. Sekejap je kan.. dah seminggu kita menyambut hari raya.. Seperti biasa agenda berjalan raya kami memang akan masuk ke kawasan sebelah utara perak iaitu Tanjung Piandang yang merupakan kampung asal mak & abah mentua ku. Tapi biasanya bila balik kampung tu setakat pergi rumah adik beradik abah mak je lah. Itu pun tak cukup masa. Pergi awal pagi dari Pantai Remis tapi pulang ke rumah tetap malam juga. 

Ntah macam mana tahun ni kami sempat pulak meronda area Ban Pecah. Sekadar view dari dalam kereta je lah. Masa dalam kereta tulah pak mentua cerita disebalik kejadian Ban Pecah tu. Abah cakap memang orang kata mitos tapi masa tu umur abah dalam lingkuan 12tahun, memang abah nampk depan mata nye kejadian sawah bendang tu yang ditelan laut. Ombak mengganas yang menghakiskan semua daratan yang luas. Memang ade kisah disebalik kejadian tu iaitu kisah anak yatim yang didera oleh pak sedara nya tu kan. Abah cakap seelok habis je tanah sawah kepunyaan arwah anak yatim tu tenggelam dek laut, maka ombak yang mengganas tu pun berhenti. Tapi masa tu abah cakap memang beratus ekar tanah abis dah ler. Orang kampung punye pun ada yang habis.  

Cuma pengajaran yang diambil disini, harta anak yatim jagalah betul-betul. Yang memikul tanggungjawap menjaga anak yatim tu tolonglah amanah. Sesunggunya seksa sangat berat sapa yang menyalahguna harta anak yatim nih. 

Ok, ini je view yang dapat di ambil dari dalam kereta. Jalan agak sempit. Ditambah lagi pulak orang ramai disepanjang Pantai Ban Pecah tuh. Apa pun nak bitau Amazing Perak!!! Sebelah kanan sawah, sebelah kiri lautan. Hanya "ban" yang memisahkan untuk air tidak bercampur. Kuasa Allah.. Itulah Tanjung Piandang, tanah tumpah abah mentua ku :)

Sebelah kiri kami, adalah sawah padi terbentang luas


Sebelah kanan kami laut yang tiada penghujung nya..

Bot-bot nelayan.

Para kaki pancing
Kami menyelusuri diatas ban yang memisahkan sawah & lautan

Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri 1437


Assalamualaikum..


Hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan 1437. Allahuakbar.. Syahdu nyer.. Terasa baru sangat kehadiran bulan yang mulia ini.. hari ini dia sudah hampir meninggalkan kita. Apa yang aku mohon agar dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan ini lagi... Terasa masih belum cukup mengaut segala keberkatan yang ada dibulan ini..


Esok bulan Syawal muncul menggantikan Ramadhan.. Salam Aidilfitri untuk semua...


Gambar Raya Tahun 2015 :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...