Iklaneka

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Apakah itu Bronchopneumonia?

Salam semua...

Sepatutnya posting ini dibuat minggu lepas. Tapi memandangkan aku bercuti 3 hari menjaga Fattah di ward, maka bila masuk office je ada banyak note yang dah menunggu..Maka di delay lah arini...

Fattah di masukkan ward di DEMC pada hari Ahad 16/11/2014 sejurus selepas hari sukan kakak (sorry kakak, nanti mama buat entry untuk ni yek). Discharge pada hari Rabu, 19/11/2014.. Wahh..anak-anak mak kalau tak warded tak dah yek..Setiap anak memang merasa lah percutian 5 bintang di hospital..huuhuuh..

Redha..itu yang mampu aku katakan..Dugaan yang aku terima dalam membesarkan anak-anak amanah Allah ini...Fattah di masukkan ward due to BRONCHOPNEUMONIA. Dengan kata lain jangkitan pada paru-paru...Benda ni semakin common bagi aku rasa kena dikalangan kanak-kanak.

Day 1. Serius memang lesu yang amat.

Jangkitan kuman di paru-paru

SISTEM pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
- Pernafasan laju
- Sukar untuk bernafas
- Bibir menjadi biru
- Batuk berdarah
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini di rumah:
- Paracetamol
- Rehat yang secukupnya
- Minum air yang banyak
- Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
- Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

- Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu.
- Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).
----------------------------------------------------------------------------------------------
Day 2 : Muka masih kurang ceria

Day 3: Day boleh bermain :)

Memang kami ada mengambil vaksin pneumococcal untuk kesemua anak..Tapi si fattah ni ada berhutang 1 lagi dos. Sepatutnya semasa 13 bulan aritu dia kena pergi tapi abahnya terlupa ambil GL untuk ke KJMC..Tapi yer lah dah nak kena kan, tidak ku salahkan lah sebab delay ambil vaksin tuh..dah nak kena, dugaan untuk kami..Cuma pesanan untuk kalian jangan di delay benda-benda gini..

Thursday, March 15, 2012

Alhamdulilah...Wafiq dh ok :)

Salam semua...

Ada la seminggu tak hapdate blog..Gara2 balik kampung kan..Cadang lps blk kg nk le hapdate..Skali bergegas balik memandangkan pihak taska dh call, bitau yg wafiq demam...

Gitu le cerita nyer...Balik kg malam jumaat (9/3/2012) sampai la ke hari isnin (12/3/2012).Kisah cerita balik kampung akan di update kemudian...Nk cerita psl wafiq yg di serang demam 2 hari..

Biasa la..dh lma sgt adik tak demam nih..Minggu lps mmg kakak demam, adik ok je..kuat lg..tp minggu ni kalah juga ko dik...Selasa anta ke taska mmg dia agak meragam, ingt kn cam biasa la sbb as usual bila dh cuti lma mmg akan wat drama la time nk anta kn..Tup-tup dlm jam 10am gitu Cikgu Yani called, bitau yg wafiq ni demam la...Tak larat..mengelepet aje..Aduhh..mula la hati cam tak tenteram, call abah nyer yg sedang bz ada training kt shah alam, dtg amik aku kt klana jaya..Sementara nk sampai tu mcm tak senang duduk lah..Dlm kul 12 gitu smpai la taska..Wafiq cam dh ok skit..dh kebah sbb dh mkn ubat kn..Pihak taska dh bg mkn ubt demam...Tapi ptg tu bila power ubat abis, demam la blk...Mcm tu le seterusnya...

Subuh rabu tu mmg terasa bahang lg la..SO amik keputusan mmg EL le jwp nyer..Maka pecah le rekod aku utk EL bila msuk bulan ke 3 utk thn 2012..Hihihi..Anak punya pasal kn..What to do...

Cuti le semalam menjaga wafiq..Kakak sonok la sbb cuti le gak..Ye le kt taska pn bkn ade org sgt pn sbb musim cuti skolah kn..Duduk le kami 3 banak kt umh..Smlm mmg full time la jaga wafiq on time bg ubat..Alhamdulilh ptg dh tak demam smpai le ke pagi ini..Harap sihat sepenuhnya...

Biasa la kn adik..nk besar mmg gitu...We love u so much :D


::Gambar fresh slps potong rambut sblm blk kg..Lega mama tngok kepala ko camni dik..Tak larat betoi la tngok rambut pjg tuh..Serabut mata dia pn sian..Tiap kali nk tidur tergaru2 kepala sbb mmg habit dia kn..Klu rambut pjg tarik2 rambut klu botak gini takat garu je le..tarik rambut takde..hahahha..Abah nye tak gemor sbb suka ank rambut pjg sbb ROCK!!! Nak rock konon...ceh!!! sila campak batu..Mama tak kuasa nk layannnn..Haih

Tuesday, December 6, 2011

Saya tak sihat....

Salam semua...

Sya tak sihat...Pulang dr JB tempoh hari dilanda demam yg tidak kebah2...Tidak ade daya serta mood utk mmbuat posting di blog ini..Will be right back bila dh sembuh nnti...



Ade byk cerita yg tertunggak nih...Nnti kn kisah kami bermain salji di Rumah 4 Musim Tmn Botani, Perjlanan kami ke Johor Bharu serta hari yg penuh bersejarah dlm hidup menyaksikan hari convocation Nabihah...

Tungguuuuuuuuuuuu



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...