Iklaneka

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, November 11, 2013

1 Muharam 1430H - 1 Muharam 1435H ~ 5 Tahun sudah berlalu

Salam semua...


Entry terlambat...Tapi memandangkan masih bulan Muharam, ku gagahkan juga membuat entry ini memandangkan bulan yang sangat bermakna buat diriku dan Pak Kahar...

Kalau 5 tahun lepas, bertarikh 1 Muharam 1430H = 29 Dec 2008, adalah tarikh yang istimewa buat kami di mana kami berpindah ke rumah baru..YA!!! rumah yang kami beli di Mutiara Subang..Rumah pertama buat diriku but rumah ke 2 bagi Pak Kahar atas usaha titik peluh sendiri...

Apa pun ku berterima kasih pada Pak Kahar, berkat kesedaran awal dari nya, membeli rumah sebaik sahaja mula bekerja walaupun hanya rumah flat bertaraf kos rendah..tapi dari rumah itu lah kami memperolehi rumah sekarang...Syukur...

Gambar ihsan google - memandangkan takde gambar rumah dalam simpanan..RUmah pun bukan lawo benor..comot jer..ahakssss

Demi memperolehi sebuah rumah, susah payah di hadapi bersama penuh dengan suka dan duka... Maklumlah 5 tahun yang lepas gaji tidak lah banyak mana, tapi kami gagahkan juga membeli walau bergolok bergadai sana sini..Permulaan yang agak sedih tetapi kesudahan yang menggembirakan dan bersyukur...

Bukan lah rumah banglo jutaan ringgit..tapi rumah berlaman menjadi impian..Jadilah...Syukur..apa yang ada dan diperolehi...Harta sepencarian kami berdua...Di situ kami membina keluarga..Dari hidup bertiga kini sudah berlima!!!!

Tidak apa yang mampu di kata hanya ucapan syukur pada mu Ya Allah di atas pemberian harta dunia ini...



Thursday, November 15, 2012

Salam Ma'al Hijrah 1434 ~ 15 Nov 2012

Salam semua...


Selamat Tahun Baru Hijrah :D



Hari ini bersamaan 1 Muharam 1434, bermakna tahun baru Hijrah bagi umat Islam di seluruh dunia...Allhamdulilah...Masih bernafas, meneruskan perjuangan di muka bumi sebagai khalifah Allah....

Semoga tahun baru ini memberi sinar baru..Yang pasti lebih baik dr yg lepas...Insyallah...Berusaha ke arah itu hari demi hari...

Setiap 1 Muharram tiba, detik yg paling bermakna buat diri ku dan suami, pastinya mengenai kediaman kami..Tahun ini merupakan tahun ke-4 kami menetap di Mutiara Subang, Seksyen U5 Shah Alam...Selama 4 tahun ini, penuh suka dan duka kami lalui bersama...Rumah ku syurga ku....

Penuh memori yg kami simpan demi mendapatkan rumah itu..Penat jerih usaha mengumpul duit bersama demi merialisasikan impian kami memiliki sebuah rumah teres...Bukanlah sesuatu yang mewah, tetapi sekadar memiliki sesuatu mengikut kemampuan....

Kini, usia rumah itu bersama kami sudah menjejak 4 tahun...Di rumah itu kami berlindung..membesarkan Nabihah dan Wafiq...Di kwasan itu nanti mereka membesar...Membesar bersama mengikut aliran perubahan zaman... Memang kami memilih kawasan ini, memandangkan bg kami kawasan yg sudah lengkap..Bukan kawasan kejiranan yg masih baru dibuka..Tapi telah lama berkembang...Penuh dengan segala kemudahan yg utama iaitu taska, tadika, sekolah rendah juga menengah... Ini merupakan kriteria utama kami dlm memilih kawasan tersebut...Alhamdulilah..Bukan rumah impian (biasa la kn...impian mestilah umh banglo kn..ehehe)..tapi apa pun tetap bersyukur kerana memiliki landed house :d yg mampu milik...




Note: Gambar di ambil pada tahun 2008, semasa proses mengubahsuai serta mencuci rumah....


Di kesempatan tahun baru ini, ku bermohon agar di murahkan rezeki..Memiliki keluarga yg bahagia serta di kurniakan ank-anak yg soleh/solehah....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...