Iklaneka

Showing posts with label kudosfoodstation. Show all posts
Showing posts with label kudosfoodstation. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

MIHAS 2016 muncul lagi..

Assalamualaikum...

Tahun kedua aku pergi ke MIHAS di KLCC tapi mungkin lebih bagi Pak Kahar. Kalau tahun lepas masih "newborn" baby lagi Kudos Food Station but this year ok lah, dah setahun..dah boleh berjalan kan :)

Tahun ni pergi ke spesifik booth yang kami tertarik sahaja. Semestinya produk tempatan keluaran IKS dan muslim produce. Itu pun dan tak cukup masa dibuat nya.. Walau tiba seawal pukul 10 iaitu waktu dibuka tapi pukul 5 jugak keluar dari sana yang kesudahnya terlambat ambil anak-anak..huuhuh.. Apa pun banyak input dan ada new product for KUDOS!!!!











Bye-bye MIHAS 2016, insyallah berjumpa lagi di MIHAS 2017 yaaa...

Tuesday, March 1, 2016

Istimewa 29 Februari.. Munculnya 4 Tahun Sekali

Assalamualaikum....

Sepatutnya posting ini dibuat semalam, tapi apa kan daya tak mampu lagi dah rasanya nk live update...huhuhu...

Tahun ini tahun lompat kan, maka tahun ini bukan lah 365 hari tapi menjadikan 366 hari...ngeeekkk...
Tapi paling istimewa 29 Februari tahun ini kerana peristiwa ini
v
v
v
v
v
v



Atas sebab Kudos Food Station, 29 Februari tahun ini di isi dengan pengalaman ini...

Friday, November 13, 2015

11 Hari Yang Mendebarkan Sudah Berakhir...

Assalamualaikum...

Sujud syukur kepada Allah atas segala limpah rahmatnya mempermudahkan urusan perjalanan 25kg parcel yang berisi plebagai jenis rempah, kicap dan sebagainya dari Kudos Food Station ke Jubail, Arab Saudi..

Betapa gementar nya kami disaat melepaskan bungkusan itu di Pos Mel, Seksyen 20 Shah Alam. Kami persiapkan bungkusan itu dengan sebaik mungkin, selebihnya kami iringi dengan doa pada yang Maha Esa.

Agak berdebar pada mulanya kerana update di web hanya tamat di 31/10/2015 iaitu apabila parcel selamat tiba di Jeddah. Kami menunggu, menunggu dan terus menunggu sehinggalah pada 9/11/2015 parcel dari Jeddah telah keluar menuju ke Jubail. Dan pada 11/11/2015 parcel selamat tiba ke tangan penerima. Allahuakbar.. Syukur pada mu Ya Allah.. Kau gerakkan hati-hati manusia mempermudahkan urusan ini. Parcel juga selamat..Tiada mengalami kecacatan ataupun di tahan oleh pihak berkuasa. Alhamdulilah...

Sesungguhnya perniagaan ini adalah satu jihad buat kami suami isteri dalam memperjuangkan produk halal buatan muslim. Kerana kami yakin sebaik-baik makanan halal itu dibuat oleh orang Islam.




Parcel yang selamat tiba..

Friday, September 4, 2015

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2 - 6/9/2015 @Presint 3, Putrajaya

Assalamualaikum...

Semalam kami memeriahkan lagi event yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat jelata iaitu KUD 2015. Bukan senang aku nak follow event anjuran kerajaan ni u ollss..hihhi.. Tapi yang ini sebab ade kepentingan untuk Kudos Food Station, maka layannnn...

Kami mencari produk baru untuk beratur bersama produk sedia ade di shelf yang kami sediakan didalam Kudos Food Station. Walau pun beberapa produk yang kami aim tak dapat (tak pe, next event plak) tapi alhamdulilah beberapa produk lain kami jumpa.

Memang meriah. Makanan memang banyak. Ohhh.. Malaysia ku, memang syurga makanan 😁😁😁😁








8 jam spend masa kat sana. Tu pun rasa tak cukup utk business matching... Insyallah hari Ahad Pak Kahar repeat lagi..

Monday, July 6, 2015

[SEGMEN IKLAN] Kuih/Biskut Raya Untuk Dijual!!!

Assalamualaikum...

Hari ini Ramadhan yang ke 19..Bermakna sudah melebihi separuh bulan umat Islam berpuasa. Mesti ada yang dah mula buat persiapan rayakan??? Persiapan tu persiapan juga yek..Tapi amalan kena tingkatkan lagi sebab sudah hampir 10 malam terakhir dah nih...

Ok, tahun ni buat pertama kali nye nak beritahu kuih/biskut raya boleh didapati di KUDOS FOOD STATION.. Perhatian untuk penduduk sekitar Pinggiran Subang dan Seksyen U5. Untuk penduduk berdekatan juga apa salah nya ke KUDOS FOOD STATION. Selain beli kuih/biskut raya ada juga produk keperluan asas yang lain.








Tuesday, June 23, 2015

Entry Persediaan Memasak Menu Ramadhan Sahaja :)

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Hari ini dah 6 Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu kan. Ok, bila bulan puasa memang mostly blogger-blogger ni update pasal menu masakan je le kan. Kang dan nak dekat raya biskut raya le pulak.. Lepas raya rumah terbuka pulak..Hahhaha

Ok, ini hanyalah posting persediaan menu berbuka puasa yang aku buat. Tiada menu hidangan langsung sebab memang tak sempat sehh nak snap gambar tapi yang lebih utama malas :p

Oleh sebab menu harian aku semua orang pun dah tau, ini adalah menu persediaan berbuka puasa yang sangat pantas.

Persedian membuat rendang untuk sahur pertama puasa




Sebelum ni memang takde nye lah nak masak nasi beriani bagai-bagaikan..Tapi dengan wujudnye pes ni gigih mencuba..ahakss..Mudah dan cepat pulak tuh.

Tuesday, May 19, 2015

Terima Kasih Ku Pada Mu Cikgu

Assalamualaikum..

Masih belum terlewat nak ucapkan SELAMAT HARI GURU pada seluruh pendidik di negara ini terutama yang pernah mengajar ku secara formal mahu pun tak formal. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Moga syurgalah tempat kalian diatas jasa baik yang telah kalian salurkan..

Gift untuk cikgu yang mengajar Nabihah


Gift adalah dari Coklat KittyKat by Hafiz Choc Factory. Produk muslim keluaran bumiputera yang semestinya HALAL. Sekiranya masih tercari coklat untuk diberi kepada guru, boleh dapatkan KittyKat di Kudos Food Station.


Tuesday, April 28, 2015

Selangor Chocolate & Candy Festival 2015

Assalamualaikum...

Ok, terjebak pergi festival ni memandangkan Pak Kahar perlu untuk jumpa salah seorang supplier di sini. Kalau tak, memang tak de lah pergi sebab kami bukan jenis rajinnnnnn sangat pergi mana-mana festival kat Malaysia ni kan..Festival ni untuk Selangor jer..Tapi boleh plak ada dari Pulau Pinang as jemputan..OOOOoo...negeri sesama pembangkang kan..kui kui






Friday, April 3, 2015

MIHAS 2015 muncul lagi..

Assalamualaikum...

Ok, ada sesapa yang tahu pasal MIHAS? MIHAS (The Malaysia International Halal Showcase) acara tahunan anjuran MATRADE dan di uruskan oleh Shapers Malaysia. Dengan kata mudahnya pameran perdagangan Halal peringkat antarabangsa. MIHAS 2015 akan berlangsung pada 1-4 April 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Selain daripada pameran MIHAS tu sendiri, ada juga World Halal Summit yang akan berlangsung sempena dengan penganjuran MIHAS ni. 

Aku and Pak Kahar sudah buat pre-registration as Trade Visitor pada hari pertama lagi iaitu pada 1-4-2015. Orang lain masa tu busy posting resit bayaran kan. Almaklum lah, 1st day GST kan tapi kami sedang busy di dalam KLCC as a trader mencari supplier yang berpotensi untuk KUDOS FOOD STATION.

Syukur, Alhamdulilah..misi agak berjaya.. Beberapa supplier sudah di kenal pasti. Yang buat kami rasa sebak itu, bila introduce ourselves, our business, our passion & mission  tuh kami di ibarat kan berdiri di atas tempat tinggi, bersedia untuk terjun dan ade ramai orang yang menunggu di bawah untuk menyambut kami. Subhanallah, sesungguhnya hebat kuasa Mu Ya Allah..Kita jaga Allah, Allah jaga kita kan..Kami berjihad demi ekonomi Islam, maka Allah bagi jalan untuk kami walau pun kami tahu sesungguhnya itu bukan lah mudah tapi yakin lah..kita ada Allah..








Antara gambar yang sempat aku ambil.. Betapa halal itu sangat luas. Negara luar pun yang bukan majority penduduk nya Islam pun bertungkus lumus menghasilkan product yang halal & toyyiba. Sesunggunya mencari yang halal itu fardhu kan..

Sekian untuk hari ini..Salam Jumaat semua..


Psttt....Macam mana kehidupan anda semua bila masuk je April 2015 nih? OK ke KO???hihii..Ok tak ok pun layan kan je lah u olls.. Kita ni bak orang kata mentimun kan..Yang penting kita sentiasa bersyukur dengan pemberi nikmat iaitu Allah s.w.t.. 


Wednesday, March 4, 2015

Inspirasi Hiasan Dalaman dari Kayu Pallet @KudosFoodStation

Assalamualaikum...

Siapa sangka benda yang terbuang itu ada kegunaannya. Dari hanya sekeping kayu pallet lebihan pembinaan yang dibuang atau dilonggok sahaja di tepi-tepi jalan kini menjadi unggul dan menarik cantik di pandang.


Interior design @KudosFoodStation

Meja cashier

Terima kasih pada sepupu ku, Siti Fairoz dan suami hasil kreativiti kamu berdua juga pihak yang membantu iaitu abg ipar dan juga adik ipar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...