| |||
Iklaneka
Showing posts with label AirAsia. Show all posts
Showing posts with label AirAsia. Show all posts
Sunday, April 12, 2020
A message from Tony
Sunday, January 12, 2020
Getaway 2020 ~ Pulau Belitung - Day 01 & 02 (12-15/01/2020)
Assalamualaikum...
Posting pertama di Tahun 2020. Kalau tak disebabkan travel ni, memang tak ber update rasanya blog ni. Mau lagi bersawang-sawang. Tapi mengenangkan ini destinasi yang pertama kali jejak. Harus di postinglah di blog. Sebagai rujukan akan datang.
Trip tanpa sengaja. Sebab bila AA bukak route ke Tg Pandan. Cari geng kt FB. Tak sangka menjadi jugak pergi. Alhamdulillah, Allah bagi ruang & peluang untuk bermusafir.
Terima kasik Kak Rina Rahman yang kenal di group BBM di FB menjadi ketua trip ini. Best. Dapat kenal kawan baru..
Layan gambar sahajalah, walau sebenarnya byk dh update kt FB.
DAY 01
-------------------------------------------------------------------------------------------------
DAY 02
To be continue...................
Friday, February 1, 2019
Getaway 2019 ~ Sabang - Banda Aceh - Part 5
Salam semua...
Bersambung lagi kisah kami di bumi Aceh. Ni last part. Ada sikit je lagi nak update. Flight kami pukul 5ptg. Jadi lepas cek in hotel sempatlah nak merayap dulu jalan-jalan kan..
Jadi supir kami bawak lagi pusing-pusing Banda Aceh. Pergi ke tempat yang kami tak sempat pegi hari sebelumnya.
![]() |
Monumen PLTD Apung. Kapal yang berat kira-kira 2600 ton telah bergerak dari Pelabuhan Ule Lheu ke Desa Punge Blang Cut, Kecamatan Jaya Baru |
![]() |
Melihat video tsunami dalam kapal PLTD |
Seterusnya kami bergerak ke Masjid Rahmatullah. Masjid yang berdiri kukuh walaupun kawasan sekitar hancur teruk umpama padang jarak padang terkukur. Masjid itu kini sudah tersergam indah. Menurut supir masjid dan kawasan kampung di bina semula oleh Kerajaan Turki. Sebab itulah digelar Kampung Turki. Boleh dikatakan setiap rumah ada bendera Turki termasuk masjid.
Kami sempat juga mengenal sejarah Aceh iaitu singgah di Rumah Cut Nyak Dien. Disitu ada tercatatnya kisah pahlawan-pahlawan Aceh yang melawan penjajah. Nice house. Very classic. Kalau tak musafir macam ni tak kan tau sejarah negara orang kan..
Habis dah pusing-pusing Aceh. Walau pun banyak tempat tak cover sebab kesuntukkan masa. Apa-apa pun syukur, puas hati jugak lah trip nih.
Finally kami pergi makan ke Wong Solo lepas tu ke pasar mencari ole-ole sedikit & ke Kupi Brownies Atjeh.
Puas hati makan kt Wong Solo. Sedap! 5 bintang
![]() |
Wajib pergi kalau ke Aceh. Jarang orang Malaysia di bawak ke sini. Syukur, supir kami bawak. Ramai orang Malaysia beli bingka, tapi saya tak gemar sangat. Anak-anak suka brownies |
Cukup sudah percutian 3 hari 2 malam kami.. Masa untuk pulang. Insyallah, ketemu lagi ya Banda Aceh. Moga ada rezeki untuk tiba lagi. Kalau ditakdirkan tiba, nak cover seluruh Sabang sekali lagi & Aceh Jaya pula. Insyallah. May Allah bless us.
Terima kasih bro Muchsin as tourist guide di Banda Aceh dan Herman di Sabang. Who those yang nak guna perkhidmatan mereka feel free to contact them +6281263979828. Whatsapp je nombor tu. Segera muchsin reply. Mudah sangat berurusan. Layanan sangat memuaskan hati. Easy going. Diorang ikut je ckp kami, janji kami selesa...ahahhaa
Apa pun see you next time Aceh.. daaaaa
![]() |
Dah tiba di airpot. Masa untuk berlepas... |
Wednesday, January 30, 2019
Getaway 2019 ~ Sabang - Banda Aceh - Part 4
Salam semua...
Bersambung lagi. Hari ke 2 di bumi Aceh.
Tak boleh berlama-lama di Sabang. Lepas breakfast je kena cepat-cepat menuju ke pelabuhan sebab ferry ke Banda Acheh pukul 8am. Selamat tinggal Sabang. Walau pun banyak tempat tak explore. Insyallah. One fine day datang lagi...
![]() |
Goodbye Sabang 💖 |
Bermulahlah episode kami menyelusuri Banda Aceh. Menyaksikan sejarah terbesar yang pernah berlaku dahulu. Iaitu Tsunami 2004. Insaf dibuatnya.
![]() |
Masjid pertama yang kami singgah. Masjid Baiturrahim yang paling hampir dengan Pelabuhan Ule Lhee. Semestinya terjejas teruk semasa berlaku peristiwa besar 2004 |
![]() |
Suasana dalam masjid raya Baiturrahman. Alhamdulillah, berpeluang utk solat sunat. |
Ada banyak tempat kami singgah, dan ada yang sekadar lalu sahaja memandangkan hari Jumaat, tourist guide perlu solat Jumaat. Maka ada yang kami pass by sahaja sambil mendengar penerangan beliau.
![]() |
Lunch di Rumah Makan Al-Hidayat. Memang tak termakan sebab byk sesgt.. |
![]() |
Polis Syariah Aceh. Tangkap kaum lelaki yang tak solat Jumaat. Baguskan..eheheh |
![]() |
Kapal Terapung di rumah |
![]() |
Salah seorang mangsa yang terselamat didalam kapal yang terapung dalam gambar tu. Beliau telah menceritakan detik-detik berlaku. Memang insaf sangat. Hulurkan lah sedikit sumbangan buat beliau.. |
![]() |
Muzium Tsunami. Disinilah menyingkap kisah persitiwa besar termasuk nama-nama mangsa |
![]() |
Kubah asjid terbang. Di seret sejauh 2.5km ke kampung ini |
![]() |
sekeliling kubah tu ada sawah padi. Posing pulak kami di sawah padi |
![]() |
Beli roti bakar |
![]() |
Mengopi. Try sanger kopi aceh.. |
![]() |
Dinner makan bakso pulak |
Settle untuk hari kedua di Banda Aceh.... Next post hari terakhir di Banda Aceh..
Subscribe to:
Posts (Atom)