Iklaneka

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Sunday, April 14, 2019

Afiah Nabihah Sudah 12 tahun...

Assalamualaikum semua..

14/4/2019 maka genaplah anak sulung ku Afiah Nabihah genap 12 tahun. Pantas masa berlalu. Masih terasa baru melahirkan beliau kini sudah dipenghujung sekolah rendah.

Tiada apa yang mampu ku ucapkan selain rasa tunduk dan syukur atas nikmat pinjaman yang Maha Esa berikan ini. Tiap detik dan nafas tiada henti mendoakan kesejahteraan buatnya

Selamat Hari Lahir yang ke 12 tahun Kakak!


Salam Sayang,
Abah, Mama, Abg Ngah & Adik Fattah


Wednesday, September 5, 2018

Abdul Fattah sudah 5 tahun...

Assalamualaikum...


5/9/2018 genap Abdul Fattah berumur 5 tahun.. Alhamdulillah, syukur atas pinjaman dari Ilahi. Moga Allah jadikan anak ini anak yang soleh penyejuk dimata penawar di hati..

Happy birthday sayangku Fattah,

Love,
Abah,Mama,Kakak,Abang


Saturday, April 14, 2018

Afiah Nabihah sudah 11 tahun...

Assalamualaikum...


Hari ini bertarikh 14/4/2018 maka genaplah Afiah Nabihah berumur 11 tahun. Tiada apa yang mampu diucapkan hanya ucapan syukur kepada Allah atas pemberian pinjaman ini demi menunaikan amanah mendidik dan membesarkan kamu wahai anak..


How time fly.. Anak yang dikendong-kendong kini saiz nya sudah  melebihi  kita yang mengendongnya dulu. (sebak)

Mama & Abah sayang kakak kerana Allah SWT..


Sunday, December 17, 2017

Abdul Wafiq sudah 8 tahun...

Salam semua...

Hari ini bertarikh 17/12/2017 maka genaplah anak nombor 2 iaitu Abdul Wafiq 8  tahun...
Tiada apa yang mampu diperkatakan selain syukur pada Ilahi atas kurniaan ini. Diberi peluang  memikul amanah menjadi orang tua kepada si anak..

Setiap detik dan ketika tiada hentinya berdoa agar anak ini menjadi sebaik-baik umat junjungan besar Kekasih Allah juga menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam redhaanNYa...

Abah, Mama, Kakak, Adik sayang Abang..


Sekian untuk kali ini... Wasalam..

Tuesday, September 5, 2017

Abdul Fattah sudah 4 tahun...

Assalamualaikum...


Hari ini bertarikh 5/9/2017 maka genaplah si bongsu Abdul Fattah berumur 4 tahun. Terasa sebak pulak. Sebak atas kesyukuran yang Allah limpahkan atas kurniaanNya memberi kami pinjaman unutk memikul amanah. Apa pun setiap nafas tiada henti mendoakan untuk wahai anak.

Abah, Mama, Kakak & Abang sayang fattah kerana Allah Taala...








Friday, June 2, 2017

Alhamdulilah... Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum...

Tiada apa yang mampu ku ucapkan hanya syukur Alhamdulillah pada mu Ya Allah yang Maha Esa atas pemberian segala nikmat kepada hamba Mu ini yang tidak terhitung banyaknya...


Friday, April 14, 2017

Afiah Nabihah sudah 10 tahun...



Assalamualaikum...

Hari ini genap sudah usia kamu wahai anakku Afiah Nabihah. Tiada apa yang dapat digambarkan dengan kata-kata selain hanya rasa syukur memiliki mu wahai kakak. Doa untukmu semestinya tidak pernak putus..


Abah, Mama, Wafiq & Fattah SAYANG kakak :)

Selamat Hari Lahir yang ke 10 AFIAH NABIHAH

Saturday, December 17, 2016

Abdul Wafiq sudah 7 tahun...



Assalamualaikum...


Hari ini 17/12/2016 maka genaplah si Abdul Wafiq berumur 7 tahun. Alhamdulilah.. Bersunat pun sudah. Maka hajat dia untuk tahun hadapan 2017 solat di saf hadapan tertunailah sudah... Mama & Abah sentias mendoakan yang terbaik untuk abang, bulan time birthday je tau. Setiap masa, ketika setiap nafas tanpa henti.. Beberapa hari lagi masuk darjah 2 pulak.. 

Mama, Abah, Kakak, Adik sayang Abang kerana Allah Taala..



Monday, September 5, 2016

Abdul Fattah sudah 3 tahun...

Assalamualaikum....


Tanggal 5 September 2016 maka genaplah si Abdul Fattah berumur 3 tahun...  Pantas sangat masa berlalu...
Semestinya mama & abah doa yang terbaik untuk adik... Tiada sambutan hari lahir untuk adik, tetapi itu tak bermakna mama & abah tak sayang kamu wahai anak..

Gambar yang diambil pada tarikh 5/9/2016. Wajah genap 3 tahun :)




Thursday, June 2, 2016

Alhamdulilah... Terima Kasih Ya Allah..

Assalamualaikum...


Hari ini 2/6/2016 menginjak lagi usia.. Tiada apa yang mampu dilafazkan sekadar rasa syukur pada Ilahi atas kurniaan yang diberi. Masih diberi peluang bernafas lagi.. Sesungguhnya ucapan terima kasih pada yang ucapan dan doa yang diberikan pada diri ini terutama mak yang telah melahirkan diri ini.Terima kasih MAK & ABAH.

Tak mampu nak menaip dengan lebih lagi kerana sangat syahdu bila terkenangkan bila disayangi oleh ramai orang. Allahuakbar.. Terima kasih Ya Allah...



Thursday, April 14, 2016

Afiah Nabihah sudah 9 tahun...

Assalamualaikum..

Hari ini 14/4/2016 genap umur anak sulung kami Afiah Nabihah menjejak 9 tahun.. Hanya ucapan syukur alhamdulilah pada Mu Ya Allah kerana memberi amanah ini, kurniaan terindah dalam hidup kami suami isteri.

Sesungguhnya kami sayang, cinta dan kasih anak ini hanya kerana Mu Ya Allah...

Gambar dipenghujung persekolahan tahun lepas


Mama, Abah, Wafiq & Fattah SAYANG kakak

Thursday, December 17, 2015

Abdul Wafiq sudah 6 tahun...

Assalamualaikum....


Hari ini genap 17/12/2015 bermakna cukup lah umur Abdul Wafiq mencecah 6 tahun... Tiada apa yang mampu mama & abah katakan selain rasa kesyukuran pada Ilahi dikurniakan kamu wahai anak.

Tahun hadapan yang akan muncul beberapa hari lagi, maka abang perlu melangkah kedunia baru iaitu 
darjah 1 di Sekolah Rendah Islam Masjid Darul Ehsan. Mama tak mintak banyak dari kamu wahai anak, cukup kamu menjadi anak yang soleh yang patuh pada perintah Allah & menyayangi Rasullah sepenuh hati kamu..

Selamat Hari Lahir, Abdul Wafiq...

Salam Sayang,
Mama, Abah, Kakak, Adik

Saturday, September 5, 2015

Abdul Fattah suday 2 tahun...

Assalamualaikum...

Hari ini 5 September 2015 maka genaplah umur my kintang-kintung 2 tahun...

How time flies...

Rasa masih baru lagi melahirkan dia... Hari ini sudah 2 tahun...

Abah, mama, kakak, abang sayang Fattah.


Wednesday, June 3, 2015

Wanita yang Jelita & Lelaki yang Tampan, Terima Kasih Ucapan Hari Lahir dari Kalian

Assalamualaikum...

Semalam genap umur 35 tahun. Alhamdulillah..Tak tau nak cakap apa lagi. Syukur kepada Allah..Itu jer nak cakap. Yang pasti, andai aku mengikut jejak Kekasih Allah yang wafat ketika berumur 63tahun, maka aku hanya ada kira-kira 28 tahun lagi untuk hidup. Allahuakbar...Moga hidup ini lebih bermakna, sentiasa mencintai Kekasih Mu Ya Allah, sentiasa mendamba Rahmat Mu Ya Allah. lagi bermakna tarikh lahir pada tahun ini bersamaan dengan 15 Syaaban..



Pada semua rakan-rakan di FB juga terima kasih..Tak mampu nak reply satu-satu yek.. Semalam banyak pulak isu di hospital nih...Hari ini mampu ucap terima kasih tru blog ja yaa...

Tuesday, April 14, 2015

Afiah Nabihah sudah 8 tahun...

Assalamualaikum...

Hari ini, 14/4/2015 maka genap lah usia Afiah Nabihah 8 tahun.. Alhamdulilah syukur, 8 tahun di beri amanah kepada kami sebagai pinjaman di dunia ini seorang anak perempuan...

Sudah pastinya nama kakak serta adik-adik sentiasa ada di sebut dalam setiap sujud mama & abah..

Jadi anak yang solehah yek kakak :)


Abah, Mama, Adik Wafiq, Adik Fattah  
Sayang
Kakak Nabihah


Wednesday, December 17, 2014

Abdul Wafiq sudah 5 tahun...

Salam semua

Hari ini bertarikh 17/12/2014 melangkah lagi umur Abdul Wafiq ke 5 tahun...

Tiada apa yang mampu mama dan abah lafazkan selain tanda kesyukuran memiliki mu wahai anak. Anugerah terindah dalam hidup memiliki rezeki dari Allah..
Mama dan Abah sayang abang Wafiq kerana Allah Taala..

Tiada sambutan mahupun hadiah yang istimewa buat kamu tahun ini wahai anak tetapi percayalah itu bukan ukuran kasih sayang kami pada kamu..


Abah, Mama, Kakak dan Adik sayang Abang Wafiq 

Friday, September 5, 2014

Abdul Fattah sudah 1 tahun...

Salam semua...


Hari ini bertarikh 5/9/2014 genap si kintang kintung mama genap setahun umurnya...Syukur..syukur alhamdulillah atas kurniaan ini..

Setahun yang lepas waktu ini bersamaan hari khamis mama & abah dah menuju ke PPUM bersiap sedia menunggu kehadiran kamu wahai anak...

Kamu anugerah terindah buat mama&abah..Sama indahnya ketika memiliki kakak&abang kamu...

Kamu amanah buat kami berdua..Insyallah, amanah ini akan kami junjung bersama...

Abah,mama,kakak,abang sayang adik fattah :)








Monday, April 14, 2014

Afiah Nabihah sudah 7 tahun...

Salam semua..


Hari ini, 14/4/2014 maka genaplah Afiah Nabihah berumur 7 tahun.. Pantas masa berlalu..Tiada apa yang mampu mama ucapkan selain tunduk dan syukur pada yang Maha Esa di atas anugerah yang di berikan memiliki kamu wahai anakku.. Setiap hari mama dan abah berdoa agar diberi kekuatan dalam memikul amanah yang di pinjamkan ini...

Mama tak pasti apa yang kakak akan jadi bila besar nanti sama ada menjadi pendidik, pakar perubatan, entrepreneur mahupun menjadi seorang da'i tapi yang pasti mama inginkan kamu menjadi aset yang membawa mama dan abah ke syurga nanti...

Afiah Nabihah = Sejahtera + Bijak


Mama & Abah masih belum terfikir apa yang ingin di beli untuk kakak. Yang pasti tiket untuk kamu dan adik-adik terbang sudah ada..Sabar menunggu tarikh nya nanti :)



Tuesday, December 17, 2013

Abdul Wafiq sudah 4 tahun...

Salam semua...


Hari ini, bertarikh 17/12/2013 genaplah Abdul Wafiq berumur 4 tahun... 
Happy birthday  Abang!!!!

Syukur, yang tidak terhingga memiliki mu wahai anak...
Kamu amanah yg di anugerah oleh yang Maha Esa...
Maka, perlu mama and abah pikul amanah dan tanggung jawap itu ke laluan yang di redhai Allah..Insyallah..

Peracangan masa depan kamu sudah abah dan mama lakarkan, seperti mana mama dan abah buat lakaran masa depan untuk kakak Nabihah serta adik Fattah juga nanti.TAPI semua itu mama dan abah serahkan pada yang maha Esa 
kerana Dia tidak memberi apa yang kita mahu tetapi menganugerahkan apa yang kita perlu
kerana Allah maha mengetahui segala-galanya...




Abah, Mama, Kakak Nabihah & Adik Fattah, LOVE you So Much, Abang Wafiq!!!!

Monday, June 3, 2013

Monday Blues No More ~ Birthday Wishes from HR

Salam semua....

Kalau di ikutkan hati ini, memang monday blues!!!!!!!! mana ke tak nyer..Dah le weekend balik kampung, sampai rumah dah dekat 10pm..Dengan kain baju, bertimbun tak berlipatnya..yang baju busuk dari kampung lagi..DAN di tambahkan lagi lesen memandu mak expired semalam hokeh!!! Ye ler...tarikh expired lesen sekarang sama dengan tarikh lahir kn..huhuh....

So pagi tadi gagahkan juga la renew using myEG aje memandangkan pejabat pos pun bukak dalam 8.30am mana kang pukul berapa plak nk sampai office..Actually bos ok je lah cuma yang tak okey adalah PARKING!!! yerrr..parking di hospital ni sangat seksa bila hari isnin sebab banyak klinik pakar yang bukak..Kalau selasa tu cam ok sikit..Jadi gagah kan juga la dalam 7.30am keluar rumah..Oleh sebab cuti sekolah (heaven je memandu bila cuti sekolah) jalan pn smooth sampai dalm 8.30am..Parking memang dah banyak penuh tapi masih dapat lagi..Bergegas punch card...Of coz la MERAH kn...ade haku kesah...

Tapi bila bukak je pc, bukak email..terpacul email ini...Taraaa..... Terus senyum lebar...
MONDAY BLUES NO MORE :)




1st time dapat wishes gini dari company...Sangat formal company aku yang skang nih...ahakssss...


Note: Apa-apa pun tarikh hari ini mengingatkan kesah tahun lepas...sedang syok-syok bercuti KRABI.
i miss krabi..moment together with pak kahar and our kids :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...