Iklaneka
Tuesday, May 2, 2017
Hari Gembira Abdul Wafiq :)
Thursday, November 24, 2016
Hari Terakhir Persekolahan 2016
Assalamualaikum..
Hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah di tahun 2016. Pantas sangat berlalu.. Rasa baru je berlelah-lelah di awal tahun. Kini sudah tiba penghujung.. Rehat sebulan, bagi persediaan untuk tahun hadapan..
Sedikit gambar kiriman guru kelas Wafiq sebagai ingatan sessi persekolahan 2016.
![]() |
Gambar yang sempat di ambil sebelum ke sekolah di hari terakhir persekolahan... |
Sampai jumpa lagi.....
Monday, October 24, 2016
Bermulalah Peperiksaan Akhir Tahun 2016
Assalamualaikum...
Rasanya masih baru je lagi daftar anak masuk sekolah masa awal tahun. Hari ini dah bermula episod exam akhir tahun untuk sessi persekolahan 2016.
Bila dikenangkan balik, haishh.. Macam manalah si abdul wafiq tu jawap exam yek. TQ pada cikgu atiqah yang mengirim kan gambar.
Mama doakan untuk kedua anak mama buat yang terbaik. Dapat no 1 or tak mama tak kisah. Sebab mama dulu pun tak pernah dapat no 1. Ahaksss
Salam sayang untuk anak-anak mama...
Wednesday, June 15, 2016
Ramadhan Datang Lagi..
Salam Ramadhan hari yang ke 10 pada hari ini. Baru berkesempatan nak update blog. Apa pun selamat menjalani ibadah puasa semua..
Syukur Alhamdulilah kerana dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini. Moga bulan ini kita lalui dengan sebaik-baiknya dan lebih baik dari sebelumnya...
Minggu ini juga minggu bermulanya persekolah untuk semester ke 2 setelah bercuti selama 2 minggu. Kira anak-anak dapatlah berpuasa seminggu di rumah kan. Now back to normal rutin. Sekolah dari pagi sampailah ke petang. So far Nabihah dapat mengharungi hari puasa dengan baik cuma Wafiq ade lah lopong sana sini. tapi takper lah.. Learning process to him. Latih tetap kena latih puasa but tak push sgtlah.. Moga dia faham akan erti ramadhan itu...
Hari pertama sekolah selepas bercuti dapat wasap dari cikgu kelas wafiq yang menceritakan bahawa kelas 1 fathonah telah di make over oleh parent salah seorang pelajar kelas wafiq. Alhamdulilah.. Terima kasih. Cantik sangat. Mesti anak-anak lebih bersemangat. Allah jua yang dapat membalas jasa baik yang dihulurkan. Semoga wafiq lebih semangat ke sekolah sebab kelas pun dah cantikkan :)
Tuesday, May 10, 2016
"Mama, beg Abang hilang!!!"
Kalau diikut hati tak terdaya nk update kat blog nih, tapi memikirkan ini suatu yang agak menarik dan menjadi kenangan dikemudian hari untuk si Abdul Wafiq...
Semalam, masa on the way balik kerja, Pak Kahar wasap bitau yang dia gagal mencari beg sekolah wafiq. Hampir 1 jam mencari keliling sekolah. Dari hari belum hujan sehinggalah selebat-lebatnya hujan. Putus asa, maka dia dan anak-anak pulang kerumah tanpa beg sekolah.
Dalam kereta tu memang rasa gundah gelana sangat. Hujan turun lebat mencurah-curah. Drop taska untuk pick up Fattah. Sampai rumah masak kan tomyam sebab itu yang Wafiq request hari sebelumnya. tapi hati ni tetap dup dap, dup dap sangat.. Harap sampai rumah adalah beg sekolah...
Setibanya mereka sampai rumah.. HAMPA.. Beg tetap takda.. Kami berjemaah solat magrib bersama. Entah macam mana msa Wafiq bersalaman dengan ku, air mata turun mencurah sama seperti hujan yg lebat tadi. Ahhh.. Drama sangat!!! Tanya dia, mana abg letak beg.. Dia cakap, tempat biasa.. Tempat biasa dia tu sahih la kan gazebo sekolah. Rutin harian dia, turun dari sekolah, letak beg di gazebo kemudian main!!! Sampailah abahnya tiba ke sekolah.. Dia agak murung dan sedih. Mungkin ada rasa kekesalan kat situ lah.
Aku wasap ke group kelas 1 fathonah dan abahnya telegram ke group SRIDE..
Pagi tadi, pergi sekolah dengan mood yang agak kurang bagus, hanya bawa buku mana yang ada... Abahnya teruskan misi mencari beg pagi ni. Alhamdulilah, dapat msg dari ibu yang mengatakan anaknya terambil beg wafiq.. Alhamdulilah.. syukur... Beg itu dia letakkan di rumah transit berhampiran sekolah...
Inilah dinamakan dugaan dalam mendidik anak-anak. Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah & pengajaran yang Allah mahu hambanya berfikir sejenak..
Apa pun kisah hilang beg sehari wafiq ini kalau difikirkan memang nak tergelak..Tapi yang pasti abahnya "kenyang" dengan perangai dia yang macam-macam itu :))

Tuesday, April 19, 2016
Lawatan ke Farm In The City & Wetland, Putrajaya
Lambat sangat nak buat post untuk lawatan sekolah si Abdul Wafiq nih yang diadakan pada 31/3/2016. Excited sangat dia sebab baru je sekolah beberapa bulan dah ada lawatan. Syabas sangat buat pihak Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan yang sudi membuat program nih. Bukan senang yek nak handle budak-budak darjah 1 ni. Tapi diorang ni semua comel-comel belaka.
Terima kasih buat Cikgu Atiqah guru kelas 1 Fathonah iaitu kelas Wafiq yang sudi menghantar gambar.
Alhamdulilah, semua berjalan lancar.. Terima kasih cikgu, tahun depan buat le lagi yek.. Let's kid be a kid.. Moment ini akan menjadi memori indah buat anak-anak zaman persekolahan mereka...

Saturday, January 9, 2016
Seminggu Sudah Berlalu di Tahun 2016
Assalamualaikum..
Hari ke 9 di tahun 2016 bermakna seminggu sudah berlalu sessi persekolah 2016. Alhamdulilah, Abdul Wafiq sudah boleh menyesuaikan dengan kehidupan DUNIA BARU nya itu iaitu dari alam tadika ke alam persekolahan sebenar...
Kami masih lagi dalam proses menyesuaikan jadual baru kami untuk tahun 2016 ini memandangkan kedua-dua anak sekolah berlainan. Maka adjusment kerap kali kami buat untuk susun atur jadual nih. Tapi syukur, pak Kahar kini sudah pun berniaga sepenuh masa maka agak mudah lah sikit. Alhamdulilah, Allah susun atur hidup kami dengan sempurna demi niat kami untuk anak-anak yang bersekolah di aliran agama...
Dengan ini runtin jam 4.30am diriku juga bermula untuk menyiapkan "bento" anak-anak. Apa pun anak-anak gembira melalui perjalanan seharian menuntut ilmu. Alhamdulilah..
Wednesday, January 6, 2016
Hari pertama persekolahan di tahun 2016
Posting pertama di tahun 2016. Setelah bercuti 2 hari di awal tahun baru menguruskan hal perihal Wafiq yang memasuki tahun 1, hari ini masuk office baru berkesempatan update blog sebagai memori indah dalam hidup.
4/1/2016 boleh dikira hari bersejarah sekali lahi buat kami suami isteri kerana merupakan hari pertama anak ke-2 kami iaitu Abdul Wafiq melangkah ke DARJAH 1. Dunia baru bagi dirinya. Moga dia menjadi seorang yang independent sama seperti kakaknya dahulu. Bersekolah di Sekolah Intergerasi Masjid Darul Ehsan merupakan sebuah sekolah integrasi yang merangkumi 2 silibus iatitu KSSR dan JAIS. Tempoh pembelajaran bermula jam 8am sehingga 4pm. Bersekolah jenis integrasi ini memerlukan kekuatan mental & fizikal di pihak parent mahu pun anak itu. Anak perlu berdikari menguruskan hal ehwal diri sendiri kerana semuanya sudah diaturkan dan dijadualkan. Cabarannya apabila lunch time tuh. Memang anak perlu beratur untuk mengambil makanan.. Kemudian meletakkan pinggan di tempatnya kemudian solat berjemaah. Hidup perlu pantas dan cekap kerana semuanya sudah diberi masa!!! Cabaran untuk ibu bapa itu perlu berlapang dada. YAKIN!!! bahawa anak itu baik-baik saja dan boleh menguruskan diri. YAKIN bahawa Allah sentiasa ada menjaga anak itu apabila dia keluar mencari ilmu...
![]() |
Pemberi tenaga buat dirinya... Layankan saje... |
![]() |
Hari pertama kakak di tahun 2016. Sudah darjah 3 |
Pada hari ke-2, kami tidak pun melawat beliau disekolah, tetapi kami ada disekitar Shah Alam sahaja. Walaubagaimanapun hati ini memang rasa sangat berdebar. Alhamdulilah, semasa pulang Wafiq teruja mengatakan dia sudah ada kawan baru dan habis makan nasi. Allahuakbar.. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar, mendengar doa hambanya yang memohon agar anak itu gembira dan baik-baik sahaja ketika disekolah...
![]() |
Hari ke-2. mood swing sebab tak pakai baju sukan..huuhuhu |
Hari ini hari ke-3, ada sedikit drama tadi abah nye update. Apa pun still manage.. Dah jumpa kawan, ok lah tuh...
Bermulalah rutin harian yang padat buat kami suami isteri.. Layannnnnnn

Monday, December 28, 2015
Orientasi Tahun 1 2016 @SRIIMDE, SS 15 Subang Jaya
Sabtu, 26/12/2015 maka selesailah sudah hari orientasi Tahun 1 untuk si Abdul Wafiq di Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.
Berdebar jugak lah hati ini sebab fikir macam mahu ke wafiq ni pergi sekolah.. Dah sebulan cuti, ditambah pulak perubahan tempat baru. Dalam kereta tu memang agak moody le jugak. Sudah!!! risau gak ni kang kot dibuatnya tak mau keluar dari kereta.. Hik Hik...
Tapi bila tiba, Alhamdulilah. Dia ok sahaja. Good boy sangat. Dia faham inilah DUNIA BARU bagi dirinya... Semasa proses orientasi anak-anak tahun satu, ibu-bapa kena masuk dalam dewan dengar sedikit taklimat. Alhamdulilah, selepas mendengar taklimat dari guru besar, ustaz semua tu kami lebih jelas dan yakin inilah pilihan untuk si Abdul Wafiq.. Kami yakin bahawa Allah telah mengaturkan laluan untuk dia ke sini...
Ada 4 kelas untuk tahun 1, 2016. Wafiq kelas ke 4. Penuh cabaran wafiq nak masuk sekolah nih. Exam pun sampai 2x kena seat on. Alhamdulilah, memang rezeki dapatlah juga. Waktu persekolah bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang.Kurikulum adalah gabungan KSSR dengan JAIS. Sama je lebih kurang dengan Nabihah.
Moga abang wafiq menjadi orang yang mencintai ilmu dunia dan akhirat.
