Iklaneka

Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Zulhijah 1436... Kami bercerita topik yang sama

Assalamualaikum...

Boleh di katakan hampir setiap hari aku telefon mak dikampung. Pelbagai topik yang kami sembangkan. Tapi bila musim haji sudah tentulah topik berkisar Makkah & Madinah. Kalau dulu aku hanya mampu menjadi pendengar setia. Bertanya dan membalas perbualan mak hanya berdasarkan pembacaan..

Tapi tahun ini alhamdulilah, aku serba sedikit sudah boleh berkongsi cerita yang sama bersama emak. Walau pun aku hanya menunaikan ibadah Umrah, tapi kesoronokkan bersembang dengan emak itu tidak dapat digambarkan.

Walau hampir 3 tahun berlalu, hampir semua detik yang emak lalui ketika menunaikan haji emak masih ingat. Sesuatu yang indah buat dirinya yang dia tak mahu lupa. Maka dia tak kan jemu untuk bercerita dan terus bercerita. Aku juga seronok mendengarnya kerana dari penceritaannya itu memberi ruang dalam jiwa ku untuk tekad menunaikan umrah. Alhamdulilah.. Hajat itu Allah perkenankan aku bertamu di Baitullah...

Aku juga seperti emak, tidak mahu seinci pun memori aku menjalani ibadah Umrah hilang difikiran ku. Moga Allah kuatkan ingatan ini dan tetapkan jiwa ku untuk terus istiqomah dalam ibadah. Aku tak tahu bila aku akan dijemput lagi menjadi tamu di Baitullah tapi ku pasti suatu hari nanti.. Hanya Allah yang mengetahui. Aku akan terus memperbaiki diri kerana yakin Allah pasti memilih hamba Nya yang terbaik untuk menjadi tetamu Nya. Moga hati ini terus tetap mencintai Kekasih Mu ya Allah & sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..

Tuesday, August 4, 2015

Panggilan haji Telah tiba lagi Menunaikan ibadah Panggilan Baitullah

Assalamualaikum..

Sudah melebihi separuh bulan di bulan Syawal. Maka tidak lama lagi muncul lah 1 Zulkaedah 1436 bermakna tarikh penting untuk umat Islam di Malaysia yang mendapat jemputan sebagai tetamu Allah ke Baitullah. Allahuakbar.. Rasa nak menitik pulak air mata...


Menurut Tabung Haji, kumpulan  jemaah pertama berlepas ke Madinah menaiki pesawat khas bermula 16/8/2015 dan kumpulan terakhir pada 16/9/2015. Tahniah & syukur pada sesiapa yang telah mendapat undangan tetamu Nya. Moga dipermudahkan urusan & mendapat haji yang mabrur.

Moga kita dipilih menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji. Ini soal rezeki dan ketentuan dari Allah. Bukan TH yang tentukan, atau muassasah Arab Saudi atau sesiapa lah. Mereka hanya perantara untuk melancarkan urusan ibadah haji sahaja. Jadi marilah kita berdoa moga Allah menggerakkan hati perantara ini untuk memilih nama kita, Insyallah. Dari maklumat TH sendiri, kebiasaannya unutk kes rayuan haji semasa (maksudnya rayuan untuk haji pada tahun itu sahaja bagi perlabgai kes : sebagai mahram, ikut mahram, faktor kesihatan, usia dan sebagainya) hampir mencecah puluhan ribu. Bayangkan bagaimana pihak TH nak filter setiap satu dan lihat priority setiap kes. Hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui dan menentukan segalanya.


Ya Allah, jemput kami menjadi tetamu Mu lagi untuk menunaikan haji.

Friday, November 1, 2013

3 Anak = 3 Buku

Salam semua...


Bulan baru sudah..iaitu 1st November 2013..Bulan ke dua terakhir utk tahun 2013..huk huk huk..cepatnya masa berlalu...


Tapi cepat lagi masa berlalu sebab percutian dalam pantang sudah pun hampir tamat...uwawaaaww..ni lagi sebak hokehhh...

Oleh sebab hari ini mula hantar Fattah ke rumah kak lang, sebab cam ala nak praktis gitu kan, maka aku amik peluang pergi ke kelana jaya untuk urusan Tabung Haji..Ahaksss..Bukan nak pergi haji pun lagi (moga di panggil menjadi tetamu Allah nanti..aminnnn) tapi untuk membuka akaun tabung haji Fattah...Sok lusa dah kerja payah pulak..Dah le kerja jauh nun di Serdang, kalau dulu keje memang di area KJ memang sempat nak skip kejap pi buka akaun...

Maka, bila ada anak 3, maka adalah 3 buku akaun dalam simpanan...SO, settle sudah urusan simpanan Fattah, nanti abah buat potongan gaji direct masuk ke acct kamu ye nak!!!ehehhehe. Lepas tu buat takaful pulak untuk dia...Tu memang simpanan merangkap medical card sama seperti kakak dan abangnya...


Walaupun nilai simpanan tidak la banyak macam u oll kan..Tapi jadi lah...Demi masa depan mereka...hik hik hik...



psssttt...sok lusa anak-anak dulu naik haji kot, sebab deme punye lagi byk dari mama n abah nye yang asyik gatal tangan je withdraw kn..ahahahah

Tuesday, November 6, 2012

Alhamdulillah..Mak selamat tiba

Salam semua....


Mak tersayang telah selamat tiba ketanah air pada hari Sabtu (3/11/2012) kira-kira jam 1pagi di KLIA...
Alhamdulilah...lega rasanya mak telah selamat sampai..Mak pn sihat cuma ade batuk sikit..Normal lah bg org yg baru pulang dh haji...

Selamat tiba ke kampung kira-kira jam 5am...Tak lena tidur rasanya di malam hari demi menanti kepulangan mak... Apa-apa pn lega mak dh sampai :)

Hari sabtu selepas waktu Asar kami, adik beradik ade buat majlis doa selamat utk mak..Ramai jugak la org yg dtg terutama kawan-kawan surau/masjid mak...

Mak agak letih lagi memandangkan perubahan masa dan jarak perjalanan yg jauh..Jadi hari sabtu dan ahad mak byk baring dan tidur aje..Semua hal ehwal rumah di uruskan oleh kami adik beradik....

Apa-apa pn syukur...syukur....Impian mak menunaikan haji sudah terlaksana...Aminnn...

Gambar ini je yg ade..Gambar kepulangan mak tak ade..Sebab terlalu excited mak sampai...ehehhehe

Friday, November 2, 2012

Berdebar menanti ketibaan mak...


Salam semua...

Ketika posting ni buat, kemungkinan mak sudah berada di King Abdul Aziz Airport, Jeddah..Bersiap sedia untuk berlepas...

Tak tau nk di gambarkan macam mana perasaan ini..Rasa nk meletup dada nih menanti tiba nye mak di depan mata....HUhuhu

Mak menaiki pesawat Saudi Airline, SV5516...Di jangka berlepas kira-kira jam 11am disana bermakna lbh kurang cam 4pm la waktu Malaysia....So dijangka tiba lebih kurang jam 1 or 2 pagi di KLIA...

Cek kt web Saudi Airline masih belum update...Maby masih belum berlepas...Kemungkinan ada delay...
Apa-apa pn yg ku harap mak pulang dengan selamat...Aminnnn





Siap sedia untuk pulang ke kampung selepas maghrib ini...Berjumpa abah yg pasti tak sabar menunggu kepulangan mak...huhuhu

Thursday, November 1, 2012

Hari keberangkatan pulang semakin hampir...

Salam semua....

Hari pertama di bulan November 2012...Pantas masa berlalu....2012 semakin penghujungnya.....
Tapi yg lebih bermakna bagi aku 1 Nov utk tahun ini kerana hari ini merupakan tarikh bermulanya keberangkatan pulang jemaah haji 1433H..

Yaa...hari yg sangat, sangat, sangat kami tunggu....Berdebar menanti kepulangan mak dr tanah suci...
Tak tau di gambarkan macam mana perasaan ini.. Cemas, gembira semua pn ada....

Yang pasti fikiran ini dan bibir ini setiap masa menitipkan doa untuk mak agar dipermudahkan urusan dlm segala hal haji ini....Mengikut jadual yg diberi penerbangan KT06 akan tiba di tanahair pada 3/11/2012 (sabtu).Anggaran masa lebih kurang sama mcm waktu pegi iaitu dlm jam 2 ke 3 pagi...

Tiada apa yg kami inginkan buat msa ini melainkan kesihatan yg baik utk mak..Selamat tiba ke rumah kerana abah setia menanti :)





Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha..


Pada yg ada menjalani ibadah korban..Tahniah dan Alhamdulillah...Pada yg pulang ke kampung berhati-hati..
Buat pertama kali beraya aidiladha tanpa mak..Memandangkan mak pastinya berdebar-debar menanti tiba wukuf yang akan berlaku pada gelincir matahari 9 October 2012 iaitu kira-kira 4.30pm disana dan 9.30pm waktu Malaysia..

Sedih mmg sedih tapi hidup mesti diteruskan dan abah masih ada di kampung, maka tanggujawap kami sebagai anak mesti balik kampung demi abah : ) Mak tiada demi mendapat Syurga itu ganjaranya...



Waktu wukuf hampir tiba....

Salam semua...


Hari ini adalah bersamaan 9 Zulhijah 1433H..Maka di saat entry ini dibuat yg pastinya Mak sudah menuju ke  Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf yang akan tiba beberapa jam lagi...Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf pada hari ini, iatu 25 October 2012..Oleh sebab perbezaan masa antara Malaysia dan Arab Saudi adalah 5 jam..Gelincir matahari 25 October 2012 disana lbh kurang dlm jam 4.30ptg maka waktu di Malaysia kira-kira jam 9.30mlm...

Tak tau digambarkan perasaan hari ini...Syahdu, gembira, sedih, cemas segala benda bercampur gaul..Yg pasti hati ini setiap detik mengingatkan mak agak di permudahkan urusan ketika disana...Diberi kekuatan menghadapi dugaan dan cabaran...Dilimpahi kesihatan dan di lingkari keselamatan dalam menjalani ibadah...

Hari ini kami adik beradik berpuasa, membaca Yassin untuk mak agak lancar perjalanannya di sana..Hanya ini yg mampu kami berikan agar diberi kekuatan dan permudahkan urusan mak di sana...

Yang pasti ketika entry ini di buat..air mata ini tidak henti-henti menitis betapa syahdu nye perasaan aku ketika ini...Adakah cukup usaha kami di sini dgn hanya mampu berdoa untuk mak...

Ya Allah...kepada Mu aku berserah..

Laluan-laluan yg akan di lalui oleh jemaah haji..


Talbiyah.



Wednesday, October 24, 2012

Syurga itu ganjarannya....


Salam semua...

Hari ini 24 October 2012 bermakna jemaah haji termasuklah mak juga akan mula bergerak menuju ke Padang Arafah.

Alhamdulillh...Hari  mulia yang di tunggu semakin hampir. Pada tahun ini kerajaan Arab Saudi telah menetapkan Hari Wukuf 2012 pada hari Khamis iaitu 25 October 2012. Kesemua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia yg dianggarkan kira-kira 3 juta orang akan mula bergerak menuju ke pada Arafah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Khamis, 25 October 2012..


Wukuf akan hanya berlaku selepas gelincir matahari pada 25 October 2012. Ini adalah saat yang di tunggu oleh semua jemaah haji yang faham kerana pintu langit akan terbuka sebesar-besarnya...Subhanallah..Maha Suci Allah.... Waktu ini adalah waktu paling mustajab berdoa yg lebih baik dari doa di Multazam..


Selesai wukuf jutaan manusia akan berebut-rebut untuk mabit di Mudzalifah sambil mengutip batu jamrah. Di Mudzalifah semua jemaah duduk ditengah padang pasir berbumbungkan langit. Selesai mabit di Mudzalifah semua jemaah akan bergerak ki Mina untuk melontar jamrah selama 3 hari tashrik bermula dengan melontar jamrah kubra. Ibadah Haji diakhiri dengan tawaf haji, sa’i haji dan tahlul.

Bayangkan jutaan jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat. Kesesakan jalanraya menuju ke Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan kembali ke Mekah. kesesakan khemah di Padang Arafah, kesesakan di padang pasir Mudzalifah dan Mina.



Ya Allah....Peliharalah kesihatan & keselamatan mak di sana.. Permudahkanlah urusannya agar dpt memperolehi haji mabrur...Semoga mak tabah, sabar dan tenang dalam menjalani ibadah haji ini...Doa mengiringi mak di sana..Tiada putus doa untuk mak dr kami anak-anak di sini....


Saturday, September 29, 2012

Mak sudah berada di Makkah....

Salam semua...


Mak sudah berada di bumi suci, Makkah tatkala aku membuat posting ini.... Perkhabaran dari mak melegakan kami adik-beradik..Mak sihat alhamdulillah, dan sudah mengerjakan umrah...Akibat cuaca yg agak panas di sna ketika ini, iaitu kira-kira 44 darjah celcius, mak mengalami sedikit batuk-batuk..Tapi ubat yg dibekalkan ada, jadi mak makan ubat yg di bekalkan...

Mak kini menetap di Massat Al-Hariri Hotel. Info ini kami ketahui bila kak uda menelefon pihak TH untuk mengetahui apakah nama hotel mak ketika di Makkah...

Masat Al-Hariri Hotel is located in Assulaimaniah area ( Al-Hujoun) 600 meters away from the Holy Mosque containing 171 rooms.
It is a modern building equipped well and luxuriously. It provides modern buses for transporting the Pilgrims from and to the Holy Mosque around the hour.
Each room contains an LCD TV and a spacious private bathroom with a bathtub.
It offers a large reception hall with a front disk 24-hour concierge services and free Wi-Fi is available.
There is a medical clinic and a big mosque inside the building enough for a large number of worshippers and a big reception in the lobby for a large number of pilgrims .


Doa kami semua, agar mak di permudahkan urusan di sana, di kurniakan kesihatan yg baik agar mudah melakukan ibadah dan memperolehi Haji yg mabrur...amin...


Wednesday, September 26, 2012

Jemaah Haji mula bergerak ke Makkah...

Salam semua....

MADINAH: Jemaah haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci berikutan cuaca panas yang ada kalanya mencecah sehingga 44 darjah celsius.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah.
"Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di sini.
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata, bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya.
Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di sini orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat.
Syed Saleh berkata, setakat hari ini, seramai 7,535 orang jemaah atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 28,000 orang sudah sampai ke Tanah Suci melalui Madinah dan Jeddah.
Mereka akan mula bergerak masuk ke Makkah pada 25 September ini, katanya.
Pusat operasi Tabung Haji di Mekah sudah pun bersedia untuk menerima jemaah ini dan beliau sendiri berasa sangat berpuas hati dengan persiapan petugasnya di Madinah dan Makkah.
Perkhimatan Tabung Haji seperti khidmat bagasi, klinik, bank dan juga penyediaan makanan ala menu Malaysia juga semua mendapat sambutan baik daripada jemaah yang ada, katanya.
"Keseluruhannya sebanyak 22 penerbangan sudah dibuat ke Jeddah dan Madinah dari 41 penerbangan, jemaah haji yang bakal sampai akan disambut dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sudah siap beroperasi di Madinah dan Makkah," katanya. - BERNAMA


 Sengaja google tadi mencari maklumat perihal jemaah haji 2012, maka terjumpa berita mutakhir dr Berita Harian... Ini jelas menunjukkan, mak juga sudah bergerak ke Mekah selepas 8 hari berada di Madinah..
Ya Allah..permudahkan la urusan mak di sana... Berilah dia kekuatan dan kesihatan yg baik utk permudahkan urusan melakukan ibadah dan memperolehi Haji Mabrur...Amin....


Seronok dan teruja membaca catatan Hajiwan sebagai petugas operasi haji 1432..Serba sedikit memahami, itulah yg akan mak hadapi nanti.. YA ALLAH..permudahkan lah urusan mak di sana...Amin....

Wednesday, September 19, 2012

Mak sudah berangkat ke Tanah Suci...


Salam semua....

Hari ini, 19/9/2012.. maka berlalu lah sudah hari keberangkatan mak ke Tanah Suci Mekah....
Mak berlepas pada subuh semalam dalam kumpulan KT06, menaiki Saudi Airlines ke Madinah..

Hari Isnin kami semua 10 adik beradik berkumpul solat berjemaah Maghrib bersama mak, selepas itu bacaan Yassin untuk mak moga dipermudahkan urusan pemergian mak...


Pukul 3 pagi kami dh bertolak ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya menghantar emak... Pukul 5.30am mak sudah memasuki kaunter pendaftaran...






Kami doakan semoga Mak diberikan kesihatan yang baik..Dipermudahkan urusan dalam mengejakan ibadah dan memperolehi Haji yang mabrur....Aminnnnnnnnnn


Note: Tak mampu nk menaip banyak-banyak lagi memandangkan air mata masih tak berhenti bercucuran....huhuhuhu...

Thursday, September 13, 2012

Hari berlepas semakin hampir...

Salam semua...

Tik tok..tik tok...terasa cam pantas sgt masa berlalu.. Tinggal beberapa hari je lagi tarikh berlepas mak ke Tanah Suci Mekah... Penerbangan mak di jadualkan pada 18/9/2012...

Jujur kukatakan, aku sgt gembira..sgt gembira berita pemergian mak ke Tanah Suci Mekah ini, kerana ini adalah impian mak...Tapi di sudut hati ku tetap rasa sebak kerana berpisah dgn mak dan dgn erti kata lain nye abah juga berpisah sementara dgn mak.. Kami happy untuk mak tp dlm pada masa yg sama kami sebak abah keseorangan di kampung bersama adik lelaki ku di kampung... Tapi kami cekalkan hati, sedangkan abah pn redha dan izinkan pemergian mak ke Tanah Suci inikan pula kami... Demi menunaikan Rukun Islam..

Mak mula mendaftar pada tahun 2007.  Masih teringat lagi kata-kata mak yg ingin sgt ke Mekah. Minta izin abah, abah benarkan malah abah juga berusaha menambah tabungan mak..Kami juga sebagai anak juga membantu seadanya memenuhkan tabungan mak.. Alhamdulilh, 2010 tabungan mak sudah pn penuh dh sudah cukup syarat untuk pergi.. Tapi apakan daya, giliran mak lambat lagi kerana ikut angka giliran mak dijangka 2017. Tapi kami sebagai anak-anak tak jemu berusaha, tiap tahun kami buat surat rayuan untuk  mak..Kita berusaha, selebihnya tawakal, urusan Allah... Alhamdulilh, tempoh mak menunggu hanya 5 tahun dari tempoh sebenar 10thn...Tahun ni impian mak tercapai sudah...Kami mendengar berita itu dgn juraian air mata kegembiraan... Ya Allah, sesungguh rahmatMu tidak ternilai buat kami sekeluarga....

Alhamdulilh, segala persedian sudah lengkap rasanya untuk mak..Kami adik beradik masing-masing buat check list untuk mak..Masing-masing take action, take responsibility beli itu ini keperluan mak di sana nanti..Kami tak mau bebankan mak memikirkan hal dunia..Pikir beribadah je nanti...

Di sudut hati ku berdoa, suatu hari nnti abah di kurniakan kesihatan yang baik, dan mampu untuk ke Tanah Suci juga...Kami redha, apa yg berlaku kat abah..mmg org luar nampak abah sihat tubuh badan tapi di sudut lain nye abah tak sihat...Abah mengalami sindrom takut naik kenderaan, dgn kata lain naik aeroplane.. Memang nk tergelak pn ade..tp ini le reality nye...Ate camner nk ke Mekah kalau naik kereta dr kampung ke KL pn muntah pening lalat 2 3 hari....huhuhu...So kami berharap, di Mekah nnti mak doakan lah untuk abah di buka kan hati untuk pegi dan ade keberanian...Duit insyllah boleh di usahakan kami adik beradik...

Di saat ini kami adik beradik membilang hari aje menunggu detik tarikh 18/9/2012.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami... Moga mak selamat, dan mendapat Haji yg mabrur...

Friday, August 3, 2012

Sujud syukur padamu Ya Allah di pagi Jumaat

Salam semua...

Sewaktu thread ini di taip, air mata bercucuran..Bukan kerana kesedihan tetapi kegembiraan yg tidak terkira rasanya.. Alahmdulilh..syukur, syukur pada mu Ya Allah di bulan Ramdhan ini, di hari Jumaat penghulu hari..Oh indah nye saat ini kurasakan...

Ceritanya bergini....

Selepas bersahur pagi tadi, kira-kira jam 5am aku seperti biasa akan menelefon mak di kampung..Ni je masa yg sesuai untuk call mak memandangkan waktu mlm mak pergi ke masjid berterawih, balik dr terawikh dh pukul 10 lebih..so malas nk kacau...biar lah dia berehat & tidur awal...Dialog seperti biasa tanya khabar, masak apa...cerita ceriti psl org sedara mara yg merangkap org kampung aku lh kn...

Sebelum menamatkan sessi bicara, sempat aku tanya psl panggilan haji mak untuk tahun ini..Seperti biasa jawpan nye masih tiada...Tanya lg untuk org kampung yg sma menunggu panggilan untuk mak juga belum ada...Nada mak biasa aje sebab serahkan semua pada takdir...Mak daftar pada tahun 2007, maka tahun 2012 ni genap 5 tahun menunggu...Surat rayuan telah kami buat...Selebihnya berserah pada Allah..Kami anak beranak tiap masa berdoa untuk mak, sebab menunaikan haji impian mak yg jitu!!! kegembiraan mak..

Oleh sebab hari ni aku perlu standby until 6pm, maka Pak Kahar as usual akan menghantar aku ke office..Sebelum pukul 8 aku dh tercangak sorang di opis nih...Tak tau nk buat apa, terdetik hati ini bukak youtube org mengaji..Entah kenapa dlm byk pilihan mengaji, hati ini tertarik dengan yg ini >>

http://www.youtube.com/watch?v=qcqFWr6h4qc&feature=related
Beautiful Recitation by Mishary Rashid Alafasy. Glorious Quran chapter 41 verses 19 to 36 with English Translation

Subhanallah, indah nye bacaan tahap menitiskan air mata...Memang masa ni teringat sgt dengan mak..Berdoa untuk mak, moga mak dpt la pergi haji tahun ini....Tak lama lepas tu, telefon berbunyi..Ingat kn siapa, skali Kak Andak...Aik!!! pelik plak, apsal dia call, sebab nmpk ade je dia online YM..Selalunya kami conference aje adik beradik..Ni call mesti ada apa-apa..Hati mula la berkecamuk...Jwp je call, suara kak andak mcm nk menangis..Sudah!!! gabra hokeh!!!! Rupanya suara kak andak terharu kegembiraan sebab MAK DAPAT PERGI HAJI!!!! Ya Allah.....Alhamdulilh..Alhamdulillh..Hanya itu yg aku mampu katakan...Kak andak cek di web Tabung Haji..Ni semua gara-gara tergerak di hati, jadi laju je tangan tu bukak...Allah gerakkan hati anak-anak untuk emak...Hati kami bersatu!!!.. Indahnya perancangan mu Ya Allah...


Untuk mak, bersabarlah menunggu posmen di rumah..Kalau tak dpt jgk surat..Jgn risau, kita hubungi mna-mana TH yg berhampiran...Kita doakan kesihatan untuk abah, insyallah panjang umur, ada rezeki abah pulak pergi...Kita doa, moga di makbulkan Allah....aminnnn

Ohhhh...aku sgt happy skang nih..happy sesgt..nak pi sujud syukur jap...Sekiannnnnnn

Thursday, February 9, 2012

Insyaallah, Dengan Izin Allah....pastinya Haji...

Salam semua....

Masih ingt posting psl pendaftaran haji boleh menggunakan EPF? Dan baru2 ni TH announce plak agihan bonus 2011 adalah sebyk 6%...OK..arini nk citer lg psl haji...

Ini adalah thread sharing is caring yek kwn2..Bkn le thread nk bangga2 diri kata mcm kita je pndai wat saving nk pi haji...Tidak..tidak...sje nk berkongsi info..There is  no right or wrong in your personal financial management..Tiap org ade cara masing2..So terpulang..but we are free to share it to other peoples..

Tak dinafikan la..tiap umat Islam kt dunia ni pasti memanggil sanubari utk ke Tanah Suci, Mekah...Ada ke yg tak mau pegi..Ade?ade?..Takde kn...Yg takmau pegi tu mesti ade sebab mcm sakit ker..or blacklist PTPTN ker..ha baik cek skang..Pada peminjam2 tegar PTPTN, jgn main2...nma blacklist tak dpt nk ke luar negara koo..huhuhu..sila cek nma anda >> disini..Dan masalah utama yg org tak dpt or tak layak nk pergi ke tanah suci ni of coz la FINANCIAL!!! yer...kewangan kwn2...Duit..duit..dimana ko duit..Ingt tu, nk tunaikan rukun Islam ke-5 ni pn kena duit yerk...Tp tu lh, yg mnjadi persoalan nyer skang how we manage our money? Kdg tu bkn tak byk income yg masuk...bykkkkkk..tp tu lh, umpama cam besor periuk, besor plak kerak nyer...easy get easy go..at the end, habuk pn tak de..bila kepingin nk menunaikan haji, tunggu umor 55thn le gak..Menunggu duit EPF keluar....Mcm kami pn sama gak la..Mmg la ade wat potongan di tabung haji tuh..Tapi idak le konsistent sgt..Ye le..at our stage now, too much commitment in our life kn...Ye le, dgn baru nk hidup org kata, nk mengadakan itu ini bnda basic dlm hidup, ank2 yg meningkat besar..Kdg mmg tak bleh nk displin sgt la menyimpan ke arah haji tu...Tapi keingin tu ttp menebal..takde surut2 la..mmg umpama your final goal la...hehehhe....

Oleh sbb demikianlah, kami suami isteri nekad join PruBSN Ummah nih....Kenapa ini yg kami pilih? Sbb nk archive our goal tu leh kn iaitu matlamatnya HAJI!!!....We just spend less than RM100 per month for this scheme..Ye ler..takat 60 hengget kdg wat sepah2 je kn...mmg tak nmpk kesanya sbb klu gi mkn2 kt fasfud je dh baper..plg koman rm50 melayang kn...SO dr kami buang duit sesaja gitu baik la msuk PRUBSN Ummah nih..RM60++ je sbln utk tempoh 20thn..Masa sekarang bkn nye lama..kjap je dh berlalu..Tapi aku just spend around RM50++ je sbln mklum le..mak masih muda nyah..husben i dh tua skit..sikit je le tuanya..hahhah..


Detail plan boleh lihat di bwh..Tiap org lain contribution nyer sbb base on umur dan term..Mcm husben kna dlm RM62.23 but mine only RM58.20 even term yg sama but umur yg berbeza...



Kelebihan kt sini, selaian simpanan ade gak la cover insuran skit iaitu khairat kematian + perlindungan penyakit kritikal..Tapi bkn itu le our main point sbb klu nk byk cover2 yg itu baik la amik personal insuran terus yg kebykkan org mmg dh ade...Apa yg di kisahkan ialah BADAL HAJI..kita tak tau sampai mna kita menongkat langit..mmg tiap2 hari mintak sihat tubuh badan,umur pjg..tp kuasa Allah tiada sapa boleh menidakkan..Apa2 pun persediaan itu perlu dan penting!!!! Kita usaha, selebihnya tawakal...Kalu tngok kn total saving tu slps 20thn takat ade le dlm plus minus RM20K je kn..ate ye le, takat simpan 60 hengget kn...Tambah2 plak lg 20thn ntah bape le kos haji dh klu skang pn utk yg muhasasah pn perlu dlm RM15k++ ni plak akan dtg..pastinyer naik..Tapi jgn anggap ini sbg sumber utama simpanan kita utk haji..Hanya jadikan sumber tambahan dlm mencapai matlamat kita itu, dan yg penting simpanan kita ade perlindungan takaful...DAN!!! yg PALING PENTING >> DISPLIN DIRI..sbb simpanan ni beku kejung dlm tuh yek..takleh nk kluar sesuka hati mcm ko simpan kt TH yg kjap ko simpan pehtu kang kjap ko withdraw...jd bg org yg kurang displin cam aku ni kn sesuwey la..nk mncapai matlamat itu perlu di bentuk mnjdi displin....biarkan masa yg menentukan...perjalanan itu berlalu bersama masa....

Segmen Iklan >> Pada yg ingin tahu lebih detail mengenai PruBSN Ummah boleh hubungi En Abd Kahar di talian 013-2061299  or email rahak47@gmail.com :)

Sekian =D>

Saturday, February 4, 2012

6% agihan Bonus 2011, Tabung Haji !!!

Salam semua...

Wahhh..smlm dgr berita TV3, ade announcement dr Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Jamil Khir Baharom pasal agihan bonus pendeposit akaun Tabung Haji..Agihan bonus sebanyah 6% utk 2011 bermakna naik 0.5% berbanding thn 2010..Apa2 pn alhmdulilah...Bonus mula di bayar pada rabu depan (8/2/2012)...

::gambar ihsan dr berita harian


Bonus TH sekarang agak mmberangsangkan berbanding dulu..Alhmdulilh..Aku idak le mnyimpan byk sgt kt sini..Tapi ade le kn..Tabungan untuk ank mmg simpan kt sini aje..Mudah sbb direct deduct dr salary aje (bkn gaji aku, tp gaji laki...haha)..So mmg displin la kn utk saving anak2 ni, mmg tiap2 bln mmg dh ade allocationnye..Takleh nk sentuh2..Pada yg wat simpanan utk pegi haji..teruskn niat murni anda..Insyallh, niat suci murni diberkati...Aminn....


Note: Pada yg belum dftar haji bleh la guna EPF..Detail bleh baca sini!!!


Thursday, January 26, 2012

Soal Jawap : Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Salam semua,

Pada pembentangan bajet 2012 salah satu yg mmberi kesan pada rakyat marhaein mcm aku ni adalah statement berikut:-

Pendaftaran Awal Ibadah Haji

Tuan Yang di-Pertua,

113. Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai
Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba-hambaNya
untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan
menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah
untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan
minima sebanyak 1,300 ringgit. Justeru, bagi membolehkan bakal jemaah
mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaan dengan ini membenarkan
pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ringfencing
Akaun 2 pencarum sebanyak 1,300 ringgit. Melalui kaedah ini, wang
pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapi pencarum
sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.

Kalau baca kt atas tu mmg tak faham kn..Apa le yg dimaksudkn guna KWSP utk daftar haji..Dh le ade yg mula wat assumption sndiri, dgn kata lain guna akaun KWSP utk pegi haji..Apa lg mula la berjimba2 xmo simpan duit dh sbb watpe simpan duit nk pi haji, guna je akaun KWSP!!! Silap tu...bila dh baca penerangan dlm web KWSP ni, baru le aku tau..OOOOoooo...mcm ni, baru le fhm..So kwn2, sila baca dgn teliti :D

Note: Aku copy paste bahagian2 yg penting sahaja..Selebihnya bleh baca di sini >>

SOALAN LAZIM PENDAFTARAN HAJI AHLI KWSP

Apa yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji

Adakah melalui kemudahan ini ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka?
Tidak. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka kerana kemudahan ini bukanlah satu jenis pengeluaran. Kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.

Siapa yang layak menyertai kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap
ii. Beragama Islam
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Bagaimana untuk memohon Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Nota: Ahli perlu membuka akaun simpanan di Tabung Haji (jika belum)

Adakah Pendaftaran Haji Ahli KWSP ini membolehkan ahli mengerjakan ibadah haji lebih cepat berbanding prosedur sebelum ini?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Bolehkah ahli yang membuat Pengeluaran Hilang Upaya diberi keistimewaan untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dengan syarat mereka mempunyai simpanan yang mencukupi?
Tidak, pemergian haji ini masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Bolehkah ahli KWSP mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji?
Tidak boleh. Simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Bagaimanapun, di bawah kemudahan ini, ahli boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji.


Harap dgn penerangan di atas, dpt le menjelaskn kemusykilan kita sblm nih...Guna WPF ni utk dftar haji je le yek...Perbelanjaan utk kos haji sila la menabung sndiri..Tp klu rsa nk pegi lps umur persaraan 55thn pn bleh..kira dh expired tempoh acct epf tu withdraw smua pehtu pegi haji...Ikut masing2 pnye financial planing la kn..Tepuk dada tanya selera, cara mna yg anda ingin kn for our goal iatu menunaikan rukun Islam ke-5!!! Allahhuakbar...







     




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...