Iklaneka

Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

Absolutely Beautiful..

Assalamualaikum...


Subhanallah, gambar ini saya dapat dari Facebook Hadith Of The Day. Betapa cantik dan indahnya.. Melihat gambar ini juga membuatkan terasa seperti menyedut udara yang sangat wangi dan damai ketika berada di dalam nya..


Moga gambar ini memberi inspired kepada yang melihatnya sama seperti diri ku yang seperti kadang-kadang terbau kesedapan menyedut udara di dalam masjid ini..





Friday, January 30, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Dengan 7x Umrah Percuma Bersama Raudhah Travel

Salam semua...

Posting terakhir aku untuk Kembara #Umrah2014 ini. Moga akan ade kembara umrah untuk tahun yang lain. Sesungguhnya aku merayu setiap hari agar di pilih menjadi tetamu-Nya lagi.

Seperti sedia maklum, pihak Raudhah Travel telah merialisasikan impian kami suami isteri menjadi pilihan tetamu Allah. Alhamdulilah. Segala urusan berjalan lancar. Kami membuat keputusan untuk menunaikan umrah ini dengan keputusan yang agak ad-hock. Ini lah yang dikatakan andai nama sudah diseru menjadi tetamu segala keajaiban berlaku.

Semuanya indah belaka bagi diriku. Mungkin apabila niat hati sebulatnya untuk Allah maka aku tidak terlalu memikirkan sangat pasal urusan yang lain. Tapi itulah andai semuanya adalah kerana Allah, automatik kita akan dapat yang indah Allah beri. Perjalanan yang smooth bermula dari KLIA sehingga ke airport Madinah. Keselesaan di dalam flight, begitu juga kemudahan segala urusan apabila tiba di airport sehinggalah ke hotel. Semuanya bagi ku indah. Raudhah Travel hanyalah wakil tetapi segala urusan mereka digerakkan oleh Allah. Allah yang mengatur urusan mereka, menggerakkan hati-hati petugas Raudhah Travel memikul amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawap. Syukur...

Ada banyak sebab kami memilih pihak Raudhah. Antaranya ialah:-

*  Penerbangan terus menaiki Saudi Airline ke Madinah. Ini penting nya kawan-kawan. Perjalanan dari KUL-MED mengambil masa kira-kira 8-9 jam termasuk 1 jam transit di Riyadh. Transit kejap je pun sekadar menurunkan penumpang dan pertukaran flight attandance. Memandangkan flight memasuki tanah haram maka mesti semua beragama Islam lah yek. Ini sesuai untuk yang ziarah dulu baru umrah lah. Kalau umrah dulu better turun di Jeddah sebab dari Jeddah ke Mekah estimate dalam 2 jam. Tapi andai ziarah dulu kalau turun di Jeddah, kemudian ke Madinah itu dah ambil masa naik bas dalam 6 jam. Kemudian dari Madinah ke Mekah untuk umrah ambil masa 6jam. Memang agak penat lah dalam perjalanan. Jadi kami syukur kerana turun di Madinah sebab itinerary kami perlu ziarah dulu baru umrah.


Kenangan bersama jemaah Raudhah ketika di aiport Jeddah. Siap sedia untuk pulang ke KUL



* Ada ustaz pengiring bermula dari KLIA sehinggalah tiba semula ke KLIA. Ni penting kawan-kawan. Untuk jemaah yang pertama kali, kemudian ada di kalangan kumpulan jemaah tu golongan umur yang berbeza-beza. Ada yang kuat, ada yang uzur jadi kalau tiada ustaz pengiring mungkin perjalanan umrah itu agak ada gangguan. Tapi kami di Raudhah Travel , alhamdulilah. Memang ustaz yang menyertai itu jaga kami dengan sebaiknya. Segala persoalan, kemusykilan, permasalahan itu ada jawapan nye.

* Lokasi hotel di Madinah & Mekah juga memuaskan hati. Tidak terlalu jauh dari Masjid. Kalau di Madinah biasanya hotel memang berdekatan je dengan Masjid Nabawi, yang menjadi cabaran apabila tiba di Makkah memandangkan sekarang pembinaan sekitar Masjidil Haram begitu pesat maka banyak hotel yang berhampiran telah diruntuhkan. Yang ada pun tinggal hotel mewah je. Tapi , syukurlah alhamdulilah kami dapat hotel kira-kira 250m dari Masjidil Haram ketika di Makkah.
Ustaz Yusuf (beg hijau pegang henfon) dari pihak Raudhah yang mengiringi kami bermula dari KLIA sehingga tiba kembali ke KLIA.


* Part paling best yang aku rasa takde or maby ada tapi kami yang tak tau, ialah pakej Raudhah ini menawarkan 7x umrah percuma. 7x umrah percuma ini bermaksud pihak agent menyediakan transport untuk membawa jemaah bermiqat di Tanaim setiap hari. Jadi, jemaah pihak Raudhah tak perlu susah payah menahan van / kereta sapu yang banyak bersidai tepi jalan depan-depan hotel tu. Naik je bas yang disediakan. Bagi aku tawaran ini sangat ok terutama bagi jemaah yang tak berapa nak larat. Sebab bukan senang jugak nak menahan van / kereta sapu nih. Faham-faham lah Pak Arab ni bukan semua hati mulia ye dak. Kena pergi beramai-ramai berkumpulan plak tuh. Kalau sendiri bahaya pulak.
Menunggu bas untuk ber miqat umrah hari ke-6

Selesai umrah hari ke-6. 


Setakat ini catatan kembara umrah ku yang best. Hampir sebulan berlalu perasaan rindu itu tetap sama seperti sehari selepas kami meninggalkan tanah haram. Sesunguhnya setiap hari aku berdoa agar di pilih menjadi tetamu Nya lagi. Tak kira sebagai tetamu umrah lagi atau sebagai tetamu haji yang pasti kami mahu menjadi tetamu Nya lagi..lagi dan lagi..huhuuhh



Permandangan sekitar hotel kediaman kami
Pada yang memcari agency umrah feel free to contact:-

Raudhah Umrah & Haji Services Sdn Bhd
"Ingat Umrah Ingat Raudhah"

Alamat:
No 20, 2nd Floor,Batu 10,
Federal Highway, Sungai Way
47300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78739686 / Faks: 03-78739684

Informasi Berkaitan Umrah hubungi :
019-3831046( Hjh Anis ) , 019-6011046( Hjh Anis )

Monday, January 19, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Ziarah Wida' - Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.


Salam semua..

Pada hari ke-4 iaitu hari Sabtu kami dijadualkan untuk meninggalkan Madinah dan bergerak ke Makkah untuk buat umrah. Mutawif berpesan agar kami mengambil peluang melawat Raudhah sekali lagi dan selepas itu terus buat Ziarah Wida'. Selepas itu balik ke hotel dan bersedia untuk bertolak ke Makkah. 

Ziarah Wida' ialah ziarah perpisahan, atau ziarah selamat tinggal, iaitu menziarahi maqam Rasulullah s'a.w sebelum meninggalkan Madinah. 




Maka selepas solat subuh, Aku dan Makcik terus menunggu waktu untuk Raudhah di buka untuk melawat Makam Rasulullah. Walau pun untuk jemaah muslimah agak terhad masa dan ruang, tapi itu sudah mencukupi bagi ku.. Melihat kubah hijau sahaja sudah membuat jiwa ini menjadi harum...

Keadaan agak bersesak-sesak..Tapi alhamdulillah semua pun dapat hampir dengan Kekasih Allah.Aku sempat bersolat sunat beberapa rakaat di Raudhah, yang paling hampir dengan makam Rasullulah. Yang pasti air mata tidak mampu dibendung lagi..

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Ketika membaca doa ini sebelum memusingkan badan, air mata laju tidak dibendung lagi.. Dan ketika posting ini dibuat juga aku masih menitiskan air mata. Oh..sesunggunya berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kembali ke hotel. Kami ambil peluang sekali lagi berpusing-pusing di sekitar kawasan masjid. Menyedut udara segar waktu pagi di Madinah yang sangat harum bagi ku..

Kami berkesempatan lagi bersolat jamak Zohor-Asar di Masjid Nabawi. Ohh..sedih, ini hari terakhir bersolat jemaah di masjid Nabi. Kejadian indah yang aku nikmati di hari terakhir bila mana kubah masjid terbuka betul-betul di atas kepala ku..Ya Allah..Buat aku lagi rasa sebak nak meninggalkan Madinah..

Kembali ke hotel untuk makan tengahari, kemudian berkumpul di lobi dan bersedia dengan pakai ihram. Sebelum keluar ke Masjid Nabawi  lagi kami telah bersiap mandi sunat ihram. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan perjalanan kami bertolak meninggalkan hotel dari kota Madinah untuk menuju ke Mekah. Kami akan berhenti di Bir Ali untuk ber miqat.  Hati merasa sayu, Semua menyepi melayan perasaan dan juga terselit perasaan berdebar untuk sampai ke Tanah Haram Mekah. Hari kemuncak bagi kami semua yang pertama kali menunaikan ibadah umrah.

Selamat tinggal Rasullullah SAW,Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, dan keluarga Rasulullah SAW. Selamat tinggal kota Madinah Al Munawwarah. Insyaallah..Aku akan datang lagi.



Perasaan ku bercampur-campur. Sedih meninggalkan Kekasih Allah, tapi agak gembira dan berdebar kerana akan menatap Baitullah.


Tuesday, January 13, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Menjejak Langkah Kekasih-Mu, Ya Rasulullah

Salam semua..

Hari ke-3 kami di bumi Madinah, pihak Raudhah Travel telah mengaturkan aturcara ziarah luar Kota Madinah. Teruja rasanya memandangkan pada hari tiba di kota suci Madinah aku tidak berpeluang memandang persekitaran. Maklum lah hari dah gelapkan, dengan 8-9 jam perjalanan memang agak memenatkan. Syukur naik penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah dengan pesawat Saudi Arabian Airlines.

Masjid Quba
Masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpg sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.

Alhamdulillah, berkesempatan solat sunat di Masjid Quba ini..Cuaca sungguh damai..Dingin..Sejuk..
Jemaah Raudhah bergambar di Masjid Quba




Jabal Uhud
Bukit yang menyaksikan limpahan darah para syuhada yang berjuang demi mempertahankan agama kita yang tercinta ini.Bila sebut Jabal Uhud, sudah tentu kita tidak akan lupa satu peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu Perang Uhud . Perang kedua dalam Islam ini mengorbankan 70 orang muslimim termasuk bapa saudara baginda, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib
Rasulullah sendiri mengalami kecederaan yang teruk, perang ini berakhir dengan kekalahan di pihak muslim
Sahabat-sahabat Nabi membawa baginda berundur ke belakang lalu terus menaiki Bukit Uhud

” Ini (Jabal Uhud) adalah gunung yang ia mencintai kami dan kami pun mencintainya. Dan dia adalah salah satu gunung yang terdapat di syurga. “

Di kawasan berpagar sekitar sini adalalah kawasan Makam Syuhada. Tanpa disedari air mata mengalir. Betapa rasa syahdunya..Begitu besar pengorbanan para syuhada ini.





 Ladang Kurma
Oleh sebab kurma berbuah setahun je sekali, maka hanya mampu melihat pokok kurma je lah..Buah di pokok nye tak hade. Tapi kami lebih membeli belah di kedai yang berada di ladang kurma tersebut. Bermacam jenis kurma ada. Oleh sebab aku dah beli kurma Ajwaa (kurma Nabi) dengan mutawif yang merupakan pelajar Universiti Madinah maka di kedai tersebut kami hanya membeli sedikit kurma dan kismis sebagai tambahan.

Tempat-tempat lain yang kami pergi ialah :-

- Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat.
- Masjid Jum’ah, masjid pertama yg melakukan Solat Jumaat.

 Oleh sebab kesuntukan masa memandangkan hari ziarah luar Madinah ini pada hari Jumaat, maka kami perlu balik segera memandangkan solat jumaat pada hari itu. Maka 2 masjid di atas hanya drive by sahaja. Nak ambil gambar tak berkesempatan.

Pengalaman pertama dalam hidup bersolat Jumaat di Masjid Nabawi..Subhanallah..Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu..

Friday, January 9, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Seandainya Kekasih-Mu Bersama Kami


Salam semua..

Masjid Nabawi

Satu perasaan yang tidak di gambarkan dengan perkataan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.. Hanya "Subhanallah" yang mampu ku lafazkan bertapa keterujaannya diri ini. Seawal jam 2 pagi aku sudah keluar dari hotel bertemankan Pak Kahar menuju ke Masjid Nabawi..

Suasana yang damai walau pun ketika itu sudah ada ramai orang di sekitar masjid. Sejuk. Ya..suhu ketika ini agak sejuk di Madinah. Bergetar rasanya apa bila kaki mula menapak masuk ke dalam masjid. Terus tunaikan solat sunat Tahiyatul masjid. Yang pasti manik jernih sudah mengalir di pipi tanpa henti-henti.

Aku melakukan solat sunat sebanyak yang mungkin..Berdoa semau-maunya seumpama tiada titik nokhtahnya..Bermunajat kepada Mu seumpama KekasihMu berada di hadapan ku...

Ya Allah...Kalau Kekasih Mu Bersama Kami...






Binaan yang sungguh indah dan damai. Pintu masuk di asingkan bagi lelaki dan wanita. Jika di bahagian wanita pula ada pembahagian zon. Iaitu zon yang boleh ada anak kecil dan zon yang dilarang untuk kanak-kanak memasukinya. Jadi tiada isu sekiranya ada dikalangan ibu yang membawa anak ke masjid. Paling indah, di dalam masjid ada di sedikan tong-tong air zam. Memang sepanjang berada di sana tekak ku hanya dibasahi dengan air zam-zam.





Walaupun kami pergi umrah suami isteri..tapi tiada masa berjumpa.. Pak Kahar dengan aktiviti munajat nya..Aku juga begitu..Sesekali sahaja dia meneman aku pergi ke masjid memandangkan aku yang suka memilih waktu yang terlalu awal untuk ke masjid, maka teman sebilik tidak mahu mengikut. Maka aku minta Pak Kahar temankan. Yang pasti selesai solat masing-masing balik sendiri dan hanya berjumpa di cafe hotel.
Jadi kebanyakkan gambar aku sendiri tiada Pak Kahar dalam koleksi..Hihihihi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...