Iklaneka

Showing posts with label taska. Show all posts
Showing posts with label taska. Show all posts

Sunday, April 28, 2019

Hari Sukan Tadika Taska Delima Ilmu

Salam semua..

Terasa pantas rasanya masa pergi meninggalkan diri ini insan yang lemah. Sejak berumur 3 bulan Fattah ditempatkan di TTDI, dan hari ini merupakan sukan terakhir dia di situ kerana tahun ini dia sudah memasuki 6 tahun. Allahuakbar, mama cry dik.. Mama sebak sebab my kintang kintung dah besar...huhuh

Ku abadikan sedikit memori buat kemudian hari untuk beliau di Hari Sukan 2019












Semoga Fattah sentiasa gembira dan menikmati hari-hari yang indah ketika berada di tadika kerana tahun ini adalah tahun terakhir buat dirinya. Terima kasih tidak terhingga buat semua warga TTDI Seksyen U5. Anda semua hebat!

Monday, November 20, 2017

Hari Kecemerlangan & Kesenian 2017 Tadika Taska Delima Ilmu



Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Walau tidak sekerap dulu insyallah update juga untuk moment penting.

Pejam celik dah nak habis sessi persekolah 2017. Semalam berlangsung event tadika taska si Abdul Fattah. Oleh sebab bertembung dengan hari sukan sekolah Nabihah maka kakak tak dapatlah tengok adiknya perform. Memang semalam jadi supermama lah kesana kesini. Apa pun kesian kt kakak sebab takde sapa teman dia bersukan. Jadi tiada gambar sukan kakak..

Hantar kakak dulu ke Stadium Panasonic











Sekian untuk update kali ini. Jom kerja kuat utk cari duit yuran tahun depan. Yak yak yeiiii

Monday, May 22, 2017

Program Perkhemahan 2017

Assalamualaikum...

Nabihah & Wafiq join program perkhemahan anjuran bekas sekolah tadika diorang dulu. Ohh my, pengetua ni memang super duper baik. Budak-budak ni dah habis lama meninggalkan dunia tadika but she still invite them. Terharu sangat. Anak-anak of coz suka sangat. Paling best sebab boleh ajak sekali cousin diorang yang tak bersekolah disitu. Mau tak happy. Berkhemah dengan sedara mara je deme. 

Apa pun perkongsian sangat bagus. Insyallah, ada rezeki next year join lagi.
























Terima kasih pada semua guru-guru di Tadika / Taska Delima Ilmu. Memang tak jemu-jemu layan anak-anak ini. Moga beroleh kesenangan didunia & akhirat buat kalian semua.

Tuesday, May 3, 2016

Hari Sukan Tadika/Taska Delima Ilmu 2016

Assalamualaikum...


Hari sukan berlangsung pada 30/4/2016.. tapi as usual lah kalau hari cuti memang tak kan nyer sempat nak ber update blog. Maka tunggu hari kerja jugak lah kan..

Tahun ni hanya tinggal seorang anak sahaja di TTDI, si kintang kintung Abdul Fattah.. Kelas 3tahun kan.. Tahun ni buat perangai pulak dia. Mood tak berapa nak good, maka acara sukan tak main pon.. Eeeee... sabar je lah kan.. Ada lah sedikit je gambar nyer..

Tak pe lah dik, tahun depan join lagi kan.. Insyallah...








Ini sahaja gambar yang ada, gamba masuk acara tak ada.. Sebab sessi pujuk memujuk je yang ade :p

Monday, January 11, 2016

Fattah ~ Playschool 2016 @Tadika Delima Ilmu, Seksyen U5 Shah Alam

Assalamualaikum...

Terlambat pulak posting untuk si kintung-kintang mama nih, Abdul Fattah. Mama & Abah leka sangat dengan dunia baru abangnya yang memasuki tahun 1, sampai lupa ada anak sorang lagi masih di Taska/Tadika Delima Ilmu. Itulah tempat Fattah tinggal semenjak dari baby lagi kan. Dari lepas umur 3 bulan sampai lah sekarang..

Tahun ni dia dah masuk group 3 tahun. Baju pun dah tukar dari merah ke kuning. Dah semakin otai..Maklumlah senior dah kan. Lagi 3 tahun tak tau lah macam mana. Terima kasih pada semua cikgu di TTDI kerana menjaga dan mendidik anak kami. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Tiada gambar yang dapat dipotretkan memandangkan kami perlu rushing dengan urusan anak yang lain. Hanya gambar ihsan dari pengetua. TQ Cikgu Yani...










Aktiviti main tepung. Ni kalau di rumah memang tak berpeluangkan.. Di sekolah jer.. Seronokkkk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...