Iklaneka

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

Kursus Praktikal Haji 2018

Assalamualaikum...

Ramadhan Kareem semua... Semoga Ramadhan  ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya. Kejarlah kita segala keberkataran yang ada dibulan penuh keberkatan ini..

Posting untuk update kursus praktikal Haji pada 12/5/2018 yang aku sertai di Surau yang terletak di Pasar Tani Kg Melayu Subang. Tak sangka berjaya habiskan walaupun ada yang ponteng-ponteng..ehehe

Insyallah, next year boleh join lagi sehinggalah dijemput menjadi tetamu Nya.. Ini usaha dalam memohon agar ini dipilih oleh NYa..









Sekian posting kali ini.. Selamat menjalani ibadah puasa semua.. Pada jemaah yang bakal menjadi tetamu haji, Tahniah...

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan Datang Lagi..

Assalamualaikum...


Salam Ramadhan hari yang ke 10 pada hari ini. Baru berkesempatan nak update blog. Apa pun selamat menjalani ibadah puasa semua..

Syukur Alhamdulilah kerana dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini. Moga bulan ini kita lalui dengan sebaik-baiknya dan lebih baik dari sebelumnya...

Minggu ini juga minggu bermulanya persekolah untuk semester ke 2 setelah bercuti selama 2 minggu. Kira anak-anak dapatlah berpuasa seminggu di rumah kan. Now back to normal rutin. Sekolah dari pagi sampailah ke petang. So far Nabihah dapat mengharungi hari puasa dengan baik cuma Wafiq ade lah lopong sana sini. tapi takper lah.. Learning process to him. Latih tetap kena latih puasa but tak push sgtlah.. Moga dia faham akan erti ramadhan itu...








Hari pertama sekolah selepas bercuti dapat wasap dari cikgu kelas wafiq yang menceritakan bahawa kelas 1 fathonah telah di make over oleh parent salah seorang pelajar kelas wafiq. Alhamdulilah.. Terima kasih. Cantik sangat. Mesti anak-anak lebih bersemangat. Allah jua yang dapat membalas jasa baik yang dihulurkan. Semoga wafiq lebih semangat ke sekolah sebab kelas pun dah cantikkan :)

Friday, June 3, 2016

Jadual Menu Sebulan Ramadhan 1437H / 2016


Assalamualaikum...

Tahun ke-3 buat jadual berbuka puasa ini. Hidup lebih teratur dan besistematik. Walau bekerja tiada alasan untuk tidak memasak juadah berbuka puasa. Semua ini sebagai moment indah dalam hidup bersama suami & anak-anak. Bukanlah sekadar memikir pasal makan, tapi ini suatu effort dalam diri agar hidup lebih bersistematik maka apabila kita selesai part yang ini boleh pergi ke part lain iaitu menumpukan ibadah itu. Memasak untuk suami dan anak pun ibadah jugak kan...

Walaupun menu ini tidaklah patuh 100% tetapi sekurang-kurangnya 90% berjaya dipenuhi.. Biasa kalau dah hujung puasa, nak balik kampung tu mula lah mood masak kelauutttt..Tapi apa pun masak tetap masak.. Oh yeahhhh



Pada yang nak tengok untuk tahun yang lepas-lepas.. Bolek klik sini yek..

Jadual 2015
Jadual 2014

Selamat menjalani ibadah puasa...

Monday, July 13, 2015

Checklist / Senarai Barang Untuk Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari ini dah 26 Ramadhan.. Cepat nya Ramadhan sudah nak pergi meninggalkan kita :( . Moga bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan..

Ok, nak bitau yang kami akan pulang ke kampung berhari raya. Best nye bila balik kampung nih, Tak kira la tahap muntah jem ker, panas hangat pengat ker tapi seronok tetap seronok.. Layann... Biasala bila kuar dari kota ni memang syok kan... Memang style aku kalau nak kemana je memang siap ade checklist termasuklah balik kampung terutama hari raya memandangkan cuti raya memang panjangkan..

Ini senarai aku secara ringkas, takde lah detail sangat. Just ambil point penting aje..

1. Pakaian raya (baju, tudung, samping, songkok)
2. Baju harian
3. Pakaian dalaman
4. Duit Raya
5. Telekung raya (ni mak mmg over hokeh!!! telekung raya memang tiap tahun baru)
6. Kasut raya + kasut harian
7. Toiletries
8. Ubat-ubatan (ni penting.. Musim raya kadang anak tetiba tak sihat)
9. Susu anak (termasuklah botol, berus..bla bla bla)
10. Selimut + Bantal (saja je nak menyesak dalam kereta pada hal cukup aje kat kampung tuh)
11. Tuala mandi
12. Charger hp
13. Gift untuk parent (kuih raya, present.. bla bla)
13. MISC (alat make up--er make up sangat ker pon, pin tudung, butang baju melayu, skaf kepala)


Rasanya setakat ini je le kot.. Tapi kadang bila tengah ngemas macam lagi banyak barang terfikir nak bawak balik..hihii

My 2 abduls

Selamat balik kampung semua..

Thursday, July 9, 2015

5 Bintang untuk POS LAJU dari KUDOS FOOD STATION

Assalamualaikum...

Ok, biasa citer yang buruk-buruk je pasal poslaju kan bila tiba musim perayaan. Tapi hari ni mak nak bagi 5 bintang kat abang-abang poslaju.. #kipidap!!!


Actually, shipment ni last minute customer order. Customer pulak dari nun jauh Kelantan. Suruh staff packing, call poslaju tak datang pickup. It's ok sebab kita pun tau kan workload diorang ni yang tinggi. So, malam tadi Pak Kahar amik inisiatif hantar je ke Pusat Poslaju di Kota Damansara. Masa hantar tu lebih kurang dah nak dekat pukul 9mlm. Urusan kaunter memang dah tutup lah. Tapi sebab kami ni ada akaun maka poslaju ambil je lah. Masa tu memang nampak busy sangat. Dengan lori, van semua dah start loading barang.

Hari ni dapat info dari customer barang dah selamat tiba. Alhamdulilah. Pantas sungguh perkhidmatan poslaju dikala musim perayaan ini. TQ!!!

Monday, July 6, 2015

[SEGMEN IKLAN] Kuih/Biskut Raya Untuk Dijual!!!

Assalamualaikum...

Hari ini Ramadhan yang ke 19..Bermakna sudah melebihi separuh bulan umat Islam berpuasa. Mesti ada yang dah mula buat persiapan rayakan??? Persiapan tu persiapan juga yek..Tapi amalan kena tingkatkan lagi sebab sudah hampir 10 malam terakhir dah nih...

Ok, tahun ni buat pertama kali nye nak beritahu kuih/biskut raya boleh didapati di KUDOS FOOD STATION.. Perhatian untuk penduduk sekitar Pinggiran Subang dan Seksyen U5. Untuk penduduk berdekatan juga apa salah nya ke KUDOS FOOD STATION. Selain beli kuih/biskut raya ada juga produk keperluan asas yang lain.








Tuesday, June 23, 2015

Entry Persediaan Memasak Menu Ramadhan Sahaja :)

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Hari ini dah 6 Ramadhan. Cepat sangat masa berlalu kan. Ok, bila bulan puasa memang mostly blogger-blogger ni update pasal menu masakan je le kan. Kang dan nak dekat raya biskut raya le pulak.. Lepas raya rumah terbuka pulak..Hahhaha

Ok, ini hanyalah posting persediaan menu berbuka puasa yang aku buat. Tiada menu hidangan langsung sebab memang tak sempat sehh nak snap gambar tapi yang lebih utama malas :p

Oleh sebab menu harian aku semua orang pun dah tau, ini adalah menu persediaan berbuka puasa yang sangat pantas.

Persedian membuat rendang untuk sahur pertama puasa




Sebelum ni memang takde nye lah nak masak nasi beriani bagai-bagaikan..Tapi dengan wujudnye pes ni gigih mencuba..ahakss..Mudah dan cepat pulak tuh.

Monday, June 15, 2015

Tip Ibu Bekerjaya Untuk Mudah Menyediakan Menu Berbuka Puasa

Assalamualaikum...

Bila bulan puasa je mesti terfikir juadah berbuka kan? Tipu kalau tak fikir.. Oleh sebab aku dah siapkan jadual sebulan menu berbuka puasa. Maka, amatlah mudah aku nak prepare bahan mentah. Semuanya aku dah siapkan. Benda ni aku dah buat bermula tahun lepas. Memang sangat organize. Dengan perbelanjaan pun sangat teratur. Beli bahan mentah ikut yang dalam menu. Paling utama, kita boleh manage time. Bagi yang tinggal di Klang Valley nih, sedia maklum kalau bulan puasa, jem nye memang tahap menyumpah yang boleh kering pahala kan. Aku yang bekerja jauh ni untuk tiba ke rumah memang ambil masa lebih dari 1 jam biasanya. Jadi hanya ada kira-kira less than 1 hour utuk prepare makanan sebelum berbuka. Kalau dulu zaman kami hidup berdua or anak masih kecil memang takde masalah sangat. Beli pun ok. But bila anak dah mula berpuasa adalah sangat tak seronok bila tak memasak. Walau pun kadang menu tu biasa, but bila home cook anak-anak jadi suka. Paling utama anak akan impress sebab usaha kita yang memasak kan.

Ok, mari aku kongsikan beberapa tip yang aku rasa perlu untuk ibu bekerjaya ni buat bila bulan puasa nih.

1. Sediakan menu sebulan. Tak perlu menu yang bombastic sangat sebab nanti kita yang tak daya nak fulfill. Menu tu bila dah buat tampal je kat peti sejuk. Senang nak tengok hari-harikan. Yang nak tengok menu yang aku buat boleh view SINI.

2. Sediakan bahan menumis seperti cili or bawang yang telah di kisar. Ataupun bawang yang telah siap di kupas.

3. Sediakan bahan mentah selama seminggu. Bahan mentah beli mengikut menu yang telah dibuat. Bahan mentah tersebut letak siap dicuci dan dipotong. Simpan didalam bekas kedap.


4. Sediakan bahan sampingan seperti pes masakan. Ini sangat membantu kerana ada sesetengah menu yang agak renyah untuk disediakan bahan. Maka lebih baik menggunakan pes masakan sahaja. Pes masakan ni boleh dapatkan di KUDOS FOOD STATION.



5. Boleh buat kuih frozen yang mudah seperti karipap ataupun beli sahaja kuih frozen yang banyak di pasaran.

Insyallah, bila ikut step ini you will enjoy the moment Ramadhan tu..Hidup teratur, maka boleh ibadah dengan tenang... Tak perlu tiap hari nak masak apa yek? Paling utama rasa upset bila makanan yang dibeli rosak. Marah-marah, merungut boleh kering pahala puasa kan :p


Pssttt.. Hari ini sudah 28 Syaaban. Maka ada beberapa hari je lagi Ramadhan akan menjengah. Tak Sabar. Itu yang boleh aku katakan bila setiap kali bulan yang penuh keberkatan ini tiba.

Thursday, June 11, 2015

Jadual Menu Sebulan Ramadhan 2015

Assalamualaikum...

Seperti tahun lepas, tahun ini saka rajin muncul jugak.. Maka siaplah menu sebulan puasa. Ahakss...Kalau tahun lepas hanya percubaan. Tapi misi sangat berjaya, maka tahun ini haruslah buat lagi kan menu sebulan..

Tiada menu yang sangat boombastik kerana nanti tak mampu nak fullfill


Oleh sebab tahun ini kami suami isteri dah ade "new baby" iaitu Kudos Food Station, maka haruslah segala menu related dengan para vendor Kudos Food Station. Masak itu kadang mudah, tapi penyediaan tu agak renyah. Maka kalau dah ade segala mak nenek jenis pes, rempah memang kerja memasak jadi cepat untuk ibu bekerja macam aku yang hanya ada masa lebih kurang 1 jam untuk masak.

Moga aku menjadi ibu bekerjaya yang cemerlang untuk suami dan anak-anak. Menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk mereka. Dengan cara ini juga pengurusan kewangan juga teratur sebab dah tau nak masak apa, maka beli jelah keperluan barangan basah mengikut menu yang telah sedia ada.

Memasak itu juga sebagai ibadah kerana setiap pengorbanan gerak geri yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas mendapat habuan dari Allah..Insyallah...

Tuesday, June 9, 2015

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 16 Jun





KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagimenentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tempat melihat anak bulan pada malam hari tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian, Besut (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan).
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan); Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Menurut kenyataan itu Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu. – BERNAMA


Friday, July 25, 2014

Ada yang dah balik kampung ker???

Salam semua..

You oll dah balik kampung ke belum? Semasa mak update blog ni mak ade kat office lagi..Huhuhu...
Sabar menanti detik untuk pulang...tik tok tik tok...




Ingat u oll semua..Jangan jadi macam gambar di atas tau..Jalan raya bukan litar lumba...Berhati-hati ok..

Wednesday, July 23, 2014

Iftar ke-22 Ramadhan bersama geng Ex-STESMA 96-97


Salam Ramadhan semua...

Baru berkesempatan nak buat laporan pasal berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah..Lokasi pastinya rumah ai lahhh..Ahakss..Terima kasih pada Yanti, Che Ros & Jijan..U oll memang sporting...Pada yang tak dapat hadir tak apa...Insyallah ada rezeki kita bersua nanti..Maby di lain lokasi or event kan..

Tak sangka ye kome..dah 17 tahun kita tinggalkan STESMA tapi persahabatan kita tetap terjalin..Sekarang lagi mudah, ade fb, ada wassap..Memang tak kan lost le dah..Dari zaman budak-budak ala baru nak naik sampai sekarang ade yang dah beranak 3!!! ..Ade yang dari dulu kecik comey skang dah jadi gagah perkasa tinggi melangit..dari yang kurus keding udah menjadi kabota bajak sawah pun hado..gemok!!! Sesungguhnya masa merubah segalanya...

Apa-apa pun mak sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian semua..Happy sangat tengok memasing dah berjaya dalam life memasing..Moga kebahagiaan milik kita semua...


TQ Rosli & Jijan sbb sudi luang masa datang..Both of them dah jd businesman..I'm proud both of u

Yanti & Wife Jijan..
Yanti memang sgt close..Teman sama dorm..Bercakor pon ponah..ehehhehe


Psttt..nanti mak buat lagi makan-makan yek..Menunggu sorang lagi yang jauh nunn di Argentina tuh..dah meroyan-royan nak makan popia ketam..kihkihkih...

Thursday, July 17, 2014

...dan bermulalah malam pencarian


Salam Ramadhan...

 Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa


Hari ini sudah hari ke -19 umat Islam berpuasa..Maka malam ini malam ke 20 sudeyy...Ayuhh kawan-kawan kita pecutt..gandakan lagi amalan kerana sudah bermula malam pencarian Lailatul Qadar...

Monday, July 14, 2014

Project Mini Pretzels

Salam 16 Ramadhan...


Dah separuh Ramadhan kita harungi..huk..huk..cepatnya masa berlalu...Berapa banyakkah amalan yang kita raih dibulan mulia ini???

Ok..nak di jadikan cerita, last weekend kami balik kampung..Cadangnya nak balik minggu ni..Tapi last minit Pak Kahar tukar pulak...Layan kan je lah..Lagi pun hari ni Nabihah bercuti..Kira sekolah dia ada cuti tambahan hari Nuzul Quran pada hari esok..Maka malam tadi boleh la balik lepas berbuka...
Ini lah rupa mini pretzels nya..Boleh di dapati di kedai bakery..

Nak di jadikan cerita, project adik beradik ku balik kampung aritu ialah "Mini Pretzels"...Alaaaa...kuih raya popular unutk tahun 2014 ni kan...As usual la kan..tiap tahun memang ada lah fenomena kuih raya popular ni bermula dari zaman biskut almond london sampai skang tahap almond london dah hampir jadi biskut klasik gitu..ahaksss...Aku dulu mula terpikir gak..camner le nak membuat pretzels ni..susah nye nk putar pusing nih.. Sekali akak aku bitau...rupanya pretzels tu ready made aje!!!! So yang membuatkan dia hot tu hanya topping nye aje lah..Nak celop dark coklat, white choklat...Stoberi..dan macam-macam lagi lah..Tu belum lagi cam tabur badam ke..bla bla bla...
Ni lah hasilnya bila dah di celop coklat dan di taburi badam...

Memang mudahkan biskut raya zaman sekarang..Semua pun instant...Yang penting presentation cantik menawan..Ade plak badam dan coklat..Memang mencongkam..Sangat berbeza dengan kuih klasik zaman dahulu..Nak buat punyalah payah..Renyah..Silap buat memang tak menjadi..Tapi kalau yang pro membuat memang boleh teringat-ingat lah..ehehhee



Monday, July 7, 2014

Kisah kami di minggu pertama Ramadhan tahun ini


Salam Ramadhan..

Hari ini sudah memasuki puasa yang ke-9..Bermakna minggu ke-2 berpuasa sudah..Cepatnya masa berlalu..Huk huk..amalan tak banyak lagi nih...huhuuh

Ok....Berbagai rencah & perisa kami suami isteri lalu pada tahun ini untuk minggu pertama berpuasa..Wafiq yang terpaksa di warded pada hari khamis (3/7/2014) setelah demam selama 4 hari berturut..Dia dah mula demam pada hari Isnin balik dari Taska..Selasa both of us bawa dia ke klinik..But Rabu no choice kena hantar jgk ke tadika..Tapi dah bekalkan lah ubat and guide the teachers..Tapi hari Khamis tu macam takde tanda nak recover, maka Pak Kahar strictly bring him to KJMC..Memang masa hari Selasa tu doc di klinik dah pesan, kalau tak ok jgk bwk je ke hospital..Dia pun dah siapkan refer letter..
Satu hospital dengar dia menangis masa doctor cucuk nak buat drip tuh kata abahnya..

Mak tak mampu untuk follow memandangkan ada training doctor pada hari tersebut..Sepanjang mengajar tu hati memang sangat tak tenteram..Tup-tup Pak Kahar called, wafiq warded!!! due to influenza B!!!..Blur sekejap..Tak bleh nak ckp pjg memandangkan dalam training room..Macam lost!!..Nak mengajar doctor pun tak tau apa dah..Masuk plak wassap..Tu dia..dah berdrip bagai...

Habis je kelas..mintak halfday ngn bos..Alhamdulillah dia memahami..Rushing terus balik rumah ambil kain baju wafiq & Fattah di Taska..So pergi KJMC, my turn pulak jaga Wafiq coz Pak Kahar perlu masuk office pulak..Mujurlah Nabihah transit di rumah Kak Lang..SO takde lah rushing nak ambil dia pada hari tuh..

So hari tu kami berbuka puasa di ward kjmc..Hati sebak mengenangkan Nabihah pulak...1st time berbuka puasa terpisah dengan dia..Malam tu lepas maghrib, balik ke rumah ambil Nabihah..Pak Kahar yang stay bermalam di hospital menjaga Nabihah..Cuti lah dia hari jumaat tuh...

Maka hari jumaat mak & nabihah bersahur dan berbuka tanpa Pak Kahar le pulak..huhuhu..Serius sangat mencabar memandangkan si abdul junior ni pantang di letak..Nak solat pun tak tenang..Kalau biasanya aku bergilir dengan Pak Kahar..Tapi terima dengan hati terbuka..Ini hanya dugaan kecil yang Allah beri pada kami..

Hari sabtu, rushing menghantar nabihah ke SRAI kerana ada kelas mengaji..Bulan puasa stop swimming..Concentrate ibadah aje kata abahnya..ehehhe..Alhamdulilah tengahari Wafiq dah balik kerumah..Lega..dia dah sihat dan boleh meloncat!!!!ehehhehe



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...