Iklaneka

Tuesday, September 30, 2014

#MyCyberSALE, Malaysia’s BIGGEST online sale is ON!

Salam Semua..

Bermula semalam iaitu 29 September 2014 sehingga 1 October 2014 bermulalah MyCyberSALE. Bagi yang masih tidak tahu, MyCyberSALE ialah kempen membeli-belah secara dalam talian..

MyCyberSale adalah sebuah program dari kerajaan Malaysia dan diterajui oleh MDeC (Perbadanan Pembangunan Multimedia) . Ianya adalah berita yang sangat hebat buat peminat membeli belah secara online , anda dapat menikmati diskaun terhebat sehingga 90% diskaun untuk produk yang di tawarkan oleh mereka yang turut menyertai program ini.

 Pada yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi boleh ke http://www.mycybersale.my/ melihat senarai penjual online. Serius memang murah & berbaloi..Cepat!!! hanya 3 hari saja...


Errr..sorry, dalam banyak-banyak gambar, gambar ini jugak yang ai sangat berkenan..ehehhehe

Friday, September 26, 2014

From Subang to JB with LOVE :)


Salam Semua

1 Zulhijah hari ini..Baru berkesempatan nak posting mengenai pergi ke JB melawat Kak Andak. Actually kami bertolak ke JB pada malam 12/9/2014 iaitu Jumaat dan pulang semula ke KL pada petang Ahad 14/9/2014. Sangat pantaskan? Apa nak buat memandangkan both of us tiada cuti terlajak untuk hari isnin yang bersambung ke cuti Malaysia..So kena la balik juga walaupun Nabihah refuse to go back.

Kami juga bawak mak sekali ke sana..Tapi mak tak pulang bersama kami, pulang bersama adikku pada ke esokkan hari nya.. Tak berjalan sangat pun ketika di JB. Hanya mengunjungi beberapa tempat je selebihnya banyak di rumah, makan dan bersembang.. Seriously bukan selalu jumpa Kak Andak memandangkan dia seorang tercampak jauh ke selatan..








Bye-bye JB panjang umur murah rezeki datang lagi :)



Wednesday, September 24, 2014

Pernah cuba resepi dari FB?

Salam semua....

Kawan-kawan pernah cuba resepi dari FB? Entah dari mana datangnya saka rajin mak ni kan..boleh pulak terbuat menu mengikut resepi dari FB..Ini gara-gara ramai sangat yang syer kan..Ate asik nampak je dekat wall..mak pun cubalah..Tapi yang sebenarnya mudah nak buat dan bahan pun ada..So..layannnnn





Ahakss..menu cucur kentang je pon...Tapi mak ubah suai ikut citer rasa mak lah. Kalau dalam resepi tu takde pun letak carrot ngan ikan bilis..Tapi mak letak memandangkan benda ada..Ikan bilis memang banyak sesangat dirumah..

Memang ada banyak version cucur ni tapi yang membuatkan hati meronta nak try sebab selain guna tepung gandum ada juga tepung jagung..Ok..now ai know macammana nak hasilkan cucur yang sedap..rangup walaupun setelah sejuk..hihii..Tq pada pemberi resepi moga pahala anda berpanjangan..

So,bukan semua pun buruk media sosial nih..Ade kebaikannya yang peting dimana kita letakkan diri sebagai penggunakan..



Monday, September 22, 2014

Kudos Food Station @Pasar Tani,Kg.Melayu Subang


Salam semua....

Hari ini nak update pasal Kudos Food Station iaitu nama yang Pak Kahar daftar untuk menjadi pengedar muslim produk..Pada yang belum like page FB boleh klik url nih https://m.facebook.com/kudosfoodstation atau search aje Kudos Food Station.

Pada kawasan sekitar berhampiran boleh dapatkan produk jualan di Pasar Tani,Kg Melayu Subang sebab now Pak Kahar permenantly jual di situ..Dah dapat lesen dari FAMA..Alhamdulilah..Antara barang yang ada seperti di bawah nih...Acctually banyak lagi tapi ni antaranya lah..Kami juga mengalukan pada pengeluar produk makanan Muslim yang ingin memasarkan produk mereka...

Ayuh..sokong lah produk keluaran orang Islam demi pembangunan ummah dan ekonomi Islam.

Friday, September 19, 2014

Program Aqiqah bersama EZ Qurban


Salam semua...

Baru berkesempatan nak update blog walaupun banyakkkk sangat cerita..Ok update citer pasal program aqiqah ni dulu lah yek...Demi info bersama pasal aqiqah le lagi..ahaksss...Pasal program aqiqah untuk Wafiq yang tertunda..Sebenarnya aqiqah Wafiq kami buat masa dia menginjak 1 year aritu..Tapi buat sekor je masa tu kan..So seekor lagi kami guna perkhidmatan EZ Qurban..

Proses menggunakan EZ Qurban ni sangat mudah dan senang juga murah. Kalau buat kenduri tu 2 ekor kambing dah bape pakej nye kan..Lagi pun orang Malaysia dah mewah makan...Kita bagi le pada rakyat di negara yang lebih memerlukan..Majlis aqiqah yang kami buat tu sekadar memenuhi syarat memandangkan kami combine dengan majlis bacaan Yassin serta tahlil di kawasan kejiranan..Majlis ukhwah bertemu jiran yang utamanya.. So se ekor lagi kami sertai EZ Qurban..Lega rasanya sudah selesai untuk Wafiq..Tinggal Fattah lagi untuk seekor lagi..Insyllah dalam masa terdekat ini..

Pada yang nak menyertai aqiqah bersama EZ Qurban boleh layari http://www.ezqurban.org/. Ada banyak sangat syarikat yang memikul tanggungjawap ini tapi tergerak hati nak guna EZ Qurban ni bila mengikuti segmen nye di IKIM.FM...hehehhee



Untuk seekor kambing hanya bayar RM550. So far berpuas hati, urusan pun mudah semua online sajokkk...Selesai urusan sijil pengesahan di pos kerumah :)

Wednesday, September 10, 2014

Pakej Aqiqah ~ Mercu Agro Farm


Salam semua....

Hari ini baru berkesempatan nak cerita pasal pakej kambing aqiqah si fattah minggu lepas. Sebenarnya pakej kambing golek ni kami tak cari pun...katering makanan yang kami ambil ni match kan..

Alhamdulilah..semua berjalan lancar..Yang di inginkn seperti dihajatkan..Jangan di tanya berapa bintang untuk food taste kerana mak memang tak berkesempatan nak makan kambing golek nih..maklumlah..tuan rumah kennn..kihkih..tp untuk servis mak bagi markah A lah sebab amat memuaskan dari segi side dishes..pelayan semua..ketepatan masa..yang paling penting ade sijil u ollsss...hikhik



Kami aqiqah sekor je..sekor lagi buat kt ezyqurban lah pulak..mcm wafiq..nanti story yek...



Tuesday, September 9, 2014

Selamat menduduki UPSR & PSRA...

Salam semua..

Hari ini 9/9/2014 bermulalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk murid tahun 6. Doa dan harapan agar mereka success hendaknya termasuk 2 orang ank saudara ku. Exam akan tamat pada 11/9/2014. Bagi yang bersekolah KAFA akan menduduki PSRA pula yang bermula pada 22/9/2014.

Inilah di namakan kehidupan wahai anak-anak sekelian..Ini hanya langkah permulaan memulakan kehidupan..Biar penat dan lelah di dunia nanti di akhirat kita berehat...


Untuk Nabihah masa mu akan tiba..Sekarang kamu hanya menikmati cuti yang panjang ketika senior mu berpeluh menghadapi ujian...

Friday, September 5, 2014

Abdul Fattah sudah 1 tahun...

Salam semua...


Hari ini bertarikh 5/9/2014 genap si kintang kintung mama genap setahun umurnya...Syukur..syukur alhamdulillah atas kurniaan ini..

Setahun yang lepas waktu ini bersamaan hari khamis mama & abah dah menuju ke PPUM bersiap sedia menunggu kehadiran kamu wahai anak...

Kamu anugerah terindah buat mama&abah..Sama indahnya ketika memiliki kakak&abang kamu...

Kamu amanah buat kami berdua..Insyallah, amanah ini akan kami junjung bersama...

Abah,mama,kakak,abang sayang adik fattah :)








Tuesday, September 2, 2014

Gambar : Majlis Aqiqah + Ulangtahun Kelahiran Abdul Fattah

Salam semua...


Majlis diadakan pada 31/8/2014 sempena cuti kemerdekaan Malaysia...Syukur Alhamdulilah..List yang perlu dibuat oleh kami suami isteri terlaksana jua..

Terima kasih pada yang hadir..Jutaan terima kasih pada kakak-kakak yang banyak membantu juga ahli keluarga sekelian...Apalah majlis ini tanpa kehadiran dan bantuan ahli keluarga :)









Syukur..syukur..syukur Alhamdulilah..Hanya itu yang mampu ku ucapkan atas kurniaan ini...

Note: Sebahagian gambar ihsan dari Rosli +cstproduction . Terima kasih kawan...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...