Iklaneka

Showing posts with label Umrah2014. Show all posts
Showing posts with label Umrah2014. Show all posts

Thursday, December 10, 2015

Apa yang perlu difikirkan bila memilih Travel Agent (TA) untuk Umrah

Assalamualaikum....

Sepatutnya aku dah buat posting ni lama dah. Tapi hampir setahun baru kesempatan nak buat. Atas dasar berkongsi pada kawan-kawan. Dari diorg personal tanya, kang sorang lagi tanya.. Kot ada yang orang A aku citer gini, kang orang B aku citer gini.. Mungkin ada yang tertinggal ke kan, so baik lah aku tulis kat blog ni jer. Kat FB pun ada le jugak sikit. Tapi kat FB macam jenuh nak membebel panjang. Letih mak nakkk!!! nak menaip guna semakfon tuh..hikhik...Ok ini antara yang aku ingat dan berdasarkan pengalaman jugak lah. Tak bias pada mana-mana agency. Just random je lah untuk kawan-kawan memilih dengan hati terbuka untuk melunaskan niat ke tanah suci tu yek ...

Berikut perkara yang perlu difikirkan bila memilih TA yek:-

1. Jarak hotel dgn MasjidilHaram. Hotel yg dekat sprt Hilton, Safwah dll harga pakej mestilah mahal - dalam Rm8k-9k. 
* Tapi dari pemerhatian kamilah, semasa musim umrah ni hotel yang biasanya TA gunakan adalah yang berdekatan masjidilharam jer. Tak jauh mana pun.. Kalau hotel mewah pun bukan kita nak dok dalam hotel. Nak stay di masjid kalau boleh tak mau kuar lah. Balik hotel untuk mandi makan je. Tidur pun kalau boleh nak sekejap jer. Tapi kalau pergi dengan orang tua elok lah. Satu lagi yang ustaz pesan, setiap langkah kita ke masjid tu pun pahala tau. So kalau jauh sikit lagi banyak pahala kan :).

2. Penerbangan direct (ke Jeddah @ Madinah) atau transit kat mana-mana. Cth: Muscat, Abu Dhabi dll. Kalau direct harga lebih mahal.
3. Airlines apa? AAx, Mas, Saudi, Emirates, Biman, etc...(Saudi - ok. Direct madinah. Jimat masa dan tak penat)
* Ini penting bagi kami bab airline tuh. Kena faham jadual umrah tuh. Kebanyakkan airline turun di Jeddah. Hanya certain airline je yang turun Madinah. Setahu kami Saudi Airline & Flynas. Jadi pada yang turun Jeddah, tapi ziarah dulu maka anda perlu menempuhi perjalan kira-kira 5-6jam untuk menuju Madinah. Kemudian tempuh lagi perjalanan 5-6jam menaiki bas untuk masuk ke Mekah semula menunaikan Umrah. Fuhhh..memang agak  memenatkan. Jadi kena check betul-betul jadual perjalanan penerbangan tuh. Tapi kita hanya merancangkan. Selebihnya kuasa Allah sebab airline ni kadang berubah jugak last minit.

4. Bilangan hari umrah - 14h/12m? 12h/10m?
5. Bilangan hari di Madinah dan Mekah. 
* Biasanya hari di Madinah adalah dalam 4 hari jer. Memang sempatlah nak melawat banyak tempat ziarah luar Madinah tuh dan selebihnya di Mekah.

6. Ada tak mutawif pengiring KLIA-KLIA(pergi balik dan dalam semua perjalanan). Ada TA tak provide mutawif dalam kapalterbang dan dalam bas dari Madinah ke Makkah dan sebaliknya.
* Memang perlu sangat mutawif ni mengiringi kita dari KLIA sampailah ke hotel tuh. Kalau tak memang tercangak terutama bila kat airport sana tuh. Dengan jemaah ramai, urusan pihak imigresen. Lepas tu nak mendapatkan bas menuju hotel. Jadi memang perlu sangat mutawif nih

7. Kalau berhenti R&R masa dalam perjalanan Madinah/Makkah, makan tu dibayar or sendiri byr? Ada TA yang tak provide langsung.
* Ni kebanyakkan TA takde provide makan kot. Tapi air mineral tu adalah. Masa miqat di Bir Ali tu nak makan boleh lah. Tapi nak makan pun tak bape lalu, hati berdebar beb..Nak umrah..huhuhu

8. Mutawif pengiring/staff TA di Makkah dan Madinah adakah mesra alam atau buat muka garang supaya kita jgn tanya soalan byk2 :disappointed_relieved::disappointed_relieved::disappointed_relieved:.
* Harap takde yang berjumpa mutawif gini. Alhamdulilah TA kami dulu mutawif nye memang best!!!

9. Kalau ambil hotel yg dkt masjidilharam adakah fullboard?(mnum pagi, mkn tghari,mkn mlm) atau breakfast shj? Ade TA fullboard harga lebih murah dari TA yg hanya provide breakfast jer.

10. Bilangan umrah tambahan free ( bas dan mutawif disediakan-INI PENTING!! -Ade tu hanya 2x, ada 3x dan plg bagus TA provide setiap hari :+1::+1::+1:.
* Ni pun penting. ada TA yang provide hari-hari. Sediakan transport seperti TA kami dulu. Jadi siapa yang terdaya memang boleh buat 7x umrah lah. Tapi ada TA yang provide beberapa kali je. Selebihnya jemaah kena pergi sendiri. Kena tahan teksi or van sapu..huhuhuh. Ni bahaya sikit, kena pergi perkumpulan.

11. Pastikan ade mutawif wanita dr pihak TA untuk bwk jemaah wanita ke Raudhah utk pertama kali. Ni penting sbb klu tiada yg guide mmg agak sukar nk memasuki Raudhah yg limited time bg wanita.


12. Ziarah luar. Pastikan tanye lokasi ziarah luar utk Madinah & Makkah.
* Disarankan sblm pergi ke Tanah Haram tu bykkn baca buku sirah. Kerana seandai nye kita tiba dilokasi ziarah tu kita dah dpt bayangan. Tu yg bila tiba kat bukit uhud boleh menitis airmata lihat perkuburan para syuhada..
:sob::sob:



Sekian untuk perkongsian kami yang tak seberapa nih. Sikit lagi menjangkau setahun pergi Umrah. Jujur kukatakan, kami sentiasa rindukan Harammain...

Thursday, September 17, 2015

Zulhijah 1436... Kami bercerita topik yang sama

Assalamualaikum...

Boleh di katakan hampir setiap hari aku telefon mak dikampung. Pelbagai topik yang kami sembangkan. Tapi bila musim haji sudah tentulah topik berkisar Makkah & Madinah. Kalau dulu aku hanya mampu menjadi pendengar setia. Bertanya dan membalas perbualan mak hanya berdasarkan pembacaan..

Tapi tahun ini alhamdulilah, aku serba sedikit sudah boleh berkongsi cerita yang sama bersama emak. Walau pun aku hanya menunaikan ibadah Umrah, tapi kesoronokkan bersembang dengan emak itu tidak dapat digambarkan.

Walau hampir 3 tahun berlalu, hampir semua detik yang emak lalui ketika menunaikan haji emak masih ingat. Sesuatu yang indah buat dirinya yang dia tak mahu lupa. Maka dia tak kan jemu untuk bercerita dan terus bercerita. Aku juga seronok mendengarnya kerana dari penceritaannya itu memberi ruang dalam jiwa ku untuk tekad menunaikan umrah. Alhamdulilah.. Hajat itu Allah perkenankan aku bertamu di Baitullah...

Aku juga seperti emak, tidak mahu seinci pun memori aku menjalani ibadah Umrah hilang difikiran ku. Moga Allah kuatkan ingatan ini dan tetapkan jiwa ku untuk terus istiqomah dalam ibadah. Aku tak tahu bila aku akan dijemput lagi menjadi tamu di Baitullah tapi ku pasti suatu hari nanti.. Hanya Allah yang mengetahui. Aku akan terus memperbaiki diri kerana yakin Allah pasti memilih hamba Nya yang terbaik untuk menjadi tetamu Nya. Moga hati ini terus tetap mencintai Kekasih Mu ya Allah & sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..

Friday, May 29, 2015

Aiskrim Mekah Yang Dirindui

Assalamualaikum...

Tiba-tiba je rasa teringin sangat nak makan aiskrim di Mekah nih..Tak tau mana yang special, tapi memang di rindui...

Makanan yang WAJIB rasanya setiap jemaah cuba tak kira peringkat umur. Masa ibunda ku pergi menunaikan haji tahun 2012 tu pun dia cerita, hampir setiap hari makan aiskrim. Ajaibnya memang tak jemu. Padahal ketika ditanahair rata-rata mengatakan memang tak makan langsung aiskrim.

Sama juga seperti aku dan Pak Kahar, kami boleh dikatakan setiap hari makan aiskrim. Tapi paling nikmat ketika selesai sahaja menunaikan Umrah wajib yang pertama sebaik saja jejak di Bumi Makkah, benda pertama yang kami cari memang aiskrim!!!! Di  tambah pulak gerai aiskrim memang betul-betul di hotel kami..Subhanallah, tiada satu pun yang tak indah di Tanah Haram ini..Semuanya indah belaka..Allahuakbar..


Kedai aiskrim sebelah kedai gunting rambut. Memang ngam lah. Pak Kahar masuk kedai gunting rambut kemudian makan aiskrim..hihiih

Makcik ku yang tak sedar di candid gambar nyer..






Friday, May 15, 2015

Dan berilah rezeki kepada ahlinya dari buah-buahan..

Assalamualaikum...

[Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam]

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”. - Ayat 126 Surah Al-Baqarah






Ayat diatas aku amibil dari perkogsian dari sebuah blog Tafsir Surah Baqarah. Terima kasih atas perkongsian pembuat blog. Moga Allah berkati hidup kamu..mengalir pahala jariah yang diberikan.

Kalau masa pergi Umrah yang lepas, aku sangat kagum dengan keajaiban bumi Makkah dimana kawasan yang panas, ada sebuah pasar buah-buahan yang di panggil Pasar Ka'Kiyah. Pasar ini terletak di luar Kota Makkah. Pasar terbahagia 2 iaitu pasar untuk binatang ternakan dan pasar buah serta sayur.

Bayangkan di pasar tersebut boleh dikatakan semua jenis buah ada dari serata dunia. Dengan kata lain buah yang memerlukan suhu iklim sejuk pun ada. Buah sentiasa segar dan bermutu. Subhanallah..Tapi bila dah baca tafsir di atas baru lah sedar, Ya Allah..betapa doa Nabi Ibrahim itu Allah makbulkan..Sesungguhnya bumi Makkah itu sangat masyhur. Rezekinya melimpah ruah, buah-buahan nya begitu segar.

Semakin aku membaca kisah Nabi Ibrahim semakin aku merindui bumi suci itu...Ya Allah, jemput aku lagi Ya Allah..

Thursday, April 30, 2015

Walau sudah tamat tempoh..Tapi Rindu tiada penamatnya...

Assalamualaikum...

Sim kad Mobily tamat tempoh aktif pada hari ini. Melihat kad ini pun jadi aku rasa sebak. Betapa aku rindu dan hargai setiap detikyang aku lalui dalam hidup ini sebelum, ketika dan selepas Umrah 2014.

Hampir 4 bulan berlalu, tapi seperti baru semalam berlaku... Memang di setiap sujud aku bermohon agar ingatan ini sentiasa kuat mengingati semua itu, memori ketika di Tanah Suci itu tidak mahu pun se inci aku lupakan..

Ya Allah, jemput diri ku lagi menjadi tetamu MU..



Thursday, March 19, 2015

Absolutely Beautiful..

Assalamualaikum...


Subhanallah, gambar ini saya dapat dari Facebook Hadith Of The Day. Betapa cantik dan indahnya.. Melihat gambar ini juga membuatkan terasa seperti menyedut udara yang sangat wangi dan damai ketika berada di dalam nya..


Moga gambar ini memberi inspired kepada yang melihatnya sama seperti diri ku yang seperti kadang-kadang terbau kesedapan menyedut udara di dalam masjid ini..





Tuesday, February 10, 2015

Hati masih kerinduan...

Salam semua...

Tergerak di hati nak membuat spring cleaning di hand phone ni untuk mengurangkan kelembapan. Maka mana software yang dah tak perlu harus uninstal je kan..
Tapi bila tengok je software World Clock ni rasa macam syahdu plak..

Yerr...jujur dikatakan kami masih merundui mu Tanah Haram..uwauwauuawuaw




Friday, January 30, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Dengan 7x Umrah Percuma Bersama Raudhah Travel

Salam semua...

Posting terakhir aku untuk Kembara #Umrah2014 ini. Moga akan ade kembara umrah untuk tahun yang lain. Sesungguhnya aku merayu setiap hari agar di pilih menjadi tetamu-Nya lagi.

Seperti sedia maklum, pihak Raudhah Travel telah merialisasikan impian kami suami isteri menjadi pilihan tetamu Allah. Alhamdulilah. Segala urusan berjalan lancar. Kami membuat keputusan untuk menunaikan umrah ini dengan keputusan yang agak ad-hock. Ini lah yang dikatakan andai nama sudah diseru menjadi tetamu segala keajaiban berlaku.

Semuanya indah belaka bagi diriku. Mungkin apabila niat hati sebulatnya untuk Allah maka aku tidak terlalu memikirkan sangat pasal urusan yang lain. Tapi itulah andai semuanya adalah kerana Allah, automatik kita akan dapat yang indah Allah beri. Perjalanan yang smooth bermula dari KLIA sehingga ke airport Madinah. Keselesaan di dalam flight, begitu juga kemudahan segala urusan apabila tiba di airport sehinggalah ke hotel. Semuanya bagi ku indah. Raudhah Travel hanyalah wakil tetapi segala urusan mereka digerakkan oleh Allah. Allah yang mengatur urusan mereka, menggerakkan hati-hati petugas Raudhah Travel memikul amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawap. Syukur...

Ada banyak sebab kami memilih pihak Raudhah. Antaranya ialah:-

*  Penerbangan terus menaiki Saudi Airline ke Madinah. Ini penting nya kawan-kawan. Perjalanan dari KUL-MED mengambil masa kira-kira 8-9 jam termasuk 1 jam transit di Riyadh. Transit kejap je pun sekadar menurunkan penumpang dan pertukaran flight attandance. Memandangkan flight memasuki tanah haram maka mesti semua beragama Islam lah yek. Ini sesuai untuk yang ziarah dulu baru umrah lah. Kalau umrah dulu better turun di Jeddah sebab dari Jeddah ke Mekah estimate dalam 2 jam. Tapi andai ziarah dulu kalau turun di Jeddah, kemudian ke Madinah itu dah ambil masa naik bas dalam 6 jam. Kemudian dari Madinah ke Mekah untuk umrah ambil masa 6jam. Memang agak penat lah dalam perjalanan. Jadi kami syukur kerana turun di Madinah sebab itinerary kami perlu ziarah dulu baru umrah.


Kenangan bersama jemaah Raudhah ketika di aiport Jeddah. Siap sedia untuk pulang ke KUL



* Ada ustaz pengiring bermula dari KLIA sehinggalah tiba semula ke KLIA. Ni penting kawan-kawan. Untuk jemaah yang pertama kali, kemudian ada di kalangan kumpulan jemaah tu golongan umur yang berbeza-beza. Ada yang kuat, ada yang uzur jadi kalau tiada ustaz pengiring mungkin perjalanan umrah itu agak ada gangguan. Tapi kami di Raudhah Travel , alhamdulilah. Memang ustaz yang menyertai itu jaga kami dengan sebaiknya. Segala persoalan, kemusykilan, permasalahan itu ada jawapan nye.

* Lokasi hotel di Madinah & Mekah juga memuaskan hati. Tidak terlalu jauh dari Masjid. Kalau di Madinah biasanya hotel memang berdekatan je dengan Masjid Nabawi, yang menjadi cabaran apabila tiba di Makkah memandangkan sekarang pembinaan sekitar Masjidil Haram begitu pesat maka banyak hotel yang berhampiran telah diruntuhkan. Yang ada pun tinggal hotel mewah je. Tapi , syukurlah alhamdulilah kami dapat hotel kira-kira 250m dari Masjidil Haram ketika di Makkah.
Ustaz Yusuf (beg hijau pegang henfon) dari pihak Raudhah yang mengiringi kami bermula dari KLIA sehingga tiba kembali ke KLIA.


* Part paling best yang aku rasa takde or maby ada tapi kami yang tak tau, ialah pakej Raudhah ini menawarkan 7x umrah percuma. 7x umrah percuma ini bermaksud pihak agent menyediakan transport untuk membawa jemaah bermiqat di Tanaim setiap hari. Jadi, jemaah pihak Raudhah tak perlu susah payah menahan van / kereta sapu yang banyak bersidai tepi jalan depan-depan hotel tu. Naik je bas yang disediakan. Bagi aku tawaran ini sangat ok terutama bagi jemaah yang tak berapa nak larat. Sebab bukan senang jugak nak menahan van / kereta sapu nih. Faham-faham lah Pak Arab ni bukan semua hati mulia ye dak. Kena pergi beramai-ramai berkumpulan plak tuh. Kalau sendiri bahaya pulak.
Menunggu bas untuk ber miqat umrah hari ke-6

Selesai umrah hari ke-6. 


Setakat ini catatan kembara umrah ku yang best. Hampir sebulan berlalu perasaan rindu itu tetap sama seperti sehari selepas kami meninggalkan tanah haram. Sesunguhnya setiap hari aku berdoa agar di pilih menjadi tetamu Nya lagi. Tak kira sebagai tetamu umrah lagi atau sebagai tetamu haji yang pasti kami mahu menjadi tetamu Nya lagi..lagi dan lagi..huhuuhh



Permandangan sekitar hotel kediaman kami
Pada yang memcari agency umrah feel free to contact:-

Raudhah Umrah & Haji Services Sdn Bhd
"Ingat Umrah Ingat Raudhah"

Alamat:
No 20, 2nd Floor,Batu 10,
Federal Highway, Sungai Way
47300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-78739686 / Faks: 03-78739684

Informasi Berkaitan Umrah hubungi :
019-3831046( Hjh Anis ) , 019-6011046( Hjh Anis )

Monday, January 26, 2015

Kembara #Umrah2014 ~ Menyulusuri Sirah Para Anbiya

Salam Semua...

Hari Ke-3 & ke -5 di Bumi Mekah, pihak Raudhah Travel membawa para jemaah ziarah luar Tanah Haram. Kami menyulusuri kawasan kisah para Anbiya. Sesunggunya bumi suci ini adalah bumi para nabi-nabi Allah. Kalau sebelum ini aku dan Pak Kahar hanya membaca buku unutk mengetahui kisah para Nabi, bila menunaikan umrah ini baru terasa segala yang dibaca itu terbenam dalam hati. Subhanallah..Terasa dekat dihati kisah para nabi Allah itu..

Lawatan Hari Ke - 5 
Kami melawat Hudaibiyah seterusnya bermiqat di situ untuk menunaikan umrah yg ke -5. Kemudian pergi ke Muzium dan Pasar Ka' Kiyah (pasar buah).

Para jemaah Raudhah Travel siap sedia menunggu bas.


Mesin tenun jahit kelambu Kaabah

Pintu Kaabah

Future Makkah. Insyallah 2020 Makkah berwajah baru

Telaga Zam-zam yang asal

Pasar Ka'Kiyah




Lawatan Hari ke -3
Kami ke Padang Arafah, maka melawat lah ke Jabal Rahmah tempat di mana pertemuan Nabi Adam A.S serta Hawa. Kemudian menyulusuri Mudzalifah, Mina dan kawasan melontar jamrah. Untuk Hari ke-3 bermiqat di Jaaranah untuk yang menunaikan umrah ke-3. Inilah kelebihah bersama Raudhah Travel yek..Hari-hari ada umrah. Semuanya pun free sebab dah all in dalam pakej :)

Jabal Rahmah. Gigih mak mendaki u olls..demi nak berdoa untuk kawan-kawan..hihihi

Kebetulan tarikh 29/12 adalah tarikh lahir Pak Kahar. Best betul dia hari kelahiran ada kt Mekah.
Memang aku amik kesempatan berdoa moga di panjang kan usia perkahwinan











Kami menyulusuri perjalanan haji. Ya Allah..Air mata tak henti mengalir. Betapa cabaran mengharungi ibadah haji itu sangat berat. Tapi syurga itu balasannya. Terbayangkan mak yang menunaikan haji pada 2012 terasa betapa kuatanya mak. Di kala ini memang hati ini terlalu kuat mengingati emak dikampung betapa besar pengorbanan emak apatah lagi berkorban menjaga anak-anak kami ketika kami menunaikan umrah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...