Iklaneka

Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Zulhijah 1436... Kami bercerita topik yang sama

Assalamualaikum...

Boleh di katakan hampir setiap hari aku telefon mak dikampung. Pelbagai topik yang kami sembangkan. Tapi bila musim haji sudah tentulah topik berkisar Makkah & Madinah. Kalau dulu aku hanya mampu menjadi pendengar setia. Bertanya dan membalas perbualan mak hanya berdasarkan pembacaan..

Tapi tahun ini alhamdulilah, aku serba sedikit sudah boleh berkongsi cerita yang sama bersama emak. Walau pun aku hanya menunaikan ibadah Umrah, tapi kesoronokkan bersembang dengan emak itu tidak dapat digambarkan.

Walau hampir 3 tahun berlalu, hampir semua detik yang emak lalui ketika menunaikan haji emak masih ingat. Sesuatu yang indah buat dirinya yang dia tak mahu lupa. Maka dia tak kan jemu untuk bercerita dan terus bercerita. Aku juga seronok mendengarnya kerana dari penceritaannya itu memberi ruang dalam jiwa ku untuk tekad menunaikan umrah. Alhamdulilah.. Hajat itu Allah perkenankan aku bertamu di Baitullah...

Aku juga seperti emak, tidak mahu seinci pun memori aku menjalani ibadah Umrah hilang difikiran ku. Moga Allah kuatkan ingatan ini dan tetapkan jiwa ku untuk terus istiqomah dalam ibadah. Aku tak tahu bila aku akan dijemput lagi menjadi tamu di Baitullah tapi ku pasti suatu hari nanti.. Hanya Allah yang mengetahui. Aku akan terus memperbaiki diri kerana yakin Allah pasti memilih hamba Nya yang terbaik untuk menjadi tetamu Nya. Moga hati ini terus tetap mencintai Kekasih Mu ya Allah & sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..

Tuesday, November 6, 2012

Alhamdulillah..Mak selamat tiba

Salam semua....


Mak tersayang telah selamat tiba ketanah air pada hari Sabtu (3/11/2012) kira-kira jam 1pagi di KLIA...
Alhamdulilah...lega rasanya mak telah selamat sampai..Mak pn sihat cuma ade batuk sikit..Normal lah bg org yg baru pulang dh haji...

Selamat tiba ke kampung kira-kira jam 5am...Tak lena tidur rasanya di malam hari demi menanti kepulangan mak... Apa-apa pn lega mak dh sampai :)

Hari sabtu selepas waktu Asar kami, adik beradik ade buat majlis doa selamat utk mak..Ramai jugak la org yg dtg terutama kawan-kawan surau/masjid mak...

Mak agak letih lagi memandangkan perubahan masa dan jarak perjalanan yg jauh..Jadi hari sabtu dan ahad mak byk baring dan tidur aje..Semua hal ehwal rumah di uruskan oleh kami adik beradik....

Apa-apa pn syukur...syukur....Impian mak menunaikan haji sudah terlaksana...Aminnn...

Gambar ini je yg ade..Gambar kepulangan mak tak ade..Sebab terlalu excited mak sampai...ehehhehe

Friday, November 2, 2012

Berdebar menanti ketibaan mak...


Salam semua...

Ketika posting ni buat, kemungkinan mak sudah berada di King Abdul Aziz Airport, Jeddah..Bersiap sedia untuk berlepas...

Tak tau nk di gambarkan macam mana perasaan ini..Rasa nk meletup dada nih menanti tiba nye mak di depan mata....HUhuhu

Mak menaiki pesawat Saudi Airline, SV5516...Di jangka berlepas kira-kira jam 11am disana bermakna lbh kurang cam 4pm la waktu Malaysia....So dijangka tiba lebih kurang jam 1 or 2 pagi di KLIA...

Cek kt web Saudi Airline masih belum update...Maby masih belum berlepas...Kemungkinan ada delay...
Apa-apa pn yg ku harap mak pulang dengan selamat...Aminnnn





Siap sedia untuk pulang ke kampung selepas maghrib ini...Berjumpa abah yg pasti tak sabar menunggu kepulangan mak...huhuhu

Thursday, November 1, 2012

Hari keberangkatan pulang semakin hampir...

Salam semua....

Hari pertama di bulan November 2012...Pantas masa berlalu....2012 semakin penghujungnya.....
Tapi yg lebih bermakna bagi aku 1 Nov utk tahun ini kerana hari ini merupakan tarikh bermulanya keberangkatan pulang jemaah haji 1433H..

Yaa...hari yg sangat, sangat, sangat kami tunggu....Berdebar menanti kepulangan mak dr tanah suci...
Tak tau di gambarkan macam mana perasaan ini.. Cemas, gembira semua pn ada....

Yang pasti fikiran ini dan bibir ini setiap masa menitipkan doa untuk mak agar dipermudahkan urusan dlm segala hal haji ini....Mengikut jadual yg diberi penerbangan KT06 akan tiba di tanahair pada 3/11/2012 (sabtu).Anggaran masa lebih kurang sama mcm waktu pegi iaitu dlm jam 2 ke 3 pagi...

Tiada apa yg kami inginkan buat msa ini melainkan kesihatan yg baik utk mak..Selamat tiba ke rumah kerana abah setia menanti :)





Wednesday, September 19, 2012

Mak sudah berangkat ke Tanah Suci...


Salam semua....

Hari ini, 19/9/2012.. maka berlalu lah sudah hari keberangkatan mak ke Tanah Suci Mekah....
Mak berlepas pada subuh semalam dalam kumpulan KT06, menaiki Saudi Airlines ke Madinah..

Hari Isnin kami semua 10 adik beradik berkumpul solat berjemaah Maghrib bersama mak, selepas itu bacaan Yassin untuk mak moga dipermudahkan urusan pemergian mak...


Pukul 3 pagi kami dh bertolak ke Komplek Tabung Haji Kelana Jaya menghantar emak... Pukul 5.30am mak sudah memasuki kaunter pendaftaran...






Kami doakan semoga Mak diberikan kesihatan yang baik..Dipermudahkan urusan dalam mengejakan ibadah dan memperolehi Haji yang mabrur....Aminnnnnnnnnn


Note: Tak mampu nk menaip banyak-banyak lagi memandangkan air mata masih tak berhenti bercucuran....huhuhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...