Iklaneka

Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Walau sudah tamat tempoh..Tapi Rindu tiada penamatnya...

Assalamualaikum...

Sim kad Mobily tamat tempoh aktif pada hari ini. Melihat kad ini pun jadi aku rasa sebak. Betapa aku rindu dan hargai setiap detikyang aku lalui dalam hidup ini sebelum, ketika dan selepas Umrah 2014.

Hampir 4 bulan berlalu, tapi seperti baru semalam berlaku... Memang di setiap sujud aku bermohon agar ingatan ini sentiasa kuat mengingati semua itu, memori ketika di Tanah Suci itu tidak mahu pun se inci aku lupakan..

Ya Allah, jemput diri ku lagi menjadi tetamu MU..



Thursday, April 23, 2015

Cerita pasal EPF ni sengaja buat rakyat lupa pasal GST kah???

Assalamualaikum...

Ok..straight to the point...Dapat email tweeter pasal nih..
Maka yang selama arini cerita hot top tahap petala 8 pasal kwsp akan abis la kan sebab come back to normal. Tapi apa motif create that isu nak bagi rakyat meroyan??
Haaa...ni  mesti nak bagi rakyat switch topik pasal GST lah tu sepaya pak amad melan bleh rehat mengeluarkan stetment tahap pointer 3.85 dia tu kan..

Ok..mak tak kisah..mak layan je semua nih..
Mak doa je kat Allah moga Allah ampun kan sesapa yang aniaya mak dan rakyat Malaysia..
kalau tak akhirat nanti merangkaklah mencari mak.
kbai..


#benciGST

Friday, February 13, 2015

Mencari Khusnul Khotimah

Assalamualaikum..

Kematian tetap akan berlaku. Ramai yg mati dalam keadaan yg belum bersedia. Kehidupan di dunia adalah bayangan kehidupannya di akhirat. 

Bagaimana cara utk mendapat khusnul khotimah? Iaitu mati dlm keadaan baik :– kena banyak berdoa kepada Allah s.w.t– perbanyakkan amalan baik dimuka bumi


Hari ini perasaan saya agak begitu hiba..Kerana pada hari ini lah perginya seorang tokoh ilmuan yang di hormati iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Betapa seluruh rakyat Malaysia merasa kehilangannya.. Perginya seorang ulama..

Meninggal di malam jumaat.. Dikebumikan pada hari Jumaat. Subhanallah..Ini mengingatkan saya serta suami, ketika berada di Madinah. Ustaz yang menjemput kami pada hari Rabu ketika sampai di airport Madinah telah meninggal dunia pada malam Jumaat iaitu 2 hari sehari selepas dia bertemu jemaah Raudhah. Di solatkan di Masjid Nabawi, dikebumikan di perkuburan Baqi'. Sesungguhnya moga kematian dijemput dengan cara khusnul khotimah. ~ Alfatihah untuk mereka yang telah pergi mengadap Ilahi..

Tuesday, February 10, 2015

Hati masih kerinduan...

Salam semua...

Tergerak di hati nak membuat spring cleaning di hand phone ni untuk mengurangkan kelembapan. Maka mana software yang dah tak perlu harus uninstal je kan..
Tapi bila tengok je software World Clock ni rasa macam syahdu plak..

Yerr...jujur dikatakan kami masih merundui mu Tanah Haram..uwauwauuawuaw




Tuesday, December 9, 2014

Untuk kali ke-2

Salam semua....

Untuk kali ke-2 aku diberi peluang untuk rehat selama sebulan..Yang istimewanya ia dibulan Disember..

Jika dahulu tahun 2012, aku mengambil keputusan nekad berhenti kerja tanpa ada kerja yang menunggu di hadapan..Tetapi kuasa Allah itu maha besar..beri peluang aku rehat sebulan di rumah, bulan januari 2013 aku sudah berjodoh dengan kerja baru :)

Untuk 2014, aku masih diberi peluang untuk cuti tanpa gaji sebulan semuanya kerana si Abdul Fattah..Ya..kerana fattah aku nekad membuat keputusan ini. Syukur..pihak majikan sangat memahami situasi aku ketika ini..

Sesungguhnya perancangan Allah itu maha hebat..Dalam setiap sujud ku mengharapkan di permudahkan segala urusan..Nahh..ini yang terbaik Allah beri pada ku..Benar kata orang menjadi surirumah itu yang terbaik tapi buat diri ku masih belum lagi. Mungkin Allah masih mahu aku berkhidmat pada yang memerlukan terutama para doctor dan jururawat..Kerja itu bukan kah juga ibadah..Maka Allah mahu aku lebih lagi ibadah dan habblumminannas..iaitu menjaga hubungan sesama insan kan..

Pasti ku gunakan peluang ini menikmati sepenuh hari bersama anak-anak..Alhamdulillah.





Friday, October 17, 2014

Perlu Sangat Ker Hospital Swasta Sponsor Kos Bersalin Artis?

AMARAN KERAS!!! 

Posting ini tidak ada kaitan dengan rasa benci pada artis mahu pun dengki pada artis. Sila baca dengan minda terbuka dan berlapang dada...SEKIAN

Aku sebenarnya bukan lah nak posting sangat pasal kes perihal artis dalam blog personal aku nih memandangkan aku bukan lah peminat tegar mana-mana artis di Malaysia. Tapi walau aku tak minat dan tak menyokong industri seni tanah air ni tak bermakna aku tak amik tahu perihal dunia seni..

Tapi isu yang agak hot skang ni memang buat aku rasa "gatal" je tangan nak menaip sebab aku sangat sentap. Bukan sentap sebab aku dengki dengan artis yang mendapat tajaan segala mak nenek kerana itu rezeki mereka tapi satu benda yang aku rasa SANGAT tak wajar di beri sponsor adalah kos BERSALIN!!!..

Aku bekerja di sektor kesihatan, melihat sendiri betapa ramainya ibu bersalin di hospital kerajaan nih.. Kadang tuh sampai tak cukup katil. Ada yang kadang terpaksa dibuka pseudo bed untuk beri ruang supaya ibu bersalin dapat jugak katil. SEE!!! betapa kesian nye kan.. Itu belum lagi yang kadang datang hospital sini kena tolak ke hospital lain yang tak penuh...

Boleh you all fikirkan kenapa jadi begitu?? Sebab itu je pilihan yang rakyat bawahan ni ada.. Hanya mampu bersalin di hospital kerajaan. Nak ke swasta??? Nak call bertanya harga pun segan kan?? Yang figure almost ribu raban. Tapi apa nak di kata swasta..Business tetap business ye dak?? Bukan charity. Secara jujurnya aku juga golongan middle class yang pernah bersalin di swasta dari kos anak pertama tahun 2007 (RM5.6K)  meningkat ke RM6.1K pada tahun 2009 dan yang latest baby (2013) nih aku memang tak mampu sudah nak spend more than that ke swasta yang membuatkan aku memilih hospital semi-gov iaitu PPUM yang kos separuh dari fully private. Tapi itu untuk golongan middle class pun berkira-kira untuk ke swasta apa tah lagi yang golongan memang bawahan yang pilihannya memang ke fully gov. Betapa di sini kita lihat tinggi nye kos bersalin itu di hospital swasta.

Jadi aku rasa, kalaulah hospital swasta di Malaysia ni nak sangat buat charity..please lah..ada ramai lagi golongan di luar sana yang sangat..sangat memerlukan..Kalau you all (refer pada semua hospital swasta) nak sangat buat program charity sponsor kos bersalin tolonglah ambil rakyat golongan marhaein nih yang lagi sangat memerlukan..Kalau sebijik hospital swasta ambil 5 ke 6 orang patient setahun sekalipun at  least dah membantu mengurangkan traffic yang tinggi di bilik-bilik bersalin hospital kerajaan nih..Bukan itu aje mintak je pengurangan tax mahu pun zakat dalam bajet tahunan..Itu lagi afdhal membantu golongan yang memerlukan dari golongan artis yang memang ternyata hidup mewah umpama puteri kayangan petik jari semua pun dapat termasuk beli kereta BMW umpama beli sayur kangkung di pasar..

Akhir kata, kepada pihak yang berkemampuan sila lah pandang-pandang dulu golongan mana yang you all patut bagi sponsor. Dalam keadaan ekonomi Malaysia skang nih yang kadang memang buat rakyat pertengahan dan bawahan sesak nafas, bantuan dari yang berkemapuan amat lah di hargai.. SEKIAN


Sorry to Che Ta, kadang-kadang hidup ini perlu kesederhanaan. Kalau tak mau jadi bahan perbincangan sila rahsiakan hal ehwal dapat sponsor ni yek..TQ


Wednesday, October 15, 2014

La tahzan innallaha ma'ana''~Jangan bersedih,Allah bersama kita

Salam semua...

Semalam hari yang agak sedih bagi diriku..Mendapat perkhabaran dari mak di kampung bahawa pakcik ku telah pergi selamanya mengadap Ilahi..Pak Ngah kodin yang kami sayangi...Seluruh keluarga terkejut dengan berita ini. Aku seperti tidak percaya. Termanggu seketika tatkala mak menelefon ku jam 5 pagi.

Moga tenanglah wahai pak ngah ku disana..Ku iringi doa buatmu. Tak mampu untuk bercerita panjang kerana hati ini masih belum mampu percaya bahawa kau sudah tiada..Hanya sedikit coretan sebagai ingatan kemudian hari...

Innalillahirojiun...Alfatihah untuk arwah Saharudin Iskandar

Semalam juga mendapat berita dari kawan-kawan ExStesma bahawa salah seorang teman kami telah kehilangan isteri akibat kemalangan jalan raya. Moga Zulfadli Alias tabah menghadapi dugaan ini..Ku sedekahkan AlFatihah utk arwah isteri..






Wednesday, August 13, 2014

Biar penat sedikit di Dunia..berehat di Akhirat...


Salam semua...

Melihat gambar di bawah ini memang hati ini kadang sayu sendiri..Beginilah rupa Nabihah setiap hari..Seawal 6 pagi dia sudah persiapkan diri untuk pergi ke sekolah..Tempoh sekolah yang panjang buat dirinya tanpa ada rehat membaringkan diri..Tapi ingatlah wahai anak..Dunia memang untuk kita berpenat dan lelah supaya akhirat nanti kita boleh berehat...



Beginilah rutin harian diriku bersama Pak Kahar..Seawal pagi telah bangun iaitu kira-kira jam 4.30am untuk memulakan tugas seharian...Memulakan diri dengan tunduk dan memohon pada Ilahi agar permulaan hari kami di berkati..Barulah aku memulakan kerja-kerja si dapur untuk menyiapkan "bento" buat Nabihah dan juga Wafiq.. Syukur...Masih mampu menyediakan sarapan tanpa gagal bermula aku melangkah kaki menjadi seorang isteri sehingga kini (errr...dalam pantang tak buat le yek..hihihi)..Anak-anak juga seperti sudah mengerti bahawa setiap pagi perut mereka mesti di isi dengan makanan dari air tangan mama sendiri...Maka ku gagahi juga diri ini untuk mempersiapkan semua ini...Penat??? Secara fizikal nye memang memenatkan tapi secara emosi hati ini sangat gembira dan berpuas hati...

Tempoh sekolah yang panjang..baju sekolah pun legammm...huhuhuhu



Tuesday, January 28, 2014

POS Malaysia guna beca ker angkut Parcel dari Shah Alam ke JB???

Salam semua....


Hari ini hari yang sangat emosional hokeh!!! Maka posting pun agak ter emo yek...Dah le sampai office pagi ni di kejutkan dengan arahan add hoc untuk beri training pada doctor..Ok..fine..Mak tak kisah sebab dah biasa..Biasa la sangatttttttt...Sekali masuk je bilik training, bukan doctor biasa..TAPI Specialist hokeh!! Sudah..mak nervers..(pssstt..biasa nye specialist ni kadang banyak cengkadak sebab maby hidup mereka yang sangat teliti..)..


Bila duduk je..check handphone..Tu dia..beratus wasap..berderet miss call..uwauwuaua...Dari Kak Andak nun dr JB...Ni yang mak nak meroyan kn nih...Shipment yang dihantar pd 18/1 di Pusat Mel Shah Alam baru tiba di JB pada hari ini!!! Subhanallh..Mengucap panjang ok....

Bukannya kami biarkan je parcel tuh..Memang hari-hari check di web..Tapi hanya update pada 20/1 masih di Shah Alam juga..Ok fine..dah kata 5 hari bekerja..Kami sabar..TAPI sehinggalah semalam..Parcel masih berstatus di Shah ALam..Tak boleh jadi..Call Hotline Pos (ni memang bikin hot..sebab payah gila nak mendapat)..Sabar punya sabar dapat lah juga cakap dengan customer servise nya..Minah tu cakap parcel sudah berada di JB...OK lega...



TAPI pagi ni abg ipar pegi le cek di POS Larkin (pusat mel)..Orang pos tu boleh cakap MASIH ADE DI SHAH ALAM!!! Korang tak pengsan ke dengar..ade 8 kotak semuanya..bang oiii..Banyak nih..Bukan tumpang free..BAYAR!!!! Beratus bayar nihhh...

Apa lagi..mak mula kalut..dah call Pak Kahar nak suh dia gi je dah pusat mel shah alam tu kot deme peram or buang ke parcel mak tuh..Tapi tangan tu sambil tu key in gak kat web pos..TUP tup tengok dah update, baru tiba di JB jam 7.02pagi tadi...huhuhu..Syukurrr...

Tak tau nak marah ke tak tapi yang pasti dlm wassap kami adik beradik memang berbakul memaki...Sebab alasan pos tu yang sangat tak munasabah " Shipment overload kak"..Asik-asik itu je yang deme cakap..Ate kalau dah tau overload tak reti-reti nk solve that problem..Kalau rasa tak mampu ko buat gini aje..customer datang nak pos barang kome cakap aje kami tak leh terima dah sila ke courier lain..kan senang gitu!!!

Errr..nak meroyan lebih membambu POS Malaysia tak boleh sangat lah sebab adik aku pun keje ngn POS..muahahhaha...



Wednesday, December 18, 2013

Kadar Baru Tol Bagi Tahun 2014 ~~ Sila semak sekiranya lalu jalan ber tol!!!

Salam semua....

Berikut adalah kadar baru tol untuk tahun 2014 yang di kongsi dari web GUATV. Oleh sebab laluan yang ku harus lalui setiap hari untuk pergi kerja semuanya ber tol, maka gigih lah buat posting ini kan sebab diri sendiri terkesan dengan kadar baru ini..



Berikut adalah jadual kadar baru tol yang dijangkakan akan berkuat kuasa pada tahun hadapan :-


LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 kepada RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 kepada RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 kepada RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 kepada RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 kepada RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 kepada RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 kepada RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 kepada RM2.50

PANTAI RM1.50 kepada RM2.50

DAMASARA RM1.00 kepada RM1.50

KIARA RM2.00 kepada RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM kepada 16.46c/KM
 ( tak faham naper SKVE boleh naik pada hal baru je bukak, logik akal nye tak kan konsesi dah abis kot..puiii@@%#^#&^$&%*)

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 kepada RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 kepada RM3.00



Sedey kan??? Kalau tak suka tol boleh lalu jalan biasa..Tapi kalau ke Hospital Serdang ni jalan biasa mana nak lalu?? Dah tentu hospital ni tepi highway SKVE..kalau tak mo lalu tol, jalan biasa tak bleh so terpaksa lah lalu jln atas angin gamak nyer..Apa punye sentet ntah solution menteri ni..Membidas complaint rakyat macam tak berpelajaran..Tapi kalau di kata kang tau plak mem 'back' ing diri tu lulusan Oxford kekdahnya tahap first class degree di tweeter..Tapi kalau berckp macam drebar lori..puii...


Errrr....subhanallah..apa mak dah lahar kan dekat blog nih...Errr..tak suka..tak suka ada aura negative kt blog nier...Errrr..tapi kalau dah cenggini gayanya...masih positif lagi ker????? dan sentiasa kena cakap " syukur...Malaysia masih aman"..camtu??? @#$%^&&*)!!!!!

Apa-apa pun mak suka statement ini >>



Namun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata kenaikan kadar tol adalah akibat Kerajaan Pusat silap meterai perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip konsesi mengakibatkan rakyat terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya.

Adehhh...paling sengsara orang selangor lah sebab dah tentu highway berselirat di sini...Apo nak buat, highway di bawah kerajaan pusat kan..Kalau negeri dah tentu Pak Khalid kasik diskaun macam air...Ahaksss..we luv u pak khalid!!!

Friday, December 6, 2013

Dear Malaysian, You deserve better????

Salam semua...


Posting ini sepatutnya aku uplod kan semalam, memandangkan keratan akhbar ini pada hari semalam. Tetapi hanya berkesempatan pada hari ini...



Memang agak tertarik muka depan The Sun ini..Hati ini memang meronta-ronta melihat apa kah yang di maksudkan You deserve better ini kan..Apakah berita gembira yang rakyat Malaysia selayak nye dapat..Di saat sekarang negara menghadapi sedikit ujian dari Allah iaitu banjir besar melanda di beberapa kawasan di sebelah pantai timur, memang aku sebagai rakyat marhaen ini menantikan apakah berita yang selayak nye aku sebagai rakyat terima lebih baik dari sebelum ini..Tapi.......billa di buka je muka surat seterusnya..ini rupanya yang rakyat malaysia dapat...ahaksss..


Walaupun hanya mi segera MAMEE..tapi idea yang di buat oleh pihak MAMEE ni harus di pikirkan secara positif (err..cuma mkn mee segera tak bape elok hokehh)..Dalam keadaan ekonomi sekarang ni semua pun sedia maklum, kenaikan harga petrol, gula dan bermacam lagi barang keperluan asas..Ade pihak yang masih mengambil kira hal begini walaupun agak terpencil tapi memberi impak yang besar..

Yer lah..dengan kenaikan harga minyak, gula..semua barang makanan pun naik..Kalau tak naik harga, size atau kuantiti di kecilkan..Kalau dulu kuih 40sen seketul, 3 or 4 kali gigit baru habis..Tapi dengan kos kenaikan harga barang keperluan asas, kuih yang 40sen tu 2 kali gigit habis sudeyy..Sangat kecik hokeh!!!!

So, usaha pihak MAMEE ini perlu diambil positif, mungkin juga boleh jadi satu bahan mem"perli" pihak yang bertanggung jawap yang sebenarnya RAKYAT MALAYSIA, LAYAK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK di dalam negara sendiri.... :)



Sunday, June 9, 2013

Pos Laju ker Pos Lambat???

Salam semua....

Kalau di ikutkan malas nye lah nk up posting berunsur complaint iaitu yang ada aura-aura negatif ni dalam blog..TAPI..kalau tak di beritahu rasa macam terbuku benor rasa di hati ni lah...

Baca tajuk pun you all dah boleh tahu kan? Semestinya lah pasal ketidak puasan hati ini dengan perkhidmatan POS LAJU!!!

Rasa nya memang sedia maklum lah...Berkhidmatan courier ni..Bukan lah ku dambakan perkhidmatan 5 bintang mahupun sembah ratu tip top punye services..Kita pun faham...TAPI kalau dari Rawang ke Shah Alam ambil masa more than 3 days tu macam dah melampau hokeh!!! Di tambahkan lagi dengan 2 kali miss delivered..Bila called customer services (ni sangat hampeh nak dpt talian nyer) alasan di beri TAK SEMPAT NAK HANTAR!!! Benda yang di pos hari rabu boleh drag sampai ke Isnin minggu depan nyer...

TAPI...oleh sebab mak macam dah meluap-luap amarah, sebab kang kalau tunggu Isnin entah tiba ke idak..maka dengan berat hati la ke Pusat Mel, Seksyen 21..Pickup sendiri lorrrr semalam (sabtu).

Memang la parcel ni bukan tahap URGENT mahupun pun PENTING SEPENTING-PENTING nya tahap petala langit..tapi kalau dah barang kita, guna pulak pos laju of coz la nak sampai cepat kan..Kalau dah makan berminggu baiklah pakai pos biasa je..Betul tak?

So, ini le buktinya...




Tak mahu meroyan banyak-banyak..Barang pun dh selamat di ambil..Kang aku meroyan pung pang tak tentu hala..balik-balik guna gak POS LAJU kan..Ate caner? Dah ini je yang reasonable...

SO..kepada courier company swasta di luar sana...If you can give good service with reasonable price..Feel free to offer among online seller..We really need it..TQ :)


Monday, December 31, 2012

Tahun 2012 sudah di penghujung...

Salam semua...

Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2012...How time flies??? Sgt pantas dan laju meninggalkan kita....
Semestinya sepanjang tahun 2012 ni mcm-mcm berlaku dlm hidup kita kan...Ade yg pahit,maung, manis, sedih..duka..lara...Mcm-mcm lah rasa..Kalau dah di namakan manusia, ditugas plak menjadi khalifah di bumi Allah ini semestinya mendpt ujian perlbagai rasa...

Tahun cemerlang dari segi kesihatan untuk kami sekeluarga..Terima kasih Allah memakbulkan doaku pada tahun lepas moga dikurniakan kesihatan yg baik terutama ank-anak..alhamdulilh..Tahun ini anak takde yg warded..Insuran no claim..Cover from company si Pak Kahar pn takde exceed..Ahaks..Syukur..syukur..Alhamdulilh...


Memori indah tahun ini buat kami adik beradik semestinya pemergian Mak tersayang ke tanah suci Mekah..Ya Allah...satu perasaan yg terindah yg tak boleh di gambarkan dengan kata-kata apabila impian mak menjadi kenyataan..Menitis air mata ini kegembiran serta kesyukuran...

Cuma pada tahun 2012 ini kerjaya tidak menyebelahi diriku pada awalnya..Episod berduka hiba bermula bulan 9...Inilah ujian hidup namanya...Allah uji diri ini supaya kuatkan lagi rasa kehambaan pada diri Nya..Mungkin akibat kealpaan diri ini menghitung benda gembira, suka yg diperolehi tapi kurang bersyukur dan rasa kehambaan... Apa-apa pun dugaan itu dtg ku terima dgn hati terbuka...Memang rasa sedih..kecewa..tp ku lemparkan semua itu..Apabila diri merasai kehambaan pada Sang Pencipta baru kita sedar bahawa pahit itu akan manis juga akhirnya... Yer betul...Rasa sedih itu pergi dengan sendirinya..dan kemanisan dan keindahan itu akan muncul juga akhirnya...Alhamdulilh....


Memori indah percutian ini semestinya ke KRABI, THAILAND....Tapi sebenarnya lokasi itu sgt subjektif..the best thing is when u spend time together with your family..Tu yg lagi indah sebenarnya kn...
Tahun 2012 masih tahun berjalan buat diriku...Maby akan dikurangkan tahun depan...huhuhu..

Apa-apa pun saya tetap bersyukur atas apa yg berlaku pada 2012 ini...




Thursday, December 13, 2012

I feel tired...

Salam semua...




Pehhhhh...terasa sukarnya menagih kerja demi mencari rezeki yg halal di muka bumi Allah ini... Tapi ku yakin..rezeki Allah itu ade..Rezeki bukan di tangan manusia.. Maby bukan dapat dengan cara makan gaji dengan manusia..tapi maby hadir dengan cara kita bekerja sendiri iaitu berniaga.. Ku yakin itu semua.. Allah mengetahui segalanya..Janji jangan putus usaha...

Wednesday, November 21, 2012

Ubat Hati

Salam Semua....


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."


Lately nih, hati sentiasa tak tenang..Tak tau, apa yg mengganggu pemikiran...Yg pasti rasa tenang di rumah tp bila ke tempat kerja hati mula rasa gundah gulana...huhuhu... Sesungguhnya hati ini memang sgt tidak happy di tempat kerja ini..Tapi ku tabah kan hati..kuatkan semangat juga..Bekerja dgn ikhlas...TAPI...jantung ini tetap berdegup kencang seperti ade benda tersekat di kerongkong....Huhuhu....


Moga, ubat hati ini dpt melegakan hati ku yg ketika ini sangat lah tidak tenteram dan tenang..huhuhu


Note : Ya Allah...kurniakanlah aku pekerjaan yg baru...

Monday, November 19, 2012

Ohhh..i need new job

Salam semua....




Yes..yes...i'm desperately looking new job now!!!  Oh..new job, please come to me..i really need change my job now to extend my career path and also environment...huhuhu


Ya Allah...makbulkan lah doa hamba mu yg lemah ini..Semoga tahun 1434 hijrah memberi sinar buat diri ku...


Thursday, November 8, 2012

6/11/2012 - Sudah genap 7 tahun...

Salam semua...

Posting ketinggalan sebenarnya nih...Muahahhaha....Ya ampunnn...boleh terlupa tarikh Anniversary..kah kah kah....

Serius mak terlupa jah oiii...6/11 aritu genap 7 tahun hidup sebumbung dengan Pak Kahar....Pantas nye masa berlalu....Itu ini begitu begini, dh 7 tahun kawen, di kurniakan 2 ank lagi...Alhamdullilah...

Perkahwinan itu biasa...ade up and down..But layan kn je lh...Redha, sabar dlm menghadapi nye....Apa-apa pn aku bersyukur dan berpuas hati dgn perkahwinan ini...Tak kaya harta tapi selesa kehidupan....Alhamdulilah....

Kepada Pak Kahar, terima kasih kerana memilih diri ini...Bukan yg terbaik tp berusaha menjadi terbaik pada pasangan masing-masing itu lebih bermakna...


Note: Tetiba rasa cam syahdu plak...huhuu..Apa-apa pn gembira dan bersyukur atas kurniaan Ilahi pada ku....

Wednesday, March 28, 2012

Mudah.Tepat.Selamat

Salam semua...

Akhirnya....setelah hampir habis bln March, baru le dpt EA form...Dpt je di tanga, zasssssssssss terus login  https://e.hasil.gov.my/ ..Mak takmo tunggu lg nyah...Pak kahar dh dpt refund occay!!! tp duit dh langsai sudah selamat ke insuran + roadtax kereta..Alhamdulilh rezeki yg Allah aturkan mmg lengkap dan teratur...Memang takde la nk menjadikan hambanya ni manusia yg rosak berbelanja tak kira tempat bila dpt duit refund..hehhehehe....



Tak bleh nk ckp apa la kn..Dh nma tanggungjawab mesti jd rakyat yg bertanggungjawab la..Tapi apa-apa pn aku halalkn duit aku ni utk kerajaan sekiranya itu utk pembentukan negara dan ank bangsa demi menjadi negara yg maju dan aman..Membina sekolah, mahupun surau..menjaga kebajikan ank bangsa sekian dan sekian..Tapi aku haramkn duit aku ni sekiranya kerajaan menyalurkn pd benda yg lagho mahupun yg mendatangkan maksiat serta kemudaratan kepada rakyat jelata seperti membina hub hiburan yg tak mendatangkan faedah itu semua...Wahhh..sgt patriotik ko..Jadi..apa tunggu lagi kwn-kwn...Mari menjadi rakyat bertanggungjawb :D

Friday, March 23, 2012

Berkat waktu dhuha....

Salam semua....

Hari Jumaat yg indah hari ini..Alahmdulilh..Masih bernafas lagi, mneruskan perjuangan hidup di bumi Allah..Rezeki yg dilimpahkan oleh NYA kepada kami sekeluarga..Syukur..syukur Ya Allah...

Ni lah yg dikatakan rezeki anak2..Dan aku percaya semua itu..Tiap anak ada je rezeki yg Allah telah peruntukkan, yg penting kita perlu berusaha mencari dan tawakal kepada Nya...Alhamdulilh...


SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi 
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Note: Syukur alhmdulilh habuan yg Pak Kahar perolehi hari ini...Rezeki dr Allah utk kami sekeluarga..TQ gak pd kakak yg tak jemu buat Solat Dhuha di tadika..Keberkatan itu sampai ke pada mama & abah..Aku syukur..syukur pd mu YA ALLAH...

Friday, January 20, 2012

Korang dh semak belum?Sila cek sekarang!!!

Salam semua....

Pagi td on day way pergi kerja, biasa la dlm kereta mesti la layan radio kn..Ade le iklan tentang semakan daftar pemilih untuk pilihan raya...Wahhh...semacam tak lama lg je PRU 13 nih kn..Apa2 pn yg pasti jentera kerja parti masing2 dh mula bergerak..Semboyan sudah berbunyi, menuju medan bakti...Muahahah...


So, apa lg arini smpai opis mula la bkk web  http://www.spr.gov.my/  untuk semak nma daftar pemilih kn..NI pd yg sapa2 dh pnh daftar la, just nk tau nma ade lagi tak, pehtu lokasi mna mengundi nnti..Pada yg blum dftar sila la daftar cepat2...Daftar di Pejabat Pos pn bolehhhhhhhhh...

Marilah kita menjadi rakyat yg bertanggung jwp yer kwn2..Thread ni bkn le berunsur politik ke apa, sebaliknya   hanya sekadar pemberitahuan menjadi rakyat yg bertanggungjawap..Dah kita duduk di Malaysia, dibwh Raja Berpelembagaan, Demokrasi Berparlimen, we must accept it..Kalau tak suka smua tu..tak suka mengundi2 ni smua sbb sistem demokrasi ni penipu, tak telus byk corruption, sila keluar dr mesia!!hahhaha..sgt kasar ayat tu kn..Ye le, dh engko lahir kt mesia..ko terima je le dh gini caranya..Rasa tak gemor pemimpin yg ade, tunaikan tnggjawap pangkah mna yg ko suka..Jgn pndai ckp jer tp kang memangkah nye idak...Sapa kita nk mengubah undang2 negara kn..Tapi dgn undang2 demokrasi ni ler..Rakyat menetapkan pemimpin dgn cara mengundi...Itu le benor nye...

Kalau org tnyer aku, suka parti mna? Aku neutral, tak mau taksub kpd mna2 parti..Sbb parti tu hanya sekadar nama tp yg penting nya manusia yg mewakili parti itu...sbb bg aku selagi mereka2 yg berkenaan yg mengamalkan RASUAH atau DUIT KOPI masih berkuasa di pejabat-pejabat kerajaan apatah lagi diperingkat tertinggi negara, selagi itulah masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh BN ataupun PR!!!


Note :: Tak sabar nk mengundi dh ni..Nak memangkah!!! penat ngn senerio politik skang ni..sungguh memualkan..Nak season baru plak dh..hahhaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...