Iklaneka

Showing posts with label Fattah. Show all posts
Showing posts with label Fattah. Show all posts

Sunday, April 28, 2019

Hari Sukan Tadika Taska Delima Ilmu

Salam semua..

Terasa pantas rasanya masa pergi meninggalkan diri ini insan yang lemah. Sejak berumur 3 bulan Fattah ditempatkan di TTDI, dan hari ini merupakan sukan terakhir dia di situ kerana tahun ini dia sudah memasuki 6 tahun. Allahuakbar, mama cry dik.. Mama sebak sebab my kintang kintung dah besar...huhuh

Ku abadikan sedikit memori buat kemudian hari untuk beliau di Hari Sukan 2019












Semoga Fattah sentiasa gembira dan menikmati hari-hari yang indah ketika berada di tadika kerana tahun ini adalah tahun terakhir buat dirinya. Terima kasih tidak terhingga buat semua warga TTDI Seksyen U5. Anda semua hebat!

Wednesday, September 5, 2018

Abdul Fattah sudah 5 tahun...

Assalamualaikum...


5/9/2018 genap Abdul Fattah berumur 5 tahun.. Alhamdulillah, syukur atas pinjaman dari Ilahi. Moga Allah jadikan anak ini anak yang soleh penyejuk dimata penawar di hati..

Happy birthday sayangku Fattah,

Love,
Abah,Mama,Kakak,Abang


Monday, April 16, 2018

Hari Gembira Fattah ~ Lawatan ke Homestay Sg Haji Dorani



Salam semua...

Posting sebagai kenang-kenangan dikemudian hari untuk si bongsu Abdul Fattah dalam menjalani kehidupan semasa 5 tahun di Tadika Delima Ilmu.


Aktiviti lawatan ke Homestay Sg Haji Dorani pada 12/4/2018. Seharian disana. Macam-macam aktiviti yang anak-anak tadika lakukan. Sedikit gambar ihsan dari pengetua & cikgu. Terima kasih para cikgu yang menjaga anak-anak kami dengan baik..












Macam-macam aktiviti anak-anak buat. Inilah baru dikatakan real anak kampung!

Monday, November 20, 2017

Hari Kecemerlangan & Kesenian 2017 Tadika Taska Delima Ilmu



Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Walau tidak sekerap dulu insyallah update juga untuk moment penting.

Pejam celik dah nak habis sessi persekolah 2017. Semalam berlangsung event tadika taska si Abdul Fattah. Oleh sebab bertembung dengan hari sukan sekolah Nabihah maka kakak tak dapatlah tengok adiknya perform. Memang semalam jadi supermama lah kesana kesini. Apa pun kesian kt kakak sebab takde sapa teman dia bersukan. Jadi tiada gambar sukan kakak..

Hantar kakak dulu ke Stadium Panasonic











Sekian untuk update kali ini. Jom kerja kuat utk cari duit yuran tahun depan. Yak yak yeiiii

Tuesday, September 5, 2017

Abdul Fattah sudah 4 tahun...

Assalamualaikum...


Hari ini bertarikh 5/9/2017 maka genaplah si bongsu Abdul Fattah berumur 4 tahun. Terasa sebak pulak. Sebak atas kesyukuran yang Allah limpahkan atas kurniaanNya memberi kami pinjaman unutk memikul amanah. Apa pun setiap nafas tiada henti mendoakan untuk wahai anak.

Abah, Mama, Kakak & Abang sayang fattah kerana Allah Taala...








Monday, September 5, 2016

Abdul Fattah sudah 3 tahun...

Assalamualaikum....


Tanggal 5 September 2016 maka genaplah si Abdul Fattah berumur 3 tahun...  Pantas sangat masa berlalu...
Semestinya mama & abah doa yang terbaik untuk adik... Tiada sambutan hari lahir untuk adik, tetapi itu tak bermakna mama & abah tak sayang kamu wahai anak..

Gambar yang diambil pada tarikh 5/9/2016. Wajah genap 3 tahun :)




Tuesday, May 3, 2016

Hari Sukan Tadika/Taska Delima Ilmu 2016

Assalamualaikum...


Hari sukan berlangsung pada 30/4/2016.. tapi as usual lah kalau hari cuti memang tak kan nyer sempat nak ber update blog. Maka tunggu hari kerja jugak lah kan..

Tahun ni hanya tinggal seorang anak sahaja di TTDI, si kintang kintung Abdul Fattah.. Kelas 3tahun kan.. Tahun ni buat perangai pulak dia. Mood tak berapa nak good, maka acara sukan tak main pon.. Eeeee... sabar je lah kan.. Ada lah sedikit je gambar nyer..

Tak pe lah dik, tahun depan join lagi kan.. Insyallah...








Ini sahaja gambar yang ada, gamba masuk acara tak ada.. Sebab sessi pujuk memujuk je yang ade :p

Tuesday, February 2, 2016

Bulan ke -2 di Tahun 2016

Assalamualaikum...

Hari ke-2 di bulan ke -2 untuk tahun 2016... Dah sebulan berlalu kan.. Cepat sangat.. Cerita bulan 1 pun banyak tak update kat blog nih...huhuhu..

Ok, permulaan hari untuk bulan ke-2 di tahun 2016 ini terpaksa EL demi Fattah yang demam... Maka pecahlah rekod mama tahun ni bila mana terpaksa EL. Cadangnya nak buat rekod tuh, tapi apa kan daya demi anak memang kena let go je kerjaya nih... Hari ni dia masih demam lagi, ponteng taska dan nak tak nak memang Pak Kahar kena take turn lah. Maka hari ini abah memang tak boleh wat sales ler demi si kintang kintung ni. Harap cepat sembuh nye wahai anak....




Wednesday, January 20, 2016

Bento of the day #13


Assalamualaikum...

Update gambar bekal anak-anak je nih. Cerita kurang. Wafiq as usual, kadang makan apa yang di bekal kadang macam mana rupa bawak, macam tu lah rupa balik.. Tak terusik. Tambah sekolah nya ada provide makanan waktu rehat, maka bekal mama nya tu kalau tak kena dengan tekak nya memang tak usik lah.. Kakak paling win. Sedap ke tak tetap makan.. Fattah tak pasti sebab tak dapat lagi report dari cikgu taska nye nih makan ke tak...

Hari-hari pun mem'bento' cuma kadang sempat ambil gambar, kadang malas.. Harap istiqomah demi anak-anak. Paling utama pak Kahar lah sebab dia balik dari hantar anak, ada benda nak di makan di rumah. Ngeeee....


Nasi goreng cina + popia ketam

Mee goreng + murtabak ayam 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...