Iklaneka

Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Monday, October 1, 2018

Selamat menduduki UPKK 2018 wahai anakku Afiah Nabihah

Assalamualaikum...


Hari ini, 1/10/2018 Afiah Nabihah akan menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa. Pantas masa berlalu. Terasa baru sahaja menghantar beliau ke tahun 1. Hari ini sudah darjah 5 dan perlu menduduki UPKK. Tiada apa yang mampu dikirimkan untuknya selain doa agar dipermudahkan urusan dan menduduki peperiksaan. Dilancarkan segala urusan ketika menjawab soalan dan menjawab dengan tenang dan tepat.

Semoga yang terbaik untuk kakak, Afiah Nabihah




Monday, October 24, 2016

Bermulalah Peperiksaan Akhir Tahun 2016


Assalamualaikum...

Rasanya masih baru je lagi daftar anak masuk sekolah masa awal tahun. Hari ini dah bermula episod exam akhir tahun untuk sessi persekolahan 2016.

Bila dikenangkan balik, haishh.. Macam manalah si abdul wafiq tu jawap exam yek. TQ pada cikgu atiqah yang mengirim kan gambar.

Mama doakan untuk kedua anak mama buat yang terbaik. Dapat no 1 or tak mama tak kisah. Sebab mama dulu pun tak pernah dapat no 1. Ahaksss





Salam sayang untuk anak-anak mama...

Tuesday, September 9, 2014

Selamat menduduki UPSR & PSRA...

Salam semua..

Hari ini 9/9/2014 bermulalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk murid tahun 6. Doa dan harapan agar mereka success hendaknya termasuk 2 orang ank saudara ku. Exam akan tamat pada 11/9/2014. Bagi yang bersekolah KAFA akan menduduki PSRA pula yang bermula pada 22/9/2014.

Inilah di namakan kehidupan wahai anak-anak sekelian..Ini hanya langkah permulaan memulakan kehidupan..Biar penat dan lelah di dunia nanti di akhirat kita berehat...


Untuk Nabihah masa mu akan tiba..Sekarang kamu hanya menikmati cuti yang panjang ketika senior mu berpeluh menghadapi ujian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...