Iklaneka

Showing posts with label projek iqra'. Show all posts
Showing posts with label projek iqra'. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Sahabat Iqra' : 1000 PRE-ORDER KOMIK ABU NUWAS DIBUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berita baik untuk peminat Komik Abu Nuwas, komik ini yang bersiaran setiap minggu di Facebook Projek Iqra' kini boleh anda dapati dalam bentuk bercetak.
100% keuntungan jualan Komik Abu Nuwas akan digunakan untuk membiayai program-program kebajikan anjuran Projek Iqra’. Anda bukan hanya membeli, tetapi juga beramal.
Jualan amal 1000 PRE-ORDER KOMIK ABU NUWAS telah dilancarkan secara rasmi pada 04/11/2014. Kempen disasarkan selama sebulan dan penghantaran bermula pada Disember 2014.
Kajian yang dijalankan secara rawak medapati seramai 1,294 setuju untuk PRE-ORDER, sertai mereka. Jadilah 1000 terawal yang pertama memiliki Komik Abu Nuwas Siri 1 sekarang.
Lakukan transaksi disini -> http://bit.ly/komiksiri1

Ajukan sebarang pertanyaan di Group FB: GANG - Geng Abu Nuwas Group ->http://bit.ly/gengabunuwas atau https://www.facebook.com/groups/1542058862674177

Details:
54 halaman mukasurat
100% Mukasurat berwarna
Perfect Binding
Saiz A5 (210mm x 148 mm)
Sticker hadiah*
Kertas berkualiti art card 128gsm
Sasaran Tarikh Penghantaran : Disember 2014
Tarikh Tutup PRE-ORDER : 30/11/2014
Room 3 No.10A, Persiaran Cahaya 2 Taman Cahaya Indah
68000 Ampang, Kuala Lumpur.



Saturday, January 18, 2014

Projek Iqra' ~ Pemberian Percuma Roti Cinta

Salam semua...


Posting ini sepatutnya di buat pada hari yang sangat bermakna untuk umat Islam iatu hari kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal = 14 Januari yang lepas..Tapi biasalah tak kan berkesempatan punya unutk update uptime..So delay..maka hari ini yang mampu untuk di update..

Untuk pengetahuan semua, pada hari tersebut Pak Kahar juga menyertai Projek Iqra' ini dalam projek mereka iaitu memberi Roti Cinta kepada yang menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Putrajaya...

Sebelum subuh Pak Kahar dah menuju ke Putrajaya..Sepatutnya aku je menyertai tapi membatalkan niat memandangkan anak di rumah tiada yang teman, maka Pak Kahar lah yang meneruskan niat suci ini..

Walaupun dia sampai agak lewat kerana selesai solat subuh di Masjid Besi, operasi mengagihkan Roti Cinta telah bermula tapi peluang berkenalan bersama ahli Projek Iqra'.

Berikut adalah gambar di hari tersebut..Credit tu FB Projek Iqra'








Monday, January 13, 2014

Projek Iqra' ~ Hidup Untuk Memberi

Salam semua...

Entry ini sepatutnya aku buat selepas nye program blogrrr pada bulan lepas. Tapi memandangkan posting keghairahan kami menghadapi anak memasuki tahun satu..maka posting mengenai PROJEK IQRA' ni terbantut sudahhhh...

Semasa berlangsung nye progran blogrrr tersebut, aku berkesempatan men 'join' kan diri dalam Projek Iqra' ini yang mana sebelum ni aku memang LANGSUNG tak tau apakah Projek Iqra' ini..Sehinggalah pada hari tersebut ada salah seorang ahli di dalam Projek Iqra' ni membuat perkongsian..



Ok..mari kite kenal APAKAH PROJEK IQRA' ini???

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.

Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.
Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.
Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 

Ok..ini serba sedikit info yang aku ambil dari web rasmi Projek Iqra' http://www.projekiqra.com. Kepada sesiapa yang rasa ingin menganggotai Projek Iqra' ini boleh la ke maklumat yang di beri di bawah :

Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia 
(Projek Iqra' Charity Association Of Malaysia)
Registration No: PPM-006-14-25012013




Hidup ini memang untuk memberi..Kadang-kadang kita tak sedar, sumbangan kita walaupun sedikit memberi impak pada sekeliling. Sumbangan itu bukan bermakna wang ringgit mahu pun harta benda semata-mata tetapi mengajak dan berpesan-pesan kepada kebaikan itu juga merupakan sumbangan kita dalam membentuk pembangunan ummah Islam..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...