Iklaneka

Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Monday, March 26, 2018

Cuti Sekolah Bulan 3 @Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang

Salam semua..

Terajin pulak nak update pasal cuti sekolah bulan 3 ni. Aktiviti bajet. Mur..mur aja kekdahnya memandangkan memang dah macam tak mampu nak mengepak sekarang ni bila barisan dah panjang. Makanya cuti je le apa yg hado..

Ni pun  tak sengaja. Hari khamis terfikir, jumaat tu terus angkat beg bawak anak-anak. Dah kebetulan masa tu surf agoda, sesaja letak bagan lalang. Tup! terpapar pulak hotel seri malaysia with reasonable price.  Book saje lah..

Jadilah, anak-anak puas mandi kolam lepas tu main  pasir pantai lepas tu mandi laut sikit-sikit. Ini je lah aktiviti cuti sekolah bulan 3 nih.. 

So far puas hati lah jugak dengan Seri Malaysia  nih. Dapat superior twin room with breakfast dlm RM130 lebih kurang gitu. Walau hotel ni tak lah mengadap laut tapi ade pintu belakang yang boleh jalan kaki je ke pantai. So ok lah kn. Sampai je, check in pukul 3 tu terus budak-budak ni mandi kolam. Stop solat asar. Agak hari macam dah redup tu kami jalan kaki ke pantai. Sebab bila matahari makin nk tenggelam masa tulah air slowly naik kan... So bila dah nak magrib pulanglah ke hotel..

Esok pagi lepas breakfast jln  kaki ke pantai. Masa ni cuaca masih belum panas. Jadi oklah untuk main2 laut semua..Bila dah dekat pukul 10 gerak balik ke hotel sambung pulak di pool. Main le dalam sejam gitu lepas tu balik ke bilik kemas-kemas untuk check out. So, simple je iternary kami. Yang penting anak-anak enjoy!













Sekian untuk kali ini.. Wassalam..

Thursday, November 24, 2016

Hari Terakhir Persekolahan 2016


Assalamualaikum..


Hari ini merupakan hari terakhir anak-anak bersekolah di tahun 2016. Pantas sangat berlalu.. Rasa baru je berlelah-lelah di awal tahun. Kini sudah tiba penghujung.. Rehat sebulan, bagi persediaan untuk tahun hadapan..

Sedikit gambar kiriman guru kelas Wafiq sebagai ingatan sessi persekolahan 2016.





Gambar yang sempat di ambil sebelum ke sekolah di hari terakhir persekolahan...

Sampai jumpa lagi.....

Tuesday, March 29, 2016

Cuti Sekolah Bulan 3, 2016 @Zoo Melaka

Assalamualaikum...

Lambat sangat update posting nih. Dah nak habis pun bulan 3 kan. Pergi Melaka pada cuti sekolah hari tu sebab attend kenduri kahwin sepupu sebelah Pak Kahar, makanya bawak lah anak-anak melawat Zoo Melaka sekejap.

Musim panas menyengat sekarang nih. Tapi apa nak buat, layannn kan saja lah.. Zoo agak so-so.. Jadilah anak-anakkan dari takde..Hik hik








Kami naik tram je... Tak larat nak berjalan semua.. Panassss... Anak-anak kata tak best sangat sebab haiwan macam tak meriah. Tapi yer lah, tengahari kan.. Haiwan banyak yang tidur. Insyaallh nak repeart Surabaya or Bandung jugak lah nanti untuk ke Taman Safari di sana. Memang lagi meriah haiwan mungkin sebab di kawasan tanah tinggi, sejukkk je lah kan.. Apa pun kita support pelancongan negara yek anak-anak.

Tuesday, December 22, 2015

Kem Thiflun ~ Cinta Allah, Cinta Rasul @Masjid Negeri Shah Alam - 19/12/2015

Assalamualaikum...


Afiah Nabihah & Abdul Wafiq mengikuti Kem Thiflun ini untuk kali ke-2. Jika tahun lepas program hanya sehingga jam 2 petang, tapi tahun ini program di panjangkan sehingga 5 petang. Maka banyaklah pengisian yang anak-anak akan perolehi.

Program yang penuh pengisian, sekurang-kurangnya anak-anak tidak disogokkan dengan menonton tv je dirumah kan. Apa pun mereka tetap pulang dengan gembira terutama Nabihah yang dapat gift kerana berjaya menjawap soalan katanyer...hiihih

Moga banyak lagi program bermanfaat ini diwujudkan apa bila cuti sekolah tiba.









Insyallah, panjang umur murah rezeki tahun depan join lagi :)

Thursday, November 19, 2015

Hari Terakhir untuk Sessi Persekolahan 2015

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan di tahun 2015 untuk Nabihah. hari esok dia akan mula bercuti. Untuk sesiapa yang terlibat dengan hari anugerah sahaja perlu datang sekolah. How time flies. Sebak pulak rasa, terasa baru sahaja membuat posting untuk nya di awal tahun persekolahan. Hari ini sudah buat post terakhir untuk sessi persekolah.

Tahun hadapan bermula pula episod baru iaitu sessi persekolahan untuk Nabihah dan juga Wafiq. Cabaran buat kami berdua suami isteri memandangkan mereka bersekolah berasingan dan juga berlainan arah. Kami yakin Allah akan aturkan segalanya. Allah akan gerakkan hati dan fikiran kami untuk berfikir dalam mengatur urusan anak-anak. Maka dengan ini secara rasmi mama bercuti sebulan menghantar kakak ke sekolah.



Berusaha dengan gigih lagi buat kakak. Jangan lelah menuntut ilmu kerana yakin lah bahawa dunia memang tempat berpenat lelah kerana nanti diakhirat kita berehat...


Thursday, March 26, 2015

Getaway 2015 ~ Pulau Langkawi

Assalamualaikum...


Booking tiket ke Langkawi ni tahun lepas, tak sangka pulak bertembung dengan LIMA 2015. Maka Langkawi sangat lah sesak. Segala benda naik ber double dari kereta sewa mahu pun hotel. Tapi tix dah ade, layan kan je lah. Lagi pun bukan senang nak bertembung event besar gini kan. Dah ade depan mata, layan kan je lah. Dapat juagk tengok jet pejuang, kapal perang sesaknika jenis. Jadi lah..

Stay di Bella Vista Resort. Maka memang percutian kami ini untuk rehat dan santai semata. Tempat yang kami dah pergi tak de lah ulang lagi. Kami hanya pergi  ke Muzium 3D dan Mardi Agrotek sahaja. Selebihnya tu banyak pusing-pusing, makan-makan sahaja..Lepas tu rehat di hotel, berkubang kolam.. Janji anak-anak happy sudey..


Muzium 3D



Mardi Agrotech



LIMA 2015


Bella Vista Resort 





Bye-bye Langkawi, ada rezeki datang lagi :)

Monday, March 16, 2015

Kem Pemantapan Solat Anak-Anak @Tadika Delima Ilmu

Assalamualikum...

Sekali lagi pada tahun ini pihak tadika mengadakan aktiviti yang sangat berilmiah untuk anak-anak. Kalau tahun lepas Nabihah tak sempat menghabiskan program kerana perlu rushing ke Ipoh. Tahun ni alhamdulilah.. Nabihah & Wafiq join dari awal hingga habis. Tahun ni siap bawak sepupu mereka join sekali iaitu Damia, Wildan & Basil. Semua pun happy.. Balik rumah memang dapat pengisian itu..















Kudos to Tadika Delima Ilmu!!! Program yang sangat bermanfaat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...