Iklaneka

Wednesday, December 25, 2013

Apakah yang di maksudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi??? - Part 1

Salam semua..

Agak keberatan nak membuat topik ini..sebab kes malas nak menaip..Maklum lah, ibu beranak kecik kan..Baru nk menaip time idea mencurah dh tetiba kena berhenti sebab anak dah kuwekk..kuwekkk...eheheh..TAPI tak per..ai buat gak la mana yg mampu hokeh!!!! Demi kawan-kawan yang bertanya dan masih tidak tahu mengenai sekolah integrasi ini kurangnya info di carian google.. Ku dedikasi kan untuk kalian...oh yeahhh.. Walaupun dulu mak agak jenuh hokehh!!! menggeledak perut pak google mencari perihal kisah sekolah intergrasi ini...



Apakah yang di maksudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi?

- Sekolah rendah yang menggabungkan Kurikulum Akademik & Kurikulum Diniyyah serta Hafazan..


Oleh sebab Nabihah akan bersekolah di SRAI 19, yang di bawah kawalan JAIS, maka topik ini akan berkisar sekolah di bawah JAIS je lah yek..Sebab di Malaysia ni untuk Kurikulum Diniyyah ada banyak sebab Jabatan Agama Islam mengikut negeri masing-masing..Ada juga kurikulum diniyyah ni diambil dari luar seperti Sekolah Hira' yang menggabungakan silibus kebangsaan dan juga Musleh. ITQAN Intergrated Islamic School yang menggunakan silibus Singapore serta gabungan silibus kebangsaan.

Selain sekolah di bawah tajaan JAIS sepenuhnya, ada juga sekolah yang menggunakan silibus JAIS tapi tidak di taja oleh JAIS seperti Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya, Sekolah Integrasi Assyakirin di Shah Alam dan banyak lah lagi...Ini antara nya lah...

Perlu di ingatkan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) merupakan sekolah Agama Negeri (SAN) yang di tadbir urus oleh JAIS. Statusnya di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekolah SWASTA.

Walau pun SRAI berstatus sekolah swasta, lepasan sekolah SRAI masih boleh bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah KPM atau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SAM) Negeri Selangor. Tapi kalau dah bersekolah aliran agama dari darjah 1, sayang le kan nak masuk ke aliran biasa..Elok anak dah hafaz beberapa juzuk Al-Quran tak kan nak habis gitu saja kan?ehehehh

Berikut adalah senarai SRAI di Selangor yang di bawah JAIS sepenuhnya,

Bil.Nama SRAIAlamatNo. Telefon
1.Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19,Jalan Gelora 19 / 46 Seksyen 19,40300 Shah Alam.03-55424950
2.Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin,Jalan Plumbum 7/99, Seksyen 7,40000 Shah Alam.03-55180799
3.Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang,43700 Beranang ,Hulu Langat.03-87668048
4.Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi,Jalan Kemajuan 60 / 6 Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang03-89254714
5.Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi,43900 Sepang03-87063979
6.Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat,Jalan AU 2A, 54200 Ampang/ Ulu Kelang03-42573911
7.Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai ChinchinBatu 7 Jalan Gombak, 53100 Gombak03-61875464
8.Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah,Jalan Sentosa 64, Kawasan 19, Batu Belah,41200 Klang.03- 33410810 /Faks: 33410816
9.Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor45000 Kuala Selangor.03-32893739
10.Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis,42700 Banting Kuala Langat.03-31813122
11.Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Sabak,Kompleks Sekolah Agama Muhammadiyah,45200 Sabak Bernam.03-32162257

Selain itu, sekolah intergrasi swasta yang menggunakan silibus JAIS adalah seperti,

- Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya
- Sekolah Integrasi As-Syakirin, Seksyen 13 Shah ALam
- Assofa Integrated Islamic School

NOTE: Sila google untuk pergi ke web sekolah tersebut untuk tahu lebih detail..

Ni antara yang sempat aku senaraikan sekolah integrasi yang menggunakan silibus JAIS dan berstatus swasta sepenuhnya (yakni takde sponsor dari JAIS lah..)

Waktu persekolahan hanya satu sessi iaitu bermula 7.30am@8am sehingga 3.30pm@4pm..Ikut sekolah masing-masing lah..Tapi waktu macam tu lah lebih kurang..

Lunch will be provided..SO, anak kita tu dari pagi sampai ke petang lah stay kat sekolah tu yek..Umpama datang pagi pulang nya petang...ahaksss...

Rasa setakat ini je lah...Kalau rajin nanti akan cerita pasal macam mana nak masuk ke sekolah integrasi ni..Ade EXAM hokeh!!! Bukan mudah nak masuk..Ade ujian beb..


SYARAT KEMASUKAN MURID TAHUN 1

TAHUN  1:

1.         Calon, Ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia(keutamaan diberikan kepada calon, Ibu dan bapa kelahiran Negeri Selangor atau telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di Negeri Selangor (perlu dapatkan pengesahan).
2.         Berumur 7 tahun pada tahun kemasukan.
3.         Pemilihan kemasukan murid adalah berdasarkan kelayakan seperti berikut ;

a-     Mendaftar di sebuah SRA. Integrasi Negeri Selangor (SRAI) - Pendaftaran dibuka mulai 1 April – 30 April.
b-     Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS)
c-     Lulus dengan baik UKS.
d-     Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI

4.         Calon yang berjaya dalam pemilihan akan ditawarkan melalui surat tawaran yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS, begitu juga murid yang tidak berjaya juga akan dimaklumkan melalui surat yang akan dihantar melalui sekolah.
5.         Tiada keutamaan akan diberikan kepada permohonan bagi kategori seperti berikut ;

5.1.    Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah.
5.2.   Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI.
5.3.  Calon  memohon  untuk  bertukar  ke  sekolah  SRAI  yang  lain  setelah  mendapat tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI.(Cth ; SRAI Sek. 19 bertukar ke SRAI Dato’ Mufti Yusoff Sahabuddin, Sek. 7).

6.         Bagi kes rayuan ; Rayuan hendaklah diajukan terus kepada pihak sekolah. Rayuan hanya akan dipertimbangkan berdasarkan kelulusan terbaik dan kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.

Nota ;                                                                                      
*      Tahap kelulusan adalah berdasarkan keputusan terbaik dan jumlah kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.


Ok...takat ni je dulu..Kalau rajin nanti sambung part 2 plak..Persedian untuk menghadapi ujian SRAI ni yek..Serius agak mencabar gak la..

Err..harap mak rajin nak sambung...ahakss...

Bye...


10 comments:

  1. Assalmualaikum sis.. sy mmg berminat nak skolahkan ank sy yg skrg ni baru berumur 4 tahun ke skolah SRAI ni.. sbb tertarik sgt ngan silibus sek mcm ni.. harap2 nasib menyebelahi ank lelaki kami Insyaallah..tq for information given :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. boleh bantu saya. saya cube cari fees utk SRAI x jumpe. boleh puan emel jika xnak expose di comment ini? emel haslina2004@yahoo.com terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. boleh bantu saya. saya cube cari fees utk SRAI x jumpe. boleh puan emel jika xnak expose di comment ini? emel haslina2004@yahoo.com terima kasih

    ReplyDelete
  4. Dari segi yuran plak mcm mana...blh bg detail mengenai yuran di SRAI

    ReplyDelete
  5. Dari segi yuran plak mcm mana...blh bg detail mengenai yuran di SRAI

    ReplyDelete
  6. Yuran srai tahunan +- rm 300... Yuran bulanan rm50 (makan) rm20 (pibg).. Total bulanan rm70...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk pencerahan.. Saya pun bercadang menghantar anak ke sana :)
    Senang-senang meh lawat kindhearty.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. Salam,


    Saya berminat untuk menghatar anak lelaki saya 2 orang yang tidak ada sekolah ugama sebelom ini. Sekiranya anak saya tidak diterima saya memohon pandangan dimanakah sekolah ugama yang sesuai. Anak saya berumur 11 dan 12 tahun. Mohon pencerahan dan pandangan. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Salam....saya berminat nak hantar anak ke sekolah ni..tapi sy belum menetap lagi di salak tinggi...in shaa Allah..tahun 2018..tapi boleh ke anak saya daripada sekolah rendah biasa,bertukar ke SRAI yang pada ketika itu dia di darjah 2?

    ReplyDelete

Ade ke yg sudi komen?Kalau sudi dipersilakan dgn berbesar hati :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...