Iklaneka

Tuesday, November 25, 2014

Hari Kesenian & Anugerah Cemerlang, Tadika Delima Ilmu ~ 23 Nov 2014

Salam semua..

Majlis yang telah berlangsung pada hari ahad yang lepas.. Posting yang tak kan aku skip demi memori di masa hadapan..Memori indah perkembangan anak-anak..Betapa pantas masa berlalu..Anak-anak meniti hari menempuh perubahan alam..huhuhu..Tetiba rasa syahdu la pulak..

Jika tahun lepas ada kakak yang berumur 6y dan Wafiq ketika itu 4y..Tahun ini wafiq sudah pun memasuki fasa 5y..Tak dapat sangat nak menikmati persembahan Wafiq memandangkan Fattah yang agak lasak..Pak Kahar hadir agak lambat memandangkan tapak gerai perlu dijaga..Hanya dapat melihat persembahan terakhir wafiq..Dia tercari-cari kelibat abahnya ketika di pentas..Bila nampak je abahnya mula la tergedik happy..hihihihi












Monday, November 24, 2014

Apakah itu Bronchopneumonia?

Salam semua...

Sepatutnya posting ini dibuat minggu lepas. Tapi memandangkan aku bercuti 3 hari menjaga Fattah di ward, maka bila masuk office je ada banyak note yang dah menunggu..Maka di delay lah arini...

Fattah di masukkan ward di DEMC pada hari Ahad 16/11/2014 sejurus selepas hari sukan kakak (sorry kakak, nanti mama buat entry untuk ni yek). Discharge pada hari Rabu, 19/11/2014.. Wahh..anak-anak mak kalau tak warded tak dah yek..Setiap anak memang merasa lah percutian 5 bintang di hospital..huuhuuh..

Redha..itu yang mampu aku katakan..Dugaan yang aku terima dalam membesarkan anak-anak amanah Allah ini...Fattah di masukkan ward due to BRONCHOPNEUMONIA. Dengan kata lain jangkitan pada paru-paru...Benda ni semakin common bagi aku rasa kena dikalangan kanak-kanak.

Day 1. Serius memang lesu yang amat.

Jangkitan kuman di paru-paru

SISTEM pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).
Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
- Pernafasan laju
- Sukar untuk bernafas
- Bibir menjadi biru
- Batuk berdarah
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini di rumah:
- Paracetamol
- Rehat yang secukupnya
- Minum air yang banyak
- Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
- Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

- Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu.
- Mengambil imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara.
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan).
----------------------------------------------------------------------------------------------
Day 2 : Muka masih kurang ceria

Day 3: Day boleh bermain :)

Memang kami ada mengambil vaksin pneumococcal untuk kesemua anak..Tapi si fattah ni ada berhutang 1 lagi dos. Sepatutnya semasa 13 bulan aritu dia kena pergi tapi abahnya terlupa ambil GL untuk ke KJMC..Tapi yer lah dah nak kena kan, tidak ku salahkan lah sebab delay ambil vaksin tuh..dah nak kena, dugaan untuk kami..Cuma pesanan untuk kalian jangan di delay benda-benda gini..

Friday, November 21, 2014

Bento of the day ~ #11 - Penamat untuk sessi 2014

Salam semua..

Sempena hari sekolah terakhir untuk sessi 2014, maka gagah kan la juga ter klik klik depan makanan untuk rekod yang boleh di simpan dalam memori ingatan..Bermula dari Bento of the day #1 sehinggalah ke #11. Walau pun hari-hari ada buat bekalan unutk Nabihah & Wafiq dan kadang-kadang Pak Kahar juga tapi tak mampu nak ter klik-klik depan makanan kan..ehhehe

Roti telur je pon..demi cinta kasih mama pada kamu wahai Nabihah


Hari Terakhir untuk Sessi Persekolahan 2014


Salam Jumaat

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sessi 2014. Terasa baru je lagi membuat posting Hari Pertama Persekolahan 2014. Hari ni dah buat posting untuk hari terakhir plak kan...

Masih ingat di fikiran memulakan rutian harian seawal 4.30am membuat bekalan, melayan ragam dan kerenah Nabihah yang saban hari menguji kesabaran... Tapi kini semua itu terasa kemanisannya... Baiklah kakak, mama berehat sebulan tugas menghantar ambil kakak ke sekolah..Paling utama berehat untuk koleksi "bento of the day"..ihiksss...




Ceria di pagar sekolah..ecehhhh



Friday, November 14, 2014

Upin Ipin dan berkawan dengan Ultraman Ribut :)

Salam semua...

Kalau lah diberi tahu pasal hal ultraman ada dalam upin ipin, mau terjun tiruk lah si abdul wafiq ni kan...ahaksss...



Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.

 Source from : http://upindanipin.com.my/blog/episod-baru-upin-ipin-dan-ultraman-ribut/

Oleh sebab episode ni bermula pada hari ini..of coz la tak dapat tengok kan sebab dia masih di taska..Tapi esok or ahad maby boleh kot..Kalau tak boleh download je lah kan..ahaksss...


Ni salah sekor koleksi otomen nyer..Tapi rasa dah "selamat" kot..Maby patah kaki tak pon tangan...kihkih


 

Monday, November 10, 2014

FREE SEAT datang lagi..lagi..lagi dan lagi....




http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr3460601.page?icid=iad790hpmba

Isk..isk...sengaja je Pak Tony nih tau..dia datang lagi dahh...untuk promo kali ni memang tak pejam mata lah memandangkan waktu tu memang kena..Ahakss..semenjak anak dah bersekolah ni memang tak ada dah konsep suka suki redah booking, apa-apa kena tengok jadual persekolahan..Mujurlah calender persekolahan 2015 dah ade..so senang lah sikit sebagai rujukan..Banyak destinasi yang di timbang tara belum lagi di pangkah oleh Pak Kahar..Tapi syukur berjaya lah juga...ehhehe


Sessi memujuk tengahari semalam..Apak dah bagi green light..Apa lagi sebattt



Yahuuu..misi berjaya..Kemana?? Tu kena tunggulah tahun depan kan..Mampu pergi yang pastinya..


So tahun depan dah ade tiket menunggu..Kita peram je kan, as usual..panjang umur kita berjodoh untuk tahun depan :)

EVERY BODY CAN FLY MAAAAA

Thursday, November 6, 2014

Itu ini begitu begini, 9 tahun di alam perkahwinan..

Salam Semua


Hari ini bertarikh 6/11/2014 genap 9 tahun melalui alam perkahwinan bersama Pak Kahar..Tiada apa yang dapat digambarkan selain rasa bersyukur..Err..syukur Alhamdulilah je mampu cakap kan...Tak kan nak cakap sayang cinta bla bla..sebab sedia maklum memang sayang le kan..suami tu..hhehhe..


credit gambar to +CST PRODUCTION ..jasa mu dikenang.. 9 tahun berlalu masih tetap anggun..kihkih

Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Ku cintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau ku tahu
Kuharap bicara cinta
Kau cerita tentang bola
Ku ingin bersiar-siar
Dikau baca surat khabar



Wednesday, November 5, 2014

Sahabat Iqra' : 1000 PRE-ORDER KOMIK ABU NUWAS DIBUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berita baik untuk peminat Komik Abu Nuwas, komik ini yang bersiaran setiap minggu di Facebook Projek Iqra' kini boleh anda dapati dalam bentuk bercetak.
100% keuntungan jualan Komik Abu Nuwas akan digunakan untuk membiayai program-program kebajikan anjuran Projek Iqra’. Anda bukan hanya membeli, tetapi juga beramal.
Jualan amal 1000 PRE-ORDER KOMIK ABU NUWAS telah dilancarkan secara rasmi pada 04/11/2014. Kempen disasarkan selama sebulan dan penghantaran bermula pada Disember 2014.
Kajian yang dijalankan secara rawak medapati seramai 1,294 setuju untuk PRE-ORDER, sertai mereka. Jadilah 1000 terawal yang pertama memiliki Komik Abu Nuwas Siri 1 sekarang.
Lakukan transaksi disini -> http://bit.ly/komiksiri1

Ajukan sebarang pertanyaan di Group FB: GANG - Geng Abu Nuwas Group ->http://bit.ly/gengabunuwas atau https://www.facebook.com/groups/1542058862674177

Details:
54 halaman mukasurat
100% Mukasurat berwarna
Perfect Binding
Saiz A5 (210mm x 148 mm)
Sticker hadiah*
Kertas berkualiti art card 128gsm
Sasaran Tarikh Penghantaran : Disember 2014
Tarikh Tutup PRE-ORDER : 30/11/2014
Room 3 No.10A, Persiaran Cahaya 2 Taman Cahaya Indah
68000 Ampang, Kuala Lumpur.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...