Iklaneka

Showing posts with label pulau weh. Show all posts
Showing posts with label pulau weh. Show all posts

Wednesday, January 30, 2019

Getaway 2019 ~ Sabang - Banda Aceh - Part 3

Salam semua...

Posting disambung lagi...

Selepas berhenti di Pantai Pasir Hitam kami ke Pantai Iboih. Pantai Iboih ni lah tempat untuk ke Pulau Rubiah dan pulau2 kecil yang lain. Sayang, kami tiba kat situ pun dah petang. Lagi pun memang tak dapat nak masukkan trip island hoping ni sebab suntuk masa. Nak ke Kilometer 0 lagi kan. tempat wajib check in. Jadi kami sekadar stop di Pantai Iboih ambil-ambil gambar sahaja. Pantai cantik. Bersih. Mata pun sedap memandang. Tak ada "ikan duyung" terdampar. Negeri Serambi Mekah le katakan. Harus hormat yaaa...hahahha




Pantai Iboih. Ada jeti untuk pergi ke pulau kecil lain. Paling top Pulau Rubiah untuk aktiviti snorkeling

yahhh.. Akhirnya tiba juga di Kilometer 0 Indonesia. Penat jugak nak tiba. Jalan berliku-liku






Pemandangan yang indah di tepi laut Kilometer 0



Selesai sudah pusing-pusing. Kembali ke hotel untuk istirehat. Malam ready untuk dinner pulak.



Sate Gurita (sotong besar). Mesti cuba. Signature dish Sabang. 



Selesai sudah hari pertama trip Sabang. Esok kena balik semula ke Banda Aceh. Kena naik ferry pukul 8am... See you next post..

Getaway 2019 ~ Sabang - Banda Aceh - Part 2


Salam semua...

Bersambung kembali. Hari pertama banyak check point kami singgah. Berhenti je ambil gambar. Bayangkan 1st day je gambar dah beratus. Supir send lagi. Syukurlah masa di pelabuhan Ule Lhee tu dah beli simkad. Memang upload ke cloud terus. Kalau tak mau jem telefon. Huhuhu

Makan di Cafe Dek Gun. Makan pulak tepi laut. Hembusan angin laut tu. Layan beb... Rasa tak mau bangun dah. Hahhaha





Ok.. Lepas makan kena teruskan lagi jalan. banyk tempat best nih




Biru airnya. Tapi ombak kuat la. Memang bukan untuk mandi manda. Sekadar cuci mata sahaja


Berhenti tepi jalan semata nak ambil gambar nih. Diantara 2 pulau kecil 

Kena daki tangga tu untuk ke lubang japang tuh





Permandangan dari atas kubu jepon tu. Melihat keindahan pantai pasir hitam

Ada meriam zaman jepun

Saujana mata memandang

Ok.. will be update next post...

Getaway 2019 ~ Sabang - Banda Aceh - Part 1

Salam semua..

Selamat kembali ke dunia blog. Betapa blog ni sangat bersarang sudah. Memandangkan dunia media sosial lain semakin rancak (FB,IG) maka blogging macam dah dilupakan gitu. Apa-apa pun utk sebarang percutian, saya cuba juga untuk update di blog sebagai panduan untuk masa akan datang.

Ok, trip ke Sabang - Banda Aceh ni pada 24-26/1/2019. Booking tiket punyalah dah lama. Lebih setahun rasanya. Dari 6 orang sepatunya fly, menjadi 4 orang sahaja. Risau jugak kalau ada yg cancel lagi. Alhmdulillah.. Berezeki jugak saya nak jejak Pulau Sumatera. Biasa je Pulau Jawa je kan.

Ramai yang juga yang bertanya, apa menarik di aceh selain peninggalan tsunami. Tak tau nak reply apa masa tu sebab belum jejak lagi. But in my mind i pray must be something yang interesting la. Hopefully. Bila dah sampai, ternyata ia benar!!!!!!!!! Serius tak cukup 3h2m tuh. Menyesal, patut kena ambil at least 4h3d baru dapat explore byk tempat terutama Sabang. Pulau Weh tu menarik u ollss.. Ahhh..rugi. Kami sekadar pusing-pusing saja di pulau weh tuh. Tak dapat nak island hoping, snorkeling, mengejar dolphin, menyulusuri gua dan macam-macam lagi lah. It's ok. Insyallah.. will be come again next time. So, jom le kita hunting tiket murah Air Asia ke Banda Aceh u olsss.. ahaksss

Let's view gambar. Banyak gambar ni ihsan dari our travel guide disana. Memang ohsem lah. I will tell the detail later..

We @klia2. Hanya berempat. Sepatutnya berenam

Menu @airasia sekarang ni memang dah macam2

Dah tiba Banda Aceh. Supir pickup terus menuju ke pelabuhan Ule Lhee. Ferry pukul 9am 

Inilah pelabuhan Ule Lhee. Pelabuhan yang menghubungkan Banda Ache ke Sabang



Besar ferry nya.. 

Tiket ni supir dah booking in advance. Jadi kami sampai memang terus dah ada tiket. Nampak tu, siap ada nama lagi yek..

Condition didalam sangat selesa
Selamat tiba dah di Sabang. Gambar ni diambil di pelabuhan. Masa tu dah excited. Kalau kat pelabuhan pun air cantik jernih macam ni. Kalau jauh dari pelabuhan camner lah air laut nye tu..

Bergambar di tugu I 💜 Sabang



Ini lah peta Pulau Weh. berbentuk W







Will be update next post.... Tunggu..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...