Iklaneka

Thursday, December 31, 2015

Itu Ini, Begitu Begini di Tahun 2015

Assalamualaikum...

Hari terakhir di tahun 2015. Ku gagahi juga buat posting sebagai recap untuk perjalanan hidup ditahun 2015.

Syukur alhamdulilah kurniaan yang Allah berikan pada kami. Penghujung tahun lepas membawa ke awal tahun aku memohon pada Ilahi di hadapan RumahNYa, agar kesihatan kami diperlihara. Alhamdulilah.. Tahun ini diberi kesihatan yang cemerlang kepada anak-anak khususnya.. Allahuakbar..syukur..syukur...

Tahun ini juga, anjakan paradigma buat kami sekeluarga, Pak Kahar khususnya bila mana mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan seterusnya fulltime menguruskan KUDOS FOOD STATION. Alhamdulilah.. Sesungguhnya, perubahan ini merupakan jihad bagi kami demi pembangunan ummah..

Setelah bersusah payah menduduki test sana sini, mengalir air mata ini memikirkan anak yang seorang ini.. Akhirnya Abdul Wafiq berjaya memasuki Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan. Allah beri kami ini.. Kami terima dengan hati terbuka kerana kami yakin, Allah tak beri apa yang kami mahu, tapi beri apa yang hambaNya mampu dan perlu...

Nabihah tahun hadapan memasuki darjah 3. Dia turun kelas tahun hadapan. Biarkan.. Anggap sebagai peringatan supaya tidak leka.Hidup ini sesekali perlu berada dibawah untuk kita ingat dan hargai setelah berada di atas. Moga tahun hadapan akan berusaha lebih gigih. Dan peringatan untuk kami suami isteri bahawa besar tanggungajawab kami itu...

Aku masih meneruskan kerjaya sedia ada. Belum terfikir lagi untuk membuat anjakan pertukaran kerjaya walaupun sudah ada berkira-kira. Tapi biarlah dahulu..

Moga tahun 2016 memperolehi keberkatan kehidupan buat kami sekeluarga...


Monday, December 28, 2015

Orientasi Tahun 1 2016 @SRIIMDE, SS 15 Subang Jaya

Assalamualaikum...


Sabtu, 26/12/2015 maka selesailah sudah hari orientasi Tahun 1 untuk si Abdul Wafiq di Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Berdebar jugak lah hati ini sebab fikir macam mahu ke wafiq ni pergi sekolah.. Dah sebulan cuti, ditambah pulak perubahan tempat baru. Dalam kereta tu memang agak moody le jugak. Sudah!!! risau gak ni kang kot dibuatnya tak mau keluar dari kereta.. Hik Hik...

Tapi bila tiba, Alhamdulilah. Dia ok sahaja. Good boy sangat. Dia faham inilah DUNIA BARU bagi dirinya... Semasa proses orientasi anak-anak tahun satu, ibu-bapa kena masuk dalam dewan dengar sedikit taklimat. Alhamdulilah, selepas mendengar taklimat dari guru besar, ustaz semua tu kami lebih jelas dan yakin inilah pilihan untuk si Abdul Wafiq.. Kami yakin bahawa Allah telah mengaturkan laluan untuk dia ke sini...









Ada 4 kelas untuk tahun 1, 2016. Wafiq kelas ke 4. Penuh cabaran wafiq nak masuk sekolah nih. Exam pun sampai 2x kena seat on. Alhamdulilah, memang rezeki dapatlah juga. Waktu persekolah bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang.Kurikulum adalah gabungan KSSR dengan JAIS. Sama je lebih kurang dengan Nabihah.
Moga abang wafiq menjadi orang yang mencintai ilmu dunia dan akhirat.

Tuesday, December 22, 2015

Kem Thiflun ~ Cinta Allah, Cinta Rasul @Masjid Negeri Shah Alam - 19/12/2015

Assalamualaikum...


Afiah Nabihah & Abdul Wafiq mengikuti Kem Thiflun ini untuk kali ke-2. Jika tahun lepas program hanya sehingga jam 2 petang, tapi tahun ini program di panjangkan sehingga 5 petang. Maka banyaklah pengisian yang anak-anak akan perolehi.

Program yang penuh pengisian, sekurang-kurangnya anak-anak tidak disogokkan dengan menonton tv je dirumah kan. Apa pun mereka tetap pulang dengan gembira terutama Nabihah yang dapat gift kerana berjaya menjawap soalan katanyer...hiihih

Moga banyak lagi program bermanfaat ini diwujudkan apa bila cuti sekolah tiba.









Insyallah, panjang umur murah rezeki tahun depan join lagi :)

Thursday, December 17, 2015

Abdul Wafiq sudah 6 tahun...

Assalamualaikum....


Hari ini genap 17/12/2015 bermakna cukup lah umur Abdul Wafiq mencecah 6 tahun... Tiada apa yang mampu mama & abah katakan selain rasa kesyukuran pada Ilahi dikurniakan kamu wahai anak.

Tahun hadapan yang akan muncul beberapa hari lagi, maka abang perlu melangkah kedunia baru iaitu 
darjah 1 di Sekolah Rendah Islam Masjid Darul Ehsan. Mama tak mintak banyak dari kamu wahai anak, cukup kamu menjadi anak yang soleh yang patuh pada perintah Allah & menyayangi Rasullah sepenuh hati kamu..

Selamat Hari Lahir, Abdul Wafiq...

Salam Sayang,
Mama, Abah, Kakak, Adik

Thursday, December 10, 2015

Apa yang perlu difikirkan bila memilih Travel Agent (TA) untuk Umrah

Assalamualaikum....

Sepatutnya aku dah buat posting ni lama dah. Tapi hampir setahun baru kesempatan nak buat. Atas dasar berkongsi pada kawan-kawan. Dari diorg personal tanya, kang sorang lagi tanya.. Kot ada yang orang A aku citer gini, kang orang B aku citer gini.. Mungkin ada yang tertinggal ke kan, so baik lah aku tulis kat blog ni jer. Kat FB pun ada le jugak sikit. Tapi kat FB macam jenuh nak membebel panjang. Letih mak nakkk!!! nak menaip guna semakfon tuh..hikhik...Ok ini antara yang aku ingat dan berdasarkan pengalaman jugak lah. Tak bias pada mana-mana agency. Just random je lah untuk kawan-kawan memilih dengan hati terbuka untuk melunaskan niat ke tanah suci tu yek ...

Berikut perkara yang perlu difikirkan bila memilih TA yek:-

1. Jarak hotel dgn MasjidilHaram. Hotel yg dekat sprt Hilton, Safwah dll harga pakej mestilah mahal - dalam Rm8k-9k. 
* Tapi dari pemerhatian kamilah, semasa musim umrah ni hotel yang biasanya TA gunakan adalah yang berdekatan masjidilharam jer. Tak jauh mana pun.. Kalau hotel mewah pun bukan kita nak dok dalam hotel. Nak stay di masjid kalau boleh tak mau kuar lah. Balik hotel untuk mandi makan je. Tidur pun kalau boleh nak sekejap jer. Tapi kalau pergi dengan orang tua elok lah. Satu lagi yang ustaz pesan, setiap langkah kita ke masjid tu pun pahala tau. So kalau jauh sikit lagi banyak pahala kan :).

2. Penerbangan direct (ke Jeddah @ Madinah) atau transit kat mana-mana. Cth: Muscat, Abu Dhabi dll. Kalau direct harga lebih mahal.
3. Airlines apa? AAx, Mas, Saudi, Emirates, Biman, etc...(Saudi - ok. Direct madinah. Jimat masa dan tak penat)
* Ini penting bagi kami bab airline tuh. Kena faham jadual umrah tuh. Kebanyakkan airline turun di Jeddah. Hanya certain airline je yang turun Madinah. Setahu kami Saudi Airline & Flynas. Jadi pada yang turun Jeddah, tapi ziarah dulu maka anda perlu menempuhi perjalan kira-kira 5-6jam untuk menuju Madinah. Kemudian tempuh lagi perjalanan 5-6jam menaiki bas untuk masuk ke Mekah semula menunaikan Umrah. Fuhhh..memang agak  memenatkan. Jadi kena check betul-betul jadual perjalanan penerbangan tuh. Tapi kita hanya merancangkan. Selebihnya kuasa Allah sebab airline ni kadang berubah jugak last minit.

4. Bilangan hari umrah - 14h/12m? 12h/10m?
5. Bilangan hari di Madinah dan Mekah. 
* Biasanya hari di Madinah adalah dalam 4 hari jer. Memang sempatlah nak melawat banyak tempat ziarah luar Madinah tuh dan selebihnya di Mekah.

6. Ada tak mutawif pengiring KLIA-KLIA(pergi balik dan dalam semua perjalanan). Ada TA tak provide mutawif dalam kapalterbang dan dalam bas dari Madinah ke Makkah dan sebaliknya.
* Memang perlu sangat mutawif ni mengiringi kita dari KLIA sampailah ke hotel tuh. Kalau tak memang tercangak terutama bila kat airport sana tuh. Dengan jemaah ramai, urusan pihak imigresen. Lepas tu nak mendapatkan bas menuju hotel. Jadi memang perlu sangat mutawif nih

7. Kalau berhenti R&R masa dalam perjalanan Madinah/Makkah, makan tu dibayar or sendiri byr? Ada TA yang tak provide langsung.
* Ni kebanyakkan TA takde provide makan kot. Tapi air mineral tu adalah. Masa miqat di Bir Ali tu nak makan boleh lah. Tapi nak makan pun tak bape lalu, hati berdebar beb..Nak umrah..huhuhu

8. Mutawif pengiring/staff TA di Makkah dan Madinah adakah mesra alam atau buat muka garang supaya kita jgn tanya soalan byk2 :disappointed_relieved::disappointed_relieved::disappointed_relieved:.
* Harap takde yang berjumpa mutawif gini. Alhamdulilah TA kami dulu mutawif nye memang best!!!

9. Kalau ambil hotel yg dkt masjidilharam adakah fullboard?(mnum pagi, mkn tghari,mkn mlm) atau breakfast shj? Ade TA fullboard harga lebih murah dari TA yg hanya provide breakfast jer.

10. Bilangan umrah tambahan free ( bas dan mutawif disediakan-INI PENTING!! -Ade tu hanya 2x, ada 3x dan plg bagus TA provide setiap hari :+1::+1::+1:.
* Ni pun penting. ada TA yang provide hari-hari. Sediakan transport seperti TA kami dulu. Jadi siapa yang terdaya memang boleh buat 7x umrah lah. Tapi ada TA yang provide beberapa kali je. Selebihnya jemaah kena pergi sendiri. Kena tahan teksi or van sapu..huhuhuh. Ni bahaya sikit, kena pergi perkumpulan.

11. Pastikan ade mutawif wanita dr pihak TA untuk bwk jemaah wanita ke Raudhah utk pertama kali. Ni penting sbb klu tiada yg guide mmg agak sukar nk memasuki Raudhah yg limited time bg wanita.


12. Ziarah luar. Pastikan tanye lokasi ziarah luar utk Madinah & Makkah.
* Disarankan sblm pergi ke Tanah Haram tu bykkn baca buku sirah. Kerana seandai nye kita tiba dilokasi ziarah tu kita dah dpt bayangan. Tu yg bila tiba kat bukit uhud boleh menitis airmata lihat perkuburan para syuhada..
:sob::sob:



Sekian untuk perkongsian kami yang tak seberapa nih. Sikit lagi menjangkau setahun pergi Umrah. Jujur kukatakan, kami sentiasa rindukan Harammain...

Tuesday, December 8, 2015

Getaway 2015 ~ Jerejak Island Resort, Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Cuti sekolah dah bermula... kami sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pinang bermula dari 25-27/12/2015. Sepatutnya date itu adalah date yang kami terbang ke Yogyakarta, Indonesia. Tapi apa kan daya tiada rezeki nak sampai kesana walaupun tiket nyer sudah ada...huk huk ..huk.. Maka Pak Kahar telah switch percutian kami ke Penang sajokkk...

Bercuti dengan anak-anak, maka iternary  perjalanan lebih pada mengikut mood mereka lah.. Kami stay 1 malam di Jerejak Island Resort, dan 1 malam lagi di Bayview Beach & Resort, Batu Ferenggi. Tidak banyak tempat yang kami explore. Percutian memang agak terlalu santai sangat..hik hik.. Jadilah yek anak-anak... Next time ada rezeki pergi tempat lain pulak yek...












Jerejak Island ni kalau pergi memang untuk relax sesangat lah sebab tiada aktiviti yang boleh dibuat untuk famili kecil macam kami nih. Tapi kalau pergi by group memang sesuai lah. Boleh la buat aktiviti outdoor macam flying fox, jungle tracking or sukan tepi pantai tuh. Kebetulan ada team building dari Klinik Kesihatan di Perak masa tu, maka kami lihat je lah di orang bersukan..hikhik...




Bukit Bendera je lah antara tempat yang kami pergi. Pergi pun semata nak bagi pengalaman anak naik cabel car..hik hik.. Kemudian kami terus menuju ke Batu Feringgi..












Sekitar Bayview Beach Resort. Nice hotel, ada banyak tempat untuk anak main. Wet & dry.




Bye Penang, Insyallah..kami datang lagi :)

Friday, December 4, 2015

Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa


Assalamualaikum...

Hari ini buat pertama kalinya Abdul Wafiq, berjaya mengikut abahnya ke surau untuk berjemaah waktu solat Subuh. Allahuakbar... Nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan?? Betapa hari ini penuh dengan kegembiraan. Sujud syukur pada Ilahi kerana salah satu impian kami iaitu dapat berjemaah solat subuh di masjid/surau. Moga langkah ini akan terus istiqomah buat kami sekeluarga dan suatu hari nanti kami 5 beranak akan dapat menunaikan solat berjemaah subuh di surau/masjid.. Aminn..





Masih belum berkesempatan untuk membuat posting pasal percutian ke Penang kami anak beranak. Masuk dulu posting ini kerana hari ini adalah penghulu segala hari iaitu JUMAAT. Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...